Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts

Saturday, June 8, 2013

GAMBAR - 10 MUHARRAM DGN KESESATAN SYI'AH

Kesesatan Syiah ( Gambar ) | Ritual Kesesatan Syi'ah Menyambut 10 Muharram | Kalau kita rajin membaca dan meneliti ayat-ayat al.Quran di sana terdapat banyak ayat-ayat yang mengingatkan kita supaya menjaga diri dan juga ahli keluarga, terutamanya menjaga dari disiksa dan diazab di dalam api neraka dan selainnya elak kesusahan dan kebinasaan di dunia,

Disebalik larangan ( mencampakkan diri ke lembah kebinasaan dan kerosakan) terdapat tidak kurang banyaknya yang menyuruh manusia mencari kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Suruhan itu diiringi dengan panduannya yang lengkap dan sempurna iaitu al.Quran dan al.Hadith. 

Untuk selamat dari tercampak ke lembah kebinasaan semestinya manusia memerlukan panduan dari al.Quran dan al.Hadith.(wahyu Allah dan Rasul-Nya)

Moga Allah selamatkan kita dari fitnah Syiah yang dashyat ini, mereka membuat perkara bidaah yang sesat, Adakah Nabi Muhammad, Hassan, Hussein, Saidina Ali masih hidup mereka akan merestui perkara ini, tidak sama sekalikan..Kita amat mencintai Ahlul Bait dan kecintaan kita melebihi kecintaan pada diri sendiri dan keluarga. Kita sebagai Ahli sunnah juga mencintai sahabat nabi Abu Bakar, Umar , Usman yang telah di kafirkan oleh Syiah Imamah. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka kembali kepangkal jalan.












ehsan kaki sembang

Monday, May 27, 2013

LALAT SERANGGA YANG CUKUP LIAR

MENGAPA SANGAT SUKAR UNTUK MEMUKUL LALAT | Ramai diantara kita yang merasa bosan dengan binatang kecil bernama lalat ini. Lebih-lebih lagi dengan kitaran hidupnya yang lincah apabila anda hendak memukulnya. 

Pastinya akan membuat anda akan semakin bosan dan hamun bukan? Namun pernahkah anda merasa ingin tahu dan ingin mengetahui alasan mengapa lalat susah dipukul atau ditangkap?

Seorang saintis bernama Dickinson mengaku telah mempunyai jawapan atas soalan tersebut. Ia mengatakan bahawa sekarang ia telah mempunyai jawapannya. 
 
 

Dickinson yang juga melakukan kajian bersama Esther M dan Abe M Zarem mendedahkan bahawa ia telah menemui rahsia tersebut setelah melakukan beberapa pengintipan dengan cara merakam manuver atau gerakan sejumlah lalat yang hendak dipukul dengan menggunakan kamera digital canggih yang boleh merakam benda kecil dan mikroskopik dengan kelajuan dan resolusi tinggi.

Penyelidikan yang mereka hasilkan mendapati bahawa lalat dapat mengenali ancaman dengan cepat berdasarkan lokasi ancaman. Otaknya akan langsung akan mengira dengan cepat seberapa jauh ancaman terhadap dirinya sebelum memutuskan untuk mengepakkan sayap dan terbang. 

Setelah ia meramalkan arah ancaman, kemudian kakinya bertumpu untuk terbang ke arah yang berlawanan. Semua persiapannya untuk segera melarikan diri boleh dilakukan serangga ini dengan sangat cepat, iaitu hanya memerlukan masa 100 milisaat (1/100 dari 1 detik) selepas ia mengesan adanya ancaman bahaya.

“Perkara tersebut amat luar biasa kerana membuktikan begitu cepatnya otak lalat untuk dapat memproses maklumat deria yang kemudian menjadi respons gerakan yang hampir menyerupai gerakan refleks,” ujar Dickinson.

Bahkan, lalat mampu menetapkan bentuk tubuhnya bersesuaian ancaman. Perkara ini menjelaskan bahawa lalat telah mengintegrasikan dengan sangat baik antara maklumat visual yang diterima dari mata dan maklumat metasensorik di kakinya. 

Penemuan ini memberi petunjuk lebih dalam mengenai sistem saraf lalat dan membuktikan bahawa di otak seekor lalat terdapat suatu sistem pemetaan posisi ancaman yang sangat kompleks dan berlangsung sangat cepat.

“Ini adalah sebuah bentuk transformasi rangsangan yang kemudian menjadi gerakan yang kompleks dan kajian kami selanjutnya adalah berusaha untuk mencari bahagian otak yang menguruskannya,” ujarnya.

Berdasarkan hasil penyelidikan yang dijalankan tersebut, Dickinson juga memberikan tips mudah untuk memukul KO haiwan ini. Ia menyarankan bahawa saat yang paling berkesan untuk memukul lalat adalah bukan pada saat kedudukannya siap terbang. 

Perkara tersebut kerana masa yang diperlukan oleh gerakan tangan sewaktu terangkat hingga saat gerakan memukul tentunya memerlukan waktu yang relatif lama dan lebih dari 100 milisaat dan biasanya sungguh sukar bagi manusia untuk dapat melakukan pukulan yang tepat dengan waktu 1/100 saat.
 http://pencurimisteri.blogspot.com/

Friday, May 24, 2013

KU SANGKA ORANG GILA - BACA UNTUK RENUNGAN

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara 
menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang 
menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "
lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, 
tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik 
ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. 
Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan 
mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." 
Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun 
dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada 
tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti 
customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah 
kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar 
ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? 
Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu 
duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, 
tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan 
sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana 
kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin 
menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada 
pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari 
redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana 
keluarga pakcik?
 
 Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa 
masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 
mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku 
menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 
11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... 
Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. 
Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet 
TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama 
(pakcik 
tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik 
kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. 
Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat 
tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. 
Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila 
aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. 
Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini 
rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu 
 
 sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan 
ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. 
Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku 
senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula 
dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang 
bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak 
yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau 
sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis 
kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
 
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
 
 pemudaselempangmerah blogsport

Saturday, January 26, 2013

MELAYU - DENGAN SIKAP TAK APE

Sunday, January 6, 2013


MELAYU BERJIWA HAMBA

Orang Melayu dikatakan tidak mahu berubah, takut berubah,  tak peka untuk berubah, selesa dengan yang ada, tak mahu susah-susah, bersyukur apa yang ada  dan 1000 macam dalih untuk  tidak berubah.
Betul ke?

Mungkin benar kepada sebahagian orang Melayu. Mungkin tidak. Yang jelas orang Melayu tidak menunjukkan "reaksi segera". 

isu 1 - Wang BMF hilang - tiada reaksi segera. Yusof Jalil, pegawai BMF dibunuh, tiada reaksi. Penswastaan  pembinaan lebuh raya dalam negara  ini, walau pun  membebankan pengguna  tidak menyebabkan reaksi segera  dari orang Melayu. Hanya sekadar mengeluh bila kadar tol naik dari tahun ke tahun.

isu 2 - Penswastaan pendidikan dengan wujudnya IPTS  menyebabkan tanggungan yuran yang tinggi melalui pinjaman  - tidak ada reaksi segera.  Bagi orang Melayu, asalkan boleh belajar sudahlah. Soal kena bayar hutang selepas tamat belajar, tiada hal bagi orang Melayu.   Berlagak macam orang kaya nampaknya. Ha ha.

isu 3 - Hutang negara meningkat mendadak di bawah regim Najib, tiada hal. Kononnya, bukan dia kena bayar!!!

isu 4 - Wang LTAT disalah guna tiada hal, bukan wang dia yang bakal hilang.
isu 5- Suami Sharizat salah guna pinjaman projek lembu RM 250 juta, lantak pi lah. Orang Melayu tarak hal.

itu adalah sebahagian dari isu-isu yang " Melayu " buat tak nampak aje.

Pokoknya orang Melayu tidak hairan dengan apa "hak" yang dia patut dapat.   Orang Melayu tidak mampu menuntut suatu yang "lebih baik". Adakah orang Melayu 'malu' atau 'malas'  menuntut  haknya sebagai rakyat. Atau orang Melayu berjiwa "hamba" - taat setia dengan apa sahaja dibuat oleh orang atasannya. 

Atau adakah Jiwa feudal  orang Melayu amat  tebal sekali!!!!

cuba kita renung-renung & fikirkan.

Saturday, January 19, 2013

PENCURI KINI TERLALU BERANI

HARUS BACA !
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

Klik Button "Share" jika anda rasa info ini berguna.

HARUS BACA !

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.


Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
 
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
 
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
 
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
 
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
 
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

Sunday, August 26, 2012

A HALIM - KISAH DAN TAULADAN




Gambar kenangan - tiada kaitan dengan coretan di bawah.

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.

Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”

“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.

“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.

“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”

“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

“Abang ni masih kerja polis ka?”

“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.

“Nak ambik kat mana?” aku tanya.  Dia diam…

“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.

“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”

” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.

“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!”

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”

dari idea asal : laksamana Bukit Bintang Blogspot.

Wednesday, July 11, 2012

SEKADAR UNTUK DIFIKIRKAN

3,252 EKAR TANAH REZAB MELAYU!!! Dirampas dan dijual oleh UMNO/BN semasa perintah Selangor, masih belum diganti

SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sebanyak 3,252 ekar tanah rezab Melayu yang dirampas dan dijual oleh Umno Barisan Nasional (BN) sejak mentadbir negeri itu berpuluh tahun dahulu masih belum diganti.

“Setakat ini, kerajaan negeri mempunyai rekod sebanyak 3,252 ekar tanah rizab Melayu masih belum diganti.

“Jadi kita tetap berusaha untuk mencari tanah bagi menggantikannya, tapi biar ia sepadan, maknanya jika tanah itu tanah di bandar, bermakna tanah yang mesti diganti juga tanah di bandar,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.
Bagaimanapun, Adun Sekincan, Ng Suee Lim ( gambar ), bangun mencelah bertanya kepada Khalid mengenai status tanah rizab Melayu di Kampung Bagan Nakhoda Omar yang masih menempatkan kediaman kaum Cina yang bekerja sebagai nelayan.

“Buat masa ini kita tidak boleh melepaskan lagi warta pemilikan tanah tersebut, namun kerajaan negeri masih mencari tanah yang mahu digantikan.

“Apa pun, kita mahu gantikan tanah tersebut biar sesuai, kita mengikut dasar dan kaedah yang ditetapkan, tidak mahu lepaskan begitu sahaja dan kemudian baru mahu mencari tanah ganti,” jelas Khalid.
ehsan PASPB

Thursday, April 5, 2012

Tuesday, November 9, 2010

HANYA SATU CORETAN - SIAPA ZAID

Zaid Ibrahim masuk PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Ketika gua dalam lokap dulu, lokap Bukit Jalil, ada satu brother 77
depan lokap gua. Umor lebih kurang 40 dan badan memang sedap. Menurut
member lokap, dia bekas jurulatih tinju. Asal Kampung Pandan. Tatoo
naga dia dari bawah leher sampai pusat. Gedabak besar.

Sekali pandang, melalui pelbagai faktor, terutama hubungan dia dengan
'OKT pembantu warden', dia ada pengaruh. Pasal, semua barang dari
tembakau, sampai ke 'buah' dalam tiub straw, akan melalui dia dulu.
Brother tu rasmi, asing dan bahagi, then baru dia passing ke lokap2
lain.

Masa dia dalam keadaan high, mulut dia bising macam mak nenek.
Membebel, bersyarah, berkutbah. Kena plak dia tahu kes gua dituduh hina
Sultan Johor time dia high... ah.. mampos. Punya la lama dengar cerita
dia tentang kisah Sultan Johor. Satu hari, budak 36 tatoo singa tanya
sama gua.

"Lu pernah tengok buah tak?"

"Buah?" Gua hairan.

"Buah dada ada gambar singa pelik ada la gua tengok." Gua rujuk tatoo dia.

"Sial jer lu."

Then, dia tunjuk gua satu straw. Lebih kurang 1cm. Dalam straw tu
dibakar kedua hujungnya. Kira warranty is invalid if seal is broken la.
Ayat omputih yang selalu gua tengok kat hardware komputer.

"Berapa harga ni?"

"3."

"30 hengget ke 300?"

"3.. RM3."

"La... murah nyer."

"Tu harga kat luar."

Time gua belek2 straw tu la brother kat depan lokap gua tu nampak. Terus budak 36 tu kena tiaw. Dengan gua2 sekali kena kutbah.

"Lu... kalau dah jahat... jangan ajar orang jadi jahat.. lu ada faham?"

"Lu jangan petik gua camtu bro.. gua tunjuk jer.. gua tak ajar.."

"Weih... lu baru nak idop.. gua dah lama. Kalau member nak rasa, kepala butoh lu tak kasi. Lu jangan kencing gua."

Hambek.. kena kepala butoh skali.

"Lu Aduka... pot pet pot pet.. " Gua dah lupa apa dia tiaw gua.

"Lu jangan percaya orang 100%, Aduka... lu bagi 50% jer. Lagi 50 lu
simpan." Yang ini gua ingat. Gua ingat dengan gaya lenggok cara dia
cakap sekali. Gaya brother stim.

Apa kaitannya dengan Zaid Ibrahim masuk PAS?

Masa umpat-umpit kosong gua dengan member fesbuk, gua ditanya pendapat kalau Zaid Ibrahim masuk PAS.

"Masuklah... sesiapa sahaja boleh jadi ahli PAS.. tapi nak jadi calon kena lepas Majlis Syura bai..."

Pada gua, kalau Zaid Ibrahim memang Timbalan Presiden, untuk setakat
hatinya pada hari ini, ianya seolah2 meletakkan wakil PAS Kelantan di
dalam PKR dan di sebelah Wan Azizah. Pendapat gua lah.

Kalau Zaid masuk PAS pula, gua berharap, janganlah ditawarkan apa2
jawatan. Gua benci kalau somebody masuk ke dalam keluarga baru, terus
ada jawatan. Benci gua. Macam tak boleh berjuang tanpa jawatan. Memang
benar, tanpa jawatan, cakap tak akan laku oleh media utama. Tapi, kalau
setakat cabaran itu pun gagal, untuk tajuk itu, gua letak tarafnya
rendah berbanding gua dan rakan blogger.

Zaid memang bagus. Kalau banding dengan gua memang jauh sangat la. Tapi
untuk banding dengan pimpinan lain, gua kata Zaid jauh. Kita tukar PKR
itu kepada PAS. PAS pula parti baru wujud sejak 1998. Misalnya lah.

Sejak 1998 hingga 2008, sepuluh tahun pemimpin PAS terdahulu menderita.
Di ISA, dibelasah. Yang mati ada, yang ghaib ada. Macam2. Lepas menang
besar, dan kapal BN menunjukkan tanda karam, tiba2 Zaid tak setuju
dengan ISA dan letak jawatan. Bagus. Gua ucap tahniah.

1. Kalau tiada kapal alternatif yang diperjuangkan oleh pejuang dulu,
berani atau tidak Zaid melompat? Bersama2 dilambung ombak bagi membina
kapal alternatif?

2. Lompat2, terus dapat masuk ke kabin kawalan. Lepas 2-3 bulan dapat
masuk dalam kabin kawalan kapal, terus berjuang untuk pegang steering.
Bagus. Itu hak anda. Tapi ada satu tajuk sisi yang menjengkelkan.

3. Perjuangan pegang steering mewujudkan aksi2 jijik dari orang lama.
Memang ianya budaya salah dan pundek. Tapi pukimak apa, kalau tak
tahan? Kalau takut dengan ombak, tak payah mandi laut la ngok.

Di luar tajuk aksi pundek demokrasi cara Azmin, kalau setakat demokrasi
tahap Azmin pun dah tak tahan, tarik diri, tarik diri plak lepas
ketinggalan, tak payah sembang nak pegang steering kapal alternatif. Lu
lompat keluar dari kapal BN pun lepas tilam dah wujud. Benda dah
senang. lepas tu cabaran tahap senang berbanding tahap BN pun dah nak
mengadu sini-sana. Adusss.... pemimpin pundek.

Mat Sabu dan Husam pun kalah juga. Kalah dengan Nash. kalah dengan
sistem kira undi yang tawakkal dan wala'. Tak pula Mat Sabu dan Husam
jadi seperti Zaid. Pasal apa? Pasal mereka adalah pejuang dulu. Dah
biasa kalah. Zaid plak bukan pejuang dulu. Someone yang lompat lepas
tilam dah sedia, belon besar dah siap.

Jadi, merujuk kepada kata2 brother 77 yang perlu dipandang pada apa
yang disampaikannya, bukan pada siapa yang menyampaikannya (kecuali
dalam meriwayatkan hadis), kalau Zaid masuk PAS, jangan bagi 100%. Ada
jawatan la, calon di Hulu Selangor la, Ketua itu la, ketua ini la.

Sunnah Allah itu menunjukkan, untuk pilih jadi pemimpin haruslah orang
yang melalui ujian sukar dengan lulus. Nabi Isa takda bapak, Muhammad
takda bapak, Firaun kena hanyut kat sungai.

Soalan gua ialah, andai kata, BN menang besar seperti biasa pada PRU12
lalu, berani atau tidak Zaid isytihar keluar UMNO kerana menentang ISA?
Sekali gus rapat dengan PAS Kelantan?

Nak jatuh hukum kena ada dalil dan bukti. Bukan dengan kasyaf, atau huznuzon-muzon.

Saturday, November 6, 2010

SOLAT - BILA MANA KITA AKAN BERADA DI DEPAN IMAN

Satu coretan untuk renongan.

***

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan
"Hai anak keturunan Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik." (Al'A'raf ayat 26)
***

PADA tahun 70-an penulis bersekolah di Perak dan ketika cuti, dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Melaka kerap singgah di masjid untuk solat. Masih terbayang, kebanyakan pekarangan masjid terutama di Perak ketika itu terdapat papan tanda ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’.

Slogan ini masyhur dan sehingga kini masih ada pekarangan masjid diserikan papan tanda ini sedangkan papan tanda baru seperti mengenai kepentingan pemakaian topi keledar dan larangan merokok tidak berapa dihiraukan.

Amat menghairankan melihat papan tanda kempen memakai topi keledar di sesetengah masjid sudah rosak dan dibuang sebaliknya papan tanda ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’ masih utuh.

Tentu ada kelebihan slogan ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’. Pengertian slogan ini sungguh mendalam, terbayang keikhlasan mereka yang terbabit sama ada pencipta slogan, pembuat papan tanda dan pemasangnya. Pembaca sendiri boleh merasakan keikhlasan itu berbanding slogan pemakaian topi keledar atau maklumat mengenai pengharaman merokok.

Penulis cuba-cuba mencari pencipta slogan itu tetapi gagal menemuinya. Namun pencarian di Goggle menunjukkan ada 16,000 entri mengenai ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’.

Apa yang menarik ada penyumbang mengubah suai slogan itu menjadi ‘Solatlah di belakang imam sebelum kamu disolatkan di depannya’. Maksudnya semasa hidup bersembahyanglah sebagai makmum sebelum kamu jadi mayat, diletakkan di depan imam untuk disolatkankan.

Sungguhpun slogan ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyang’ menggunakan bahasa amat mudah tetapi ia tidak terlepas dari menjadi polemik. Berikut disiarkan tulisan Dr Ghani Ismail sebagaimana dipetik daripada http://www1.tganu.uitm.edu.my/upena/ARKIB_May2008.htm

“Ungkapan ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi,’ atau ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’ sering kita lihat di sesetengah masjid atau surau di negara kita sebagai ingatan kepada umat Islam agar jangan mengabaikan atau meninggalkan solat yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas hamba-Nya.

Langkah menulis ungkapan tersebut sama ada pada papan tanda atau pada dinding masjid/surau adalah satu usaha murni sebagai salah satu cara berdakwah, iaitu sentiasa saling ingat-mengingati sesama kita ke arah melaksanakan perintah agama.

Persoalan yang timbul ialah penggunaan bahasa dalam ungkapan tersebut. Walaupun polemik terhadap penggunaan kata ‘disembahyangi’ atau ‘disembahyangkan’ telah lama berlalu, impaknya jelas bahawa masyarakat kita masih memberikan perhatian terhadap penggunaan bahasa yang betul.

Ini menunjukkan petanda yang baik bahawa penggunaan bahasa Melayu masih tidak diabaikan oleh masyarakat kita.

Berbalik kepada persoalan di atas, sekadar pengetahuan, penggunaan kata ‘disembahyangi’ dikatakan agak kurang tepat kerana pada kebiasaannya penggunaan imbuhan akhiran kata kerja pasif di –i memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi. Dalam konteks ungkapan di atas, secara mudahnya kata ‘disembahyangi’ mungkin membawa maksud orang yang telah mati menjadi lebih bersungguh-sungguh untuk bersembahyang atau bersama-sama menunaikan sembahyang ke atas jenazahnya!.

Berbanding dengan penggunaan kata ‘disembahyangkan’ adalah lebih tepat kerana penggunaan imbuhan di–kan dalam konteks ungkapan tersebut jelas membawa maksud benefaktif, iaitu melakukan sesuatu untuk orang lain. Memang benarlah bahawa orang lain akan menyembahyangkan jenazahnya nanti. Itulah uniknya bahasa Melayu. Kesalahan menggunakan kata akan menyebabkan maksudnya menjadi kurang tepat.”

Sekalipun sembahyang perkara kedua dalam Rukun Islam, terlalu ramai umat Islam mengabaikannya. Penulis teringat seorang ustaz ketika menekankan bagaimana beratnya solat, merujuk kepada buruh yang mampu mengangkat batu-batan berat tetapi apabila tiba waktu solat tidak mampu menunaikannya; sesetengah tidur pada waktu solat zuhur.

“Ini menunjukkan solat itu amat berat, ada manusia boleh mengangkat batu tetapi tidak mampu menunaikan solat,” katanya.

Beliau juga mengingatkan akan 15 azab menunggu orang yang melalai apatah lagi meninggalkan sembahyang.

Katanya, enam perkara adalah azab di dunia iaitu; dihilangkan keberkatan umurnya, terhapus tanda-tanda orang soleh pada mukanya, segala amalannya tidak dikurniakan pahala, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT, tiada doa daripada para solihin untuknya dan yang terakhir keluar roh daripada jasadnya tanpa iman.

Sementara itu azab ketika hampir mati; kematiannya penuh kehinaan, kematiannya di dalam kelaparan yang hebat dan kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat.

Dia juga menerima azab di dalam kubur iaitu kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya, dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di atas bara api itu manakala datang seekor ular bernama Syujja' Aqra, suaranya laksana petir, ia berkata, "Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan
menyeksa kamu dari zuhur hingga asar kerana kamu meninggalkan fardu zuhur, dari asar hingga maghrib kerana meninggalkan fardu asar…” Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari kiamat.

Ada pun azab ketika bertemu Allah SWT; datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar, tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya dan baginya azab amat pedih.

Ingatan untuk sembahyang selalu dipesan oleh ustaz tetapi cabaran melaksanakannya amatlah berat. Ada hadis menyatakan suruhlah anak kamu solat ketika berusia tujuh tahun dan rotannya mereka jika tidak menunaikannya apabila dia berusia 10 tahun. Ini menunjukkan betapa beratnya untuk istiqamah menunaikan solat; hatta seseorang mampu mengangkat batu yang amat berat tetapi untuk solat dia tidak mampu!

Monday, July 12, 2010

IBN TAIMIYYAH : ULAMA JAGA JUBAH

Cerita di petik bagi menggambarkan kadangkala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikhk, kufti dan seumpamnya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuan Islam untuk menegakan kebenaran kerana Allah SWT.

Jika Ibn Taimiyaah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementera ramai ulama lain yang " sebat semacam" di dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama pada zaman rakyat miskin keresahan disebabkan kenaikan harga barang kini, akan mencotohi sikap Syeikhul islam Ibn Taimiyyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan ( rujuk Ibn Taimiyyah bersama Raja Qazan ) itu lalu mereka juga akan " sebat semacam " jamuan mewah yang melampaui batas yang patut serta menggunakah harat rakyat. Penulisan ini dibuat hanya untuk menasihati diri sendiri agar jika di lakukan kesilapan ini, saya akan meninggalkanya. jika belum, saya akan cuba menghindarinya.
Zaman ini alim ulama sudah tidak bimbang dengan jubah putih mereka tercemar lagi, kerana mereka sudah memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil daripada kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Tapi zaman ini mungkin mereka merasa bimbang jika habuan yang dijanjikan tidak diberi, kontrak mereka tidak disambung, atau pangkat mereka tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi " duta produk " atau jurularisnya terjejas, atau perlatnikan mereka di institusi -institusi yang menghasilkan elaun bjulanan itu terganggu. Atau ada pula yang menjaga kepentingan parti mereka melebihi daripada membala kebenaran dan fakta.
Kesanya dari ketida yakinan pada diri sendiri ini menyebabkan ada kalangan ulama yang sanggup mengubah-ubah faktwa, hanyak kerana partinya sudah berubah. lalu mereka akan menjauhkan diri dairpada sesiapa yang cuba mengikuti semangat syeikhul islam Ibn Taimiyyah r.h. Jika pada zaman Ibn Taimiyyah, untuk mengelakkan diri daripada terpaksa berjuang bersama Ibn Taimiyyah dan rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentaingan tersebut menulis atau menyebakan fitnah untuk memburukkan Ibn Taimiyyah. Tujuan, untuk menutup kelemahan diri dan menjaga kepentingan sendiri., sebelum dan selepas zaman Ibn Taimiyyah pun, gelagat ulaman jenis ini tetap sama, dulu kini selama-lamanya.
Petikan dari:
Bicara buan Pemimpin dan Rakyat
oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidn

Tuesday, July 6, 2010

4 POINT UNTUK RENUNGAN

4 point

4 point Menguatkan Badan

1- Makan daging
2- Memaki haruman
3- Kerap membersihkan bvadan/mandi
4-Berpakaian daripada kapas.

4 point Melemahkan Badan

1- Banyak minum air ketika makan
2- Sentiasa cemas
3- Banhyakmakan ahan yanf masam
4- Banyak bersetubuh

4 point Menajamkan Mata

1- Memandang warna hijau
2- Duduh menghadap kiblat
3- Bercelak sebelum tidur
4- Berpakaian bersih

4 point Merosakkan Mata

1- Memandang najis
2- Melihat orang dibunuh
3- Melihat kemaluan
4- Membelakangi kiblat

4 point Menajamkan Fikiran

1- Tidak banyak berbual kosong
2- Rajan bersugi ( gosok gigi )
3- Bercakap dengan orang soleh
4- Bergaul dengan para ulama

hanyalah satu renungan untuk difikirkan.

Sunday, July 4, 2010

IBN TAIMIYYAH BERSAMA RAJA QAZAN

Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang benama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut islam, tetapi melakukan penyelewenagan dan kezlaiman terhadap umat Islam. Ibn. Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam ibn. Timiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan .

Kata Syeikhul islam Bin Taimiyyyah kepada penterjemah Raja Qazan. " Beritahu Qazan engkau mendakwa engkau seorang Muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engku Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami sebaliknya membuat perjanjian. Ada pun engku berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak ditunaikan."

Kemudian berlangsonglah dialog antara Ibn Timiyaayh dengan Raja Qazan. Selepas itu, Raza Qazan berkenaan menjamu sekalian yang hadir makan dengan lazatnya. Namun ibn Taimiyyah tidak mahu makan. lalu Raja Tatar itu bertanya:

" Mengapa engkau tidak mahu makan ? "

Jawab Ibn Taimiyyah " Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasan mu ke atas harta orang ramai. kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orang ramai!"

Kata Raja Qazan " berdoalah untuk ku "

Kata Ibn Taimiyyah : " Ya Allah jika hamba-Mu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimah -Mu maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. namun, jika dia berperang , kerana menunjukkan-nunjuk untuk menganggkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya."

Semua ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka, lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: " Mengapa kamu semua mengangkat jubah? "

Jawab mereka, " Kami bimbang jika raja memancung kepada engkua, nanti darah engkau akan terkena jubah kami." Apabila keluar dari majlis berkenaan,mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah " Engkau telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi "

Jawab Ibn Taimiyyah " Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi ".

Lihat; Ibn Kathir, Al-Bidayah wa an-Nihaya, 14/92, Beirut; dar al-Kutub al-'Ilmiyyah )
Satu coretan untuk tatapan dan renungan
Coretan ini petikan dari Buku Bicara buat Pemimpin dan Rakyat
Himpunan Tulisan Dr. Muhd. Asri Zainul Abidin di Mingguan Malaysia

Tuesday, June 15, 2010

SATU RENUNGAN - DI MANA DIRI ANDA KINI

Jika anda berniaga, anda mestilah memikirkan dari segi ekonomi bagaimana hendak untung dan tidak rugi. Jika anda pengamal undang-undang, anda mestilah berusaha agar keadilan mesti dinikmati oleh setiap yang berhadapan dengan proses penghakiman.

Jika anda ahli politik, anda sepatutnya berfikir bagaimana untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat, Jika anda menyeru kepada Islam, anda sepatutnya berfikir bagaimanakah cara agar mesej Islam yang benar atau hidayah sampai dan berkesan untuk sasaran.

Yang pasti setiap bidang yang di bincangkan itu perlu ada regunya atau hala tuju yang mesti jelas dalam pemikiran pengamalnya. Jika regu dibidang ini ditukar putar sehingga tidak menepatai matlamat yang sepatunya, maka rosaklah bidang tersebut.

Seseorang pengamal mungkin boleh mendapat faedah sampingan daripada bidang tertentu apa yang diamalkan namun faedah tersebut janganlah sampai menjejaskan matlamat yang asal. Umpamanya jika pengamal undang-undang befikir bagaimana untuk menghasilkan wang semata-mata sehingga mengetepikan soalan keadilan. Atau seorang ahli politik menganggap tujuan kegiatan politiknya untuk mengaut kuntungan sekali pun mengkhianati amanah rakyat. Atau jika penyampai dakwah islam bertujuan memperolehi habuan dunia sehingga menjejaskan tujuan asal dakwah. maka pincanglah alam, rosak imbangan dan musnah segala peraturan serta tujuan kehidupan. Namun, inilah realiti yang sedang kita hadapi sekarang.


Sunday, May 9, 2010

HANYA UNTUK RENUNGAN - ALANGKAH BURUKNYA ......


Hanya untuk renungan dan fikir-fikirkanlah, bagaimana buruk lakunya perangai pemimpin di masa ini, pembaziran, salah guna kuasa, hidup mewah dengan menidakkan hak orang lain, serta lebih mementing kepentingan peribadi dari menolong mereka yang patut di tolong.



Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Maka alangkah buruknya seorang presiden atau sultan atau raja atau perdana menteri atau menteri besar atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan.

Ketika rakyat membilang butiran besas, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementera mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negera dan itu dan ini.


Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan daripada peruntukan wang negara. kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatanya untuk rakyat. kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keutungan buat rakyat. Alangkah zalim! alangkah keji sikap yang sedemkian rupa.

Saya kadang kala amat hairan apabila seseorang dianggap " berjiwa rakyat ", hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagini berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasi. Orang seperti Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada dalam kalangan manusia. kemuliaanya telah diiktiraf oleh Allah SWT dan Rasul SAW.

Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasul-Nya, sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun, tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangakat oleh Allah SWT.


petikan: BICARA BUAT PEMIMPIN & RAKYAT
Mohd. Asri Zainul Abidin




Saturday, March 7, 2009

Kasih Sayang Pengikat Perjuangan

  • Perbedaan pandangan dapat diharmonikan dengan KASIH SAYANG
  • Perjuangan yang jerih dapat diringankan dengan nilai KASIH SAYANG
  • Kerja yang sukar dan berliku menjadi manis dengan KASIH SAYANG
  • Cita-cita dan harapan dapat dizahirkan dengan semaraknya KASIH SAYANG
  • Kebahgiaan dan kesejahteraan abadi bersama KASIH SAYANG
petikan SEHARUM 2008

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA