Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label HARI RAYA. Show all posts
Showing posts with label HARI RAYA. Show all posts

Friday, August 9, 2013

RAYA HARI KEMENGAN


SELAMAT Hari Raya..
Mari kita lihat sejarahnya..

Bermula apabila Rasulul SAW berhijrah ke Madinah. Beliau dapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab masa itu. Rasul bertanya, apa 2 hari raya itu? Hari perayaan warisan turun temurun, jawab mereka.

Kata Rasul, Islam gantikan 2 hari raya kamu itu dengan 2 hari yang lebih bermakna. iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha, dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. 
Hari Kemenangan

Hari raya dalam Islam jelas menunjukkan ia adalah hari perayaan keagamaan. Kerana itu merainya adalah ibadat. Menyambutnya adalah suatu kemenangan bagi orang yang lulus mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana kalau, buat batal puasa. 

Kerana itu Allah anugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan dari kemenangan itu. Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. 


Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. 
Hari Agama.. 

Kerana perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan yang ditentukan agama. Bila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: 
  • "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."
Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.  

Ingat! Jangan berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambutnya. Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambutnya. Seperti boros berbelanja, semata-mata bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada beliau, katanya..
  • “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat menyambut Aidilfitri." Lalu beliau segera bertanya: "Kenapa saudaraku?" Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.”
Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. 

Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya. Konsep bantu-membantu itulah yang perlu diketengahkan. Tidak sempurna iman seseorang itu, tidur dalam kekenyangan sedang jirannya dalam kelaparan. Bukan konsep bergaya, bermegeh-megeh, dan membazir di tengah-tengah kemiskinan rakyat!
 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. 
Jangan Materialistik. 
 
Antara budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya di negara kita  ialah 'beri duit raya'. Anak-anak orang Islam menziarahi jirannya disedeqahkan wang. Alhamdulillah, konsepnya baik. Membantu sesama miskin. Ringan, ringan!

Tetapi kalau terjadi sebaliknya, boleh membebankan yang sudah miskin. Keluarga si miskin tidak mampu mensedeqahkan kepada tetamu yang menziarahi rumahnya. Apalagi kanak-kanak, akan tertumpu ke rumah yang dapat banyak duit. Kata mereka, "Pergi ke rumah pakcik miskin tu,tak dapat duit!" "Pakcik tu kedekut, tangkai jering, tahi hidung masin!". Dan lan-lain.

Jadi, konsep bantu membantu dan berziarah itu telah di 'materialistik'kan. Ini suatu contoh kecil.. Faham materialisme atau 'kebendaan' itu boleh menenggelamkan hikmah puasa atau hari raya.

Nabi Nuh AS pernah mengadu kepada Tuhannya dan Tuhan kita semua.. 
  • “Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu derhaka kepadaku, dan mereka mengikuti orang yang harta dan anaknya tiada menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. (Surah Nuh ayat: 21) 
Itulah bahaya faham kebendaan..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Hari Tanpa Maksiat. 

Ada yang menganggap Aidilfitri adalah ‘kebebasan’. Kerana secara harfiah makna Aidilfitri ialah hari kembali ke fitrah. Mereka memandang Aidilfitri laksana hari pembebasan daripada ‘penjara’ Ramadan. Jadikanlah Aidilfitri kali ini hari raya bebas tanpa maksiat. Sambutlah kedatangan 1 Syawal dengan takbir dan tahmid sebanyak-banyaknya. 

Jangan dilayani kebanyakan siaran tv-tv di Malaysia, menyambut hari raya dengan kegiatan-kegiatan maksiat, menambahkan dosa dari berpahala. Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita orang bertakwa agar termasuk dalam golongan insan berjaya di sisi Allah.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. 

Kalau ada jarum patah
jangan simpan dalam peti
Kalau ada silap salah
jangan simpan dalam hati.. 

Ertinya tidak berdendam, marilah kita bermaaf-maafan.. walaupun melalui webblog sahaja.

Thursday, August 8, 2013

RAMADAN DAN SYAWAL

Hari ini selesailah sudah Umat Islam di Malaysia menunaikan tuntutan rukan Islam ke 4 dengan berpuasa di Bulan Ramadhan. Semasa berita jam 8 di semua saluran TV mengistiharkan Malaysia akan menyambut Adilfitri pada 8 Ogos. Tahniah kepada semua pihak yang berjaya melakukan tuntutan Allah tersebut. kemenangan ini insyaallah akan mendapat berkat dari Allah hendaknya. Insyallah.

1 Syawal menjelang lagi menandakan perginya Ramadhan yang selama ini kita rindui untuk hadir namun dia pergi juga, semuga kita berasa sedih kerana bimbang takut ianya tidak datang lagi dalam usia yang masih tidak ada jaminan melainkan dengan izin Allah jua.

Namun kesedihan perginya Ramadhan terubat jua kerana datangnya Syawal menandakan kita telah mampu melalui hari-hari Ramadhan dengan ;


1. Banyak beribadah di waktu malam seperti yang disunahkan khususnya utk bulan ramadhan.
2. Banyak Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w
3. Banyak bersedekah kepada fakir miskin disamping telah menunaikan kewajipan berzakat.
4.Banyak bertadarus Al Quran dan cuba memahami isi kandungannya
5. Secara umumnya kita telah di sekolahkan oleh Ramadhan untuk menjadi insan yang lebih mulia dari segi rohani dan jasamaninya.

Ramadhan membuktikan kita mampu melakukan sesuatu yang luar biasa, kerana itu apalah salahnya yang luar biasa itu terus menjadi amalan kita yang berterusan sepanjang tahun.

Ramadhan yang memberi kesan yang mendalam kepada rohani dan jamani pasti akan melahirkan kita sebagai graduan nya yang telah mendapat kelulusan takwa.



Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

Kepada semua peminat, pembaca
Salam iklas untuk  semua ucapkan 
dari GM
Maaf Zahir & Batin.

Sunday, August 19, 2012

MAAF KEPADA KALIAN.


 Di hari yang mulia ini, setelah di berikan kudrat dan hidyah olehNya, maka sempurnalah sudah Ramadhan 1433 ini. Moga-moga dengan di panjangkan usia sehinggal terbit fajar 1434 untuk Ramadhan yang akan datang.



Kepada semua pengunjung, peminat, pengkritik dan penyebok yang 
bersama-sama dengan blog ini pihak pengurusan megambil kesempatan 
memohon kemaafan zahir dan batin..

Tidak dinafikan tulisan yang di rencanakan ada yang mengguris perasaan mereka yang tertentu, sudah tentu ada kesilapan fakta yang di catatkan, sudah tentu ada antara ayat-ayat yang penyusunannya tidak seindah. mana, sudah tentu adakalanga persorangan atau  pemimpin yang tersinggong perasaan.

Atas semua kekurangan tersebut, MAAF DI POHON.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

IKLAS DARI GAJAHMENTA BLOGSPOT.

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA





DARI GM - DI UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA-MOGA RAYA
TAHUN DEPAN DAPAT KITA BERSAMA LAGI.

PANJANG UMUR MURAH REZEKI

Sebelum meraikan Syawal kita juga perlu memikirkan di tahap
manakah amalan kita sepenjang Ramadhan

1- Apakah sebelum dan selepas Ramadhan kita masih berkelakuan yang sama saja.?
2- Beribadat hanya pada dan sepanjang Ramadhan
3- Gulongan yang dulu, kini & selama-selamanya mendekati diri kepada allah
dan sentiasa menunaikan suruhanNya.


Amalan sunat pada Syawal.

1. Bertakbitr
2. Lafaz ucapan selamat Aidilfitri
3. Meneruskan amalanh Qiamul-lain
4. Mandi sunat di pagi raya
5. Menjamah makanan sebelum solat aidilfitri
6. Memakai pakaian yang indah
7. Berjalan kaki ke tempat mengejakan ibadah
8. Mengerjakan solat aidilfitri
9. Bergemberia pada raya aidilfitri
10. Mengerjakan pusa enam pada bulan syawal

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA - AIDIL FITRI




GM mengambil kesempatan di hari dan bulan baik ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog kelolaan GM ini. Sebagai seorang insan, sudah tentu terdapat banyak kekurangan, kelemahan dan kesilapan yang GM lakukan samada di sedari mau tidak, juga kepada mereka yang masih hidup mau pun yang telah meninggalkan dunia ini.

Apa yang pasti di lakukan dalam setiap penulisan, para pengunjung muingkin akan terbaca dengan terdapatnya dalam tulisan tersebut, bahasa yang digunakan agak keras, pedas, keterlaluan dan pelbagai kemungkinan lagi. Begitu juga dengan gambar-gambar yang disiar di blog ini. Mungkin ada yang terkena batang hidung, sexy, dan mungkin juga gambar tersebut menyebabkan loading menjadi lambat. Begitu juga dengan soal " mengupdatekan " pengisian blog ini. ada kalanya tidak ada ruang untuk memastikan adanya beirita baru, kekadang pula gambar yang disiarkan tidak se cantik mana, kekadang ayat yang disusun tak teratur apa yang penting maaf di pohonkan.

Inti kata Imam Al - Ghazali

-1 Yg. Jauh itu masa yang berlalu
-2 Yg. Dekat itu mati
-3 Yg. Berat itu ialah amanah
-4 Yg. Ringan itu bercakap bohong
-5 Yg. Besar itu hawa nafsu
-6 Yg. Indah itu kemampuan untuk bermaaf-maafan

" SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Wallahua'lam.

Friday, September 3, 2010

AIDILFITRI DI KOMERSIALKAN - APA SUDAH JADI



Hal ini bukan sahaja berlawanan dengan ajaran Islam malah menjejaskan iman seseorang Muslim. Pusat-pusat membeli-belah dan syarikat-syarikat korporat kini mula menggunakan sambutan Aidilfitri untuk mengiklankan produk dan khidmat mereka.


Terbaru, di dalam akhbar tempatan terdapat syarikat yang menjual perabot dan barangan elektrik mula mengiklankan produk mereka dengan kata-kata 'Syawal Mega Sale!' dan 'Jualan Syawal Mega!'sedangkan kita masih berada pada bulan Rejab dan dua bulan lagi iaitu Syaaban dan Ramadan untuk dilalui sebelum menyambut Aidilfitri.


Kami yakin apabila tiba pula bulan Ramadan nanti akan bertambahlah lagi pusat-pusat membeli belah yang akan mempromosikan jualan dengan pelbagai slogan untuk menarik umat Islam dan pengguna membeli-belah sepertimana yang berlaku pada 2005 di mana terdapat iklan 'Buka Puasa Contest'.


Seperti tahun-tahun yang lepas, kami mendapati pusat-pusat beli-belah sering dipenuhi dengan pembeli-pembeli pada setiap malam, sedangkan mereka sepatutnya memenuhi masjid dan surau untuk menunaikan solat tarawih.


Mereka yang berpendapatan rendah sering turut terpengaruh oleh iklan-iklan agresif sehingga memerangkap mereka untuk membeli barangan mahal yang sebenarnya tidak perlu dan membazir yang akhirnya terheret dalam hutang yang membebankan.


Akibatnya sumber dan pendapatan mereka yang sangat terbatas lebih-lebih lagi dalam keadaan harga minyak yang mahal serta harga barangan yang semakin meningkat ini menyebakan ia disalurkan dan terhakis kepada penggunaan yang membazir dan tidak berguna.


Media cetak dan elektronik nampaknya turut menyumbang kepada berkembangnya dalam kalangan masyarakat budaya hedonisme dan materialisme pada bulan suci Ramadan dan Syawal melalui iklan agresif yang licik untuk mempengaruhi minda, selera dan nafsu pelanggan termasuk acara hiburan yang melanggar syarak. Ramadan dan Aidilfitri menjadi kesempatan untuk merangsang pengguna kepada tabiat penggunaan yang berlebihan.


Filem, drama, dan program sukan di dalam TV disiarkan pada setiap malam melekakan masyarakat daripada pergi ke masjid dan surau. Golongan lelaki, wanita, belia dan kanak-kanak turut didedahkan kepada keganasan, jenayah, dan tingkah laku tidak berakhlak melalui pelbagai siaran di saluran TV pada waktu maghrib, isyak dan seluruh malam sedangkan mereka sepatutnya menggunakan waktu itu untuk memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran.


Namun di sebaliknya umat Islam kini didorong untuk berbelanja dan menggunakan secara berlebihan dan membazir sedangkan sumber ekonomi masyarakat Islam amat terbatas. Hal ini berleluasa setiap kali tibanya bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.


Sehubungan itu, CAP menggesa langkah segera diambil untuk menyekat kecenderungan yang tidak sihat dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam ini dan kami mencadangkan langkah-langkah berikut diambil:


1. Mengharamkan dengan segera sebarang iklan yang menggunakan Ramadan dan Aidilfitri untuk mempromosi produk atau perkhidmatan.


2. Menggesa pihak media elektronik tidak menyiarkan sebarang program yang bercanggah dengan roh Ramadan, sebaliknya menyiarkan program-program yang meningkatkan pembinaan kerohanian masyarakat.


3. Suatu usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilancarkan oleh pihak kerajaan bersama dengan badan-badan Islam untuk menanamkan nilai-nilai Islam di kalangan masyarakat.

IKSAN PRESIDEN cap

Saturday, May 2, 2009

HARI-HARI PERAYAAN DI MALAYSIA

Malaysia tanah air ku memang sebuah negara yang aman, damai serta sentiasa makmor, ini adalah kehendak dan keredhaan Allah, masyarakat berbilang bangsa, adat dan keturunan boleh hidup dengan aman damai, cuma 1969 sahaja yang menjadikan Negara Ku agak kalut apabila peristiwa 13Mei menghantuai pemikiran rakyat. Kenapa 13Mei terjadi, adakah silap kepimpinan, hatta kerana masyarakat yang tidak sedar perlunya satu reformasi dalam penyusunan masyarakat hatta persefahaman dalam pengurusan dan pentadbiran negera. Negara Majmuk pengurusan dan petadbiran juga perlu ikut rentak yang sama. Walaubagaiman ketuanan Melayu perlu menjadi tunggak kerana sudah termaktub dalam perlembagaan.

Rasanya, masyarakat telah sedar dan memahami hakikat ini, mereka dari semua kaum yang ada di negera ini memahami keperluan tersebut. Yang menjadi masalah ialah mereka yang menerajui kepimpinan kadang kala alpa apa yang tak sepatut di buat itu yang menjadi amalan. Akhirnya 13Mei menjadikan kenyataan. 13Mei akan datang lagi. 40 tahun berlalu, kini anak-anak yang lahir pada 13mei 1969 akan berusia 40 tahun dan sudah tentu memiliki daya pemikiran yang sudah dewasa. " life begin at 40 ".

Apakah kita nak rayakan hari 13Mei sebagai Hari Malapetaka, kerana 1 Mei Hari Buruh, 15Mei Hari Belia dan 16Mei Hari Cikgu ( berapa banyak hari da, itu yang teringat setaka ini ), jadi tak salah kalau pada 13Mei di istiharkan sebagai Hari Malapetaka. Kalau hari buruh, para buruh keriltizam untuk meningkatkan produktiviti di bidang masing, hari Belia, belia dengan penoh semangat akan menyatakan untuk membentukan jati diri dan akan menjadi diri sebagai seorang harapan negara serta " we are the leader for tomorrow ". Hari Guru, mereka sudah pasti beriltizam yang tinggi untuk menaikan mertabat pendidikan di Malaysia dengan melahirkan lebih ramai cerdik pandai untuk kepentingan pembangunan negara. Jadi Hari Malapetaka, memerlukan satu penyusunan semua masyarakat di negara ini yang mana " satu malaysia ", " malaysian malaysia ", " PAS for All "

Gerombolan perayaan ini adalah sebagai hari di mana satu tekat dan iltizam perlu di lafazkan semula untuk penambahbaikan setahun yang akan datang. Buruh dengan buruhnya, guru dengan gurunya dan belia dengan belianya. Cuma 13Mei bukan untuk di rayakan cuma jadikan ia sebagai satu tragedi yang boleh dielakkan serta jadi kan batu panduan untuk memastikan rakyat Malaysia dapat hidup aman dan damai.


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA