Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label MERDEKA. Show all posts
Showing posts with label MERDEKA. Show all posts

Sunday, September 6, 2015

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA MERDEKA KAH KITA

BENARKAH KITA

Bebas dari sistem penjajah?


Penting mendapat kuasa pemerintahan sekurang-kurangnya simple majoriti di Parlimen tetapi apakah asas pembentukan kuasa itu?

UMNO/Barisan Nasional (BN) sudah tidak boleh dipercayai untuk mentadbir negara ini dengan slogan nasionalismenya, perjuangan bangsa, agama dan negara kerana ia hanya menjadi slogan retorik untuk meraih undi dalam pemilihan parti itu dan dalam pilihan raya semata-mata untuk memenangi hati orang ramai.


Parti-parti pembangkang diharapkan dapat mengambil alih tugas BN dalam pilihan raya umum ke 14 nanti apabila diberi mandat oleh rakyat.

Tetapi apakah asas pemerintahan negara yang mahu dilaksanakan oleh parti-parti pembangkang? Apakah liberalisme, nasionalisme seperti UMNO, sosialisme atau lain-lain?

Atau ia masih kabur, parti-parti pembangkang masih mencari-cari asas untuk meletak masa depan rakyat dan negara ini lebih cemerlang dalam semua hal, jauh lebih baik dari pemerintahan BN.

Penulis tidak nampak apa asas sesungguhnya difikirkan relevan oleh parti-parti pembangkang untuk memenuhi aspirasi rakyat bebas dari belenggu UMNO/BN.

Ya benar, rakyat mahukan ketelusan dalam tadbirurus negara, tanpa rasuah, pentadbiran adil kepada semua pihak, undang-undang yang memberi keadilan kepada semua termasuk orang yang dihukum bersalah dan berbagai perkara lain lagi.

Katakan, Perlembagaan Persekutuan menjadi asas pentadbiran demokrasi berparlimen negara, segala tindak tanduk rakyat dan kerajaan mestilah berasaskan kepadanya.

Jika ini asasnya kenapa BN tidak berupaya mempamerkan keluhuran perlembagaan setelah lama memerintah negara sejak merdeka, sudah lebih dari 50 tahun?

Semakin hari corak pemerintahan semakin merosot dan terakhir negara dibebani hutang mencecah beratus billion ringit dengan Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Malaysia.

UMNO yang mahu menjaga ketuanan Melayu semakin hari menjadikan orang Melayu sebagai hamba untuk mengaut harta negara untuk pemimpin mereka, lebih teruk dari harta rampasan perang dan demi mengekal survival parti itu yang diibaratkan sebagai  'hidup segan mati tak mau'.

Parti itu pernah matipun satu ketika dahulu dan sejarah tidak pernah menipu manusia sekali-kali.

Justeru, apakah perlembagaan boleh ditafsirkan sesuka hati menurut dasar parti pemerintah? Jika nasionalisme menjadi teras kerajaan BN maka perlembagaan ditafsir mengikut tafsiran nasionalisme.

Begitulah sebaliknya jika sosialisme, liberalisme, sekular prograsif dan lain-lain diangkat menjadi fahaman pemerintah negara, apakah semua itu  bersesuaian atau perlembagaan negara boleh sesuka hati ditafsirkan menurut kehendak pemerintah sebab kuasa di tangan mereka setelah rakyat mengizinkan mereka berkuasa?

Atau perlembagaan itu perlu dipinda mengikut kesesuaian dan kehendak parti pemerintah?

Jika ini boleh dibuat, di saat diperlukan maka takrifan mengenai, ketelusan, tadbirurus negara yang baik, rasuah, salahguna kuasa dan keadilan undang-undang mestilah dinilai dengan tepat, rasional, sesuai dengan sifat fitrah manusia yang serba kekurangan.

Jika tidak, perlembagaan negara boleh ditafsirkan sewenang-wenang bahkan boleh diperalatkan untuk menjayakan sesuatu cita-cita pihak yang berkuasa sama ada dengan sokongan rakyat atau tidak sebagaimana dilakukan oleh BN selama ini.

 Penulis percaya ia tidak mustahil boleh dilakukan oleh parti-parti lain ketika mereka memerintah.

Tanpa prajudis, sudah pasti ada kelemahan yang termaktub dalam perlembagaan negara kerana ia ciptaan manusia yang serba kekurangan.

Dengan sebab kelemahan inilah negara menghadapi kemelesetan segala-galanya di bawah BN.

Negara perlu diubah dari segala bentuk termasuk Perlembagaan Negara. Negara perlu dimerdekakan dari sistem penjajah Inggeris kepada sistem Islam yang syumul mendapat jaminan rahmat untuk sekalian alam dari Allah SWT.

Tuesday, September 1, 2015

MALAYSIA MERDEKA - RAKYAT SUDAH BOSAN



Fakta: Merdeka 58 tahun, rakyat bosan skandal Merdeka 58 tahun, kajian tunjukkan rakyat bosan skandal politik, ingin perubahan OLEH JULIA YEOW DAN JENNIFER GOMEZ Published: 31 August 2015 7:03 AM | Updated: 31 August 2015 9:22 AM Kaji selidik

menunjukkan perubahan dalam kerajaan dan kepimpinan akan dialu-alukan kebanyakan rakyat Malaysia demi melihat kesejahteraan negara yang dicintai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2015. 


Sejumlah besar majoriti rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu kaji selidik baru-baru ini berkata, mereka mahu perubahan kerajaan dan kepimpinan ketika negara meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-58 hari ini, menunjukkan kebimbangan rakyat terhadap situasi terkini politik negara. 



Kaji selidik atas talian dijalankan The Malaysian Insider menunjukkan 67% responden mahu perubahan dalam kerajaan, sementara 22% mahu kepimpinan lebih baik. Sejumlah 9% pula berkata mereka mengharapkan prospek ekonomi yang lebih baik. 



Sebanyak 66% mengakui mereka bimbang dengan keadaan hal ehwal negara pada masa ini, sementara 14% bersedih. Hanya 13% yang terlibat merasa gembira dengan keadaan sekarang.



 Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, ini menunjukkan kebanyakan rakyat tidak gembira dengan skandal politik dan mengalu-alukan perubahan dalam kerajaan dan kepimpinan. 





“Gabungan 80% rakyat sama ada bimbang atau sedih untuk negara. Seseorang itu pada awalnya akan berfikir ini adalah kesan ekonomi yang lemah dan skandal politik, tetapi hampir 90% sebenarnya mahukan perubahan kerajaan atau kepimpinan lebih baik, dengan kurang 10% mahu prospek ekonomi lebih baik,” kata Penganalisis Politik Dr Oh Ei Sun dari S. Rajaratnam ( gambar ) School of International Studies, Singapura. 


“Ini menunjukkan rakyat faham, paling penting dalam mendorong pembentukan negara Malaysia ialah politik dan bukan ekonomi, dan politik mendorong ekonomi, dan bukan sebaliknya. “Mereka percaya dengan menyelesaikan krisis politik terlebih dulu, ekonomi kemudiannya akan pulih sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insider. 



Sejumlah 8,922 pembaca mengambil bahagian dalam kaji selidik itu, yang dikendalikan di laman web The Malaysian Insider dari 20 Ogos hingga 29 Ogos.



 Tiga soalan diletakkan di kaji selidik atas talian itu. 
Soalan pertama ialah “Apa satu harapan anda untuk negara ini?”. 

Kedua ialah “Bagaimana perasaan anda ketika Malaysia menyambut Merdeka?”

dan ketiga ialah “Apa satu masalah yang anda harap dapat diselesaikan sebelum merdeka?”. 



Sebanyak 33% berkata mereka mahu skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diselesaikan, sementara 26% berkata kejatuhan nilai ringgit. 



Selebihnya, 24% mahukan masalah perpecahan bangsa dan agama yang makin meningkat diselesaikan, dan 17% pengundi bimbang dengan terhakisnya kebebasan bersuara. 



Pengarah Centre of Public Initiative Dr Lim Teck Ghee (gambar, kiri) berkata kaji selidik itu menunjukkan perubahan dalam kerajaan dan kepimpinan – apa juga perubahan – akan dialu-alukan kebanyakan rakyat Malaysia. “Rakyat Malaysia sangat bosan dengan skandal yang tiada penyelesaian dan peningkatan dalam pertelingkahan antara bangsa dan agama. 



“Dapatan yang hanya 13% rakyat Malaysia gembira menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-58 negara amat membimbangkan kerana ia menunjukkan mood majoriti besar rakyat kita pesimis, tidak berpuas hati dan tidak bersemangat,” kata Lim. 



Keputusan kaji selidik itu dikeluarkan serentak dengan ribuan rakyat Malaysia yang berkumpul di jalanan di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, reformasi institusi, kerajaan bersih, hak untuk memprotes dan langkah menyelamatkan ekonomi. 



Najib dikritik teruk sejak beberapa bulan ini berikutan tuduhan pembabitannya dengan skandal syarikat sarat hutang 1MDB selain pendedahan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun bank peribadinya.



 Beliau yang juga presiden Umno itu  baru-baru ini mendakwa beliau dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada tuduhan rasuah melibatkan wang AS$700 juta atau RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, yang beliau sendiri sering ulangi merupakan sumbangan untuk Umno, bukan untuk kegunaan peribadinya. Laporan SPRM selanjutnya mengesahkan wang itu adalah sumbangan dana politik dari penderma di Timur Tengah. – 31 Ogos, 2015. 


Wednesday, August 26, 2015

JALUR GEMILANG SUDAH TIDAK GEMILANG.

Oleh Abu Hassan Adam

Apakah masa kini rakyat sudah lupa perjuangan Pejuang-pejuang Kemerdekaan dulu, atau mereka sudah dapat merasakan nikmat kemerdekan dan melupakan mereka yang berjuang untuk kemerdekaan tersubut? Generasi kini adalah kalangan mereka yang didlahirkan selepas perjuangan merdeka di lakukkan.

Kini sudah 58 tahun merdeka ( dari 1957 - 2015 ) kalau mereka yang lahir pada tahun mula merdeka kini mereka sudah 58 tahun, dan majoriti rakyat kini adalah generasi muda yang lahir selepas merdeka. Mereka menikmati kemerdekaan dan bukan dari kalangan mereka yang bersusah payah untuk kemerdekaan.

Beberapa hari lagi 31 Ogos 2015 - merdeka di sambut lagi.

Bagaimana suasana kemerdekaan 2015 ini?




Tentulah timbul rasa yang amat sedih apabila tidak melihat ‘Jalur Gemilang’ berkibaran di tanah tempat kelahirannya terutama dalam suasana negara menyambut kemerdekaan . Samada di jalan-jalan raya ataupun di kawasan perumahan, terlalu kurang kelihatan ‘Jalur Gemilang’ berkibaran kini. Suasana sedemikian amat berbeda dengan keadaan negara menyambut kemerdekaan pada tahun-tahun 1990an dulu.



Pada ketika itu dapat aku bayangkan suasana yang begitu riang dan bangga ketika menjelang hari kemerdekaan. Seolah-olah setiap rakyat Malaysia merasa bersalah sekiranya tidak bersama-sama menyambut kemerdekaan. Seolah-olah rakyat Malaysia merasakan tidak adil pada dirinya sekiranya ‘Jalur Gemilang’ tidak dikibarkan samada di kereta atau di rumah atau di mana sahaja yang boleh dipamerkan ‘Jalur Gemilang’ sebagai tanda sayang dan bangga kepada negara Malaysia yang tercinta.

Mengapa keadaan sedemikian sudah tidak wujud lagi di Malaysia kini. Mengapa? Amat sukar untuk melihat walau pun sebuah kereta di Lebuhraya Persekutuan yang mempamerkan ‘Jalur Gemilang’ di atas keretanya. Hampir tidak ada. Jikalau pun ada sebuah kereta yang mempamerkan ‘Jalur Gemilang’ akan diiringi dengan kata-kata ‘ Umno kini dan selama-lamanya’. Terfikir di kepala aku, ‘apakah ‘jalur Gemilang’ ini hanya milik segelintir manusia yang menggelarkan diri mereka ahli UMNO?



Mungkin rakyat Malaysia umumnya merasakan tidak perlu mempamerkan ‘Jalur Gemilang’ di kereta-kereta mereka. Soalnya mengapa bersikap begitu. Apakah rakyat Malaysia sudah tidak sayangkan lagi negara tercinta ini? Apakah mereka sudah tidak merasa sedih melihatkan ‘Jalur Gemilang’ begitu ‘dipersia-siakan’, sedangkan ‘Jalur Gemilang’ adalah sebagai lambang kemegahan bangsa Malaysia.

Tetapi jika diperhalusi, mengapa pula rakyat Malaysia begitu menyanjung dan mengaggungkan ‘Jalur Gemilang’ pada suatu ketika dahulu. Tahun-tahun 1990an misalnya. Seingat aku perasaan rakyat Malaysia begitu sayang dan mengaggungkan negara Malaysia sehinggakan pegibaran bendera sebagai satu cara mereka menumpahkan taat setia kepada negara. Anak-anak zaman ini tentunya akan kagum sekiranya dapat melihat video yang menggambrakan bagaimana rakyat Malaysia menyambut kemenangan Malaysia dalam pertandingan Thomas Cup menewaskan Indonesia dalam pertandingan akhir pada awal tahun 1990an. Seluruh negara begitu bangga sekali menyanyikan ‘Negaraku’ disamping mengibarkan ‘Jalur Gemilang’ disamping memuji dan memuja Tun Siti Hasmah (isteri Perdana Menteri) yang berada bersama-sama menyaksikan pertandingan berkenaan.

Bagi aku itu merupakan salah satu episod dalam sejarah Malaysia yang boleh menggambarkan perpaduan bangsa Malaysia yang begitu utuh dan kukuh. Seolah-olah tidak ada lagi ‘batu penghalang’ yang boleh menghalang pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Semacam sudah terlerai segala bentuk rintangan untuk kita mewujudkan bangsa Malaysia. Semacam sudah tidak ada lagi ‘manusia’ di Malaysia yang bergelar Melayu atau Cina atau India atau Kadazan atau Iban di negara ini. Semuanya anak Malaysia. Bangsa Malaysia dalam ertikata sebenarn-benarnya telah wujud. Perasaan hormat menghormati antara satu sama lain telah tersemai.

Tetapi soalnya mengapa sudah tidak wujud lagi keadaan sedemikian di negara kita kini. Semacam begitulah keadaaannya.

Aku merasakan bahawa untuk menentukan sayang tidaknya rakyat kepada negara dan bangga tidaknya rakyat ketika mengibarkan “jalur Gemilang’ terletak kepada cara pemerintahan yang dijalankan oleh para pemimpin di negara ini. Maknanya bergantung kepada tindakan para pemimpin dalam menjalankan pentadbiran mentadbirkan negara yang tercinta ini.



Satu kajian oleh Social media firm Politweet, yang membuat kajian terhadap 193,893 tweets daripada 79,949 pengguna internet mendapati bahawa ‘most netizens distrust Putrajaya and Prime Minister Najib Abdul Razak over 1MDB and the RM2.6 billion in the premier’s bank accounts’. Walaupun bukan menggambarkan perasaan seluruh rakyat Malaysia tetapi dapat juga memberikan ‘jawapan’ sekurang-kurangnya mengapa rakyat memandang sepi terhadap usaha menyambut kemerdekaan negara” Malaysiakini – 20 August 2015.

Mungkinlah banyak faktor-faktor lain yang menyebabkan rakyat ‘menunjuk perasaan’ dengan cara mereka tersendiri terhadap berbagai tindakan kerajaan yang agak menyusahkan rakyat. Pengenalan cukai GST masih lagi menguasai kehidupan rakyat yang menyebabkan kehidupan rakyat agak tertindih. Berbanding dengan kehidupan segelintir kumpulan rakyat yang kelihatan begitu mewah dan bahagia sekali menggunakan wang negara dengan sewenang-wenangnya seolah-olah wang yang digunakan oleh mereka itu seperti wang pusaka peninggalan datuk nenek mereka.

Rakyat tidak buta melihat penyelewengan sedemikian. Rakyat menderita dengan berbagai tekanan yang dikenakan. Dengan demikian cara rakyat melahirkan ‘penentangan’ mereka kepada kerajaan adalah dengan cara yang berbagai-bagai. Salah satu caranya ialah dengan tidak mengibarkan ‘Jalur Gemilang’. Mungkin mereka merasakan apa perlunya berbuat demikian sedangkan ‘hati dan perasaan mereka hancur lebur’ akibat tindakan pemimpin yang tidak bertanggung jawab kepada rakyat dan negara.

Mungkin itulah agaknya antara sebab ‘Jalur Gemilang’ tidak berkibaran sebagaimana sepatutnya. Mungkin.

Saturday, November 22, 2014

MERDEKA - PKMM, API, AWAS DAN PKM DI TIADAKAN.....

Sejarah Kemerdekaan yang di padamkan oleh pemerintah


2014, genaplah 57 tahun rakyat Malaysia ditipu Malaya merdeka tanpa darah. Selama 57 tahun juga kita diberitahu hanya Umno, MCA dan MIC sahaja yang membebaskan Malaya daripada penjajahan British. 

Sedangkan, kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos, 1957 mempunyai kisah dan cerita yang lebih besar daripada itu.




Penjajah British tidak akan memulakan rundingan kemerdekaan dengan Tunku Abdul Rahman jika tiada perjuangan mengangkat senjata melawan mereka di Malaya. Terlalu banyak darah yang sudah ditumpahkan dan nyawa yang melayang sebelum bendera UnionJack diturunkan di Dataran Merdeka 57 tahun lalu.

Kita perlu jelas perjuangan mengangkat senjata rakyat Malaya yang bermula pada tahun 1948 itu berlaku selepas British mengisytiharkan darurat dan mengharamkan pertubuhan-pertubuhan politik kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Parti Komunis Malaya (PKM) dan banyak lagi.

Mengapa pertubuhan-pertubuhan ini diharamkan?
Kerana mereka mahu kemerdekaan 100% bagi Malaya.
Mereka mahu British keluar dan tidak lagi mengaut kekayaan ekonomi tanah ini.
Mereka juga mahu Malaya diperintah orang-orang dari tanah ini tanpa mengikut telunjuk British. Ini di antara sebab British memerangi mereka habis-habisan.

Kita perlu tahu parti politik pertama orang-orang Melayu adalah PKMM dan bukannya UnitedMalay National Organisation (Umno).
PKMM yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 juga merupakan parti Melayu pertama dan melaungkan slogan merdeka lebih awal daripada Umno.

10 tahun sebelum merdeka, sudah wujud sebuah pertubuhan politik berbilang kaum dan progresif Putera-AMCJA yang jika berjaya memerintah negara pada ketika itu, akan memusnahkan politik perkauman ciptaan British.

Perlu diingat, pada ketika itu konsep Melayu masih lagi diperdebatkan dan Putera-AMCJA mencadangkan agar semua warganegara Malaya merupakan orang-orang Melayu.
British amat takut dengan kesatuan berbilang kaum dalam Putera-AMCJA dan menghancurkannya. Selain propaganda media, British menangkap pimpinan-pimpinan pertubuhan progresif ini semasa darurat 1948.

Melayu, Cina dan India perlu dipisah-pisahkan supaya mudah bagi British untuk mentadbir. Sehingga hari ini formula sama masih digunakan kerajaan untuk memerintah negara.

Penulis tidak berniat untuk memberi syarahan sejarah, fakta-fakta di atas dikeluarkan agar pembaca boleh mengkaji sendiri dan menilai apa yang sebenarnya berlaku dan peristiwa-peristiwa mendorong tercapainya merdeka.

Walaupun akhirnya kita tidak boleh menafikan, Tunku bersama Umno, MCA dan MIC yang berjaya mendapatkan kemerdekaan Malaya daripada British, latar belakang dan sejarah sebenar yang berlaku perlu diketahui dan diberitahu agar jati diri kita menjadi lebih kuat.

Ia juga bertujuan untuk menghargai peranan semua pihak yang berjuang memerdekakan negara termasuk PKM yang dijadikan “momok” sehingga kini.
Jika sejarah sebenar diberitahu, sambutan kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos setiap tahun akan menjadi lebih bermakna kepada semua pihak.
Jika tidak, sambutan hari kemerdekaan Malaya yang kemudiannya menjadi Malaysia pada 16 September 1963 hanya akan dihargai penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tidak melibatkan seluruh negara.
Malaysia harus bergerak ke hadapan. Namun tanpa mengetahui sejarah sebenar, masalah-masalah pokok negara seperti perkauman tidak akan dapat diselesaikan.
Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaya yang ke 57.

Saturday, August 31, 2013

MERDEKA - APA KATA JAIP



Masa ini negara sedang sibok dengan urusan " merayakan " sambutan Hari Kebangsaan yang ke 56, benarkah negara dan rakyat kita kini sudah merdeka?

Sambutan dengan berbagai-bagai cara dan pendekatan. Persoalannya ialah, adakah semua kita benar-bemar telah memerdekakan diri dan jiwa kita seiring dengan kemerdekaan negara? 

1- Ada orang berpendapat bahawa manusia menjadi merdeka apibla negarnya merdeka. 
2- Ada orang menganggap bahawa kemerkekaan itu mesti dihayati dan dinikmati sepenuhnya dengan melakukan apa sahaja yang terlintas dihati dan terlihat dimata. 
3- Ada juga orang yang berpendapat bahwa kemeerderkaan bermakna kita mesti berpuas hati terhadap apa sahaja yang ada pada hari ini walaupun tiada sebarang pembaikan dan perubahan dengan semata-mata bersandar kepada konsep kesyuuran.

Sekian lama kita menyambut kemerdekaan,tidak banyak peubahan yang berlaku terhadap Umat Islam dan Bangsa Melayu keseluruhannya. Ia masih lagi menjadi bangsa yang kerdil dan tidak menjadi pengatur dan penentu dalam kehiduapn masyarakat. Anak-anak remaja kita masih menjadi beban kepada usaha pembudayaan masyakarat cemerlang dan menghadapi kiris identiti yang tidak berkesudahan. Bangsa kita masih menjadi bangsa yang malas membaca, malas befikir dan malas berusaha sehingga kita sering teraniaya. Bangsa kita dilekakan oleh penjajah malah terus di lekakan oleh bangsa sendiri menyababkan kita hanyut dan karam di dalam lautan kemerdekaan.

Bangsa Melayu dan Umat Islam di negara ini tersilap dalam menghayati kemerdekaan. Kita ibarat rusa masuk kampong yang seolah-olah tidak mahu melepaskan setiap saat dari kemerdekaan yang ada. Kita mahu bebas sebebasnya dan mahu melepaskan diri dari segala kongkongan yang ada. Di kalangan hartawan ramai yang hanya bemegah-megah dengan harta dan kekayaan. Di kalangan pemimpin ada yang asyik berusaha mempertahankan  kekuasaan dengn membiarkan rakyat terus dalam kelekaan. Di kalangan penguasa ada yang menjadi hamba mengejar pangkat dan kedudukan. Di kalangan rakyat ada yang hanya berhibur dan bergurau senda tanpa memikikan masa depan.

Untuk menilai sejauh mana kita telah menghayati kemerdekaan,maka kita perlu menilainya dari kaca mata Islam. Kemerdekaan atau kebebasan merupakan salah satu prinsip asas dalam Syariat Islam. Islam melihat kebebasasn sebagai suatu  kepeluan asas bagi setiap manusia. Sebab itulah disebutkan bahawa Islam membuka negeri-negeri ketika menawanya bukan menjajahnya kerana Islam tidak bertujuan menguasai dan menzalimi tetapi bertujuan membebaskan manusia bagi menerima kebenaran Allah. Kita tidak melihat mana-mana kerjaaan Islam yang memaksa rakyatnya memeluk Islam, walapun kita melihat ramai umat Islamdi siksa dan dianiayai sema-mat kerana menerima Islam.

Tidak ada kaedah lain untuk mengembalikan kegemilangan bangsa kita. Kita bukan bangsa yang lemah tetapi kita hanya dilemahkan oleh penjajah. Bangsa kita pernah mengukur nama di persada dunia. Panglima Awang, sebgaimana di gambarkan dalam karangan Harun Aminurrashid adalah di katakna sebagai orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Kejayan perenang merentas Selat Inggeris, pelayarna solo, menjejak puncak Everaest dan sebagainya turut membukiti keupayaan bangas Melayu menyaingi bangsa-bangsa lain. Namun apakah bangsa kita mengakui dan menyedari kehebatan dan jati diri bangsa sendiri jika terus-terusan kita meniru dan menyerap masuk budaya asing yagn tidak menentu?

Bagi golongan muda perayaan menyambut ulang tahun ini WAJIB mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dicegah dalam agama khususnya di malam ambang kemerdekaan.

Friday, August 30, 2013

MERDEKA - SIAPA YANG MERDEKA?

Kenapa setiap tahun menjelang tarikh keramah 31 Ogos, rakyat sentiasa mempertikaikan sambutannya? Apakah rakyat Malaysia sudah lupa tarikh keramat itu " terlepasnya "  negera ini di bawah jajahan British, jasa dan pengorbanan Tenku Abdul Rahman juga di kenali sebagai " Bapa Kemerdekaan " mungkin sudah mula luput dalam ingatan rakyat. Tapi kenapa? Apa bezanya kepimpinan Tenku dan beberapa orang PM sebelum ini yang bagitu patriotik dalam setiap sambutan, tapi tidak masa ini? Apakah salah rakyat atau pun rakyat mula merasa terhina dengan sikap dan buruk laku perangi pemimpin masa ini. GM cuba mengulas serba sedikit kaitan dengan isu ini.


" MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAH KU " 

Sepanjang Ogos setiap tahun 3 buah negara jiran kebetulan menyambut ulang tahun kemerdekaan, seperti Singapura pada 9 Ogos, Korea Selantan 15 Ogos dan Indonesia pada 17 Ogos. Mengapa agaknya rakyat di negera-negara ini menyambut kedatangan " hari mardeka " seperti terlepasnya seseorang dari penjara, rakyat cukup gembira, mereka menunggu ketibaannya dengan penoh rasa " penoh semangat " dan " kecintaan " yang cukup tinggi. Tapi kenapa tidak di Malaysia? Kemeriah dan kesungguhan rakyat negara ini jelas memperlihatkan tahap patriorisma mereka cukup tinggi.

" Betul ke nak nyambut merdeka? " tanya ramai kawan, tak ada pun langsung tanda-tanda ke arah itu, nampak keceriaan kemerdekaan lesu dan tidak bermaya. Bukan saja semakin kurang, percakapan orang ramai mengenai merdeka dan sambutannya, bahkan kibaran bendera Malaysia di kenderaan, rumah dan pejabat juga hampir tidak kelihatan. Pemasangan bendera di jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur juga belum kelihatan sehingga ini.

Mungkin kelesuan ini ada kaitan dengan kemenangan suara majoriti rakyat yang tidak lagi bersama-sama dengan BN ( kerajaan ) yang sedang memerintah masa kini?  Bagi suara majoriti sudah terluka dengan apa yang dilakukan oleh Rais Yatim pada Kemerdekaan 2012, selaku Menteri Penenrangan, Komukasi dan Multimedia beliau dianggap menyalah guna kuasa dengan berusaha memastikan kemengangan BN untuk PRU 13. Dengan tema " Janji di Tetapi " juga  memunupulasi dan menyalahgunakan tema ini antara kepentingan kemenangan BN dan hari kebangsaan. Rakyat terus menentangnya, dan Rais terus berdegil dengan tindakan tersebut.

 Rompakan perayaan dan memastikan kemengangan BN di PRU13 telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat, Rais lebih mementingkan UMNO / BN dari rakyat, rakyat memberanikan diri untuk bersuara agar kedua-dua situasi perlu di beza dan asingkan. Antara PRU dengan Perayaan kemerdekaan kerana ianya  2 aktibiti yang berbeza. Oleh kerana terlalu dan amat terdesak Rais engkar dengan kehendak rakyat. " Janji di Tetapi " terus di gunakan. Rakyat menyimpan dendam. Merdeka 2013 di jadikan perayaan memprotes. Semua saluran propaganda di gunakan. 2012 dalah tahun bermulanya pencemaran Hari Kemerdekaan.

 Isu 1 - tema merdeka sama dengan tema kempen BN / UMNO - Janji Ditepati.
( Dalam hal ini, Najib terpedaya dengan kehendak Rais )

Isu 2 - Perayaan pada malam 31 Ogos - diadakan perhimpunan besar-besaran yang majoritinya dihadiri oleh ahli UMNO dan komponen BN Stadium Bukit Jalil di mana Najib selaku Perdana Menteri telah berucap dengan intipati yang jelas bermotifkan politik dan keinginan untuk memenangi pilihanraya - ini memperlihatkan kemerdekaan hanya untuk UMNO / BN.

Isu 3 - kebebasan media cetak / eletronik-  Akhbar dan tv pula digunakan untuk mengaitkan sambutan hari kemerdekaan dan kaitan dengan UMNO dan akhirnya sambutan Hari Merdeka 2012 telah menjadi milik UMNO dan BN sepenuhnya. Rakyat yang menganuti fahaman politik yang lain atau tidak terikat dengan mana-mana fahaman politik jadi tersisih dan hilang selera untuk turut sama meraikannya sedangkan sepatutnya Hari Merdeka adalah milik semua rakyat tanpa mengira ideologi dan fahaman politiknya.

Benarkah rakyat sudah muak dengan perayaan kemerdekaan ini, jika kita mengimbau kembali, sebenarnya sambutan hari kemerdekaan dan menjelang tibanya detik 31 Ogos setiap tahun tidak pernah ada cacat-celanya dan setiap rakyat ghairah menanti serta merayakan detik pembebasan negara dari penjajahan negara asing. Semua orang bercakap tentang merdeka, jalan-jalan dipenuhi bendera manakala tv, radio dan akhbar pula tidak henti-henti menyiarkan rencana atau lagu yang bertemakan kemerdekaan.

Celupur dan gerak bodoh beliau dan di iringi dengan niat untuk " mengampu " bos, Rais Yatim bagi memastikan kerusi di PRU13 tidak terlepas sanggup " bergadai bergolok ". Idea cetek Rais Yatim selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Merdeka ( 2012 ) telah memerangkap dirinya dan kepimpinan negara. Kelesuan dan kesedihan ini di luahkannya, " dengan mengatakan harga bendera lebih murah daripada harga sekotak rokok " 

Kini di Merdeka 56, dengan tugas di kementerian di ambil alih oleh Ahmad Shabery Cheek. Kini beliau terpaksa menanggung dan memikul beban yang ditinggalkan Rais itu. Ahmad Shaberi pula leka dan lambat menyedari kesan daripada tindakan Rais itu, lalu tidak pula melakukan sesuatu yang agersif untuk sambutan merdeka tahun ini. Jika kesan daripada apa yang dilakukan Rais itu dapat disedari lebih awal, mungkin kelesuannya tidaklah begitu dirasakan seperti sekarang ini. Shabery juga lembek dan lambat bertindak.

Implikasi perbuatan dan tindakan Rais itu mungkin mengambil beberapa tahun lagi, kita haruslah mengakui bahawa kerana kesilapan dan salah percaturan yang dilakukan oleh Rais Yatim kita rakyat marhain di Malaysia meraikan hari kebangsaan ini ikut rentak masing-masing. Tahniah Rais.

Thursday, August 29, 2013

MERDEKA...MERDEKA.... MAU DUIT KA......


KUALA LUMPUR: “Ada sesuatu yang dirasakan amat tidak kena dalam kita menghampiri Hari Kebangsaan ke-56, Sabtu ini,” kata Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Ini ekoran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah menimbang-nimbang idea untuk memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan setiap premis mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bukan Merdeka, tetapi tiga hari kemudian hasratnya kendur setelah mengakui amat kecewa kerana mendapati ibu pejabat-ibu pejabat kerajaan di Putrajaya sendiri tidak menunjukkan contoh dengan mengibarkan bendera kebangsaan.

Beliau mengadu: “Mereka masih menunggu kerajaan memberikan mereka bendera.”

“Mengapa perkara ini terjadi sedemikian?” tanya Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan

Katanya, dalam perhimpunan-perhimpunan raksasa Pakatan Rakyat sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama, daerah, usia, atau jantina telah berdiri dengan bangga menyanyikan lagu kebangsaan apabila lagu itu dimainkan yang mempamerkan patriotisme dan kecintaan mereka terhadap negara.

“Apakah patriotisme sebegitu lesap begitu saja?” tanya beliau.

Katanya, sudah tentu tidak.

“Saya bersetuju dengan penulis Kee Thuan Chye bahawa ‘patriotisme adalah semangat yang kita sematkan dalam jiwa–kecintaan terhadap negara kita. Ia adalah semangat yang membuatkan kita memutuskan untuk mempertahankannya, barangkali juga untuk mati deminya’.

“Saya pernah mendapat kesempatan untuk menyebut di Parlimen bahawa disebabkan semangat patriotisme dan cinta saya terhadap negara, demi mengejar Impian Malaysia untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, dan daerah, saya bersedia hilang kebebasan apabila ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,” jelasnya.

Sebab itu beliau curiga dengan ‘patriotisme’ para pemimpin yang bersedia untuk memperkaya diri menerusi korupsi dan penyalahgunaan kuasa sehingga mengorbankan hak rakyat dan kepentingan negara.

Katanya, kalangan yang paling nyaring melaungkan ‘patriotisme’ selalunya adalah penipu sebenar dalam negara.

Justeru, ujar beliau ada benarnya ungkapan Dr. Samuel Johnson yang terkenal iaitu ‘patriotisme adalah jalan akhir bagi para bajingan’.

Kembali melihat realiti di Malaysia hari ini, beliau berkata, selepas lebih seratus hari setelah pilihanraya 5 Mei, majoriti rakyat Malaysia daripada semua kaum yang mengundi Pakatan Rakyat telah dipandang serong dan dijadikan sasaran fitnah.

Menurutnya lagi, selain menghentam kaum Cina dan India, Perdana Menteri dan kerajaannya telah gagal untuk membuktikan bahawa beliau dan kerajaannya berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia.

Justeru, kata Lim masih tidak terlambat untuk rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan ke-56 dalam perpaduan dan keharmonian tetapi langkah sulung yang perlu diambil ialah mengakui dan menghormati patriotisme 51% rakyat Malaysia yang telah mengundi Pakatan Rakyat dan 47% yang telah mengundi BN dalam PRU13 lalu./~harakahdaily

Saturday, September 1, 2012

JANJI DEMOKRASI - TERUSKAN PEJUANGN

31 Ogos 2012 - rakaman pada 30 ogos 2012 mulai jam 10.30 malam di Dataran Merdeka

 

(Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka)
KUALA LUMPUR: Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana.

"Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara.

"Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya.

Berikut adalah gambar-gambar mereka.

 


(Di Dataran Merdeka)

 
 
(Berhampiran Dataran Merdeka)


(Mohamad Sabu di Dataran Merdeka)

 
 
(Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka)


(Polis membuat sekatan di Dataran Merdeka)


(Tan Sri Khalid berucap di Stadium Shah Alam)

Thursday, August 9, 2012

HARI KEBANGSAAN - RAIS YANG DEGIL


Habislah kau Rais! Degil sangat, tidak mahu dengar rungutan orang ramai. Dia ingat sambutan Hari Kemerdekaan negara ini hak exclusif pemerintah - Umno/BN semata-mata dan hanya mereka yang berhak untuk menentukan segala-galanya.

Rais sendiri gubah lagu (baca ciplak). Kenapa dia tidak galakan orang ramai menyumbang dengan membuat pertandingan mengubah lagu?

Begitu juga dengan logo tema. Sepatutnya rakyat dilibatkan sama melalui pertandingan menggubah logo tersebut.

Tetapi Rais memilih mahu bolot semuanya. Akibatnya menjadi rungutan ramai dan timbul pelbagai kontraversi sampai nak suruh orang saman dia pasal nak pertahankan lagu ciplakan itu hasilan aslinya sendiri!

Kerana sikap kedegilannya mempertahankan tema 'Janji Ditepati’ Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim terpaksa menerima satu tamparan hebat bila negeri-negeri Pakatan Rakyat bertindak memboikot tema tersebut dan menggunakan tema mereka sendiri.

Mana pernah terjadi dalam mana-mana sejarah di dunia ini, sebuah negara yang menyambut hari kemerdekaannya menggunakan tema yang pelbagai selain Malaysia ini?

Dengan penggunaan tema dan logo yang berasingan, Kerajaan Malaysia yang ada hari ini jelas menampakan dirinya tidak popular dikalangan rakyatnya sendiri.

Kerajaan tidak boleh menyalahkan Pakatan Rakyat semata-mata kerana dikalangan penyokong kerajaan sendiri ada yang tidak sependapat dengan idea tersebut dan turut mencemuh Rais Yatim.

Akibatnya, negara yang akan menyambut perayaan Hari Kemerdekaannya sedikit hari lagi dengan kibaran bendera parti politik masing-masing. Semangat patriotik luntur akibat kesombongan pihak pemerintah yang menganggap sambutan hari Kemerdekaan negara hanyalah milik mereka - Umno/BN

Tidak ramai yang akan mengibarkan Jalur gemilang. Mereka tidak ada perasaan megah untuk berbuat demikian sebagai membantah tindakan sombong Rais Yatim dalam hal ini.

Semua negeri Pakatan Rakyat memutuskan untuk mempunyai tema sambutan Merdeka ke 55 sendiri selepas tidak bersetuju dengan tema yang diputuskan oleh kerajaan pusat 'Janji Ditepati'.

Ini kerana, tema itu selari dengan tema kempen BN sedangkan sambutan kemerdekaan adalah untuk semua rakyat negara ini.

Dalam isu tema yang kontarversi ini, rakyat dapat melihat bahawa pemuafakatan yang dijalin di kalangan negeri-negeri Pakatan Rakyat masih teguh dan jitu. Mereka telah bersetuju untuk menggunakan logo dan tema yang sama dalam sambutan Merdeka ke 55. Syabas kepada Pakatan Rakyat!

Tema Pakatan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' dihasilkan oleh satu penal yang diketuai oleh Datuk A Samad Said.

Logo sambutan Merdeka ke 55 dan Hari Malaysia 2012 akan diperkenalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA