Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label ISU KAMPONG GAJAH. Show all posts
Showing posts with label ISU KAMPONG GAJAH. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

MASJID JAIZIAH - MASJID LAMA KG. GAJAH

Masjid Jame ( Lama ) Kg. Gajah yang pada satu ketika dulu ditinggalkan selepas pihak kerajaan membina masjid baru - Masjid Sultan Azlan Shah, kini mendapat nafas baru untuk terus memberikan khidmat dakwah khusus kepada penduduk setempat dan kini telah dapat menarik perhatian oleh sebilangan besar masyarakat di daerah Kg.Gajah.



Masjid yang dulu nya usam dan tidak bermaya kini telah diubah suai dengan " kehendak " pengunjung, malahan majlis pengajian boleh di katakan setiap malam, dan setiap subuh dengan kuliah subuh, subjek huraian dari semua sudut, fekah, fardhu ain, tafsiran, tauhid, faraid dan penceramahnya pula terdiri dari bijak pandai agama.

Yang paling menakjubkan selain dari mendapat ilmu setiap " pengunjung " bersedia untuk memberikan sumbangan seada mungkin. Atas dasar itu masjid yang dulunya enakan dengan putaran dari kipas angin tapi kini para jemaah " kesejukan " dengan hempusan pendingin udara.




Dulu dinding dan tingkapnya dari kayu tapi kini sudah naik taraf dengan batu dan tingkap pula menggunakan " tinted glass ", hebat dengan kehendakNya juga tabung kewangan tidak pernah kering, setiap malam sumbangan pengajian hampir menjejas RM200, selain itu ada juga penyumbang yang memberi sumbangan bulanan untuk air, api dan untuk pembersihan kawasan.


Dari sudut " balai lintan " untuk tempat berehat dan " berborak " kalangan jemaah sementera menunggu waktu sembahyang di bina sebuah rumah " home stay ", ianya adalah untuk kemudahan kepada penceramah yang hadir dan berehat sebenter sebelum memberikan kuliahnya, tidak kelihatan " garage " yang boleh memuatkan 4 buat kerata. Kejayaan membina semua kemudahan itu adalah sumbangan jemaah.


Tabuh yang di semadikan di sudut hujung balai lintang ini adalah sebagai bahan sejarah masjid ini, balai lintang ini selain dari digunakan untuk sembahyang terutama di musim perayaan juga dijadikan kawasan makan semasa kenduri berbuka puasa sepanjang Ramadhan.

Kini jelas, pengurusan dan usaha mengimarahkan masjid ini di kelolaankan oleh jawatankuasa yang profesional dan sentiasa peka dengan kehendak pelanggannya ( jemaah ), ini jelas untuk sepanjang Ramadhan 1432 ini keputusan yang diambil dalam mesyuarat kelmarin jelas menunjukkan komitmen semua pihak. Walau pun keputusan yang diambil adalah " biasa " tapi ada antara masjid sekitar tidak mampu berbuat demikian.

Sekadar berkongsi ...
Mesyuarat Khas Ramadan Masjid Lama Kg Gajah menyelesaikan masalah :
i. List berbuka pose :- hingga jam 10 pm td kosong hy 24 - 28 sahaja.
ii. Gotong royong Perdana :- 30.7.2011 jam 7 am.

iii. Imam Hafizul Quran drpd Maahad Tahfiz Sg Kelang, Kelang.
iv. Wujud 'Kempen Solat Subuh Berjemaah' di Masjid Lama Kg Gajah.
v. Adanya Tadarus al-Quran setiap malam.
vi. Bilal Rasmi Tarawih : Sdra Sulaiman , Yeop Karim & ehem.
vii. Muktamad Tarawih 20 rakaat & 3 Witir. Kecuali jika ada tazkirah maka 8 aje.
viii. Makanan dianggarkan 15 hidangan.
ix. RM 60 / hari untuk pengurusan masjid.
x. Tidak terlalu awal utk Iqomah semasa berbuka pose.
xi. Imam Hafiz lantikan akan menjadi Imam Rowatib sepanjang bulan Ramadan.



Suasana dalam Masjid, tenang, damai.

Wednesday, June 15, 2011

ISLAM AKAN BANGKIT TAK LAMA LAGI

Masjid Jaiziah ( Masjid Lama ) Kg. Gajah sekali lagi menjadi tumpuan kepada mereka yang " dahagakan " ilmu akhirat. Pada 13 Jun yang lepas, masjid di kunjungi Us. Badirul Amin Baharom Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor yang juga mantan pensyarat di UIA Gombak.


Intipati pembentangan beliau adalah berkaitan dengan keadaan zaman ini yang mana umat Islam sedang di ancam oleh pihak barat dan dalam keadaan yang sama kalangan pemimpin pula terikut-ikut dengan rentak meraka. Tindak buat yang dilaksanakan seolah-olah mengiakan apa yang dibuat oleh Barat. Dan yang cukup terancam bagi umat Islam ialah bagaimana untuk " membebaskan " Al-Aqsa dari cengkaman Yahudi.


Ust. Badrulamin - gaya seorang pendakwah

Sebagai seorang bekas pensyarah, beliau berjaya " mengapli " cara berhujjan dan jemaah yang hadir dapat memahami dengan mudah apa yang dihujjahkan. Sumpah Laknat yang menjadi isu masa kini, langsung ianya tidak dapat " penerangan " secukupnya dari pihak Jabatan perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama, bukan itu saja malahan alim ulama terus membisu serta pihak Jabatan Agama Islam WP pula membenarkan masjid di jadikan tempat sumpahan tersebut. Apakah pihak JAWI memberikan kebenaran untuk majlis tersebut? ini adalah satu persoalan yang perlu di jawab oleh mereka " rintihan beliau.

JAWI perlu bertanggongjawab terhadap isu ini, siasat siapa dia ESKAY yang sebenarnya, dan apakah bersumpah ini boleh mengatasai perundangan negara masa kini?

Saya bersumpah tidak terlibat dalam kes pembunuhan ini - kes gugur
Saya bersumpah tidak merogol perempuan ini - kes gugur
Saya bersumpah akan menjalankan tugas dengan penoh amanah dan tanggongjawab - sumpah seorang menteri tapi melakukan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.


Sebahagian dari jemaah yang turut hadir di majlis tersebut.


Lagi gambar jemaah yang hadir sama.

Tindakan pemimpin pemerintah masa kini amat zalim sekali dengan memerah keringat rakyat tetapi mereka hidup dengan mewah, membazir. Rakyat di nafikan hak untuk menikmati penghidupan mewah, rakyat terus di nasihat agar berjimat, jangan boros tapi ingatan itu tidak kepada pemimpin. Mereka ( pemimpin ) berbelanja ikut suka hati saja. Tindakan menyumbang kepada negara dan pemimpin pula sentiasa hiduap dalam kemewahan adalah haram hukumnya.

Kepada pemimpin: dari dan cara mana harta di perolehi dan cara mana pula harta itu di belankan. adalah dia persoalan yang akan di tanya semasa di kubuh nanti - Kuliah maghrib 14 Jun 2011.


Layar Besar juga digunakan untuk memudahkan pihak jemaah.

Isu luar negara pula pihak ust. memaklumkan Kerajaan Mesir telah membuka pintu di sempadan Rapah untuk kemudahan keluar masuk Palestin dan rakyat Mesir dan kini pihak Kerajaan baru Mesir telah memotong kemudahan gas ke Israel. Perkembang ini menunjukkan sudah ada tanda-tanda Islam akan bangkit. masa rejim Mubarak dulu rakyat Palestin perlu menggunakan hampir ribu terowong untuk berulang alik Mesir ke Palestin.



Ust. juga sempat bersalaman dengan jemaah selepas kuliah.


Peminat Ust. tidak melepaskan peluang untuk merakamkan detik manis besama Ust.

Thursday, January 20, 2011

TANGKAPAN BERDUA-DUAN DALAM GELAP

Kg. Gajah - 20 Jan. 2011. Enekman Jenayah Syariah Negeri Perak, mengikut seksyen 54, jika sabit kesalahan sesaorang penjenayah itu boleh didenda RM3000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Ini dilaporankan bekas kakitangan pencegah maksiat, daerah Kampong Gajah ( beliau enggan memaklumkan nama ).

Beliau memaklumkan hukuman tersebut kerana pada hari ini terdapat satu kes tangkapan berkhalwat seorang Ketua Kampong dengan seorang janda di kampong Bandar dekat Teluk Intan dalam DUN Kg. Gajah dan Parlimen Pasir Salak pada subuh semalam. Tangkapan ini mengegarkan Kampong Gajah. Kerana Lelaki yang di tangkap baru saja di lantik sebagai ketua kampong musim ini.

Pasokan Penjegah maksiat Pejabat Agama Kg. Gajah telah mengintap pasangan ini lama dah, tapi belum ada kesempatan untuk bertindak, walaubagaimana pun dengan kehendak Allah pada jam 2.40 pagi pada 20 Januari mereka tertangkap. Dan apa yang menyedihkan kedua-dua mereka yang berumur 47 da 43 tahun juga si syaki " managih " syabu, dan lebih mendukacitakan uji kaji yang dibuat oleh pihak ADK kedua-duanya positif. ( gambar hanya untuk hiasan )

Tangkapan dan ujian dadah ini di sahkan oleh Anggota Polis Pn. Shakila dari Balai Polis Kg. Gajah, yang bertugas pada 20 Januari dan temu bual melalui talipon pada jam 8.40 malam.

Wednesday, October 13, 2010

RISDA - BEBAN YANG PERLU DITANGANI

suasana dalam dewan,
" pusat komuniti - bawah program pelan tidakan desa bersama dengan pengacara majlis

Kg. Bandar Lama sebuah Kampong sederhana dalam Daerah Kecil Kampong Gajah, dan dalam kawasan Parlimen Pasir Salak berYBkan Dato Tajuddin Abdul Rahman dan berYBkan Dr. Wan Ashikin ADUN Kg. Gajah. Dengan " keakrabanya " YB Setiauaha Kerajaan Perak Dato Ishak Yoep Sahar - ( kini mantan ) satu peruntukan di bawah Ifra ( peruntukan projek pembangunan Kemajuan Luar Bandar di KKLW ( kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kampong ini menerima sejumlah hampir 300k ringgit Malaysia bertujuan membaik / " mengapgred " tarap kehidupan masyarakat kampong.


kolam untuk tujuan ternakan ikan keli, kini terbengkalai tanpa " pembelaan "
ianya juga adalah salah satu projek bawah peruntukan Infra.


Ini dewan kedua untuk kampong ini.

yang masih megah tesergam indah, masih kukuh tapi kemaksimaan penggunaannya amat terhad sekali, dewan pertama telah menjadi bengkel untuk membuat kerenda terletak berhampiran jalan utama, dewan tersebut di berikan nama Dewan Dato Hj. Ahmad Razali - matan YB DUN Kg. Gajah di zaman akhir 60an dulu.


Ini dewan baru dewan ke3 untuk Kg. Bandar Lama,
dewan Dr. Wan Asyikin ( mungkin itulah namanya nanti )


peruntukan hampir 150k, dibina pada tapak yang " di arahkan ", tapaknya dalam parit, mudah dihanyutkan kerana sering tenggelam kerana banjir, ianya atas reseb sungai, walaubagaimana pun Risda yang diamanah untuk pembinaannya, dengan kepakaran, kreativiti yang ada, kebijaksanaan dan pandangan semua pihak terlibat, kejayaan pembentukan satu pasukan dari semua agensi kerajaan memberikan kerjasama untuk mencari jalan penyelesaianya, JKR, JPS, Kemas, PPK, Pejabat Tanah, akhirnya terbinalah dewan tersebut - kata En. Aziz Awang, pegawai Risda Wilayah Kinta Perak Tengah, dalam ucapan aluan beliau di majlis tersebut. Atas usaha dan kesungguhan itu akhirnya Risda berjaya dan tahniah.


En. Aziz bin Awang - pegawai Risda Kinta dan Perak Tengah.

Tn. Hj. Shuhaimi Mat Lihat, mewakili ketua Kampong

Beliau sungguh terharu dengan terdirinya dewan tersebut dan ia nya akan di gunakan untuk pelbagai aktiviti kepentingan masyarakat seperti kelas tuisyen, projek satu kampong satu produk, kelas kemahiran pengkomputeran dan berkemungkin juga dewan tersebut akan menjadi sumber pendapatan kepada JKK kampong ini, walau bagaimana pun tahap penggunaannya terhadap kepada mereka yang mendapat kelulusan oleh JKK kampong sahaja. Tapi apa sudah jadi dengan Projek IT oleh kementerian yang terletak di Gerai MDPT, apakah ia masih berfungsi atau sebaliknya? Kini JKK terus memohon permohonan baru, Yang lama terus hilang yang baru perlu dipohon?


YB. dr. Asyikin ADUN Kg. Gajah.

YB Dr. Asyikin juga mengucapkan tahniah kepada Risda atas kejayaan tersebut dan merasa dukacita juga kerana kampong ini pernah menerima peruntukan dari Suruhanjaya Komunikasi bersama dengan Maxis dengan membekalkan 5 unit komputer tapi pada masa ini tidak di ketahui apa sudah jadi. Walaubagaimana pun permohonan dari Wakil Sidang, tersebut akan diberikan perhatian dengan sebaik mungkin. Pelbagaikan lah penggunaan dewan ini dan jangan tinggalkan kosong kerana kampong ini bertuah kerana matan YB setiausaha kerajaan negeri adalah anak tempatan.

Tn. Hj. Shuhaimi Mat Lihat menerima replika kuncin dewan dari YB. Dr. Asyikin


Sebahagian dari tetamu yang hadir.

Wednesday, September 15, 2010

ALUMNAI SMDSML - KENAPA PERLU ADA 2 KUMPULAN

Banner - jemputan kepada semua pelajar kehaliran 1988 - 1990

Syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan yang sedia dan memberikan khidmat secara percuma dan sukarela untuk mengajorkan majlis tersebut. Sudah pasti dengan adanya majlis seumpana bagini dapat mengembalikan nostalgia zaman persekolahan setiap pelajar, mungkin kini mereka yang bersekolah tahun berkenaan telah menjadi manusia yang dihormati dan berkepentingan untuk negara, agama dan bangsa, zaman persekolahan adalah zaman setiap individu itu membina masa depannya.

Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela ( SMDSML ) telah di dirikan pada penghujung tahun 1960an dan kini sudah pun berusia hampir 40 tahun dan sudah pasti " bekas " pelajarnya ramai dan melahirkan pelajar yang amat berguna kepada negara.

Aktiviti sebagini zaman dulu di kenali dengan persatuan Bekas pelajar tapi kini ianya lebih hebat dan dinamakan " alumnai " Untuk itu mungkin pihak penganjor majlis yang hanya menjemput pelajar pada tahun 1988 - 1990 ada strategi tentu yang ingin dilaksanakan. Kesannya sudah tentu ianya curigai oleh bekas pelajar yang tidak belajar di tahun-tahun yang dinyatakan. Sepatutnya pelajar yang dijemput ialah mereka yang tamat pengajian pada hujung 2009, tamat setelah selesai SPM.

Atas dasar tidak menjemput semua " bekas " belajar satu kumpulan lain yang belajar sebelum 1988 pula mengadakan program yang sama, kalau pelajar 1988 - 1990 diadakan di dewan sekolah, kumpulan satu lagi di Dewan Serbaguna MDPT Perak Tengah. Dua kumpulan yang ini seolah-olah melambangkan ada perbezaan fahaman antara kedua-dua pemimpin. Bukankah baik jika kedua-dua kumpulan ini bersatu sudah tentu majlis bertambah meriah dan dapat meninggalkan nostalgia yang menyentuk jiwa. Kenapa perlu diadakan perpecahan dan tidak mengamalkan prinsip persepakatan dan perpaduan?

Kepada kedua-dua pengajor majlis elokah ditubuhkan " alumnai " SMDSML untuk kepentingan bersama demi memajukan sekolah tercinta dan dapat mengembalikan nostalgia SMDSML serta mengatahui perkemgangan semasa bekas pelajar-pelajarnya.

Tahniah kepada kedua-dua kumpulan kerana berjaya mengajorkan majlis tersebut dan jadikan satu kumpulan untuk kepentingan bersama. Selain dari menjaga kepentingan bekas belajar " alumnai " juga dapat membantu pembangunan pendidikan sekolah. Khususnya memberikan khidmat bantu kepada pembangunan pembelajaran pelajar-pelajar. Teruskan perjuangan dalam arena pendidikan.


Tuesday, August 31, 2010

BERKARAOKE BOLEH TAPI KEBISINGANNYA MENGGANGGU

Semperna dengan syawal yang akan datang tak lama lagi, badan-badan NGOs, sibok dengan perancangan untuk mengadakan aktiviti sebagai pengisiannya. Sudah tentu selain dari rumah terbuka dengan hidangan pelbagai kuih muih, aktiviti yang berbentuk hiburan juga diadakan dan sebagai contohnya di lampirkan kain rentang yang jelas dengan maksudnya.

Memang tidak dinafikan hak setiap organisasi untuk mengadakan aktiviti tapi ianya juga perlu memikirkan masyarakat sekeliling, sama ada ianya sesuai atau pun sebaliknya. Kerana difahaman aktiviti berkaraoke di kawangan Kg. Gajah ini telah menjadi bahan bualan masyarakat dan telah dilaporkan ke pihak yang berkenaan, bukan kerana apa tapi keran suara nyanyian di dendangkan sampai larut malam dan ia boleh mengganggu ketenteraman.

Kenapa pihak majlis daerah memberikan kebenaran ianya diadakan di tempat perkarangan gerai dan tidak di adakan di dewan, sedangkan dewan ada banyak di kawasan ini? Sehubungan dengan itu adalah diharapkan agar pihak MDPT dapat memikirkan semula kebenaran untuk aktiviti tersebut, apakah ianya sesuai di kawasan lapang perkarangan sebuah gerai atau pun diadakan di dewan.

Pandangan ini bukan menghalan tapi untuk kemurnian serta keselesaan penduduk di kawasan ini.

Sunday, August 1, 2010

FELCRA - DATU T MENERUSKAN USAHA UNTUK JADI PENGERUSI

Program Himpunan Warga Felcra dapat di jalankan mengikut jadual dan perancngan seperti apa yang dirancang hanya sehingga jam 6.30 petang pada 1 Ogos sahaja. Ini disebabkan ada sedikit perbalahan dan tertangkapnya beberapa warga Unit Amal, dan sehingga kini mereka lagi dalam siasatan pihak polis dan mereka di fahamkan berada di " lockup " Balai Polis, Kampong Gajah.

YB Ir. Niza berucap semasa majlis perasmian dan pelancaran " Hand bill " Felda Bangkrap?

Program sebelah pagi dengan pembentangan kertas kerja oleh Wan Rohimi bin Wan Daud salah seorang dari peguambela dan peguam cara dari Kuala Lumpur yang telah berjaya dalan kes penyelewangan Felda dalam tuntutan di mahkamah, kemudian di ikuti dengan pembentangan oleh Zaid Ibrahim, dan perasmian di lakukan oleh YB Ir Nizar, inti pati ucapan beliau, kini jelas Felcra juga mengalami suasana seperti apa yang berlaku di Felda, banyak sangat salah guna kuasa yang berlaku. Bagi Mazlan Aliman Presiden Anak terdapat hampir 30 perkara penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran Felcra kepada peneroka masa kini.

YB Ir. Niza bergambar bersama Ust. Mustafa Shaari, Sdr. Mazlan Aliman,
Hj. Razman Hj. Zakaria ( Pengarah Program ) dan Sdr. Wan Rohimi bin Wan Daud ( [peguam bela & cara )


Perhimpuan Warga Felcra peringkat kebangsaan ini telah dirasmi tutupkan oleh Sdr. Mohd. Sabu pada sebelah petangnya. Pada ketika ini keadaan di tapak perhimpunan masih terkawal dan peminat setia PR mula memenuhi kawasan untuk bersama-sama dengan kepimpinan tertingginya. Kawasan ini telah disediakan dengan kemudahan asas yang mengcukup khususnya kawasan sembahyang untuk kaum muslimin dan muslimat.

Disebalik bersediaan untuk ceramah khas malam nanti di urus dengan baik oleh pihak pengajur sebaliknya pihak berkuasa PDRM dengan " arahan " pengerusi tadbir Felcra juga bersedia untuk menggempor kawasan perhimpunan. Penceramah malam terakhir terdiri dari YB Tuan Guru Haji Hadi Awang, Sdr. Mohd. Sabu dan Sdr. Mustafa Kamil Ayub. Tenaga penceramah memang di geruni oleh pihak Pentadbiran Felcra, di fahamkan pada malam ini akan diperincikan apakah penyelewangan yang telah di lakukan oleh Felcra dengan tujuan membebankan peserta dan memuaskan cita rasa ketamakan kepimpinan UMNO.

Anggota FRU bersiapa sedia untuk menggempor.

Trak FRU dan Trak Water Cannon juga sedia untuk menjalankan tugas.

Lambang kekuatan PDRM, telah memberikan satu isyarat kepada semua yang berminat untuk ke tapak perhimpunan, pihak penganjur telah berunding dengan cukup terperinci, wakil guaman juga telah disediakan memberikan khidmat nasihat, ugutan terus di lembarkan kepada pihak urusetia, mungkin tangkapan besar-besaran akan dilakukan, ini jelas dengan 3 buah " black maria " juga kelihatan di Balai Polis Kg. Gajah. Akhirnya majlis ceramah perdana menjadi tapak tayangan wayang gambar " Pacak "

Tindakan pihak PDRM jelas menunjukan, keadaan negera pada masa kini lebih memihak kepada mereka yang melakukan kezaliman, kezaliman terus di lindungi, rakyat terus di nafikan hak mereka untuk medapatkan maklumat yang sebenarnya. Bak kata pepatah " kalau tak ada angin tak pohon bergoyang " kita juga perlu " berani kerana benar dan kita takut kalau kita dah buat salah " Ini adalah satu persoalan yang perlu di jawab apakah pengurusan Felcra kini telah melakukan kesalahan, " Anak " telah melapurkan hampir 30 kesalahan yang dilakukan, kini apa lagi tugas kepada kepimpinan UMNO, bawa saja mereka ke muka pengadilan, adili mereka.

Atau mungkinkah dengan " perhimpunan warga Felcra " ini akan memberikan satu pertemuan akhir jalan untuk pengerusinya Sdr. Tajuddin bin Abdul Rahman. Kita lihat apa yang akan berlaku pada akhir September ini nanti.

FELCRA - DATU T GAGAL MENYEKAT HIMPUNAN BENCIKAN FELCRA

Sebagaimana yang dirancang, walau pun halangan di reka cipta oleh pihak pemerintah di bawah arahan Ahli Parlimen Pasir Salak, yang juga Pengerusi Felcra namun perhimpunan warna felcra kebangsaan melepasi halangan pertamanya malam tadi. Pihak penganjur telah menduga akan kehadiran polis, yang baju biru tua, yang pakai topi merah dan ada juga hanya menggunakan " vest " berwarna hijau dan bertulis " polis " di majlis tersebut.

Jalan masuk ke kawasan ceramah di sekat oleh polis, polis menjalankan tugasan yang diarahkan, walaupun mereka merasakan tindakan mereka sia-sia dan hanya diri mereka sentiasa di maki hamun oleh masyarakat, mereka cukup faham, mereka juga tahun kenapa dan mengapa majlis sedemikian perlu diadakan. Tapi " sedia berkhidmat " sebagai cogan kata perlu di laksanakan, setiap arahan perlu di patuhi.

Unit Amal selaku penghadang manusia, menyekat kemaraan pasukan polis - FRU


Suasana di " pintu masuk "

Di " pintu masuk " pihak polis bertopi merah siap sedia untuk menggempor keadaan dalam kawasan ceramah, mereka di sekat dengan penghadang " manusia " dan palang besi agar tidak masuk ke kawasan ceramah, raut wajah memang mereka cukup berdisplin tapi dalam hati mereka siapa yang tahu. sama ada mereka menyumpah dengan tugasan atau sebaliknya. Rundingan dengan pihak " boss " mereka di adakan setiap minit dan saat agar mereka memberi laluan kepada program yang telah dirancang. Sekejap, sesekali wakil yang berunding naik ke pentas untuk memaklumkan apa yang dirundingkan, dan ceramah di teruskan.


Kehadiran YB Niza, berjaya mengejutkan khayalak ramai, entah dari mana " turun " beliau dan terus berada di pentas dan terus berceramah kesedaran dan betapa perlu nya kerajaan UMNO / BN yang ada dewasa ini perlu ditukarkan kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Sudah pasti ucapan Sdr. Mazlan Aliman Pengerusi Anak memberikan satu kekutan kepada hadiran terutama kepada mereka yang menganggotai " peneroka " felcra untuk mendengar dan mendapat input khusus berkaitan dengan penyelewangan yang dilakukan oleh felda dan kini menular ke Felcra pula. beliau berjanji untuk mendedahkan secara terperinci pada esok malam iaitu pada 1 Ogos nanti. Ditempat yang sama.

Untuk kepada peminat, ahli, pendengar, dan mereka yang ingin melakukan perubahan kepada kerajaan baru perlu hadir, datang dan jangan tak datang.

Saturday, July 31, 2010

SAMAN EKOR, PERBUATAN KHIANAT KERAJAAN UNTUK RAKYAT

Dewan Muslimat Pas, Kawasan Pasir Salak, telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Amal, dengan bertujuan untuk membantu kewangan Pas Kawasan ini sebagai persiapan untuk menghadapi PRU13 nanti. Tetamu utama di majlis tersebut selain dari Pn. Hj. Nuridah binti Salleh Ketua DMP Pusat ialah Dato Hj. Mahfuz bin Omar Naib Presiden Pas Pusat, walau bagaimana pun majlis agak sayu dengan ketidakhadirnya Pengerusi PAS Kawasan, ustas Mustafa Shaari yang kini diserang sakit dan waktu ini terlantar di Ipoh Speacialist Hospital Ipoh.

YB Mahfus sedang menikmati bubur kacang durian

Dalam ucapannya, memang tidak dapat dinafikan gaya Sdr Mahfuz berucap dapat menarik perhatian ramai, ini terbukti semasa beliau memberikan hujah, khusus berkaitan dengan " perpaduan Melayu " " Saman ekor " hadiran telah memberikan perhatian secara khusus untuk menerima maklumat tersebut.

Dari sudut perpaduan, beliau mengaku ianya amat perlu dan perlu di terima untuk semua pihak yang sayang dan cintakan negera. tapi apakah perpaduan yang dicanangkan masa kini tambahan pula dengan " berketengahkan " Mufti Perak dapat di terima oleh semua pihak, kerana Tan Sri Harunsania sendiri tidak menyatakan tindakan dan perbuatan yang dilakukan oleh UMNO semasa merampas Perak tidak dinyatakan kezalimannya. Mufti juga berpendirian menyebelahi UMNO dalam isu lompat parti. Ini jelas menunjukan Perpaduan tajaan Harunsana ini adalah berkepentingan.

Bagi PAS, perpaduan yang di canangkan ialah meletakan Kerangka Islam, kerana " Islam adil untuk semua " sebagai garis panduan juga dari aspek pemerintahan tidak cara yang dilaksanakan oleh UMNO kerana kerangka yang diamalkan oleh UMNO adalah " perpaduan " dari sudut perseptif yang sempit, tidak adil kepada semua serta melaksanakan pengurusan pentadbiran yang pilih kasih.

Isu saman ekor, juga melihatkan sendiri bagaimana kerajaan kita berdolak dalik dan ianya bukan untuk tujuan mendidik tapi bertujuan untuk mendapatkan dana dari poket rakyat. Lihat sendiri bagaimana dan apa yang telah berlaku di mahkamah Sarawak 2007, ternyata penggunaan " Saman Ekor " di tolak oleh mahkamah, tapi pihak polis dan JPJ meneruskan usaha ini. dan satu jawatankuasa khas di peringkat pusat telah dibentuk bertujuan mengkaji keputusan mahkamah Sarawak tersebut untuk digunakan pakai di seluruh negera.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau juga sempat menyentuh bagaimana para menteri kabinate zaman Mahathir dapat ditipu oleh Lee Liong Sik dalam isu berhubung dengan pembelian tanah projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang. Dan kini salah seorang dari mereka yang tertipu ialah Najib sendiri.


Pn. Hjh Nuridah menyampaikan hadiah kepada pemenang " kehadiran bertuah "

Pn. Hjh Nuridah pula menyentoh berkaitan dengan sebuah sekolah untuk pelajar yang " termengandung " yang dicadangkan oleh Kerajaan Melaka, cara ini seolah-olah kerajaan BN mengiakan perbuatan tersebut bukannya mencari jalan yang lebih ilmiah untuk mengatasi kejala tersebut. Beliau juga menyatakan tahun 2000 hingga 2008 terdapat sejumlah 250 ribu nyawa luar nikah di Malaysia, dan ini mungkin telah bertambah masa ini.

DATO T AKAN SAMAN PEMBANGKANG ISU FELCRA

Dalam sehari dua ini, Parlimen Pasir Salak akan di gemparkan dengan berbagai-bagai aktiviti, ada aktiviti yang dikhususkan untuk memastikan pengerusinya Dato T ( panggilan Masyarakat Felcra ) seperti Tilawah masyarakat Felcra seluruh negara di adakan pada 30 - 31 Julai. Dato T cuba menandingan Tilawah Peringkat Antara Bangsa yang di adakah di KL. Disamping itu Pihak PAS bersama dengan PR pula cuba dan akan mendedahkan penyelewangan yang dilakukan oleh Pengurusan Felcra di bawah pimpinan Dato T kepada seluruh masyarakt Felcra juga dari seluruh negera program ini pada 31 Julai hingga 1 Ogos.


Dato T kelihatan marah, geram dan cemas semasa di temu bual oleh pemberita



Selain dari ceramah, aktiviti foram dengan penal peringkat kebangsaan di jemput untuk memberikan fakta dan hujah berkaitan dengan apa yang berlaku pada Felda juga berlaku pada Felcra. Penceramah ulung sudah pasti Pengerusi Anak. Sdr. Mazlan Ahmad ( Gambar sebelah ). Selain itu sudah pasti jualan beranika barangan di adakan. kuasa dalam pengurusan agensi itu. Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, tindakan Tajuddin hari ini mengeluarkan kenyataan mahu menyaman penganjur jika memfitnah, menampakkan kegusaran seperti ada yang tidak kena. "Belum pun himpunan bermula, dia dah panik, seperti ada sesuatu yang menggusarkannya. "Kalau dia melatah, dia emosional bukan rasional," katanya kepada Harakahdaily.

Tapi apa yang perlu diperkatakan ialah kenapa Dato T " lebih sudu dari kuah " kenapa beliau bagitu takut dengan pendedahan bak kata pepatah " belum duduk dah berlunjur " apakah Dato T sudah mengandaikan ceramah dan foram yang dianjurkan sudah pasti mendedahkan kelemahan dan ketirisan dalam pengurusan Felcra? Atau semenjak Felcra di bawah kawal selia Dato T memang ujud ketirisan tersebut?

"Pihak pembangkang didapati cuba memanipulasikan fakta kononnya agensi itu turut menghadapi masalah pengurusan dan kewangan, sama seperti tuduhan bangkrap yang dilemparkan terhadap Felda, Felcra mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh kerana telah berjaya memberi dividen bernilai RM3.6 billion kepada 94,000 peserta setakat ini. Sepanjang tahun lalu, Felcra mengeluarkan dividen sebanyak RM480 juta dan RM790 juta pada tahun 2008 dan pada tahun ini akan memberi RM500 juta dividen kepada peserta. Luahan Dato T kepada pemberita selepas merasmikan Gotong Royong Perdana di Felcra Seberang Perak di Kampong Gajah hari ini.


Dato T dengan Noh bersarapan ala " cowboy "

Untuk tujuan rekod dan pengetahuan, pada selang tak sampai sebulan dua projek induk di laksanakan oleh Dato T dengan menggunaan wang Felcra ( kepunyaan peserta ) tampa belas kasihan. Majlis Pelancaran Benih padi baru dengan sarapan pagi yang bagitu hebat - untuk apa dan duit siapa yang digunakan dan menafaatnya kepada siapa? Apa perlunya " sarapan " bagitu hebat untuk Menteri Pertanian dan Asas Tani. Selapas itu diadakan pula Tilawah peringkat Kebangsaan dan pendengar semua diangguk dengan bas, duit siapa, siapa bayar bayaran bas, buat gotong royong, di berikan baju T, duit siapa, siapa yang malang? Semua persaolan ini adalah untuk memastikan dan satu lobi untuk Dato T terus memimpin Felcra untuk penggal ke 2 nanti.

YANG JADI MANGSA ADALAH PESERTA
( Pemimpin hidup mewah rakyat menderita )

Friday, July 30, 2010

MASJID AZLAN GEMPAR DENGAN LAUNGAN TAKBIR

Hari ini 30 Julai, Masjid Sultan Azlan Shah, Kampong Gajah di gembarkan dengan laungan takbir yang cukup bersemangat, hingga ada kalangan jemaah yang mengaku bulu roma naik tegak apabila laungan " takbir " di laung, dari laungan yang agak perlahan dan sambutan yang biasa hingga menjadikan laungan yang cukup kuat dan sambutan yang bergema sekali.

Laungan takbir ini ada kaitan dengan satu program " perhimpunan Warga Felcra " anjuran PAS pusat yang bertempat di Felcra Seberang Perak, nak jadi kebetulan masa yang sama pihak pengurusan Felcra Bhd. pula mengadakan Musabaqah untuk kerabat Felcra seluruh Malaysia.

Inilah poster yang dikeruni oleh pihak polis dan Felcra.

Elok sebaik sahaja iman selesai membacakan doa, dan mencapai semua pembesar suara untuk mengumumkan sesuatu, bangun pula seorang ( anggota polis ) yang dikenali sebagai Chor oleh penduduk Kg. Gajah, beliau merampas pembesar suara tersebut dan mencapai sekepening kertas lalu membaca apa yang tercatat. ( entah yang entah tidak - kerana tak kelihatan )

" dimaklumkan perhimpuan anjuran PAS esok dan lusa tidak ada permit, jadi sesiapa yang berkunjung ke majlis tersebut didapati melanggar undang-undang dan boleh ditangkap - saya mewakili ketua Polis Daerah " saran Chor kepada jemaah. Chor meneruskan kenyataan dan pada masa ini hampir semua jemaan menyahut laungan Takbir dan selepas itu Chor hilang dan secepat kilat meninggalkan masjid.

Untuk mendengar ceramah Chor marah, tapi apabila pihak orang ramai mengadu tentang ada kalangan kedai yang menyediakan set karaoke hingga larut malam Chor tidak ambil pusing, rupa-rupanya Chor juga adalah salah seorang peminat berkaraoke, beliau selalu mengalunkan lagu-lagu 60an.

Kepada Chor, fikirkanlah masa depan anak bangsa, bukan berfikir untuk mematikan rakan taulan UMNO hidup tanpa haluan dan tujuan.

Wednesday, June 30, 2010

KG GAJAH - DULU, KINI & SELAMA-LAMANYA

Kampong Gajah adalah sebuah daerah kecil yang mana penduduknya hampir 99% Melayu dan punca utama pencarian mereka adalah pertanian. Walaubagaimana pun kini Kampong Gajah telah di naik tarafkan kepada sebuah Daerah kecil dalam daerah Perak Tengah dengan pentadibaran kelolaan seorang Penolong Pegawai Daerah, dan kebersihan dan keceriaannya pula di awasi dan dibangunkan oleh Majlis Daerah Perak Tengah ( MDPT ).

Semasa Tan Sri Ramli Ngah Talib menjadi ADUN merengkap Menteri Besar Perak, Kampong Gajah di bangunkan sedemikian rupa dengan berbagai-bagai kemudahan, ada mini stadium, ada supermarket, ada market dan

Mini Stadium, Kampong Gajah.

Stadium mini yang kini terbiar tidak di gunakan lagi, keadaan sungguh menyedihkan, bangunan tidak ceria dan kawasan dengan tumbuhan rumput rumpai yang di larang memenuhi setiap ruang.

Salah sebuah taman perumahan di Kampong Gajah. Taman Murni

Kawasan penempatan seperti taman perumahan tumbuh macam cendawan selepas hujan, terdapat Perumbahan Awam ( Taman Seri Cantik, Perumahan Awam 2 dan 3 ) Taman Seri Bandar, Taman Murni, Desa Makmur dan perumahan lot banglo. Tapi kawasan perumahan ini langsung tidak di jaga oleh pihak Majlis Daerah Perak Tengah, walaupun kedudukan perumahan ini dalam kawasan majlis.

Longgokan plastik yang tidak terjaga.

Longgokan sampah sepanjang jalan utama Kampong Gajah - Teluk Intan, ianya sungguh menjolok mata, seolah-olah melambangkan kawasan ini sudah tidak di awasi oleh pihak MDPT, tidak kakitangan untuk membersihkan. longgokan plastik ini terbiar berhari-hari, ia sungguh mencacatkan penglihatan pengunjung ka Pekan Kampong Gajah.

lagi gambar berkaitan dengan kekotoran yang terdapat di Kampong Gajah dengan berlatar belakangkan gerai buah-buah segar, tampa pengguna.

Takongan air yang tidak mengalir di sekeliling pasar.

Kedua-dua gambar tersebut melihatkan bagaimana kawasan pasar yang longkangnya tidak berfungsi dan memberikan bauan yang sungguh tidak menyenangkan pengunjung, saliran langsung tidak berfungsi. Longkang yang tidak ada saliran ini mengililingi pasar dan berdepan dengan kedai makan, bau-bauan yang terhasil dari longkang ini boleh menybabkan pelanggan tidak berkunjung lagi ke kedai makan tersebut.

stesyen bus, kemudahan asas yang disediakan untuk kegunaan orang awam di tinggalkan tampa belaan oleh pihak berwajik, kedaannya sungguh mendukacitakan, pintu bilik air tidak lagi berfungsi sebagaimana yang diharapkan, besi-besi pemegang bangku suduh berkarat dan sungguh membahayakan pengguna. Kenapa agaknya pihak tertentu langsung membutakan mata untuk memberikan perhatian kepada permasalahan tersebut.?


Pemandangan laluan kedai runcit dan pasar menjualan barang basahan.



Ini adalah Pasar Raya Halida, bangunan tesergam indah, tapi malang sekali, keadaannya cukup daif, langsung tidak di jaga, mungkin agaknya pihak tuan punya sudah kurang modal untuk meneruskan perniagaan. cermin tingkap pecah dan dinding dilihat sungguh suram dan seolah-olah menunggu masa untuk " berhenti berniaga ".

Sepatutnya, Kampong Gajah boleh membangun dengan keadaan yang lebih sempurna, keceriaan boleh di " upgradekan " di peringkat maksima bukan kerana apa, kerana mereka yang berwajid untuk menguruskan keceriaan dan pembangunan adalah individu dari Kampong Gajah. Setiausaha Majlis Daerahnya anak tempatan Kampong Gajah, tapi malang beliau tidak berminat untuk memberikan khidmat yang lebih sempurna untuk kebaikan kampongnya.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA