Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label ULAMA. Show all posts
Showing posts with label ULAMA. Show all posts

Monday, December 6, 2010

DOSA - ULAMA PENYELEWENG FAKTA



NONE

Prof. Madia Dr. Asri adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis dan pernah menjadi " Tetamu " kepada Mingguan Malaysia dalam kolum " Pena Mufti " dan banyak menulis berkaitan khusus dengan pembangunan sahsia umat Islam, tak kira di peringakat mana, akhirnya semua tulisan tersebut dibukukan dengan Tajuk BICARA BAUT PEMIMPIN DAN RAKYAT , blog ini biasa menjadikan bahan rujukan kepada tulisan beliau.



Surah al-Baqarah 2:174 bermaksud : " sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Dia tidak membersihakan mereka ( daripada dosa ), dan mereka pula akan berolehazab yang perit "

Bagi para ulama yang sentiasa menyembunyikan kebenaran dan menyelewengkan fakta tidak jalan mudah untuk mereka mendapatkan keampunan melainkan bertaubat dan menerangkan semula kebenaran.

Ulama bukan malaikat atau nabi yang maksum, mereka juga seperti manusia biasa yang terdedah kepada salah dan dosa. Walauapa pun keadaan, mereka tiak boleh menyelewengkan fakta atau menyembunyikan kebenaran sehingga dapat mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah SWT. Mereka di anggap " ulama " kerana ilmu yang dimiliki oleh meerka. Peranan mereka ialah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemasalahahan manusia. jika seseorang memakai pakaian ulama atau mendudui jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tatapi dia kontang ilmu dia sebenarnya bukan ulama walau pau di letakkan pelbagai gelaran dan bintang.

Mereka pula bukan bekerja menjadi pembela setia sebuah kerajaan ataupun parti atau individu, Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya . tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat atau pihak berjasa lagi di kahsihi. Oleh itu seseorang apabila ingin menjadi penuntut ilmu-ilmu Islam, wajib bagi mereka membetulkan niatnya, jangan ia atau ibubapa yang menghantarnya berfikir tujuan memperlajari ilmu-ilmu Islam untuk mendaptakan jawatan atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana ruang perkejaan dalam bidang agama luas atau melariskan bisnen. Jika itu berlaku dari awal, akan lahir ulama-ulama " kakaktua " yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orang ramai, atau apa yang diminati di pasaran atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu.

Sabda Nabi SAW " sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhaan Allah Azzawajalla dengannya, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat "
( Riwayat Abu daud dan Ibn Maja. An Nawawi - Riyadh as-Salihin )

Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembuynikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Kita memerlukan ilmuan seperti Syeikhul Islam Ibn. Taimiyyah r.a, bukan ulama yang menajag juba daripada percikan darah pengorbanan dan kebenaran.


Sunday, July 25, 2010

ULAMA - DOSA PENYELEWENGAN FAKTA

Ya, memang benar manusia tetap manusia walau apa pun pangkat dan darjatnya ianya masih lagi di kenali dengan manusia. Sudah tentu setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan juga sentiasa memohon keampunan kepada Allah. Juga kepada para ulama, mereka juga bukan dari keturunan nabi atau pun malaikat atau para nabi yang maksum. Para alim ulama juga terdedah kepada salah dan dosa.

Tapi bagi seorang yang di kenali dengan " alim ulama " mereka tidak boleh menyeleweng kan fakta atau menyembunyaikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah SWT. Hal ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggapkan ulama adalah kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. perananan mereka ialah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia.



Mohd. Asrei Zainul Abidin -
enjulis buku BICARA buat PEMIMPIN DAN RAKYAT


Jika seseroang mamakai pakaian ulama atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi di kotang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan pelbagai gelaran dan bintang. perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranann mereka menyampaikan dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sebuah kerajaan atau pun parti atau individu, Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekali pun terpaksa menghadapi teman yang rapat atau pihak berjasa lagi di kasihi.

Oleh sebab itu, seseorang apabila ingin menjadi penuntuk ilmu-ilmu Islam, wajib baginya membetulkan niatnya. jangan dia atau ibubapa yang menghantarnya berfikir tujuan mempelajari ilmu-ilmu Islam untuk mendapatkan jawatan atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana ruang pekerjaan dalam bidang agama luas atau melariskan bisnes. Jika itu berlaku dari awal, maka akan lahirlah ulama-ulama " kakaktua " yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orang ramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. Maka nabi SAW mengingtakan:

" Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhan Allah Azzawajalla dengannya, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan dmendapat bau syurga pada hari kiamat.
( Riwayat abu Daud dan Ibn, Majah. ,
An-Nawawi mensahihkan nya dalam Riyaddh-as-Salihin )

Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan faktar sehingga manusia tersesat. Kita memerlukan ilmuwan seperti Syekhul Islam Ibn, Taimiyayah r.a", bukan ulama yang menjaga jubah daripada pecikan darah perngorbanan dan kebenaran.


Rencana ini adalah cubitan dari
BICARA buat PEMIMPIN dan Rakyat
Nukilan Mohd. Asri Zainul Abidin



Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA