Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label PAKATAN RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label PAKATAN RAKYAT. Show all posts

Tuesday, November 8, 2016

KEMANA HALA TUJU PH.......



PERTAMA sekali saya bersetuju dengan Sdr Dato Husam, bahawa gabungan pembangkang yang kuat hendaklah bermula dari sekarang. Tidak perlu menunggu Pas. Biar pas itu datang sendiri. Jika partai itu hendak bersendirian lagi baik. Jika mereka bersama dengan PH akan berbangkit masalah kembali. Yang hendak kita awasi adalah kehendak rakyat bukannya Pas, Pas biarkan mereka dengan keputusan tersendiri.

PKR-Amanah-Dap dan Bersatu, bentuk permaufakatan segera. Susun strategi, tentukan pembahagian kerusi biar selesai awal lebih baik dari menunggu saat akhir PRU. Jangan risaukan lagi soal satu lawan satu. Biar sekalipun berlaku 3 penjuru. Pas biar mereka hendak bersendirian ataupun masih mahu bersongkongkol dengan Umno-Bn usahlah perdulikan mereka. Biarkan saja mereka pergi ke mana hendak mereka berkelana. Itu pilihan mereka. Jangan perdulikan Pas.

Bila semua itu beres dan selesai, kumpulkan seluruh tenaga kekuatan. Bangkitkan kesedaran rakyat. Kalau tidak masakan landskap politik itu mana mungkin akan berubah. Tanpa Anwar kita jangan jadi penikus. Tsunami politik itu tidak akan bergelombang kalau kita tidak berani meniup momentumnya. Tanpa momentum politik itu tidak sesekali akan berkocak dan bergelora, mana mungkin rakyat manpu mengolahi kesedaran mereka untuk bangkit memberanikan diri bagi mengukir sejarah perobahan. 

Tanpa apa-apa perobahan Najib juga akan kekal di puncak kuasa dan tahta sekaligus menjadi kuasa pemutus di negara ini. Jika Najib kekal tentunya yang paling seronok sekali ialah geng lebai-lebai. Rakyat marheain akan terus merempat dan merana lagi......

Salam perjuangan......

Monday, April 30, 2012

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT - PERAK


Kg. Bandar Lama, Kg. Gajah. - Konvensyen Rakyat Perak.


Kepada semua ahli, peminat dan penyokong Pakatan Rakyat, jom kita ramai-ramai pergi ke Ipoh untuk melihat sendiri dari dekat kaitan dengan jemputan di atas. Kovensyenkali ini mulai malam ini sehingga malam esok dengan pengisian yang cukup hebat.

Sudah tentu semasa konvensyen ini beberapa resolusi akan diambil, sudah tentu isu BERSIH 3.0 akan di perhtian dan di jadikan perbincangan. BERSIH 3.0 telah meninggalkan kesan positif kepada Pakatan Rakyat, kehadiran penyokong memperlihatkat sesuatu perubahan akan berlaku. Penglibatan kaum Cina amat " mengejudkan " seklai.

Kekejaman PDRM teserlah sekali, mereka juga kini secara jelas menyamar dan menyelijap ke kumpulan pendemostrato, mereka juga menyelinap ka Unit Amal, mereka juga sudah berani merempuh dan membunuh.




Persoalan - mengapa orang yang berbaju kuning ini amat mudah memotong dawai kawat penghadang ke Dataran Merdeka, Siapa mereka - satu persoalan.

Jom kita beramai-ramai ke Konvensyen PR Perak.

Tuesday, February 21, 2012

CINA JOHOR - MAUKAN PR


Sememagnya wajar kalau Umno Johor jadi ketidaktentuan hala dan sanggup menggunakan apa saja senjata dan tektik untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat dari merampas negeri berkenaan. Senjata itu termasuklah mengupah, memberi semangat pil kuda kepada anak-anak muda liar untuk membuat khianat, provokasi dan menganggu majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat.

UBN Johor kini benar-benar sudah terdesak seperti mana saya perkatakan sebelum ini. Gelombang atau pun arus yang berlaku di Johor ke belakangan ini mengejutkan dan menyintakkan para pemimpin Umno Johor. Manakala tindak balas UBN ke atas kemaraan Pakatan itu di luar norma politik.

Kejadian di Semberong malam tadi di mana kereta dinaiki Anwar dibaling batu sampai remuk cermin depan dan ditendang hingga pintu kemek manakala bangsal ceramah dibaling batu, air kencing dalam botol mineral serta dicerca membawa tafsiran itu; bahawa UBN sudah benar-benar terjempit dan menjadi iseng.

Memang gelora yang berlaku di Johor luar biasa. Kepulangan panglima dari pertapaan Salahuddin Ayub ke negeri kelahirannya memberi semangat dan momentum baru. Apa yang berlaku di Endau malam tadi misalnya membuktikan hakikat itu. Majlis pertemuan Tahun Baru Cina dengan masyarakat Endau dengan Anwar dihadiri lebih 5,000 orang. Lebih tiga suku yang memenuhi dewan dan berhimpun di luar dewan terdiri dari masyarakat China.

Merujakan juga orang Melayu turut hadir dengan membawa anak dan isteri lagaknya macam tempat ceramah di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Tidak pernah berlaku pemandangan seperti ini sejak berpuluh tahun lalu. Hanya majlis anjuran Umno dan BN sahaja yang dihurungi oleh orang Cina.

Mereka juga bersemangat apabila sejak jam 5:00 petang lagi dikatakan berduyun-duyun masyarakat Cina berada di kawasan ceramah itu. Paling menakjubkan mereka bukan datang sendirian tetapi dengan membawa anak isteri dan keluarga.


Seorang perempuan Cina berusia 60an apabila ditanya; untuk apa datang, dengan jelas dia menerangkan mahu melihat Anwar Ibrahim. Saya bertanya siapa Anwar Ibrahim, katanya itu orang akan jadi Perdana Menteri. Lho!

Rupanya angan-angan untuk melihat Anwar jadi PM sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Cina khasnya di Endau itu. Nama Anwar sudah terkemen dalam minda orang Cina. Mereka nampak optimis. Saya menyoal mereka, bukankah Anwar jahat? Cina itu marah dengan bertanya balik kepada saya, sapa kata dia jahat, orang yang tangkap dan penjarakan dia itu jahat. Lho...

Saya cuba provok lagi dengan mengatakan; "kan Najib sudah ada, dia bagus kata saya, kasi wang sama rakyat?" Cina di sebelahnya menjawab; "apa bagus, kasi wang baguskah, tetapi dia punya orang banyak rasuah banyak ada lembu lo..." balasnya menjadikan saya terdiam tikus.

"Asok.." kata saya, "itu silap yang banyak wang bukan isteri Najib, tetapi Sharizat Jalil."
"Iya ke Salijat Jalil itu sapa, dia bukan isteri Najib ke..?" Tanya Cina betina itu. "Bukan..." kata saya, "isteri Najib Rosmah..."

Cina di sebelah menyampuk "cong ching cong ching..." saya tak faham. Saya bertanya kepada Cina tua itu; apa dia kata. "Dia kata isteri Najib itu yang ada cincin RM24 juta..." saya tergelak besar mendengar terjemahannya dan berjalan masuk ke dalam dewan dengan perasaan geli hati.

Sewaktu saya sampai masih ada ruang kosong dalam dewan itu. Tidak sampai 15 minit dewan itu penuh sesak sampai terpaksa duduk dilantai.


Sebaik Anwar tiba orang ramai menerkam ke arahnya berebut untuk bersalaman. Saya lihat ada orang Cina memeluk erat Anwar seakan tidak mahu lepas.

Di pentas Anwar memberi peluang untuk orang ramai merakam gambarnya bersama barisan kepimpinan Pakatan Rakyat Johor termasuk Timbalan Yang Dipertua Pas Mersing yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Johor, Ustaz Azan Abd Razak dan lain-lain.

Sepanjang Anwar bersyarah mendedahkan kebobrokan UBN dan janji-janji PR orang ramai bertepukan bergemuruh, sesekali diselami dengan laungan "Hidup Pakatan Rakyat... Hidup Pakatan Rakyat" suara itu bergumpal dalam satu nada setiap yang ada di dewan itu.

Sedang orang ramai asyik dan terhibur dengan gaya Anwar, beliau meminta diri untuk bergegas ke Semberong kerana di sana masih ada satu lagi ceramah yang perlu dipenuhinya. Melihat reaksi masyarakat Tionghua di Endau itu saya berani menyimpul tali bahawa lebih 90 peratus Cina telah beralih kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13. Majlis di Endau itu pasti akan mengecutkan perut Dr Latif Ahli Parlimen Endau.

Sesuatu yang istimewa sepanjang majlis itu berjalan ia berlangsung dalam suasana yang aman dan tertib dan penuh muhibbah. Tidak ada provokasi, elemen rasis serta gangguan dari pemuda liar yang berfikiran 'selat' seperti terjadi di Semberong yang sombong. [wm.kl.9:33 am 20/02/12] - eshan merah tinta

Sunday, January 15, 2012

ABLUM - KONVENSYEN PR DI ALOR STAR

Kini PR - Pakatan Rakyat ( gabungan PKR, DAP & PAS ) melangkah dengan penoh yakin dan percaya dari sebuah negeri ( Kelantan ) kini sudah ada 4 - 1 negeri ( Kedah, Pulau Pinang, Selangor - Perak ), juga dengan kehendaknya Putra Jaya pasti dalam genggaman ( insyaallah ), perubahan rakyat amat ketara sekali. Setelah berjaya dengan konvensyen 1 di Selangor, 2 di Pulau Pinang dan semalan 14 Januari Kedah telah menjadi tuan rumah. Mungkin juga ianya melambangkan ketua kerajaan negeri dari gabungan PR itu sendiri. PKR Selangor, DAP Pulau Pinang dan PAS di Kedah. Tahniah sekali lagi.


Barisan kempimpinan PR - di Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3
di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini.

DSAI - tidak ada halangan lagi bagi PR untuk meneruskan pejalanan ke Putra Jaya, rakyat telah memberikan " signal " mereka akan bersama-sama untuk memastikan perjalanan tersebut. Untuk itu kepimpinan PR akan melibat gandakan usaha kearah kemenangan tersebut.

Bagi Timbalan Presiden PAS, Sdr. Mat Sabu dengan rasa cukup yakin untuk menang dan memberikan nasihat kepada rakyat jangan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, sebaliknya perlu berbuat demikian pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang. Ianya penting, kerana dengan kemenangan di PRU Ke-13 ianya membolehkan Pakatan Rakyat menyelamatkan negara dari kejadian itu.

peserta konvensyen dari setiap parti gabungan.

jemputan khas di majlis perasmian konvensyen

jemputan di majlis perasmian

Sunday, January 1, 2012

" TITANIK " UMNO KIAN HAMPIR UNTUK KARAM

Sejak akhir-akhir ini jelas terpancar pada kita dimana setiap perhimpunan anjuran UMNO/BN kehadiran amat " mengalakkan ", kita boleh perhatian betapa banyaknya bas yang menganggkut mereka, betapa banyaknya wang ringgit yang dilaborkan untuk kehadiran " tetamu " betapa luasnya publisiti tak cukup dengan media cetak ditambah pula dengan media elektronik. Cukup hebat hebahannya. Tapi malang kehadiran tidak setimpal dengan publisiti.



TGNA - sentiasa di irihtikan oleh pembangkan

Tak cukup dengan memperdaya ahli UMNO sendiri, dan semua kakitangan kerajaan juga dijadikan " mangsa " untuk tujuan meramaikan setiap majlis. Mereka di paksa dengan pekeliling, dengan surat arahan " mesti " turut sama di majlis yang diaturkan. Kehadiran mereka tidak ikhlas, ucapan tidak memberi manafaat, tidak meninggalkan apa-apa kesan dan untuk kepentingan pembangunan ilmu amat minima sekali.



Sebahagian dari kepimpinan PR

Tapi kenapa tidak berlaku kepada majlis yang dianjurkan oleh pihak PR, tidak kira siapa yang hadiri, kehadiran mereka tidak perlu dijemput, hebahan tidak perlu hebat, tambahan kalau di peringkat kerajaan negeri ( perinahan PR ). Sebagai contoh, kalau majlis yang dihadiri oleh TGNA / TGHH lumrahnya diselitkan dengan hujayan agama yang sangat tinggi nilainya. Ucapan tersebt memberikan satu input yang cukup berguna dan memberi manafaat kepada setiap individu yang hadir.

Dengan bahasa mudah, kehadiran mereka untuk program UMNO diupah dengan meterial, sebaliknya dengan PAS ( utamanya ) penoh dengan spritual dan pengisian dalaman.

Kenapa fenomena ini terjadi?

Apakah Orang Melayu kini sudah hilang keyakinan terhadap UMNO? Kepimpinan UMNO pandai berjanji tapi tak mampu untuk di kotakan, Melayu rasa serik, mula benci dan amat kecewa dengan tindakan ini. Dengan pemerintahan kepimpinan dapat banyak wang dan mereka sudah mula hidup dan menyimpa keegoaan. Sikap keegoaan ini bukan saja mereka di kepimpinan peringkat tertinggi bahkan sudah menular di peringkat bawahan. Percakapan mereka amat sukar untuk dibezakan antara realiti dan retorik.

Demokrasi sudah tidak ujud, mengamalkan perkauman dan rendah moral kepimpinan amat serta mengamalkan buruk laku dan ini menyebabkan pada 2008 mereka menerima padahnya. Kenyataan ini disahkah sendiri oleh Tengku Li sendiri di ucapan persidangan UMNO Gua Musang apabila mengulas kekalahan teruk UMNO pada PRU12 tempoh hari.

Kepincangan dalam UMNO / BN ini diambil kesempatan oleh PR - yang di tubuhkah selepas PRU12. Setiap program PR ( PAS, PKR, DAP ) semua mendapat sambutan yang luar biasa, lihat saja



Pemandangan di Stadium Melawati

Dimana sahaja program diadakan, bukan setakan masyarakat tempatan sebaliknya, malahan hampir mereka dari daerah atau pun negeri yang berhampiran, kehadiran mereka tidak diupah, di sediakan pengangkutan, makan, serta meredah kesesakan lalu lintas, tapi mereka rasa puas dengan hujahan yang diberikan, mereka rasa yakin dengan ucapan yang penoh rasa tanggongjawab dan ilmuan yang diterima.

" kenapa mereka lari dari UMNO? Apakah UMNO kini sedang mengalami krisis keyakinan yang cukup kritikal. Apakah Kapal " Tatanic " UMNO sedang dilambong ombak gelombang ala " tsunami " anak-anak kapal pula dalam keadaan berbalah sesama sendiri.

Lihat akhir-akhir ini bagaimana dengan kes Shahrizat, Awang Adik dan Jamil Khir, semuanya memalukan. Ahli agama seperti Jamil Khir sanggup menyalahgunakan wang zakat, Awang Adik dengan caranya sendiri dan Shahrizat sanggup memperdayakan rakan-rakan kabinate dalam isu feetlot.

Sepatutnya UMNO ada rasa kesedaran pada 2008, UMNO hanya menang 79 kerusi dari yang dipertandingan daripada 117. Kehancuran ini di tambahkan lagi terlibat secara langsungnya matan PM Mahathir.

Mahathir " UMNO kini umpama seorang pesakit kencing masin, kita mungkin terpaksa potong kakinya demi menyelamatkan aggota yang lain untuk mengelakkan kematian "

Ku Li " UMNO kini seperti kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam, kerana nakhodanya lemah, rasuah, di kawal oleh bini serta sering ketinggalan kapal "

PATAKAN RAKYAT - rebutlah peluang ini untuk menuju ke Putra Jaya. Insyaallah.

Saturday, October 15, 2011

PR GANTI BN - PRA TANDA AWAL KINI BERMULA

Apakah dengan perlantikan kedua-dua sultan dari negeri pemerintahan Pakatan Rakyat sebegai peneraju utama dan penolongnya adalah tanda permulaan perubahan kerajaan dari BN ke PR? Hanya Allah yang mengetahuinya.

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat lalu bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru dan sultan Muhamamd V dari Kelantan sebagai timbalannya berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun, demikian lapor Bernama.



Gambar: Kiri, Sultan kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (sebelah kanan) sebagai Timbalan Yang di-Petuan Agong





Kedua-dua mereka ( Sultan Kedah & Kelantan ) telah memberikan satu kekuatan dan sokongan kepada pengurusan dan pentadbiran yang di terajui oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri masing-masing dan kebetulan kedua-dua mereka pula bersama-sama dengan kepimpinan ulama.

Bagi Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong musin ini adalah kali kedua buat baginda dan ianya juga merupakan satu sejarah di negara ini kerana sebelum ini belum ada seorang sultan terpilih menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali. Kali pertama ialah pada 1970 - 1975 iaitu untuk Agong ke 5 pada 21 Sep. 1970 hingga 20 Sep. 1975. dan beliau juga adalah Sultan Kedah yang ke 27.

Sadikit latar belakang baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul Halim, Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.

Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan,
diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960,
mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor,
diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960,
mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis,
diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965,
mangkat pada 2000

4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu,
diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970,
mangkat pada 1979

5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah,
diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975

6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan,
diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979,
mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979

7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang,
diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984

8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor,
diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989,
mangkat pada 22 Januari 2010

9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak,
diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994

10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan,
diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999,
mangkat pada 27 Disember 2009

11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor,
diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001,
mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001

12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis,
diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006

13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu,
diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011

Apakah dengan perlantikan ini juga memberikan pertanda awal yang Malaysia akan beralih pemerintahan selama hampir 60 tahun di bawah genggaman UMNO / Perikatan / Barisan Nasiona. Ini dengan kekuatan sejak UMNO di terajui oleh Mahathir juga bermulanya satu perancangan awal untuk "mengurangkan " kuasa raja atau pihak istana hanya " perlu " mengikut apa kehendak pemerintah sahaja. dan kuasa mereka hanya di khususkan untuk penerajau Agama sahaja?

Kita masih ingat bagaimana Sultan Terengganu, di perlekehkan sedemikian rupa semasa perlantikan MB selepas PRU12 tempoh hari. Hingga keluar kata-kara " kami mau Idris natang ? Siapa yang dimaksudkan oleh mereka " natang " tersebut? kerana perlantikan MB hanya di bawah bidang kuasa Sultan.

Kita hanya mampu berdoa agar sistem pemerintah di negara ini dapat di perbaiki dengan pemerintahan yang di amalkan oleh kedua-dua sultan ini. Ianya lagi lebih mantap jika kuasa ekskutif dari kalangan mereka yang mengamalkan penghidupan yang sederhana.

Pemerhatian GM: InsyaAllah, Pakatan Rakyat juga bakal menggantikan BN di Putrajaya. Semuga Allah memperkenankan satu lagi sejarah tercipta nanti. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa Dan Maha Pengatur Rencana. Amin.

Sunday, September 25, 2011

A.SAMAD SAID - GEMPUR DUN CHANGKAT JONG

Kg. Bahagia, Teluk Intan, 24 Sep. 2011 program Pidato Perdana dengan mengundang 3 penceramah, 2 darinya penceramah politik Dr. Zulkilfi Ahmad, MP Kuala Selangor dan Cik Siti Aisyah Sheikh Ismail, Ketua Serikandi PKR dan seorang NGO badan penulisan Dato A. Samad Said



Dengan suara serak-serak basah, beliau membacakan puisinya, serangkap demi serangkap di baca dan di ulas setiap rangkap yang di baca, pendedahan puisi tersebut telah ada kaitan dengan apa yang berlaku di zaman perkembangan Islam zaman dulu.

" sedetik terkesan kemana kedamaian,
atas dataran gunung di mana tempat merujuk berhujjah
sayup merenung oleh terus dalam kedamaian
yang gusar dan menakutkan
apakah yang dapat di lakarkan
( ianya sama saja sedekat yang lalu )
Kita sedang gusar juga kini
yang wira di katakan bukan wira
yang tidak wira di katakan wira
Mat Indera di katakan penganas
Orang Putih yang menentang mat Indera
pula dikatakan wira ......



Cik Siti Aisyah Shaikh Ismail

Najib lupa pada pembentangan bajet 2011 pada Oktober 2010, beliau telah meluluskan " penambahan 6% kepada pengguna telefon bimbit, apabila pihak berkenaan ingin menaikkan, Najib mengecam dan menidakkan kehendak mereka. Apakah Najib ingat masyarakat Malaysia pada hari ini " bodoh " dan buta membaca? Tanya Siti Aisyah, bagitu juga jika kita memberkan mandat lagi selepas PRU13 nanti pihak kerajaan akan melaksanakan GST ( Goverment service Tax - cukai perkhimatan kerajaan ) sudah tentu yang jadi mangsa ialah Rakyat.

Bagi AMK ( angkatan Muda - dari PAS, PKR, DAP ) adalah diharapkan agar perlu bersedia dari sekarang sehingga pembubaran parlimen di umumkan. Ini kerana gulongan muda perlu memainkan peranan dalam usaha untuk memastikan PRU13 nanti memberikan satu imput yang baik untuk PR ke Putra Jaya.



YB Dr. Zulkifli bin Ahmad
AP Kuala Selangor

Satu fenome baru dalam politik tanah air ialah di mana penglibatan semua pihak masa kini, kita lihat bagaimana berjayanya BERSIH 1.0 dan kemudian ikuti dengan BERSIH 2.0, bagaimana NGOs lain, sama ada ianya menyokong atau penetang kerajaan, Keujudan PERKASA memang jelas NGO ini untuk memastikan BN terus berkuasa, kita lihat juga Patriotik.

Kita lihat pula bagaimana BAPA ( Felcra ) dan ANAK ( Felda ) memainkan peranan bagi membantu peneroka di kawasan masing untuk menangani setiap masalah yang telah lama di kumpul oleh pihak pemerintah. Penglibatan NGOs ini agak baik kerana ianya dapat membantuk dan kekedang juga menyusahkan badan politik.



Sebahagian dari hadiran yang turut sama di majlis Pidato Perdana tersebut.

Thursday, June 23, 2011

PEMIMPIN PEMBANGKANG - MALAYSIA BUKAN NEGARA MU

Sejak peristiwa pemecatan DSAI dari kabinate oleh Tun M, keadaan pemerintahan negara telah berkecamuk, perundangan negara, perlembagaan negara sudah tidak seindah apa yang sepatutnya. Perlembagaan di nafikan, perundangan pula memihak kepada pemerintah, kita boleh lihat seperti perhimpunan aman di halang, kesalahan kepada kepimpinan pembangkang boleh di reka oleh pemerintah, sistem kehakiman juga menurut kehendak pemerintah. Apa yang jelas " Pembangkang " tidah semudah itu untuk menghirup udara berseh di negaranya sendiri, keselesaan yang di benarkan oleh perlembabagaan di nafikan.

SPRM, SPR, PDRM, Badan Kehakiman, Media Perdana, Media Elektronik semuanya memberikan " sokongan padu kepada UMNO / BN. Contoh kepada akhbar perdana, tindakan mereka kini berusaha untuk " memperbodohkan " Orang Melayu, terutama mereka di kawasan kampong dan pendalaman. Lihat sahaja isu khutbah di masjid seluruh Selangor tempoh hari - isunya berkaitan dengan Pengurusan Keagamaan. Isu Memfinah, hukum hakam yang akan di terima oleh mereka yang memfitnah. Utusan meletakkan undang-undang polis lebih baik dari perundangan dari Alquran. Dimana para alim ulama masa kini ? mengapa mereka berdiam diri? apakah benar kartun pertuduhan kartun tersebut?

Apa yang berlaku dewasa ini jelas memperlihatkan " kekalutan " kepada kepimpinan UMNO dewasa ini, mereka sudah hilang punca, tidak tentu arah malahan mereka sanggup memperjudikan nasib generasi mendatang. Bagi mereka bagaimana untuk mempertahankan kuasa.

Bagi pembangkang yang kini bagitu di terima oleh rakyat, memang tidak dapat laluan mudah bahkan sering menjadi mangsa sang penguasa disaat mereka terdesak. Pertandingan yang dilalui atas tanah yang berbukit bukau, medan yang tidak rata serta pengadil yang memihak menjadi lumrah bagi parti politik pembangkang.

Terkini Malaysia seolah-olah sudah melaksanakan 2 sistem undang, Hak Pemeritah dan Pembangkang. Ianya ketara sekali selepas PRU12, kesan tersungkurnya kerajaan UMNO / BN di 5-1 ke tangan Pakatan Rakyat. Nasib " Pembangkang " bertambah celaka sama ada pemimpin mau pun negeri yang diperintah.. UMNO masih tidak mengaku mereka adalah pembangkang di Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan. Mereka masih mengatakan kerajaan negeri-negeri tersebut diperintah oleh Pembangkang. Ini jelas memperlihatkan ceteknya daya fikir mereka dan mereka tidak tahu sistem pemerintahan di Malaysia yang mana ada kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Lihat saja di Selangor mengapa mereka boleh berceramah secara terbuka sedangkan ianya di kuatkuasakan mesti dibuat dalam dewan. Kenapa dalam dewan, alasannya keselamtan tapi tidak kepada UMNO / BN mereka boleh di mana-mana dan pada bila-bila masa saja. Persoalannya ialah mengapa UMNO dibenarkan menjalankan ceramah secara terbuka? Rujuk siri ceramah anjuran parti penguasa UMNO diatas nama "Selamatkan Selangor", ianya dianjurkan ditapak terbuka dan bukannya disebuah tempat tertutup yakni Dewan dan sebagainya.Tidakkah ini jelas melanggar arahan pihak berkuasa bahawa ceramah di Selangor hanya boleh diadakan dikawasan tertutup?

Bukan setakat isu ceramah, pengedaran video lucah, tangkapan rasuah - jika ianya membabitkan pemimpin pembangkang, hari ini repot petang nanti dah buat tangkapan, siasatan di laksanakan sehingga membawa maut. Lihat isu video Linggam, lihat kes kehilangan injin kapal terbang, lihat kes pembunuhan Altantuya, lihat kes KM Sarawak, Lihat kes kebangkrapan GLC seperti Felcra, Felda, Bernas. Tindakan di ambil di masa rakyat dah lupa dengan isu-isu tersebut.

Apakah benar gambaran seolah mengiakan tanggapan ramai pihak bahawa Malaysia punya dua udang-undang dengan satu milik UMNO manakala satu untuk pembangkang.Sampai bilakah nasib pembangkang sebegini malang? sudahlah media disekat, program partinya juga dihalang. Apakah pihak berkuasa ( UMNO / BN ) sudah tidak patuh dengan perundangan dan perlembagaan negara yang ada, sudi-sudulah memahami konsep demokrasi yang sebenar selain dari sibuk pertahan sistem demokrasi ala Malaysia tajaan UMNO.

Itulah nasib pembangkang di Malaysia ketika ini, ubah sekarang untuk menjamin masa depan. Demi Rakyat perubahan amat di tuntut.

Saturday, May 7, 2011

PAS, PKR - AKAN GIGIT CARI DI PRU 13



Sdr. Rafizi Ramli - Pengarah Strategi Keadilan

Kini memang ada halangan untuk PR khususnya PKR dalam memenangi pada PRU13 nanti, kerana pengundi Melayu pada dasarnya amat percaya dengan apa yang ditulis oleh akhbar perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian. Bagi UMNO apa yang ditulis oleh kedua-dua akhbar ini adalah " rasmi " dan " dipercayai " Sdr. Rafizi mendedahkan banyak perkara dan hujah yang di bangkitkan oleh pembela dalam kes liwat 2 tidak disiarkan malahan mereka hanya mengambil pengesaha DNA sampel Y adalah DSAI, tapi apakah benar adanya DNA itu, bagaimana DNA itu di simpang, bagaimana pula Judy Preire ( pegawai polis ) yang gagal menyimpan " mani " DSAI cara biologinya, kerana Judy mengaku menyimpang dalam " drawer " ( laci ) di pejabatnya. Cara ini salah. Bagaimana pula saksi utama Shaiful yang memang tidak ujud di kondo tersebut.

Fitnah sabagini adalah usaha UMNO untuk terus " menipu " dan " memastikan " daya fikir orang Melayu terus menyintai UMNO. Bagi orang Melayu, cerita fitnah memang di tunggu dan cerita kaitan dengan DSAI khusus kaitan dengan " main " jalang memang cukup sensitif, lantas yang demikian, pembaca UM/BH cukup percaaya. Mungkinkah usaha-usaha ini telah mencetukan satu pelaporan di mana pengundin Melayu khususnya di kawasan luar bandar sudah mula kembali ke pangkuan UMNO?

pas seminar 071109 abu hassan hasbullah
Zentrum Future Studies
telah mengambil inisiatif dan berusaha untuk mengenal pasti keadaan pengundi di Perak. Pemimpin Zentrum, Dr Abu Hassan Hasbullah ( gambar ) ketika mendedahkan perkara itu berkata, untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat ternyata sudah tidak lagi boleh bergantung kepada isu sentimen kemarahan rakyat berhubung tindakan BN itu kerana isu tersebut sudah tidak sekuat tahun 2008 atau 2009. Datuk Seri Nizar Jamaluddin terus kekal sebagai tokoh pemimpin yang disegani dan diperlukan oleh seluruh rakyat Perak.


Isu memburukan DSAI dengan serangan fitnah mungkin telah memainkan peranan untuk mengubah daya fikir orang Melayu, dan kini timbul pula hebahan tentang mengujudkan Kristian sebagai agama rasmi. Tohmahan ini cukup merbahaya dan ia boleh mengujud " perang bangsa " di negara ini. Bagaimana pihak berwajid langsung tidak mengambil tindakan terhadap akhbar tersebut. Atau apakah akhbar ini sudah dapat permit untuk tujuan melaga-laga " bangsa " di negara berbilang bangsa ini?

Untuk itu Pakatan Rakyat Perak perlu menyusun strategi lebih berkesan untuk menang pada pilihan raya mum ke-13 akan datang, Menurut beliau, sebaliknya, jika isu-isu perkauman ini terus dimainkan, ia pasti akan mendatangkan kesan lebih buruk kepada Pakatan Rakyat kerana isu berkenaan ternyata sudah berjaya dimanipulasi oleh BN untuk mengelirukan rakyat, Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya perlu menyusun tiga usaha penting mulai sekarang yang merangkumi kesepaduan serta kestabilan Pakatan Rakyat, penonjolan tokoh-tokoh muda berkaliber selain tokoh sedia ada dan membuktikan kemampuan mereka memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

Juga Sdr. Hafizi menekankan yang akan jadi mangsa dalam perancangan ini ialah PKR dan PAS. Orang-orang Cina tetap tidak berganjak malahan undi mereka terus meningkat dan terus menyokong Pakatan Rakyat. Ini sememangnya satu petunjuk yang cukup baik kepada Pakatan Rakyat tapi malangnya bagi pengundin Melayu - mereka cukup mudah menerima apa saja mainan " fitnah " yang dilemparkan oleh UMNO / BN. Akhirnya tambah beliau, calon UMNO akan menang di kawasan luar bandar dan calon DAP pula akan menyapu bersih di kawasan bandar-bandar.


Monday, May 2, 2011

KE PUTRA JAYA - PERJALANAN MASIH BERLIKU



Menteri Besar & Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat -
Kecualai Perak di rampas semula dan hanya berusia 11 bulan sahaja.

Momentum PRU12 yang menghasilkan 5 negeri BN tumbang dan di kuasai gabungan parti pembangkang yang akhirnya menggelarkan diri mereka Pakatan Rakyat ( PR ) telah menyebabkan Malaysia di landa tsunami politik, kesannya menampakkan rakyat mula sedar dengan tipu helah BN / UMNO dalam pengurusan negara.

Momentum tersebut juga terherat ke PRN Sarawak yang paling hampir dengan PRU 12. Dimana PR telah menambahkan kerusi yang dimenangi dari 7 ke 15 + 1 ( bebas ) = DAP 12, PKR 3 dan bebas 1. PAS walau pun masih gagal untuk melahirkan anak sulungnya di Sarawak tapi Parti ini berpontensi untuk berkembang pada masa mendatang. Hasilnya mengikut perkiraan undi popular BN menurun dari 62.93% ke 55.24% dan PR meningkat ke 44.76%.

Apakah implikasi kepada PRN Sarawak ini akan memutikkan hasil di PRU13 nanti? Ini adalah satu persoalan yang cukup membimbangkan. Pihak lawan sentiasa menyusun strategi untuk mengambil balik negeri-negeri yang di perintah oleh PR, lihjat saja bagaimana rakusnya mereka " merampas Perak ", mereka BN / UMNO kini cukup rancak dengan pelbagai isu khusus memastikan peralihan sokongan pengundi dari PR ke BN. Isu DSAI di mainkan sebagitu rupa.

Kila boleh lihat bagaiman sejak akhir-akhir sepanjang adanya PRK semua di menangi oleh BN dan yang terakhir ialah di DUN Merlimau dan Kerdau, dengan penglibatan secara langsung oleh SPR, seolah-olah memberikan " advantage " kepada BN / UMNO, SPR juga turut memerah otak bagaimana untuk memastikan BN menang selain dari menggunakan wang suapan, lihat sahaja di PRN Sarawak hampir 1 bilion di laburkan. BN menggunakankan semua kemudahan, seolah-olah PRK adalah pertandingan antara PR dengan Kerajaan Malaysia, bukannya antara PR menentang BN.

Cuba kita perhatikan kedudukan kerusi Parlimen & undi popular di bawah, apakah dengan berakhirnya PRN Sarawak ianya akan memberikan advantage kepada PR untuk ke Putra Jaya?

Bilangan Kerusi Parlimen:

Kelantan BN2, PAS 9, PKR 3 BN 2 PR 12 ( BN 2 PR 12 )
Kedah BN4, PAS 6, PKR 5 BN 4 PR 11 ( BN 4 PR 11 )
Selangor BN5, PAS 4, DAP 4, PKR 9 BN 5 PR 17 ( BN 5 PR 17 )
Pulau Pinang BN 2, DAP 7, PKR 4 BN 2 PR 11 ( BN 2 PR 11 )
Perak BN 13, PAS 2, DAP 6, PKR 3 BN 13 PR 11 ( BN 13 PR 11 )

Pecahan Undi Popular

Kelantan BN 271,736, PKR 60,333, PAS 273,965, BEBAS 1,769
Kedah BN 318,252, PKR 175,430, PAS 185,787
Selangor BN 522,091, PKR 323,005, PAS 171,751, DAP 158,364, BEBAS 1,859, PRM 1,332
Pulau Pinang BN 200,103, PKR 93,925, PAS 28,100, DAP 219,281, BEBAS 882
Perak BN 391,416, PKR 172,455, PAS 87,032, DAP 189,706, BEBAS 1,736
Sumber Harakah bil. 1634

Mengikut perkiraan masa kini melalui 5 negeri tersebut PR sudah memilik 62 kerusi Parlimen, jumlah ini boleh dibanggakan, PRN Sarawak juga boleh dijadikan " petunjuk " penguasaan PR ke Putra Jaya, dan Sarawak kini bukan lagi " fix-deposite " untuk BN. Untuk memerintah dengan majoriti mudah PR perlu memiliki 112 kerusi dan ini hanya ketinggalan 50 kerusi. Sudah tentu sumbangan dari Perlis, Melaka, N. 9, Johor dan Pahang di Semenanjung dan Sarawak dan Sabah di Malaysia Timur.

Kebangkitan rakyat sudah nyata. Bukan lagi angan-angan, jauh sekali berangan-angan atau berkhayal, rakyat sudah terjaga dari lena, semua umpan dimakan tapi tuan yang memberi dilupakan, walaupun semasa PRK limpahan projek dan bantuan amat banyak sekali tapi umpan diberi, undi tidak. Apakah segala-gala perubahan akan bermula dari PRN Sarawak?

Lauangan " change " sepanjang kempen di Sarawak oleh PR yang diketuai oleh DSAI telah memberikan kesan mendalam kepada masyakarat untuk " Change ". Walaubagaimana pun untuk menjana perubahan, ketokohan kepimpinan PR semata-mata tidak mengcukupi sebaliknya keberanian rakyat jauh lebih penting lagi.

Wednesday, March 30, 2011

UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA BHG. 22


BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN


cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT ( PR )

KEADILAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN INSAN

Golongan Muda
  • Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merelaisasikan potensi diri.
  • Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikanya tanpa peluang memperolihi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.
  • Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnhya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupanmereka serta hala tuju negara.
Keselamatan
  • Menjadikan polis bebas dan profesional secara mengambalikanya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamtan awam.
  • Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.
  • Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membenteras jenayah.
  • Melaksanakan semua saranan suruhanaya diraja Penjambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat bebakti kepada negara.
  • Membaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khusunya peringkat bawahan bagi mengningkatkan prestasi dan moral.
  • Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembenterasan jenayah melalui program kumuniti.
  • Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.

isu akan datang
Dasar Bersama Pakatan Rakyat -
Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan.
Kesihatan

Wednesday, March 16, 2011

UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA BHG. 21


BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN


cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT ( PR )

KEADILAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN INSAN

Pendidikan
  • Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidian negara. memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
  • Mengimbangi penekanan kep ada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
  • Memastikan setiap pelajar yang bekelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
  • Meminda Akta Univesiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setandin dengan negera-negara maju.
  • Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat teringgi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan majlis Senat.
  • Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pendalaman Sabah dan Sarawak.
  • Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru telatih mengikut permintaan.
  • Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan penysarah supaya pengetahuan dan kemahiran prosefional mereka sentiasa selaras dengan masa.
  • Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pendalaman.
  • Menekankan betapa mustahanya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
  • Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
  • Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsana untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akaemik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah ( diplolama bekembar )
Wanita dan isnstitusi keluarga
  • Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan yang adil dalam segala bidang.
  • Memberi penekanan ke arah meningkatkan kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang bebanding 46% sepajang tempoh 20 tahun yang lalu.
  • Memperuntukan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
  • Menangai segala bentuk kegananan terhadap wanita dan akan-anak denganh hukuman yang lebih berat dijatuhkan keatas pesalah serta memastikan keberkesanan krisis di setiap hospital dan balai polis.
  • Memastikan kewujudan sistem sokongan dan antuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.
  • Memberi bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.
  • Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawaan dan dasar-dasar negara.
  • Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.
  • Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengkuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.


isu akan datang
Dasar Bersama Pakatan Rakyat -
Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan.
Golongan Muda

Monday, March 14, 2011

UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA BHG. 20


BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN


cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT ( PR )

KEADILAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN INSAN

Perpaduan & Keadilan sosial
  • Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.
  • Mengembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untukmenyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayaai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
  • menggubal Akta Perhubungan kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.
  • Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.
  • Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundiangan.
  • Mempupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbukan terhadap kepelbagaian budaya yang dialamin pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.
  • Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.
Agama
  • Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.
  • Menganjur dialog dan rudingan antara peradaban untuk mengkukuhkan persefahaman.
  • Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraya untuk mengkaji semua isu-isu bekaitan dengan mendalam.
  • Memperkukuhkan perngurusan institusi Islasm seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.
  • Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadah dan pusara bagi semua penganut agama.
isu akan datang
Dasar Bersama Pakatan Rakyat -
Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan.
Pendidikan

Thursday, March 3, 2011

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA 18


BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN


cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT ( PR )

MEMACU EKONOMI BEPRESTASI TINGGI, MAPAN DAN ADIL

Dasar Afirmatif Berdasarkan keperluan
  • Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan
  • Membantu golongan terpinggir dari semua kaum
  • Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.
  • Menyediakan biasiswa pendidikan bedasarkan keperluan dan merit
  • Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata tuntuk semua
  • Menggunakan perkhidmatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihat menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan
Tenga Kerja
  • Memperkenalkan gaji minimauntuk semua pekerja Malaysia
  • Mempertahankan hak perkerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberikan hak dan perlindungan selaras dengan piawaiain antarabangsa.
  • Memperkenalkan Akta Perluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada smeua.
  • Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahan Kecil dan sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan kerenah biokrasi.
  • Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.
  • Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negera kepada pekerja asing.
  • Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi infromasi seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.
Jaringan Perlindungan Sosial
  • Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.
  • Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiyaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja
  • Mempekenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peliuang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarkat.


akan datang Isu:
Dasar Bersama Pakatan Rakyat -
Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan & Adil
Perumahan

Sunday, February 27, 2011

UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA BHG. 17


BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN


cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT ( PR )

MEMACU EKONOMI BEPRESTASI TINGGI, MAPAN DAN ADIL

Ekonomi Kemahiran Tinggi
  • Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertaninan.
  • Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkat produktiviti.
  • Menggalakan warganegar yang profesional dan berkemhiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tahah air dengan menyediakan suasana kerja yang profesional dan menarik.
  • embolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
Ekonomi Demokratik dan Telus
  • Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.
  • Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkanm kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.
  • Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakhyat termasuklah cadangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidamtan ( GST ) sehingalah rakyat serta negara bersedia.
Desentralilasi dan Pengupayaan Pengurusan
Ekonomi Negeri.
  • Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesaksamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketingglan.
  • mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksnaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengankutan awam.
  • Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negeri demi mengurangkan pemustatan pembangunan di Lembah Klang.
  • Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentukan serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

akan datang Isu:
Dasar Bersama Pakatan Rakyat -
Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan & Adil
Dasar Afirmatif berdarkan keperluan

Wednesday, February 23, 2011

PR - PUTRA JAYA MASIH JAUH DARI PENGLIHATAN

Keputusan PRU12 - Parlimen Pas 1,140.598 ( 14.4% ), PKR 1,529.256 ( 19.3% ), DAP 1,097,752 ( 13.8% ), ketiga-tiga gagasan Pakatan Rakyat cuma memungut 3,767.606 ( 47.5% ) sebaliknya UMNO / BN masih jauh ke hadapan iaitu 4,081,115 ( 51.4% ), jadi perkiraan ini menunjukkan undi popular masih di menangai oleh UMNO / BN. Walaubagaimana pun PR hanya ketinggalan 3.9% undi popular dengan UMNO / BN. Ini adalah realiti pada PRU12 dulu dan apakah kemampunan PR dengan 47.5% undi popular ini dapat menambah sekurang-kurang 3 - 5% lagi di PRU13 nanti? Ini satu persoalan.

Persoalan ini diajukan kerana pada masa kini Gagasan PR sedang menghadapi pelbagai masalah dan rintangan, sama ada dari dalam Gagasan itu sendiri mau dari dalam parti masing-masing. Tambahan pula apa yang kita perhatikan PR hanya mempertikaikan apa yang patut dan tidak patut dilakukan oleh parti lawan sebaliknya tidak memperdulikan permasalahan yang dialamai oleh parti sendiri. Sedangkan pihak lawan terus menerus menghentam pula.

1- LOMPAT MELOMPAT

Tragedi ini sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan yang cukup menghibakan, ramai kalangan pemerhati perpendapat apakah ketahanan yang ada pada mereka, apakah kalangan pemimpin khususnya dari PKR tidak ada moral dalam diri, hanya mementingkan diri sendiri dan membelakangkan pengundi yang telah memberikan undi untuk mereka sama ada di DUN mau pun Parlimen. PKR sendiri seramai 11 orang anggotanya yang terpilih telah meninggalkan parti. dan seorang dari DAP. Keutuhan dan ketahan mental rakan dari PAS setakat ini boleh dipuji. Pahit, manis, tawar dan masin perlu di temput bersama. PAS memang sudah biasa dengan " kekalahan ".

Bagaimana perlu pihak PKR memberikan keyakinan untuk " baik pulih " keyakinan rakyat untuk mengundi semula Pakatan Rakyat. Rosaknya Pakatan Rakyat kerana kalangan wakil rakyat dari PKR itu sendiri.


2- KEINTIMAN DALAM GAGASAN


Kini dapat di lihat di mana antara parti telah timbul sedikit " tidak " mempercayaai antara satu sama yang lain. Ini jelas apa bila ada antara parti yang lebih memihak kepada parti yang lain, seperti kenyataan kepimpinan DAP di Perak, yang hanya akan menerima wakil PAS untuk menjadi peneraju Negeri jika PR memerintah. Kenyataan ini sudah pasti meninggalkan rasa kurang senang pada PKR. Kenapa perkara ini boleh berlaku, di mana kesetiaan dalam gagasan, di mana formala yang di gunakan pakai sudah terhakis kah?

Pertelagahan agihan kerusi, seperti yang di suarakan oleh Timbalan Presiden Keadilan, sudah nampak tanda-tanda adanya kalangan PAS yang sudah mula mengintai-intai kerusi yang pada masa kini di miliki oleh Keadilan, kenapa ayat sabagini boleh di keluarkan oleh seorang pemimpin? Memang tidak dinafikan kalangan ketiga-tiga parti DAP, PAS dan Keadilan, Keadilan adalah parti yang paling muda, dengan keremajaannya tersebut sudah pasti banyak kelemahan yang perlu di perbaiki dari masa ke semasa. Untuk itu ianya tidak boleh dipertikaikan oleh rakan dalam gagasan, dan sudah tentu pengagihan kerusi ada formula yang digunakan pakai oleh pucuk pimpinan.

3- PEMBANGUNAN ISLAM

Bagi orang Melayu, punca rasa benci terhadap kedua-dua parti ( PKR & UMNO ) adalah kerana adanya kerjasama dengan parti lain ( UMNO berbaik dengan MCA / MIC ) bagi PAS pula bergabung dengan PKR dan DAP, penggabungan ini dilihat cuba mencabuli hak ketuanan Melayu, lebih-lebih lagi kalau Pas atau Umno dilihat tunduk, mengundur dan banyak mengalah kepada parti sepakatan yang bukan Melayu. Pernah ada kalangan kepimpinan Keadilan mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Kelantan - " PAS lebih berwibawa bersendirian untuk tujuan menegakan Islam dari bergabung dengan PKR dan DAP ". Apakah terjamin ISLAM di Malaysia jika pemerintahan di domenasi oleh PKR atau DAP? Mungkin kah PAS akan bertindak lebih baik dari UMNO jika gagasan PR ini dapat memerintah nanti?


" Anggapan orang Melayu beragama Islam tahu jika Pas berada dalam PR dan jika PR menerima mandat untuk menubuhkan kerajaan, yang mendomenasi kerajaan itu nanti bukan Pas, tetapi sama ada PKR atau DAP. Kalau PKR atau DAP sebaga pendomenasi adalah pastiknya kerajaan itu nanti tidak akan jauh berbeza dengan kerajaan BN berdomenasikan Umno, malah tidak mustahil akan lebih teruk "


Bagi PR, hanya nampak kelemahan yang ada pada UMNO / BN sahaja. Saranan, pendedahan, banyaknya tertumpu kepada UMNO / BN sedangkan PR juga dalam keadaan yang tidak stabil, tapi kepimpinan tidak berminat untuk melihat sendiri apa yang sedang berlaku pada parti gabungan sendiri.

Pada masa kini, apa yang dilakukan oleh PR hanyalah melihat kelemahan ada ada pada kepimpinan BN khususnya UMNO dan mereka tidak menyedarai dan membaiki diri sendiri. Ini juga satu kelemahan dan apakah Gagasan itu PR sudah " bersih " dari permasalahan?

Untuk itu adalah disarankan agar kepimpinan PR dapat meyakinan pengundi untuk terus bersama-sama dengan mereka dan terus memperbaiki keadaan semasa, kuatkan lagi " keiltizam " antara semua pemimpin gagasan tersebut. Kalau di lihat dari PRK yang akhir-akhir ini pengudi sudah tidak lagi menyebelahi PR,



Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA