Sepanjang perjalanan dari kampong dan ingin menuju ke MU melalui Cameron Highlands dan singgah sembahyang di sebuah supermarket di persimbangan ke MU dan Tanah Rata, rata-rata kawan dalam konvoi 2 buah kereta terkejut berok dengan harga jagung manis pada kadar rm10 untuk tiga tungkul. Semasa perjalanan topik isu MU di tenggelami dengan isu jagung manis tersebut. Sampai di Gua Musang cari makan dulu dan sekali lagi dikejutkan dengan harga makanan hanya makan nasi goreng kampong, tomyan, sup dan minuman ikut selere untuk 8 orang - kos rm120, hebat. Itulah untungnya jika PRK. Bukan sekadar projek mee segera malahan harga makanan juga turut naik segera apatah lagi jika pengunjung menggunakan dialek daerah lain. Semasa sebahyang jama maghrib dan isya di Gua Musang, kita juga terkejut dengan keadaan masjid yang cukup banyak tangga, hebat luas terbentang tapi keadaan bilik air masih boleh di pertingkatkan untuk keselesaan jemaah.
hampir sejam perjalanan dah nampak bendera parti yang bertanding, tapi mungkin agaknya laluan awal ini kita melintasi kubu UMNO/BN, senak juga melihatnya kerana bendera bulan agak kurang kelihatan, tapi suasana itu makin lama makin berubah dan ada ketikanya bulan purnama mengambang cukup hebat dan lambang timbangan hilang entah kemana.
Rombongan terus menuju ke UPU Manek Urai Lama, arah jalan dipandu oleh anggota polis yang sentiasa memberikan khidmat untuk keselesaan pengjung. Di kawasan UPU ini ada padang bola, markas PAS, Rumah UMNO Selangor, dan sekolah Keb. Manek Urai, juga stesyen keretapi Kg. Batu Abu/Manek Urai. Dari jauh kedengaran suara ceramah, tapi sekali-sekali kedengaran macam menguntuk PAS, lagi hampir lagi jelas suara tersebut, pendengar tiada, orang tak ada, suara ceramah ada, satelah sampai ke markas tersebut penceramah UMNO sedang menjual ubat untuk kepentingan UMNO, pendengar hanya duduk dalam rumah, satelah diperhatikan dianggarkan sejumlah 20 orang dan hampir 90% dari kalangan wanita.
Maklumat juga mengatakan di sebuah markas kecil dengan dengan stesyen keretapi ada lagi satu ceramah, pihak PAS pula, dianggarkan sejauh 500 meter antara satu sama yang lain. perjalanan diteruskan, dari jauh nampak manuasia berpusu-pusu sebagai tanda laluan betul ke tempat ceramah. sampai sahaja, hati tertanya-tanya "rasanya suara penceramah ini pernah di dengari " kisah yang di ceramahkan ialah apa yang berlaku dengan DUN Perak, rupa-rupanya Ir Niza, hebat dia, sekali-sekali loghat perak digantikan loghat Kelantan tapi tak begitu menjadi.
Kalau dilihat dari sudut sokongan di kedua-dua ceramah ini PAS/PR insyaallah dapat mempertahankan kerusi Manek Urai dan mengalahkan UMNO/BN sekali lagi. Berdoalah kita untuk kemenangan tersebut.
Hari sudah larut malam, tempat melelapkan mata belum di kenal pasti lagi, akhirnya, hasil dari menghubungi kawan, dimaklumkan sekitar tempat itu juga ada sebuah masjid dan ianya berhampiran dengan pondok polis, apa lagi, punggah semua keperluan dan terus melalapkan mata untuk seketika waktu. .......
Homestay untuk di sewa
HOMESTAY UNTUK DI SEWA
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label PELANCONG POLITIK. Show all posts
Showing posts with label PELANCONG POLITIK. Show all posts
Sunday, July 12, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)