Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label DUN TENANG. Show all posts
Showing posts with label DUN TENANG. Show all posts

Friday, February 4, 2011

CIKGU MALA, ANDA MENGUBAH LANKSKAP POLITIK MALAYSIA




Kami buat poster ini untuk menyatakan bahawa kami cukup bangga dengan Cikgu Normala Surdiman, Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di Dun Tenang. Tidak lupa kepada para pertugas Pakatan Rakyat dan khususnya kepada pengundi PR, tahniah dan syabas!

Kami terharu dan teruja dengan kesungguhan anda di medan juang memberikan sinaran Islam di bumi UMNO yang bertuah itu.

Penyertaan mu di PRK Dun Tenang telah menampakkan realiti sebenar siapa itu kepimpinan UMNO, adakah mereka benar-benar memperjuangkan Islam, apakah mereka sudah berjaya dengan cita raya Perlembangaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, kita nampak bagai hipokritnya UMNO. Mereka terus menggunakan agensi kerajaan, mereka terus menidakan hak rakyat, mereka terus menyalahkan kuasa yang diamanah untuk semua. Malahan mereka terus menggunakan SPR untuk memastikan kemenangan berterus.

Tahniah cikgu Normala! Puan hebat, puan cekal, puan lambang keberanian untuk memastikan pejuangan menegakkan Islam di Malaysia. Syabas dan Tahniah.

ANDA MEMANG HEBAT!!
ANDA ADALAH PEMENANG SEBENARNYA!!!

Poster ini dicadangkan untuk diletak disemua blog Pakatan Rakyat bagi menunjukkan kita tidak sedikit sedih dan lemah semangat atas apa yang berlaku kerana kita adalah perjuang kebenaran yang PASTI akan meruntuhkan keboborakkan UMNO yang durja!!!

TAKBIR
ALLAH HU'AKHBAR!!!

Sunday, January 30, 2011

DUN TENANG - BN TERUS KEKALKAN KERUSI

Sepanjang perjalanan sebagai " Pelancong Politik " ke DUN Tenang pada 29 Januari di sambut dengan rahmat Allah, hujang mulanya rintih-rintik, lebat yang sederhana dan akhirnya lebat, cukup mencabar perjalanannya, akhirnya perlu singgah sebenter di Masjid di Tangkak untuk menunaikan fardhu maghrib dan isya berasingan dengan jemaah yang ada kerana kelawatan sampai. Perjalanan dari Tangkak mengambil masa lagi sejam setengah dan akhirnya sampai terus ke Bilik Gerakan Muslimat PAS Johor, di Labis, dan pada ketika itu YB Dato Mahfoz sedang memberi penerangan kepada petugas untuk menjalankan tugasan yang di amanah untuk esok hari.


Bilik Gerakan Muslimat


YB Dato Mahfoz


Sebilangan dari petugas yang menerima amanah dari YB Mahfuz, penerangan serta memberikan sedikit imput kepada petugas, " apa saja keputusan esok semua petugas perlu hadir bersama di sini malam esok " tegas beliau. " bertugaslah dengan penoh rasa tanggong jawab, tidak mengadu dumpa dengan pihak lawan, elakkan sebarang provokasi, kita belawan dengan sebuah kerajaan dan bukannya antara parti politik " Tambah beliau.


Pekan Labis di penohi dengan gerai-gerai jualan. Sepanjang pemerhatian, tidak nampak gerai-gerai menjualan barang keperluan UMNO, " cenderamata " banyak sekali untuk kegunaan dan keperluan PAS saja, seperti biasa geraia makanan, bihon sup, tup tulang memang menjadi kegemaran pengunjung.

Hujan terus " mengganggu " kelancaran PRK DUN Tenang, sepanjang malam hujan turun, waktu subuh di Masjid Labis di penuhi dengan jemaah. seperti biasa jugalah mereka yang menggunakan " Hotel Muslim " adalah penyokong " tegar " PAS. Pada awal malam sedih juga apabila pihak bertanggongjawab tidak mengizinkan masjid ini dijadikan tempat " penginapan " sementara ". Dengan kehendak Allah akhirnya selepasa jam 11 mlm. ianya dibenarkan.

Poster 1
Selepas sarapan dengan " lontong " gerakan diteruskan, di cari di mana ada UPU untuk membuat tinjauan. akhirnya sampai ke UPU Labis Timur, singgah dengan penoh yakin dan cukup gembira melihat keadaan walau pun pada masa yang sama hujan lebat terus menamani diri ini, kesejukan tidak terasa melihat keadaan. Hujan yang lebat bukannya penghalang.


Poster 2

Poster 3

Poster 4

Pelajar sekolah ini, sudah di tanamkan dengan semangat " cintakan " BN, walaupun keperluan mereka untuk berbuat demikan masih beluam di izikan kan lagi, tapi oleh kerana pada waktu yang sama pak menteri mereka akan hadir jadi UMNO memerlukan khdimat mereka sebagai tanda sokongan kalangan pelajar kepada Din Sembab " istilah orang Johor.

Din Sembab bersama Khoo Kon

Persekitaran banjir

Setelah berada di Labis Timur, rombongan cuba mencari lain-lain UPU untuk mengambil maklumat tapi sebagai mana yang kita ketahui beberapa lalaun amat sukar di redahi kerana banji, untuk sampai ke UPU Labis Barat gagal.

Keputusan:

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi. Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup 5 petang tadi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

Keseluruhan : BN : 6698 (69.1%) PAS : 2963 (30.6%)
Majoriti : 3735 Undi Rosak : 35
Peratus Keluar : 71%

Saturday, January 29, 2011

CUTI SAKIT lwn CUTI TANPA REKOD

DUN Tenang: 29 Januari 2011

Keprihatinan Kemterian Perlajaran untuk menyaiasat penyalahgunaan MC - sijil saki untuk Ma'arof Adul Talib suami kepada calun PAS, Pn. Normalan Sudirmana memang patut dan kena pada tempatnya, kerana setiap individu yang menerima cuti sakit sepatutnya dan seperlunya berada di rumah dan " terkurung " kerana kesakitan.

Kesedaran ini telah membuka mata banyak pihak, selain pihak pentadbiran, juga kepada pihak yang mengerluarkan cuti sakit tersebut sama ada di pihak doktor hospital atau klinik kerajaan juga dari pihak klinik swasta, yang malangnya di klinik swasta sijil hanya berharga antara RM3-RM5 setiap helai. Yang " peliknya " juga terdapat dalam perintah am kakitangan kerajaan yang membenarkan sejumlah hari untuk mendapatkan cuti sakit selain dari cuti sebenar.

Kini teserlah ada kalangan pegawai perkhidmatan perubatan yang tidak amanah dalam menjalankan tugas, atau mungkin pegawai tersebui melihat sendiri Perintah Am berkaitan dengan cuti sakit yang bolh di gunakan pakai oleh seseorang kakitangan awam dan jumlah setahun. mungkin juga dalam Perintah Am tidak mencatakan cuti sakit hanya boleh diambil car beransur-ansur seperti cuti rehat. itu hanya 2 - 5 hari sebulan. Mungkinkah di sini letaknya kelemahan " bab cuti sakit " dalam peraturan tersebut.


NONE
Tindakan Mahyuddin ( gambar ) mengarahkah Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk menyiasat kena pada masanya, kerana kini memang ramai kalangan kakitangan awam yang menyalahgunakan cuti tersebut, kalau kita lihat semasa persindangan parti-parti politik ramai kalangan kakitangan awam yang cuti " terutama " mereka dari kementerian pelajaran. Yang hebatnya dari parti UMNO.

Kepada Pengarah Pelajaran Johor, juga jangan terlepas pandang pula kepada kakitangan Pelajaran yang menyokong UMNO tapi tidak ada di kawasan premis bertugas mereka sepanjang musim pilihan raya DUN Tenang ini. Kalau nak siasat, siasat semua, apakah boleh kumplan tertinggi berkempen, jangan lihat sebelah mata kepada mereka dari parti lain selain UMNO sahaja.

Untuk Mahyuddin bukan setakat MC sahaja yang disalahgunakan oleh Kaum Guru, tapi Cuti Tanpa Rekod juga telah disalah gunakan, kerana Cuti Tanpa Rekod adalah hak Ketua Jabatan, bukan hak individu. Kata pemutus adalah pada Ketua Jabatan.

NONE

Gambar Pn Normala dengan Suami ( gambar ) yang sedang mengharungi banjir inilah yang merunsingkan Mahyuddin, kerana calun BN tidak berani menampakkan diri di suasana sabagini. Mahyuddin cukup iri hati melihatnya. Syabas suami yang setia dan terus mendampingi isteri yang berjuang untuk masa depan bangsa, negara dan tanah air.



Siasat Mahyuddin jangan tak Siasat, terlalu banyak isu yang perlu ditangani oleh UMNO kerana apa yang UMNO buat semua " betul " dan pihak lain di nafikan hak mereka.

Friday, January 28, 2011

DUN MERLIMAU HARI NI DIPUTUSKAN TARIKHNYA

Tenang, 28 Januari 2011

Pagi ini SPR yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof akan mengadakan mesyuarat kali ke 14 khas untuk mengadakan PRK, Dun Merlimau adalah yang ke 14 selepas Tenang. Walaubagaimana pun bilangan ini masih di tempat kedua jika dibandingkan dengan PRU pada 1995 - 1998 tempoh hari di mana ianya berjumlah 16 kali. Tapi pada hakikatnya pada selepas PRU 12 Malaysia sepatutnya sudah mengalami 4 PRK yang di putar belitkan oleh SPR atas kehendak UMNO / BN - Kedah 1, Perak 3, di harapkan agar di Selangor DUN Pelabuhan Kelang SPR akur dengan kehendak dewan.

Dalam pada itu semua parti yang terlibat dengan pilihan raya itu masing-masing mencatat kemenangan. PKR menang di Permatang Pauh, Dun Penanti, Bukit Selambau, Pas menang di Kuala Terangganu, Bukit Gantang dan Manik Urai. Dap menang di Sibu. Manakala UBN pula menang di Bagan Pinang, Batu Sapi, Galas dan Hulu Selangor.

Mesyuarat hari ini bagi menetapkan tarikh untuk DUN Merlimau, ekoran kematian Adun Merlimau, Melaka Mohamad Hidhir Abu Hassan 54 tahun yang juga EXCO kerajaan negeri Melaka.
azlan
Ia adalah PRK ke 15 selepas PRU12 pada Mac 2008. tetapi yang pertama di Melaka. Namun pilihan raya kecil Merlimau ini tidak akan mengubah sebarang kedudukan dewan undangan negeri Melaka kerana BN menguasai 23 kerusi (Umno, 18, MCA, empat dan MIC, satu) manakala Pakatan Rakyat mempunyai lima kerusi yang semuanya dimiliki DAP.

Negeri-negeri lain sudah terlibat dengan pilihan raya. Negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor, Kuala Terangganu,Negeri Sembilan dan Kelantan semuanya sudah melalui pilihan raya kecil apabila berlaku kematian Adun di negeri berkenaan ataupun perletakkan jawatan, kini hanya tinggal Perlis dan Pahang sahaja yang masih terkecuali.

Fakta:

Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
Ini bermakna PAS hanya perlukan peralihan undi sekitar seribu lebih sahaja lagi untuk merampas kerusi DUN Merlimau selain mengekalkan jumlah undi pada PRU12 yang lalu.

Peta lakaran N27 DUN Merlimau N27 - PRK ke 15

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar yang diadakan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang beberapa hari lalu menyatakan bahawa SPR telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk mengendalikan 13 pilihan raya kecil setakat ini berharap pilihan raya kecil ke-14, di Johor, akan menjadi yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum.

Kita berdoa sama-sama untuk memastikan SPR tidak lagi mencari helah untuk menyokong Calun BN dan bertindak berat sebelah. Berikanlah komitmen untuk semua parti, bertindaklah sebagai orang tengah dan pastikanlah perjalanan PRK di tahap yang terbaik.

Wednesday, January 26, 2011

APABILA GAMBAR BERKATA


Apa kata gambar dalam isu PRK di DUN Tenang.







ISU DISIPLIN DI DUN TENANG


Gambar Hiasan dari EDYES @ edyesdotcom

Tenang 25 Januari

Memang kita tidak menafikan apa yang terjadi di Tenang memperlihatkan kepada kita bahawa Malaysia walau pun meletakan Islam sebagai agama rasmi, dan kepimpinan pemerintah pula di naungi oleh gabungan parti-parti " antarabangsa " tapi pada hakikatnya tidak seperti apa yang dirancankan.

Jika negara ini diiktiraf sebagai negara Islam oleh komponan BN, sudah pasti MCA, tidak menimbulkan rasa curiga dan menakutkan pengundi Cina kerana mereka seharusnya sedar sebuah negara Islam itu harus memelihara hak berugama kaum. Kenapa beliau ( Sok Lek ) terus menanamkan rasa benci pada Islam, dan terus menakutkan pengundi Cina dan jika PAS menang di Tenang dan PAS akan ke Putra Jaya, PAS akan mempengaruhi rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menubuhkan negara Islam. Persoalannya, apakah bukan negara Islam yang sedang kita nikmati di Malaysia sekarang ini??

Dengan kata lain ini jelas memperlihatkan selama ini MCA tidak pernah bersetuju dengan penubuhan negara Islam. Tapi mengapa pula UMNO sebagai rakan karib dan menerajui pemerintahan membiarkan sahaja sekutu rapatnya menafikan bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara Islam?? Juga mengapa mereka ( UMNO ) langsung tidak memainkan peranan untuk memastikan rakan MCA dan yang lain-lain memahami dan mendampingi mereka serta di " tazkirahkan " tentang Islam???

Kenapa kepimpinan BN suka dan sentiasa menggunakan lidah yang tidak bertulang itu terus mengadu dumba rakyat, khususnya di masa pilihanraya. modus operandi mereka adalah sama ibaik pemimpin UMNO, MIC mau pun MCA serta parti gabungan yang lain iaitu sering menakut-nakutkan kaum, depan orang Cina di canangkan penubuhan negara Islam oleh PAS, depan orang Melayu bahawa PAS adalah boneka kaum Cina dan tidak mungkin boleh menegakkan negara Islam bersama PKR dan DAP. Mana satu kenyataan yang betul?

Soi Lek telah memecahkan tong kempen dengan menidakkan tidakan calun PAS Pn. Normala yang bersarong tangan untuk bersalam. Kenapa UMNO gagal menerangkan keperluan tersebut kepada seorang muslim, kenapa UMNO tidak menyahut pertikaian tersebut? Juga sepatunya UMNO tanya dengan Coi Lek apakah akhlah, moral beliau sendiri baik????

Tanyakan juga apakah dia pakai sarung atau tidak sewaktu bersalam dengan amoi si penjual bunga tu?


gambar ehsan
EDYES @ edyesdotcom
edisi pencarian negara Islam

Tuesday, January 25, 2011

SALAM - CHUA SOI LEK BUKA PEKONG UMNO

PRK Dun Tenang, telah memperlihatkan kepada kita betapa " jahil " kalangan kepimpinan UMNO untuk mengemudikan negara ke arah dengan masyarakat perlbagai kaum dalam usaha menegak ISLAM sebagai agama rasmi. Mereka juga terus gagal untuk menterjemahkan hukum hakam Islam kepada rakan BN - Tindakan Chua Soi Lek, memperlekehkan calun PR Puan Normala Sudirman untuk tidak menerima salam kaum lelaki yang bukan muhrim telah dengan jelas memperlekehkan khususnya Mahyuddin.

Sepatunya persoalan yang perlu timbul ialah Siapa Chua Soi Lek?
Apa isu yang pernah ditimbukan oleh beliau sebelum ini?
Apakah Chua juga mengikut rentak dan tari rakan-rakan dari UMNO itu sendiri?


Cuba kita imbas kebali beberapa isu:

Dulu UMNO juga yang mempertikaikan seorang MP masuk ke surau dan berucap, timbul isu, berhadas besar dan tidak sopan, tidak menutup aurat dan sebagainya. Satelah diberikan penjelasan UMNO dan kuncunya mendiamkan diri.

Memasang anjak oleh seorang MB, sampai hampir 2 bulan baru Mufti dapat mengeluarkan " fatwa " yang tidakan MB itu adalah secara tidak disengajakan tapi ada kalangan pemimpin dari parti pembangkang yang memegang lilis semasa kematian kaum lain, secepat kilat mufti memberikan fatwanya.

Semua apa yang berlaku dan terjadi memang budaya pada kepimpinan dan ahli UMNO itu sendiri, dengan itu isu agama sepatutnya UMNO jangan campur, kerana ianya boleh menemplak diri sendiri bak kata pepatah " tepok air di dulang mercik ke muka sendiri "




Queen Elizabeth bersalam dengan
Perdana Menteri India Manmohan Singh dalam keadaan bersarung tangan.




Calun PR dari PAS - Puan Normala Sudirman, kini perlu menggunakan sarong tangan untuk bertemu dengan pengundi bagi memudah untuk menyambut salam mereka. Sedih isu agama sabagini pun pihak UMNO gagal untuk menterjemahkan kepada rakan MCA mereka. Di mana hilangnya alim ulama UMNO, pencacainya, pengikutnya atau pun orang UMNO " dulu, kini & selama-lamanya " buta pada agama?



Untuk meredakan keadaan, setelah diperhatikan isu " bersalam " ini dapat memenangkan calun PR, timbalan Presiden UMNO dengan lantang memberikan amaran agar di tutup saja isu ini dan diberikan tumpuan kepada memastikan kemengangan BN di DUN Tenang. MCA diberikan amaran agar tidak lagi mengekploitasi isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

Di mana silapnya ayat Mahyuddin ini, "Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan beliau (Normala) untuk tidak bersalam". Mengapa agaknya Mahyuddin tidak tegas yang bersalam antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim itu haram, mengapa beliau takut menyatakan yang benar?

Untuk itu ucapan tahniah dan syabas kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan pendekatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keengganan calon PAS bersalam dengan lelaki di Tenang, cuma di mana suara YB Zul dari kulim?

NONEKetua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (kanan) berkata, isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam. "Macam pendekatan Tuan Guru Nik Aziz, (apabila) mereka ini tidak faham (Islam), jadi kita mesti fahamkanlah mereka," katanya. "(Contohnya) macam isu melibatkan DAP juga, (berlaku) kerana mereka tidak faham."

Dalam pengalaman Pakatan Rakyat, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang kerap berbeza pandangan dengan pemimpin lain daripada DAP dalam isu agama, khususnya negara Islam.

Sunday, January 23, 2011

MAHYUDDIN - TOLONG LAH GURU, BERILAH SOKONGAN

Kini Mahyuddin cukup terdesak dengan kerenah kaum guru, selepas PR dengan Perjanjian 100 hari pemerintahannya dan imbuhan RM500 untuk kaum guru, kerajaan BN Khususnya kalangan UMNO libang libu dengan perjanjian itul. Setiap tindakan mereka semua tak kena.

Kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan.

Guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi. Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu perlu sentiasa akrab.

Guru juga sebagai seorang pemimpin perlu sentiasa mempunyai sikap kebersamaan kepada kerajaan supaya dapat menjayakan agenda pembangunan negara terutamanya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan. azlan

Dalam keadaan tertentu pula Muhyiddin pula cuba mempebodohkan kaum guru dengan menidakkan apa yang dituturkan oleh Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran. ( gambar ) dalam isu kempen dengan guru-guru kaunseling di DUN Labis tempoh hari. Semua orang dapat melihat sendiri pengerah berkempen di Tenang dirakamkan dan disiarkan melalui Youtube. Kenapa Muhyiddin perlu menafikan? sebaliknya beliau mendakwa beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan" atau sebalikknya.

Ketua Penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) AP Raja Retinam pula ( gambar ) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.

indian ngo pc 221209 federation of malaysian indian ngos (prima) president a rajaretinamPerwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara terang menuntut buku itu ditarik balik. “Muyhiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat. Semua anggota delegasi MIC membantah kata-kata Muyhiddin dengan sekeras-kerasnya. “Semua delegasi MIC menuntut supaya buku itu ditarik balik. Sama sekali tidak setuju menerima dengan pemindaan,”

Sehubungan itu, Raja Retinam menggesa
pengundi Inmuhyiddin pc 200910 02dia supaya menyokong calon PAS. Beliau juga mahu MIC, yang juga menghantar perwakilan pada mesyuarat Selasa lalu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat berhubung kenyataan Muhyidin dan mengeluarkan kenyatan rasmi parti tersebut.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah hilang akal dan pedoman dengan merestui kata-kata MCA yang PAS akan menegakan negera Ialam dan Orang Cina perlu berhati-hati dengan tindak tanduk PAS, apakah ini yang dikatakan kepimpinan Melayu sudah mula lupa diri dan sudah hilang pertimbangan untu memastikan kepimpinan mereka terus diterima oleh masyarakat. Mahyuddin perlu berfikir, rakyat sudah boleh berfikir dan tau apa yang sebenarnya dilakukan oleh UMNO masa kini. Mahyuddin merestuai MCA agar tidak diujudkan negara Islam di Malaysia.



Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA