Suruhanjaya Pilihanraya mula berasa cemas kerana angka tak rasmi gulongan belia berusia 21 tahun keatas seramai hampir 5 juta hak mengundi masih belum lagi menunaikan tanggongjawab sebagai seorang pemilih.
Cuba kita fikirkan mengapakah agaknya mereka ini lalai untuk menunaikan tanggongjawab penting ini, adakah mereka mengiakan kuasa ditangan mereka kini sudah diabaikan oleh pihak yang tidak bertanggongjawab atau ada kalangan pemimpin yang dipilih malalui proses piliharaya sering menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan kroni sahaja? atau pun mereka merasakan pemimpin yang ada sudah tidak perlu diberikan pertolongan ( undi ) untuk masa depan mereka. Atau mereka merasakan zaman ini pemimpin boleh hidup mewah dengan undi yang diberikan? persoalan tersebut boleh dianalisis oleh semua pihak, termasuk SPR.
Cuba kita balik ke zaman pasca kemerdekaan dulu, bagaimana gulongan muda memainkan peranan untuk kemerdekaan, memang jelas terbayang ketika itu anak muda adalah " superpower " dalam setiap tindakan, nama seperti Dr. Burhanuddin, Ghaffar baba dan badan NGO seperti API ( angkatn pemuda insaf ), penglibatan mereka cukup dan di tahap yang paling maksima, mereka tidak mementingkan kepentingan peribadi, kemerdekaan itu di letakan sebagai matlamat perjuangan.
Zaman pasca kemerdekaan semua pihak bertungkus lumus untuk memastikan negera yang pernah dijajah oleh berbagai bangsa, dari Portugis, Belanda, Inggeris, Siam dan akhirnya Jepun dan balik kepada Inggeris dan semasa zaman penjajahan Inggerislah pihak " orang melayu " dengan tenaga muda mengembelingkan seluruh tenaga untuk kemerdekaan. Sejarah membuktikan bagaimana Malayan Union ditentang habis-habisan oleh Pendudukan Tanah Melayu, bagaimana zaman pra kemerdekaan, negera di zaman kominis ( walaupun ada penglibatan orang Melayu dalam kominis ) tapi penglibatan anak muda tidak dinafikan.
Melalui penglibatan sabagini, tidak kenal penat lelah, tidak kenal hidup mewah, tidak kenal rasa kecewa gulongan muda meneruskan cita-cita itu, sudah pasti penglibatan parti politik turut sama dalam perjuangan tersebut. ( tapi rencana ini ditulis khusus untuk memberikan pengitirafan kepada gulongan muda belia ), akhirnya negera merdeka.
Belia zaman pasca merdeka adalah remaja berjiwa panas, berjiwa memberontak, berjiwa " dimana bumi dipijak di situ langit di junjung ", penoh dengan semangat waja juga dengan pepatah Hang Tuah " Tak kan Melayu hilang di dunia "
No comments:
Post a Comment