Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label POLITIK KG. GAJAH. Show all posts
Showing posts with label POLITIK KG. GAJAH. Show all posts

Friday, September 14, 2012

TAJUDDIN - ENGKAR ARAHAN PENGERUSI MESYUARAT


 Kg. Gajah, Perhimpunan Agung UMNO Pasir Salak pada 2 September 2012 yang lalu telah meninggalkan kemelut kepimpinan, kemelut ini dirakam di FB - Nasaruddin bin Othman. Apakah beliau sungguh kecewa dengan tindakan dan tutur kata dari KB ( Ketua Bahagian ) semasa sesi penggulungan yang sudah cupoi ( suntuk ) masa fardhu asar. Beliau sungguh kecewa dengan pandangan sinis KB terhadap Pengerusi mesyuarat yang mencadangkan " berehat " untuk fardhu Asar.

Pengerusi Mesyuarat sudah menjalankan tugas sebagai seorang Mukimin, sudah mengingatkan para muslimin dan muslimat terutama kepada KB dan anggota jawatankuasa bahagian yang ( mungkin perwakilan sudah menunaikan asar ) sudah berbuat demikian. Persoalan mengapakah agaknya KB terasa hati dengan pemohonan pengerusi tetap dalam hal ini?




YB Datuk Tajuddin - raut wajahnya memang sentiasa serius tapi 
" hatinya baik dan orangnya permurah "


di bawah di salin semula dialog dalam FB kaitan dengan peristiwa tersebut.


Nasaruddin Othman
September 8 at 11:53pm via mobile ·
Hanya kerana mengingatkan waktu solat maghrib hampir tamat ketika ucapan pergulungan oleh ketua umno bahagian, Tim pengerusi tetap dimarahi dan disindir dengan kasar oleh ketua umno bahagian, kalau seperti inilah sikap ketua umno bhg yg angkuh dan sombong, aku tidak akan terkejut apabila semakin ramai org melayu meninggalkan UMNO..I think, KB must read back the constitution and procedure of the conference as well as to understand the power of the chairman of the conference so that is not considered foolish by many people, kalaulah aku jd pengerusi tetap ketika itu, akan aku halau aje dia keluar dewan!

Nasa..mike bertanding g2 pakai duit boleh ler ckp..dan satu lg dulu tembelang mike lum pecah skrg satu semenanjung dah tau...dan bab cawangan teman tak ada masalah pun mesyuarat cawangan baru ni..dulu sekali jer tak leh mesyuarat ..itu pun sabotaj org mcm mike yg ada dlm cawangan teman...
D dalam peraturan persidangan agung UMNO yang paling berkuasa pada hari mesyuarat agung adalah Pengerusi Tetap . ..kerana itu kebiasaannya tempat duduk Pengerusi Tetap d tinggikan sedikit dari barisan kepimpinan bhg. Jika ada ssiapa dari perwakilan termasuk Ket Bhg mmbuat perlakuan kurang_sopan Pengerusi Tetap Persidangan berhak mnggunakan kuasa mutlak beliau untuk mngeluarkan prwakilan itu dari dewan prsidangan.
ketua bahagian x boleh ditegur, kalau tegur melenting laa..
X boleh ditegur, next time jgn pilih dia lagi sbg ketua bahagian.. Gantikan dgn org lain yg blh ditegur :)
Timer kasih NO..Cuma rasanya waktu skrg kurang sesuai isu2 mcm ni dibicarakan secara terbuka..tgk je la komen2 diatas habis semua aib dibuka...yg patut disimpan pn habis dibongkar..Jd dr terjadinya mudharat yg lebih besar elok la ditamatkan shja..supaya musuh tak tikam kita dgn senjata kita sendiri..wallahualam :)
spt kata dato tajuddin dalam tagline ketika dia bertanding majlis tertinggi umno malaysia (berani bersuara demi perjuangan), deme yg x reti ni aje yg kecoh lebih! najib kena bantai beradab pun rileks je, setengah org politik yg cerodek, mmg suka kena bantai..publisiti percuma! hehe
mana punya ketua Bahagian tuh.... ikut lah rasmi padi... makin berisi makin merunduk.... namun kemaafan itu masih terbuka.... sebenarnya lihat dahulu masalahnya... kalau tak buat perancangan yang baik maalah le jugak... jadi sama sama lah kita berfikir dengan matang.... selamat beramal...

Kalau gitu macam mana nak tegakkan negara dengan Islam sebagai pegangannya?

Thursday, July 19, 2012

UMNO : RAMAI PEMIMPIN YANG BODOH - AZIZ BARI


Kg Gajah 19 Julai 2012, di UPU Kg. Pasir Kubu PAS telah mengundang penceramah perundangan yang di singkirkan olah UIA -  Prof Aziz Bari. Orang kampong Pasir Kubu dapat sendiri melihat dari dekat siapa sebenarnya Aziz Bari. Mereka mampu bercerita kaitan dengan penama ini tapi masih belum mengenali secara dekat bagaimana dan kemampuan beliau berucap.



Ketua Bahagian PAS Pasir Salak, Sdr. Muhaimim Sulam bersama penceramah, 
Mr. Richad Wong - dari DHPP, Prof. Aziz Bari, Sdr. Dr. Ishak dan Sdr. Razman Zakaria.


 Sdr Razman Zakaria - TPJ 3, PAS Perak / 
Mantan Pengarah Kastam Melaka.

Sdr. Razman, amat banyak dan berjaya memikat hadirin dengan ceramah yang di iringi tayangan multimedia, semua inti pati ucapan seperti siapa sebenarnya yang memonopoli harta di Malaysia, semua individu terlibat seperti siapa dia Robert Koh, Siapa dia Tony Fernendes, Siapa dia Ananda krishnan, siapa dia Goh Chok Tong juga siapa dia Syed Albukhari. Apa yang menyebabkan mereka tidak berganjak dari tempat duduk semua kekayaan mereka di tayangkan.

Beliau meninggikan suara dengan memberikan pertanyaan kepada hadirin, " Benarkah PAS di kudakan oleh UMNO, betul atau tidak ?" UMNO pembohong " dengan pantas di jawab oleh hadirin.

Memang benar UMNO pembohong,  cuba kita lihat yang kaya bukan orang Melayu, kalau orang Melayu pun bukan semua tapi dari puak-puak mereka saja - itu kroni namanya. UMNO bagi projek gula pada Robert Koh, UMNO bagi laluan Hand Phone kepada Ananda Krisnan, UMNO bagi Genting Highland kepada Goh Chong Tong, UMNO bagi kekayaan kepada  Anak-anak Mahathir, contohnya kini sudah ujud syarikat petrolium - PETRO - dan PETRO pula mengarahkan MAS menggunakan minyak syrarikat inil. siapa punya PETRO - anak Mahathir. Ahli UMNO kena tipu. Betul tak ? tanya beliau.

" Betul " sahut hadirin.


Professor Aziz Bari - Pakar undang-undang Malaysia. 

Momentem kini memang kearah UMNO akan kalah di PRU13 nanti, apa yang perlu dilakukan ialah ahli dan kempimpinan PR amat perlu bekerja keras lagi. Terutama di Johor, angin perubahan amat ketara sekali, tak pernah terjadi sedemikian sebelum, pengalaman di 2 tempat di Simpang Renggam dan Tangkak ianya sungguh menakjubkan.

Kepimpinan UMNO kini serba salah, serba tak kena, apa yang dibuat semua tak betul kadang-kadang ianya memperlihatkan kebodohan mereka sendiri. Lihat sahaja kenyataan dari Menteri Undang-undang YB Nazri. " Beliau memang buta undang-undang. Tempoh pemerintah setiap kerajaan maksima selama lima tahun dan berakhirnya 5 tahun pilihanraya perlu diadakan, dengan pembubaran parlimen, kerajaan " undertaker " perlu di ujudkan, tempoh kerajaan ini maksima selama 60 hari, kemudian perlu diadakan pilihanraya dan setelah kerajaan baru ujud, kerajaan ini pula perlu mengadakan mesyuarat pertama dalam tempoh 120 hari "

Hadirin mendengar dengan khusuk, mereka dapat idea baru dalam masalah negera. Hujah baru untuk berhadapan dengan UMNO nanti. Senjata sudah ada.

Akhirnya sekali lagi, sebagai pessanan adalah diharapkan agar semua pihak dapat meneruskan kerja untuk memastikan kemenangan PR di PRU13 nanti.


Penulis ambil kesempatan untuk bergambar dengan prof.

Saturday, May 19, 2012

UMNO PASIR SALAK - SIAPA BAKAL DI GUGURKAN


Kg. Gajah 18 Mei 2012, pergolakan dan pecaturan siapa bakal calun untuk Parlimen Pasir Salak dan kedua-dua DUN Sungai Manik dan Kg. Gajah terus di momokkan oleh mereka yang berkepentingan, atau rasa geram dan marah masih membara kepada calun-calun tertentu.

Gandingan Mantap - dengan " mematikan " penglibatan Dr. Wan Ashikin.

Gabongan Gandingan Mantap ini secara sinisnya mengenepikan kepimpinan Dr. Wan, bagi kumpulan ini apakah Dr. Wan telah gagal dalam pengurusan dan pentadbiran parti yang memberikan sebab untuk tidak dicalunkan semula?  Dari segi kepimpinan Dr. Wan adalah salah sorang anggota MKT dan ianya dipilih oleh pucuk pimpinan parti, jadi sudah tentu kemampuna beliau agak luar biasa dari 2 lagi tokoh dalam gabungan tersebut - Dato Zainol ( walau pun beliau EXCO Perak ) dan Sdr. Abdullah Fauzi ( hanya naib ketua Bahagian ).

Mungkin agaknya Dato Tajuddin yang menang dalam pertandingan MKT ( Majlis Kerja Tertinggi ) marah kepada presiden kerana melantik Dr. Wan. Beliau dapat MKT cara percuma walhal beliau perlu mengeluarkan belanjar untuk kemenangan tersebut. Pada hemah penulis Dr. Wan masih mampu mempertahankan pencalunan dirinya untuk penggal berikut.


Pemidang baru - juga gambar Dr. Wan di tiadakan - 
teruk sangatkah Dr. Wan ini.?

Apakah benar Seluruh Penduduk Kg. Gajah yakin dan menyokong kepimpinan tersebut. Dengan di ketuai oleh YB Tajuddin, YB Zainol Fazli, Sdr. Abdullah Fauzi dan Sdr. Azwan Harun. Benarkah  mereka dapat merubah dan memperbaiki kedudukan majoriti undi di Pasir Salak dan kedua-dua Dun itu nanti?

Kg. Gajah ( bukan DUN ) - UPU ada 2 di SM Dato Seri Maharaja Lela dan SK Dato Sagor, malang bagi kedua-dua calun BN mereka semua tewas di UPU ini. Kalau ini dijadikan indikator, apakah penduduk kg. Gajah memang berusaha untuk calun-calun BN ini? Atau mereka hanya memancing sesuatu dari kedua-dua calun yang mereka cadangkan - Tajuddin sama ada Abdullah Fauzi atau Azwan.

N.48 SUNGAI MANIK


N.49 KAMPONG GAJAH


PARLIMEN
 Pecahan undi PRU13

Dari segi " ranking " antara Dr. Wan, Abdullah Fauzi  dan Azwan, tidak dinafikan Dr. Wan lebih menyerlah dan dapat mempengaruhi pucuk kepimpinan parti untuk di calunkan semula. Atau apakah dengan kedudukan ini Tajuddin pula yang akan di " mangsakan ". 

Gandingan YB Zainol, Abdullah Fauzi dan Azman juga mantap untuk meneruskan perjuangan UMNO dan PRU13 nanti. Tapi jangan lupa satu nama lagi sedang diusahakan oleh Bekas MB Perak Tan Sri Ngah Talib
Sdr. Ramelle Asharam bin Ramli - Bendahari UMNO Bahagian. Perancangan mereka juga perlu berhati-hati kerana Dr. Wan adalah menantu ketua Wanita Bahagian - Dato Ainon. Atau apakah gabungan Gandingn mantap ini sudah bersedia untuk menidakkan undi dari gulongan wanita.


Hanya untuk renungan pengunjung - apakah UMNO sanggup menggadaikan negara demi mempertahankan kuasa, atau apakah masa kini sudah ramai " pendatang " menjadi pengundi di negara ini?

Tuesday, May 8, 2012

UMNO PASIR SALAK - GANDINGAN MANTAP CAIR

KG Gajah, 7 Mei - ketaksuban sebuah cawangan UMNO memaparkan kain rentang bertemakan calun-calun " kegemaran " untuk PRU 13 nanti telah menerima padah dan kritikan hebat dari beberapa cawangan semasa para perwakilan cawangan mengadakan mesyuarat agung cawangan hujung minggu lepas.

Gandingan Mantap

Gandingan mantap ini mentiadakan penyandang DUN Kg. Gajah Dato Wan Ashikin dan di gantikan dengan Sdr. Abdullah Fauzi selaku naib Ketua Bahagian, kini sebagai seorang usahawan yang agak berjaya dalam bidang " Keselamatan". 

Persoalannya apakah " Gandingan Mantap " ini telah mendapat restu dari Dato T sendiri selaku Ketua Bahagian? kalau benar, apakah rasionalnya Dato T menggugurkan penyandang kini? Apakah rasa dendam perlantikan Dr Wan ke Anggota MKT atas pilihan Presiden masih menghantui dirinya?  Atau apakah Dato T sudah bersedia untuk bergerak sendiri tanpa bantuan Wanita, kerana Wanita UMNO masih di bawah pimpinan Dato Ainon Khairiah, dan Dato Ainon adalah ibu mertua kepada Dato Dr. Wan.


Dato Ainon Khariyah

Dato Ainon - ibu mertua Dato Dr. Wan

Dato Ainon, melobi tempat untuk Dr. Wan tempoh hari, atas dasar untuk memenang dengan  mudah bagi Dato T, dan Dato T menerima lobi tersebut tapi hasilnya amat mendukacitakan, kerana kemenangan Dato T dengan majoriti di bawah 3k, ini cukup memalukan. " Apa yang penting Menantu ku bergelar YB " senyum sinis Dato Ainon.

PARLIMEN

Dapatan untuk PRU12 - hanya 2688 majoriti - jauh lebih rendah
jika dibandingkan zaman Tan Sri Ramli & Dato Megat Junid.

Di samping " Gandingan Mantap " ini secara senyap satu pasokan yang menggelarkan diri mereka " Dream Team " juga sedang bergiat hebat meloloskan diri mereka untuk menidakkan Dato T dan Dato Dr. Wan, dan pasokan ini di ketuai oleh Dato Zainol Padzi yang juga EXCO Kerajaan.

The Dream Team mempuyai kekuatan tersendiri dengan " keakraban " dengan pihak pengurusan di peringkat negeri. Dato Zainal EXCO sudah pasti rapat dengan MB, Sdr. Khairul Azma KP Pera dan juga Pengerusi Perak AmanJaya NGO bawah kehendak MB sendiri dan Sdr. Abdullah Fauzi sebagai pelengkap untuk menguatkan team, kerana, Abdullah Fauzi memang tidak dinafikan keakrabannya dengan Dato T, tapi sejak akhir-akhir ini di fahamkan melalui rakan-rakan beliau juga sudah naik remas dengan cara kepimpinan yang di tujukkan oleh Dato T sendiri.

 
The Dream Team untuk Pasir Salak di PRU 13, apakah team ini akan berjaya, kita tungguh dan lihat sahaja lah pencak silat mereka untuk menumbangkan ketua mereka.


Cadangn ini adalah satu spekulasi saja, tapi kenapa ianya tak boleh berlaku, kerana kedua-dua anak beliau sedang di asuh diperingkat Bahagian, Sri Rahayu adalah Setiausaha, Dr. Faizal AJK dan Datin Rokian isteri Dato juga AJK Lantikan. 

Kini Tan Sri Ramli juga sedang bergiat cergas untuk anaknya Ramele Asraf yang juga Bendahari Bahagian untuk di calon di PRU13 itu nanti. Tapi nama beliau tidak bagitu popular di kalangan UMNO Pasir Salak.

Tapi usaha untuk membuang Dr. Wan ini jelas terpancar semasa perasmian Koop Felcra Seberang Perak hinggakan semasa perasmian Koop Felcra Seberang Perak dengan tetamu utamanya Menteri Koperasi dan Penggunaan dalam addresingnya " tertinggal " nama Wan, apakah ianya di sengaja atau pun terlepas pandang. Wallahualam

Friday, May 4, 2012

PRU13, DUN KG. GAJAH BUANG WAN ASHIKIN


Kg. Gajah 04 Mei 2012. Seluruh pengundi di DUN Kg. Gajah amat terperanjat dengan sekeping kain rentang yang terpapar di depan Pejabat Pusat Khidmat DUN Kg. Gajah di Kampong Teluk.

Nampaknya kedudukan YB kini, Dato Shikin mungkin tergugat pada PRU13 itu nanti, apakah ianya akan menjadi satu realiti atau pun sendiwara politik Dato Tajuddin untuk menguji sejauh mana pengundi Kampong Gajah akan menerima cadangan perubahan ini.

Kenapa Dato Shikin perlu di tamatkan perkhidamtannya, beliau adalah Ketua Puteri Pasir Salak dan Perak serta terlibat di peringkat Puteri Pusat dan juga diberikan kepercayaan olah MKT UMNO untuk bersama-sama mentadbir UMNO di peringakat Pusat. Cuma kelemahan pada YB Shikin ialah beliau dilahirkan atas kehendak DAto Ainon - Mantan YB Dun Kg. Gajah yang juga ibu mertua beliau. Kehebatan beliau di Dun Kg. Gajah memang boleh di pertikaikan, kerana di Pasir Salak, cawangan Puteri tidak lah menggalakkan. Kemunculan beliau adalah desakan Ibu Mertuanya, ketika Tajuddin inginkan sokongan untuk menduduki Parliment Pasir Salak. Juga beliau bukanlah anak jati Kg. Gajah.


Gandingan Mantap untuk PRU13 - Parliment Pasir Salak

Apakah Sdr. Abdullah Fauzi, Naib Ketua Bahagian Pasir Salak,  juga anak kepada Allahyarham Dato Haji Ahmad Razali  mantan YB Dun Kg. Gajah ingin memperjudikan masa depan beliau dengan mencuba nasib sebagai dan bergelar " Wakil Rakyat ". Kalau mengikutkan sejarah dan kepedulian memang sewajibnya beliau diberikan peluang untuk kerusi DUN Kg. Gajah. Sejarah juga membuktikan betapa setianya beliau dengan Dato Tajuddin, beliau bersama Dato Tajuddin " dari dulu, kini dan selama-lamanya ". Kesetiaan beliau teruji semasa Dato Tajuddin di penjarakan semasa Operasi Lalang tempoh hari. Juga kesetiaan di pupuk juga semasa Dato Tajuddin di denda dengan penggantungan keahlian selama 6 tahun kerana politik wang. 

Tapi laluan beliau tersekat dengan kehadiran Dr. Wan Ashikin, Dato Ainon, ibu mertua Shikin dapat meyakinkan Tajuddin untuk memberi laluan kepada menentunya dan akhirnya Sdr. Abdullah Fauzi perlu melupakan untuk bergelar YB. Tapi dengan pergeseran kalangan ahli UMNO, mereka mula mempertikaikan Dr. Wan Shikin bukan " orang " Kg. Gajah dan kemampuan beliau terhad, dan ianya amat perlu diganti.

Tapi malangnya, " kemantapan gandingan " ini hanya berlaku di Cawangan UMNO Kg. Teluk Saja. Kenapa jadi demikian, apakah memang ada rasa dendam khusus dari ahli UMNO cawangan ini terhadap beliau. Sebagai bukti pengundi di Cawangan ini, semuanya mengundi di SM Dato Seri Mahajara Lela, dan keputusan undian memang tidak memihak kepada BN.

Perubahan landskap politik masa kini sudah berubah, pengundi tidak lagi memikirkan UMNO, sebaliknya bagi mereka ialah UMNO perlu di buang dari memori kehidupan harian mereka. Sama ada Wan Ashikin mau pun Abudllah Fauzi, juga Tajuddin dan Zainul Fadzil mereka semua perlu di tiadakan dalam politik Kg. Gajah.

tika dulu telah mengubah cita rasa, dan kini sudah ada

Sunday, February 5, 2012

KOMPLEKS SEJARAH TINGGAL KENANGAN

Kg. Gajah 5 Feb. / 12 Rabiaul awal, perbicangan kali ini kaitan dengan projek " gajah puteh " yang ditinggalkah oleh Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli bin Ngah Talib. Memang tidak dinafikan zaman pemerintahan beliau juga seperti dengan MB yang lain di Perak sudah tentu mereka memberikan keutamaan kepada kawasan masing-masing. Bagi Tan Sri Ramli dan rakyat Perak terutama di sebelah hilir Sungai Perak memang sudah lama mengidam untuk jawatan tertinggi dalam Perak tersebut. Sebelum Tan Sri, semua MB adalah datangnya dari bahagian Hulu Perak.



Salah satu projek yang di bina oleh beliau ialah Kompleks Sejarah Pasir Salak, kompartmen kompleks ini terdiri dari Pasir Salak Resot, Terowong Masa, Restauran Terapong, Rumah Kutai, Replika Parang, satu panggung terbuka, satu ketika dulu kawasan tepi Sungai Perak ini juga dilengkapkan dengan keperluan mainan air - jet ski akhirnya di bina juga satu bangunan di khaskan untuk menyimpan setiap sumbangan cenderemata yang diterima oleh beliau semasa bertugas, memori ini serupa juga dengan Memorial Mahathir di Langkawi.



Semasa pemerintahan Perak di bawah kuasa Tan Sri Ramli ( gambar ) semua aktiviti kerajaan negeri "mesti " diadakan di kompleks ini dan kesannya kompleks diurus dengan baik dan keadaannya cukup " memikat " siapa saja yang mengunjunginya. Tapi kini kawasan ini tidak lagi seperti dahulu kawasan ini hanya tinggal tanpa terurus.




" Rumah Kutai " adalah rumah traditional rumah rakyat Perak, dan di kompleks ini juga di dirikan sebuah rumah tersebut untuk generasi mendatang, tapi sedih keadaan rumah ini sudah tidak terurus, dinding " tepas " saja - dinding dibuat dengan anyaman buluh yang pipihkan. Kini keadaannya cukup menyedihkan.



Laluan ke Restauran Terapong



" Restauran Terapung " ini hanya sebagai pelengkap kepada kompleks ini sahaja, ianya digunakan ikut masa yang sesuai dan tidak dijadikan keutamaan kepada perniagaan, ianya tinggal seperti tidak bertuan.




Amphitheatre - panggung terbuka.



pemandangan dari sudut



Pemandangan penoh bahagian dalam.

Baginilah keadaan " Amphitheater " yang sudah jadi seperti projek " gajah puteh " keadaannya cukup menyedihkan, tidak terus dan papan tandanya di tumbuhi oleh hidupan liar.



Galeri yang seolah-olah ditinggalkan tanpa bertuan.

Pada keseluruhannya, keadaan Komleks Sejarah pada masa ini memang " mendukacitakan " tidak terurus dan ianya " gagal " menarik pelancong ke kawasan ini ( Pasir Salak ). Harapan dan cita-cita Tan Sri Ramli hanya tinggal kenangan. Yang pasti, satu pembaziran telah dilakukan dan sudah pasti wang rakyat yang dijadikan mangsa dalam pembinaannya.

Sunday, December 4, 2011

KHATTIB BERKHUTBAH UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT

Pusat Khidmat Parlimen Pasir Salak telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada seorang khatib kaitan dengan khuttab yang di sampaikan, walaubagaimana pun pelaporan ini tidak menyatakan secara khusus kaitan dengan siapa dan di mana masjid yang digunakan oleh khattib tersebut.

Walaubagaimana pun dari alamat yang ditujukan surat ini berkemungkinan besar yang terlibat adalah seorasng guru agama di sebuah sekolah di Parlimen Pasir Salak. Selain dari YAB Menteri Besar dan Pengarah Jaip juga tertera Pengarah Pelajaran Perak. Sahlah yang diadukan ialah seorang guru ( guru agama )


Maaf surat yang diterima tidak jelas,
walaubagaimana pun isu dan yang di anggapkan satu kesalahan itu di catat semula
untuk peniliaian pengunjung.
Mohamd Ramli bin Kamardin, Setiauaha Perhubungan AP Pasir Salak.


Ditaip semula pertuduhan yang di nyatakan oleh Setiauasasha Perhubungan Dato Tajuddin.

* khatib tidak membaca teks yang di sediakan oleh JAKIM / JAIP
* khatib tidak berdoa untuk DYMM sultan Perak
* menuduh pemimpin tertinggi kerajaan mengamalkan rasuah
* memutar belitkan faktar tentang belanjawan 2012
* menghasut jemaah supaya membenci kerajaan yang memerintah

Apakomen tertuduh?

" sy telah dipanggil utk menjawab atas aduan tersebut. sy mengaku bg kesalahan 1 dan 2 namun sy nyatakan ianya tidak menjejaskan syarat sah khutbah dan pelbagai alasan lain. Namun bagi tuduhan dan aduan 3 dan 4 sy tidak mengaku sama sekali kerana apa yg sy sampaikan tentang belanjawan adalah fakta sebenar dgn angka dan statistik dikemukakan.
Apatah lagi aduan ke-5, lagi lah menampakkan mereka tertekan dgn sendiri. Hasil risikan hanya seorang dua sahaja yang mengadu bukan sebahagian besar jemaah tempatan yg membuat aduan tersebut.

Kini jelas talibarut UMNO memang sentiasa dalam keadaan serba salah, apabila melihat rakyat dah mula faham apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang di lakukan oleh kepimpinan negera.

Lihat saja, peruntukan RM100 setiap murid, ianya bajet 2012 juga masih belum di luluskan tapi bagaimana pembayaran boleh dibuat? Bagaimana kerajaan berbelanjaan sedangkan pendapatan tidak di nyatakan? Apakah penerangan sabagini menjejaskan keselematan negara? Banyak lagi isu yang amat perlu dimaklumkan kepada rakyat tentang kerakusan pemimpin.

Sdr. Kamardin perlu berani berhadapan dengan kebenaran, bagaimana pihak pejabat UMNO boleh menggunakan tenaga seorang kerani sekolah yang jawatan hakiki di sekolah dan masa kerja dari 8pg hingga 5 petang tapi pegawai ini mampu meninggalkan tugasan hakiki sebaliknya berkhidmat di pejabat UMNO. Difahamkan pegawai ini bertugas di Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu, tapi beliau lebih memberikan masa bertugas di pejabat UMNO.

Apakah jika pegawai kerajaan yang ada tugasan hakiki tapi jika membantu UMNO di bolehkan sebaliknya tidak kepada parti lain? Pengundi Pasir Salak serta masyarakat Felcra juga terkejut dengan adanya seorang pegawai dari AJK Bahagian yang di berikan jawatan oleh Pengerusi Felcra dan bayaran gajinya di bayar oleh Felcra sendiri. Kenapa wang peneroka di gunakan untuk beliau, dan apa perlunya khidmat beliau sedangkan pegawai Felcra sudah ramai?

Penyelewengan demi penyelewengan di lakukan oleh kepimpinan UMNO.

Saturday, December 3, 2011

PRU13 - PARLIMENT PASIR SALAK BERGELORA

Kg Gajah 3 Disember 2011 - demam PRU13 kini memuncak setalah PM sendiri memberikan kata semangat kepada para perwakilan UMNO, hinggakan ada kalangan kepimpinan UMNO yang menawarkan diri untuk tidak lagi mempertahankan kerusi mereka di PRU itu nanti. Yang paling mengejutkan ialah kalangan Naib-naib Presiden dan juga mantan MB Trengganu. Apakah benar mereka ingin menarik diri atau pun ianya satu " mainan " politik untuk Najib sendiri?



Sdr. Razak, Sdr. Muhaimin dan Sdr. Azwan mereka bersama Nga.
Apakah ada sinar untuk mereka di Pasir Salak?


PRU12 telah di jadikan " bench mark " oleh semua parti politik untuk menghadapi PRU13 nanti, khususnya kepada PR. Parlimen Pasir Salak juga tidak ketinggalan dengan rencah perjaungan kepimpinan untuk menempah sebagai calun nanti. Sama ada dari PR mau pun dari UMNO itu sendiri. Bagi BN agak mudah kerana hanya wakil UMNO yang memonopoli ketiga-tiga kerusi Parlimen Pasir Salak, Sungai Manik dan DUN Kg. Gajah. Yang jadi masalah apakah ada pertukaran calun di kalangan mereka. Tapi bagi PR ( gabungan DAP, PAS & PKR ) agak sukar.


Sdr. Mustafa Kamil & Ust Mustafa Shaari
( kejayaan mereka hanya mengecilkan jumlah majoriti undi )



Tn. Hj. Osman ( Ketua Cabang PKR Pasir Salak )
teringin nak mencuba lagi selepas kalah pada 2004

Walaubagaimana pun antara PKR dan PAS, PKR lebih banyak menghadapi masalah untuk menentukan bakal calun mereka, permasalahan ini seolah-olah sengaja di ujudkan oleh pihak tertentu di Damansara. Kenapa perlu pemangku ketua cabang Sdr. Mustaffa Kamil di tandingi semula oleh Hj. Osman ( yang pernah menyerahkan jawatan secara sukarela kepada beliau ) yang dulu mengundurkan diri dari Arena Politik. Sdr. Mustaffa yang juga Pengerusi MPN ( Majlis Pimpinan Negeri ) telah berusaha dan menaikan image PKR Perak, tapi perlu disingkirkan atas dasar kecurigaan kepimpinan di Damansara untuk jawatan Timbalan Presiden. Akhirnya Sdr. Mustaffa menjauhkan diri dan PKR Pasir Salak kelam kabut dalam struktur organisasinya.



Bagi UMNO angin juga bertiup kencang di mana 2 dari 3 penyandang akan di " tiadakan " semasa PRU13 nanti, sebaliknya " The Dream Team " telah pun di bentuk oleh gulongan muda untuk mengambil alih tempat-tempat tersebut. Bagi Dato T, yang tata kelakuannya sentiasa di marahi oleh pengundi khususnya di Gugusan Felcra. Rata-rata pengundi hatta pegawai di ibu pejabat Felcra sendiri telah memasang niat akan bersedekah pisang di masjid jika Dato T tidak dicalunkan lagi.



Sebaliknya Dr. Wan Asyikin ( gambar ) pula di fahamkan akan hantar balik ke Grik kawasan tanah tumpah beliau sendiri, dan perkhidmatan beliau di Kg. Gajah memberi pulangan yang kurang menyenangkan pengundi di DUN Kg. Gajah.

Pertelingkahan dalam parti perkara biasa dan sudah menjadi asam garam dalam penghidupan seharian ahli politik dan pertelingkahan ini juga menguji sejauh mana matangnya sesebuah parti tersebut. Tapi dari sudut keperluan dan andai secara zahirya dari sudut logistik, PAS memang mengatasi PKR, kekuatan dari semua sudut khususnya tenaga kerja, perancangan aktiviti sedangkan ahli-ahli PKR cabang ini yang telah " memberikan " laluan untuk sdr. Mustaffa masih belum boleh melupakan peranan yang di mainkan oleh sdr. Mus kepada ahli-ahli PKR di Cabang Pasri Salak.

Friday, July 1, 2011

THE DREAM TEAM - CABAR DATO T DI PASIR SALAK


Bandar Felcra Sbg. Perak - 30 Jun 2011. Kawasan Felcra ini telah di kunjungi oleh hampir 500 peminat dari seluruh negara untuk melihat sendiri apa yang ada di kawasan Felcra ini. Melalui program XPLORASI Agro Bike penunggang basikal dapat menikmati keindahan persekitran ladang ini dan menerima taklimat kaitan dengan pembangunan. Kawasan Felcra ini, di tempat sawah padi, ladang sawit, tanaman komuniti seperti nenas dan pisang juga satu kawasan yang di nama Bio Valleh, - di khususkan untuk menternak lembu juga projek perumahan Generasi ke2.



Pemidang aktiviti Agro Bike - terpampang di jalanan seluruh kawasan

Program kelolaan bersama Majlis Belia Felcra, Pejabat Belia Daerah Kg. Gajah dan Felcra Bhd. tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakan, dan tahniah kepada pihak penganjur. Tapi apa yang mendukacitakan, program sabagini pun pertelingkahkan dan kepentingan politik terus di olah bersama. Timbalan Pengurus Besar Feldra Wilayah ( Sbg. Perak ) yang sepatunya melepaskan " penonggang basikal " di nafikan haknya sebaliknya pelepasan diserahkan kepada Naib ketua UMNO bahagian Pasir Salak. Penutupan oleh Ahli EXCO YB Dato Zainol. Dato Pengerusi Felcra yang kebetulan juga Ahli parlimen Pasir Salak tidak hadir ( mungkin tak dijemput atau memang dilupakan )



The Dream Team untuk Pasir Salak di PRU 13

Berebutan kuasa ini apakah ada kaitan dengan " The Dream Team " yang kini sedang hangat di perbualkan oleh peminat politik bahagian ini. Bukan sekadar ahli-ahli UMNO malahan ramai kalangan pemimpin kampong, ketua-ketua kampong contoh, pengerusi-pengerusi fasa di tanah racangan Seberang Perak juga menceritakan keadaan apa yang berlaku masa kini.

Dari mulut seorang kawan di pejabat Felcra Sbg. Perak, memang mengesahkan Dato T perlu mengadakan program khas untuk beliau pada 7 Julai nanti, program yang belum pasti apa pengisiannya adalah timbal balas kepada program yang dianjurkan oleh YB Dato Zainal, pegawai tersebut perlu " booking " dewan besar Felcra.

Selain itu, rakan dari kumpulan UMNO bahagian pula mengesahkan kini sudah ujud satu team yang di kenal dengan nama GAT ( gerakan anti tajuddin ), NGO UMNO Bahagian ini bergerak secara senyap adan matlamatnya jelas untuk memastikan perancangan Dato Tajuddin tidak melepasi apa yang sepatutnya. Selain dari kumpulan Dato Zainol, bekas ADUN Sungai Manik pula Sdr. Dato Ibrahim Katob pula dengan team beliau sendiri



The Hidden Team
Team ini tidak memberikan ancaman yang kritikal,
walaupun pada pemilihan G7 tempoh hari, Dato Ibrahim dapat undian terbanyak.
Team ini mungkin gugur sendiri kerana penyokongnya tidak ramai.



Team ini sebagai penyambung pemerintahan Dato T sendiri.

Perancangan Dato T untuk calun PRU13 seperti gambar di atas adalah tidak mustahil, Parlimen sudah menjadi hak Tajuddin, Sungai Manik - Dato Zainol hanya soerang berpendidikan Diploma saja jika dibandingkan dengan Sri Ayu, kini berjawatan CEO di Taj Kolej dan beliau juga bertindak sebagai Setiausaha kepada UMNO Bahagian. Dr. Faizal pula setanding dengan Dr. Ashikin ADUN pada masa ini, kelebihan Dr. Faizal anak Tajuddin dan beliau adalah jawatankuasa bahagian latikan ketua Bahagian. Dari segi tahap akademik sama dengan Dr. Ashikin ketua Puteri ( puteri UMNO tidak menyerlah mana ) pemiliah Dr. Ashikin kerana beliah adalah menantu mantan YB Parlimen Parit dan YB DUN Kg. Gajah Dato Ainon Khairiah. Kekuatan Puterr amat terhad sekali.

Jadi, jika diikutkan urutan tersebut, boleh dikatakan kini 54% Tajuddin akan mencalunkan anak-anak beliau sebagai calun di kawasan Pasir Salak nanti. Nampaknya laluan untuk Sdr. Fauzi selaku Naib ketua kelabu lah sikit. Ketua Pemuda pula walau pun dah dilantik sebagai ketua Pemuda Perak, kemampuan beliau belum teruji lagi.

Saturday, January 1, 2011

TAHUN BARU BERSAMA YB KHALIL IDHAM LIM


alt

Y.B. Drs. Encik Khalil Idham Lim bin Abdullah

Masjid Lama ( Jamek ) Kg. Gajah, mengorak langkah dengan majlis ceramah khas untuk sambutan tahun baru masehi. Penceramah undangan untuk majlis tersebut ialah YB ADUN dari kawasan Titi Serong - YB Khalil Idham Lim

YB Sdr. Khalil Idham Lim ADUN kawasan Titi Serong

2 isu penting yang dibawa oleh beliau ialah berkaitan dengan betapa pada masa kini masyarakat Melayu yang perlu menjaga ketuanannya, yang sudah tidak lagi " realistik " dalam tindakan. Dalam kedua-dua isu tersebut, bagaimana umat Melayu sudah lari jauh dari landasan semasa mengadakan majlis kenduri walimatul urus. Unsur-unsur Kemalayu, persaudaraan, pemufakatan, sudah dipinggirkan.

Memang tidak semua, tapi mendukacitakan, ada kalangan majlis walimatul urus di hidangkan dengan " kareoka " dan lagu-lagu yang menghilangkan rasa persaudaraan di kalangan jemputan. Jemputan kecewa kerana tidak dapat bertukar-tukar fikiran bersembang untuk bertanya khabar kerana majlis di riuh kan dengan dendangan karoeke dan lagu-lagu.

Para penyokong, peminat dan ahli baru bersalaman dengan YB,
tanda terima kasih atas kunjungan.

Kalau kita perhatikan, setiap tahun keadaan di Dataran Merdeka memang macam ada galakan dari pihak pemerintah untuk berlakunya perkara sumbang di kalangan masyrakat kita, tapi syukur alhamdulllih di Kampong Gajah, khususnya jemaah masjid ini dapat mengadakan sambutan tahun baru dengan ceramah keagamaan. Memang nasih malang, apa yang mengecewakan kalangan yang ramai terlibat ialah dari anak-anak muda Melayu.

Pihak pemerintah pula, lagi di maklumkan keburukan sambutan lagi hebat mereka lakukan, seolah-olah mereka buat tak nampak kesan buruk yang berlaku selepas sambutan tersebut. Yang jadi mangsa ialah Melayu.

YB bersama jemputan mengambil juadah makan untuk menjamu selera, protokol memang tidak ada dalam kamus pemimpin PR.

YB bersama peminat, penyokong, yang sudah membulatkan tekat untuk tidak bersama-sama dengan BN lagi.

Sebagai ahli politik, sudah pasti beliau mengambail sedikit masa untuk menerangkan pekembangan terkini khusus untuk Pakatan Rakyat dan suasanan kepimpinan negara. Kini resolusi konvensyen PR ke dua di Kepala Batas dengan terbitnya buku Jingga menjadi inti pati maklumat, ke mana hala tuju PR selepas PRU 13 nanti.

Sistem pendidikan, salah guna kuasa oleh pihak PIBG dengan wang ibubapa turut digunakan oleh sekolah untuk pembangunan, ketidak iklasnya Mufti Perak dalam menangani isu " majlis tepoh tawar " oleh MB Perak. juga amat mengejutkan bagaimana pihak Petronas dengan pendapatan berbillion ringgit sejak ditubuhkan tidak membayar zakat untuk kegunaan asnaf yang dituntut. Kamana mengalirnya wang ini? soal beliau. jadi untuk itu Pastikan PRU13 nanti, Putra Jaya berubah tangan dan yang pasti sistem pendidikan akan diberi percuma dari pra persekolahan hingga ke peringkat PHD. Insyallah, Takbir.

Sunday, November 14, 2010

MENGAPA SAYA TIDAK DISUKAI

Angin mula bertiup kencang, kekencangan angin ini di mulakan dengan satu majlis bersama dengan ketua-ketua kampong di Bahagian Pasir Salak. mereka berkumpul di sebuah resort dan majlis ala dialog diadakan. Nampak hebat para ketua kampong kini, mereka berani menyuarakan yang hak dan patut ada pada mereka. Cuma kekalutan cara mereka berhujah kadang kala ianya kurang data dan fakta melainkan ianya berbentuk " hear say " Walaubagaiman pun tahniah atas kemampuan dan berterus terang mereka untuk memastikan kampong mereka menikmati apa sepatutnya.

Mereka berani membandingkan Parlimen Pasir Salak dengan jiran Meraka dari Parlimen Parit. Kenapa dan mengapa di Parlimen Parit dapat banyak peruntukan, mengapa ianya jauh berbeza denagan Pasir Salak, sedangkan Pasir Salak Ahli Parlimennya, berani, lantang dan sentiasa memberikan buah fikiran yang bernas di parlimen, bukan itu saja, beliau juga adalah Pengerusi Felcra Sdn. Bhd. Felcra Sdn. bhd. adalah sebuah GLC yang bagitu kaya dan mempunyai keluasan tanah ladang yang cukup hebat.

Dalam cakap-cakap mereka ( ketua kampong ) di kedai kopi, kini YB Ahli Parlimen akan membersihkan kawasan Pasir Salak dari mereka yang tidak berminat dengan UMNO / BN, dan kalangan mereka yang berjawatan dengan Kerajaan, kalangan guru, kakitangan jabatan lain, termasuk juga para penghulu sudah tentu mereka dari kakitangan Felcra mungkin akan diusahakan untuk di tempatkan di bahagian lain pula. Mungkin mereka akan menetap di kawasan yang tidak berparlimen.

Sebagai seorang pengundi di kawasan ini, penulis merasakan kalaulah benar apa yang dilaporkan oleh ketua kampong ini, nampaknya budaya " sameng " " erogan " " tidak insaf pada kesalahan sendiri " memang menjadi pegangan mereka. Mengapa pemimpin tidak memikirkan apakah ada " penentangan " ini bermakna kepimpinan seseorang pemimpin itu mula dipertikaikan, mungkin cara dan budaya pemimpin itu sudah lapok, tidak releven setelah 50 tahun lebih merdeka, atau pemimpin menganggap semua rakyat boleh dibeli dengan wang ringgit saja. Persoalan ini memang menghantui setiap pemimpin.

Untuk pengetahuan, rakyat juga membaca, meneliti, melihat cara dekat dengan tingkah laku pemimpin, malahan kemana saja pemimpin berada, apa dia buat, siapa dia marah, malahan rakyat sentiasa memantau setiap gerak geri dan aktiviti yang di anjurkan oleh pemimpin. selepas itu rakyat buat keputusan. Mungkin keputusan tidak bersama dengan pemimpin yang tidah seselera dengan rakyat. lantas rakyat bangun untuk menentang.

Mainan yang amat di sukai oleh pemimpin ialah mengalih tempat bertugas pegawai kerajaan, kenapa budaya ini masih berlaku, contoh kalau di peringkat sekolah, guru-guru akan jadi mangsa, ramai juga guru yang menyokong tapi semasa memberi undi mereka tidak memberi kepada pemimpin tersebut. Kita ambil contoh di Dun Kg. Gajah kalau dulu majoriti cukup hebat di zaman Tan Sri Ramli tapi kini sekadar boleh menang saja. Bagitu juga Parlimen Pasir Salak dan Dun Sungai manik.

Difahamkan juga ada kalangan pengikut setia AP ini sering dan sentiasa memerhati gerak geri rakyat di kawasan masing-masing untuk dilaporkan kepada ketua mereka, mereka memerhati siapa yang sukan pakai serban, siapa yang suka pergi masjid, siapa yang sukan menghadiri majlis keagmaan, mereka yang demikian dilebalkan sebagai pengikut sebuah parti Islam, hatta kini sudah kedengaran juga sebuah masjid di kawasan parlimen ini telah diberikan perhatian khusus, mungkin " tali barut " telah mengenal pasti siapa, bila dan apa isi ceramah.

Kenapa di zaman moden ini, di zaman ICT ini, di zaman dunia di hujung jari, boleh dikatakan dunia global dan manusianya " golkar " daya fikir sedemikian masih bermain di benak pemikiran mereka. Apakah untuk " survival " kita perlu main jahat, mengapa kita tidak berminat membetulkan apa yang silap yang telah kita lakukan. Mengapa orang tak suka kita, kita salahkan orang lain, mengapa tak salahkan diri sendiri? Tepuk dada tanya hati.

Akhirnya rakyat sentiasa memerhati dan
akan membuat keputusan bila tiba masanya nanti.

Sunday, September 26, 2010

KEMANA PERGIKNYA WANG FELDA

Tahniah kepada PAS Kawasan Pasir Salak yang dapat menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya dengan di iringan sedikit pelaporan maklumat terkini dengan isu semasa yang di berikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Ust. Idris Hj. Ahmad. Sebenarnya majlis berjaya dengan restu Allah, yang turut menyejokan keadaan. Turunnya hujan di saat jemputan untuk menikmatan jamuan.




Sebahagian dari tetamu yang hadir di majlis jamuan tersebut - di khemat muslimat


Majlis turut di hiburkan dengan suara lunak murid sekolah Rendah Islam, Kg. Gajah, kumpulan ini telah menjadi johan di kalangan sekolah agama daerah Kg. Gajah dengan mengalah 23 buah sekolah yang lain.

Us. Idris memberikan beberapa maklumat berkatan dengan sumbangan 4billion, penyelewangan yang berlaku di Felda dan kini berjangkit ke Felcra, bagaimana rakusnya pemimpin sekarang menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan personal dan rakan-rakan kroni. beliau juga memaklumkan bagaimana Najib menghabiskan wang Felda dari 4billion simpangan kini hanya tinggal 2 billion sahaja.

Ustas Idris juga agak panjang menghuraikan berkaitan dengan isu, orang kafir masuk ke masjid yang ditentang oleh UMNO. ke 4 mazhab mengatakan boleh kecuali Hambali, tapi yang paling teruk ialah UMNO, kerana UMNO tidak membenarkan kalangan muslim sendiri untuk masuk ke masjid. UMNO amat takut dengan kehadiran Ulama PAS untuk memberikan cermah di masjid-masjid.

Nasihat kepada penduduka tempatan agar meninggalkan UMNO/ BN sebaliknya terus memberikan sokongan kepada PR, kerana terbukti kini negeri yang di perintah oleh PR telah menujukkan kecemerlangan pengurusan dan pentadbiaran, rakyat menikmati kemewahan hasil negeri, lihat bagaimana Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Negeri di bawah pemerintahan PR yang bemottokan kesejahteraan penghidupan dengan berpegang kepada Islam sudah membuktikan kemampuan pengurusan pentadbiran tersebut, untuk itu penduduk Kg. Gajah dan sekitar perlu juga memberikan peluang kepada calun dari PR pada PRU13 nanti.

Tuesday, September 7, 2010

DATO T TERUS MENGAMOK - ISU MORE

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihati peserta rancangan Felcra supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai dakyah dan tohmahan terhadap Felcra yang kini giat dijalankan oleh pembangkang. Beliau berkata usaha pembangkang itu bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan peserta Felcra dengan harapan mereka akan membenci BN.


YAB Menteri Besar yang dilantik oleh Mahkamah

Mungkin benar kata YAB tersebut, memang benar pihak pembangkang membuat dakyah tapi apakah YAB tahu dan lihat bagaimana rakusnya pengerusi Felcra ketika ini menjalankan tugas beliau? YAB hanya bertutur untuk kepentingan orang UMNO sahaja bukan untuk kepentingan peneroka. " 1M - Rakyat di dahulukan Pencapaian diutamakan " hanya cogankata untuki kepentingan pemimpin sahaja.

Terbaru bagaimana rakusnya Pengerusi Felcra berlumba untuk mengadakan majlis more berbuka puasa dan majlis penyampaian bantuan raya untuk fakir miskin di gugusan Felcra Seberang Perak. Hinggakan beliau menafikan hak orang lain untuk mengadakan majlis berbuka tersebut. Pegawai di Felcra dijadikan orang suruhan untuk kepentingan beliau. Hari ini 28 Ramadhan, pihak PAS telah memilih tarikh ini untuk majlis berbuka puasa, tapi Dato T cuba menggunakan kuasa untuk membagtalkan majlis tersebut dan mengarahkan pihak pengurusan Felcra untuk membatalkan tempahan PAS sebaliknya memberikan laluan kepada beliau. Apakah Dato T lupa, yang tarikh tersebut telah pun di terima pakai oleh jawatankuassa more yang bermesyuarat sebelum Ramadhann lagi? Atau Dato T ingin menunjukkan " kuasa " di Felcra yang kini sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja?



YB Dato T, terus beremosi

Memang tidak dinafikan kawasan Felcra dan Felda adalah di monopoli oleh orang Melayu, tapi sampai bila mereka peneroka perlu di tipu dengan berbagai tipu mulishat untuk kepentingan kepimpinan. Tenaga dan keringat peneroka di perah habis-habisan dan keuntungan diberikan kepada pemimpin. Lihat bagaimana tipu muslihat kepada peneroka Felda di Kelantan, yang garu ini telah menang di mahkamah dan Felda perlu membayar hampir 12juta atas " salah laku " yang dilakukan oleh pihak pengurusan. - itu satu bukti.

Kita lihatlah petang nanti di masjid Al Ansar Changkat Lada, di mana dua badan akan mengadakan more berbuka puasa. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah akan tidak belakunya insiden yang tidak di ingini, mungkin juga FRU akan hadir sama di majlis tersebut untuk memberikan kerjama memastikan Dato T " Hidup " dengan senang.

Thursday, July 29, 2010

FELCRA DI GEMPUR TILAWAH DAN CERAMAH



jemput beramai-ramai

Di paparkan beberapa kain pemidang untuk tatapan kepada semua " pelayar " blog ini, paparan ini melambangkan satu aktiviti yang hebat pada hujung minggu ini, aktiviti yang dimakudkan ialah musabaqah peserta tanah rancangan Felcra seluruh negera dan satu majlis yang dinamakan himpunan warga Felcra seluruh Negara juga.

Kedua-dua aktiviti ini melibatkan " penghuni " yang sama, iaitu peserta tanah rancangan, apakah program ini ada kaitan dengan apa yang berlaku kepada Felda, memang ada kaitannya tapi pengerusinya orang yang berlainan. Felda terus di bawah naungan PM, kerana ayahanda beliau adalah " peneroka " Felda tapi malang sesampai ke tangan anaknya, Felda yang kaya raya kini di ambang muflis. Tapi Felcra di bawah pimpinan manusia yang pernah di sabitkan kesalahan dengan politik wang beberapa tahun yang lalu dan beliau terus di mahkotakan sebagai " six million dollar man " zaman itu DSAI adalah Timbalan Presiden UMNO merangkap pengerusi badan disiplin UMNO, Dato T ( gelaran kakitangan Felcra ) juga pernah tertangkap " bersuka dengan judi " di Genting Highlands semasa menjawat jawatankuasa Pemuda Bahagian tempoh hari. ( ianya sudah men jadi sejarah ) Itu sebab agaknya Dato T amat berdendam dengan DSAI - agaknya aje le.

Pemidang Tilawah Warga Felcra dan akan di sempurnakan oleh YB Senator Mejar Jeneral ( B ) Dato Jamil Khir Baharom, Menteri di JPM. kalau kita perhatikan keadaan keceriaan pemidang amat mendukacitakan, seolah-olah pekerja mereka buat kerja jangan tidak sahaja. Cuba perhatikan bagaimana pemidang dari Himpunan Warga Felcra - keloalaan Pas, ianya cukup yakin dan daya juang yang tinggi.


Tilawah akan diadakan pada 30 - 31 Julai di Dewan Besar Felcra, Sberang Perak, sebaliknya Himpunan Warga Felcra hanya 1 km jarak dari dewan besar, tapi himpunan di adakan pada 31 Julai dan berakhir pada 1 Ogos. Penglibatan " panglima " ANAK dalam majlis ini sudah pasti dapat membongkar apa yang sedang berlaku sebenarnya di Felcra kerana apa yang berlaku di Felda ada juga kaitan dengan Felcra.

Rakan dalam gambar ini adalah tenaga " profesional " dalam urusan mendirikan khemah, dan sekeliling tanah lapang ini akan disediakan khemah dan satu kheman induk ditengan-tengah untuk acara majlis di jalankan.

Akhir kalam, kepada semua " pelayar " harap dapat memanjangkan jemputan ke majlis ini kepada seberamai rakan dan taulan

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA