Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label 1MDB. Show all posts
Showing posts with label 1MDB. Show all posts

Friday, August 31, 2018

LAGI ISU 1MDB

Siasatan 1MDB kini libatkan dana parti komponen BN dan individu

Pihak berkuasa sedang menyiasat parti-parti komponen BN, wakil² rakyat dan individu² yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB, menurut laporan Straits Times Singapura.

Straits Times menjangkakan siasatan itu mungkin menyemarakkan “kegemparan politik serius” kerana akaun bank pihak-pihak terlibat atau proksi mereka mungkin dibekukan sementara siasatan selesai.

“Bukan sahaja akaun bank dibekukan, wakil-wakil rakyat juga boleh hilang kelayakan sebagai MP atau anggota Dewan Undangan Negeri jika didapati bersalah,” menurut laporan itu.

Ahmad Mazlan & Shahrir Samad mengaku masing2 menerima RM2 juta & RM1 juta dari Najib Razak.
Ketua2 Bahagian Umno & Timbalan diketahui menerima RM1 juta setiap orang.

Nasarudin Md Isa menerima RM200 juta dari Najib Umno seperti yang didedahkan oleh Rafizi Rami (hingga ke hari ini tiada seorang pun yang berani saman atau membuat lapuran polis terhadap Rafizi).
Wang itu diberitakan telah diagih-agihkan kepada 15 orang pemimpin kanan Pas oleh Nasarudin melalui akaun Affin Bank.

Maka tidak lah menghairankan bilamana Pas dilihat bersungguh-sungguh membantu UmnoBN pada PRU14.
Pendirian sering 'berkecuali' dalam parlimen & kenyataan2 yang dilihat pro Najib Umno.

Jika dilihat pada statement2 yang dikeluarkan oleh mereka, tidak lah sukar sangat bagi kita untuk membuat andaian apa yang diberitakan itu benar atau sebaliknya.

TERBARU : 
* Dikhabarkan akaun bank Nasarudin Mat Isa telah dibekukan dengan serta merta.
* KP SPRM berkata banyak penyelewengan & rasuah berlaku dalam kerajaan Pas Kelantan.

PAKAT PANAS BONTOT LAH PEMIMPIN2 UMNO & PAS.

KEMENANGAN YANG MEMIHAK KPD PH ADA SEBAB & HIKMAHNYA.

NAJIB  n HADI BOLEH MERANCANG TETAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK !!

Wednesday, August 15, 2018

NAJIB PUJUK LHO LOW - 1MDB SLESAI


Isu berkaitan Jho Low kini kembali panas dan menjadi bualan ramai berikutan kejayaan negara mendapatkan kapal Equanimity yang dipercayai dibeli oleh Jho Low dengan menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan.

Bagaimanapun Jho Low menyifatkan tindakan kerajaan mendapatkan hak milik kapal itu daripada Indonesia sebagai tidak sah dan merampas prosiding undang-undang yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat.

Soalnya, kapal itu kini sudah berada dalam pemilikan Malaysia berikutan kerajaan Indonesia sedia menyerahkannya serta Amerika Syarikat pula tidak ada halangan mengenainya.


Bermakna, seperti kata Tun Mahathir Mohamad, jika selepas ini Jho Low tetap merasakan kapal tersebut merupakan miliknya dan dibeli dengan wangnya sah, bukan menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan, satu-satu pilihan baginya ialah segera pulang ke Malaysia dan menuntutnya melalui proses undang-undang.

Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah membuktikan dana 1MDB tiada kaitan dengan Equanimity.

Dalam hal ini, Khairy Jamaluddin turut sependapat dengan Tun Mahathir sambil  menyatakan, jika Jho Low merasakan dirinya tidak bersalah dalam skandal 1MDB, inilah masanya untuk beliau kembali ke Malaysia dan tidak terus melarikan diri seperti sekarang ini.

Apa pun alasan Jho Low, tindakannya terus melarikan diri dan enggan kembali ke negara ini hanya memberi tanggapan beliau memang bersalah dalam skandal 1MDB itu.

Beliau tiada alasan lagi sebenarnya, selain pulang  ke Malaysia jika tetap dengan keyakinan dirinya tidak bersalah.


Dalam hal ini, seiring dengan Najib sendiri yang selalu mendakwa dirinya juga tidak bersalah, beliau seharusnya  dapat memainkan peranan memujuk Jho Low agar pulang ke negara ini.

Dengan memainkan peranan, baik secara terbuka meminta Jho Low pulang atau boleh juga melakukannya secara senyap-senyap, Najib secara tidak langsung akan membuktikan beliau berpegang kepada falsafah "berani kerana benar"  serta menangkis tanggapan beliau takut untuk berdepan kebebaran.

Semua orang pasti akan berbangga jika Najib segera dapat melakukannya. (ShahbudinHusin 12/08/2018)

Saturday, August 4, 2018

ELAUN CEO 1MDB - 5 JUTA SETAHUN


Beberapa hari lepas , Dewan Rakyat sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tentang bayaran berjumlah RM5 juta untuk mantan presiden , Arul Kanda Kandasamy untuk ‘perkhidmatan’ beliau sepanjang Januari hingga Jun lalu.
Untuk tempoh ‘perkhidmatan’ enam bulan terbabit, RM2.5 juta sudah pun dibayar, manakala bakinya ditahan apabila kontraknya dibatalkan pada 28 Jun 2018.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, turut mendedahkan bagaimana kontrak terbabit diluluskan sendiri oleh mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ditandatangani oleh mantan ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar.
Lanjutan kepada pendedahan terbabit yang menyebabkan bekas-bekas menteri Barisan Nasional terduduk dan bungkam di Dewan Rakyat; Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua hari ini mempersoal apa sebenarnya pencapaian si Arul Kanda ini sehingga dibayar begitu mahal untuk tempoh bekerja sekadar enam bulan?
Ketika masih digaji di bawah kontrak ini, Arul Kanda turut diusung jentera Barisan Nasional ke sana ke mari untuk berceramah memberi penerangan tentang skandal 1MDB, mengikut naratif beliau sendiri; termasuk ketika tempoh kempen Pilihanraya Umum ke-14.
Arul malah memberanikan diri berceramah di Lucky Garden, Bangsar; di hadapan khalayak yang melontarkan pelbagai persoalan tanpa memberikan sebarang jawapan bagi memuaskan hati penduduk Bangsar yang rata-rata sangat bermaklumat dan mempunyai latar ekonomi serta sosial yang bertaraf tinggi.
Mantan perdana menteri sebelum ini, setelah mengakui bahawa 1MDB telah mengumpul keterhutangan sebanyak RM50 bilion menyatakan bahawa Arul berjaya mengurangkan hutang tersebut sehingga RM30 bilion.
Namun Tony kemudiannya mempersoalkan bagaimana sebenarnya hutang terbabit berjaya dikurangkan sehingga Arul layak menerima bayaran sehingga RM5 juta untuk enam bulan kerja?
“Perkara pertama yang dibuat Arul Kanda ialah melupuskan satu-satunya aset 1MDB yang membawa keuntungan, loji janakuasanya untuk RM9.83 bilion. Pun begitu, seperti yang berkali-kali dinyatakan, perniagaan janakuasa 1MDB itu diperolehi pada harga RM12.2 bilion.
“Ini bererti penjualan aset tersebut menghasilkan kerugian sebanyak RM2.27 bilion untuk 1MDB,” ujar Tony dalam kenyataan hari ini.
Itu katanya belum lagi mengambil kira idea hebat Arul Kanda memindah hakmilik aset hartanah 1MDB kepada Kementerian Kewangan.
“Namun apa yang tidak diakui oleh Arul ialah, beliau bukan sahaja memindahkan hartanah Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia kepada Kementerian, tetapi bersekali dengan sukuk bernulai RM2.4 bilion serta pinjaman berjumlah RM800 juta daripada Perkeso.
“Cerdiknya Arul Kanda mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM3.2 bilion lagi,” ujarnya sinis.
Arul juga katanya telah mengelirukan orang ramai apabila mengumumkan bahawa 1MDB telah berjaya melangsaikan hutang-hutang sebanyak RM7 bilion, padahal hakikatnya Kementerian Kewangan lah yang melunaskan bayaran-bayaran tersebut secara terpaksa.
Ketika mantan anggota kabinet ditanya oleh Menteri Kewangan di Parlimen tentang pembayaran RM7 bilion itu, rata-rata mereka terdiam membisu. 

Tuesday, July 24, 2018

DARI MANA & KEMANA WANG 1MDB


Pada 2 Julai lalu, pasukan petugas penyiasat khas mengumumkan bahawa lebih daripada 400 akaun bank dibekukan kerana disyaki menerima dana yang didakwa berasal dari ang berjumlah RM1.1 bilion.
Akaun-akaun berkenaan didakwa menerima dana dari akaun bank peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebahagian daripada jumlah itu didakwa digunakan untuk kempen BN pada pilihan raya umum 2013.
Malaysiakini dalam laman mikro terkini, meneroka beberapa transaksi berkenaan.
Sejak tahun 2015, laporan antarabangsa telah mendedahkan pelbagai transaksi yang membabitkan akaun bank Najib ketika kerajaan BN ketika itu didakwa cuba menutup siasatan 1MDB.
Laporan antarabangsa mendedahkan sekurang-kurangnya empat akaun bank Najib didakwa menerima dana yang kononnya diselewengkan dari 1MDB dan SRC International.
Pada 2016, ABC News yang berpangkalan di Australia juga melaporkan bagaimana sebahagian daripada wang dari akaun bank Najib dibelanjakan. Ia mendakwa bahawa selain daripada tujuan politik, dana itu juga digunakan untuk percutian dan untuk membeli kereta-kereta mewah serta barangan kemas.
Laman mikro Malaysiakini memberi tumpuan khusus kepada penerima politik yang membabitkan satu daripada akaun-akaun itu.
Melalui akaun ini, dana AS$681 juta telah disalurkan pada tahun 2013. Jumlah ini dirujuk sebagai "RM2.6 bilion" berdasarkan kadar pertukaran apabila deposit itu pertama kali didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal pada tahun 2015.
Najib terus membela dirinya degan mendakwa bahawa wang AS$681 juta itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi manakala Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, dalam saman sivil pelucuthakan mendakwa bahawa dana berkenaan berasal dari 1MDB.
Transaksi membabitkan SRC International Sdn Bhd tidak didedahkan dalam laman mikro ini susulan perintah “tutup mulut” oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Najib didakwa menyalahgunakan RM42 juta daripada syarikat milik kerajaan itu. Bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya RM470 juta disalurkan ke pelbagai entiti politik melalui 102 transaksi, tidak termasuk bayaran kepada individu, antara April 2012 dan Ogos 2013.
Umno menerima bahagian paling besar, iaitu sebanyak RM417.4 juta atau 88.8 peratus daripada jumlah dana berkenaan. Penerima terbesar seterusnya adalah MIC yang menerima RM20.55 juta dan MCA pula mendapat RM16.5 juta.
Wang tersebut diedarkan kepada pelbagai bahagian, sayap dan juga sebuah perpustakaan parti.Dari segi negeri, entiti politik di Selangor adalah benefisiari terbesar dengan jumlah RM60.25 juta diikuti oleh negeri Najib iaitu Pahang dengan RM37.73 juta.
Negeri-negeri lain adalah Perak (RM25.2 juta), Johor (RM27.2 juta) dan Kedah (RM15.8 juta).
Walau bagaimanapun, sebahagian besar dana itu disalurkan ke entiti politik di peringkat persekutuan dengan jumlah RM275.5 juta.
Terokai urus niaga di laman mikro Malaysiakini yang bertajuk "Wang songlap dari 1MDB atau derma? Tangan-tangan politik yang terdedah

Sunday, July 8, 2018

LAGI LAGI 1MDB - NAJIB BERBOHONG.....




Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz menolak dakwaan bahawa beliau menyedari tentang RM2.6 bilion dalam akaun Ambank Najib sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13) tetapi tidak mempersoalkan perkara itu.


"Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan ini adalah salah. Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaunnya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam selepas penangkapan Najib.

Zeti juga mendakwa bahawa pada 3 Julai 2015, beliau dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya apabila skandal itu meletus.

"Dia meminta saya untuk mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung akaunnya itu.

"Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai urusan dalam akaunnya," katanya.

Menurut Zeti, seorang menteri kabinet, yang tidak namakan, juga membuat permintaan yang sama dan beliau memberitahunya keputusan yang sama.

Bekas gabenor bank pusat itu mengulas dakwaan Najib dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, yang berkata Zeti menyedari mengenai transaksi itu tetapi tidak mempersoalkannya.
"Jika Bank Negara tahu tentang dana ini, dan mereka ada bayangan atau pengetahuan bahawa mungkin akan ada keraguan tentang sumbernya, mereka patut beritahu saya.

"Tetapi ia tidak berlaku. Jadi saya menyangka ia tiada masalah," katanya dalam wawancara itu.

Ditanya sekali lagi sama ada Zeti tidak membangkitkan sebarang amaran, Najib menjawab: "Tidak, tiada maklum balas daripada Bank Negara. Saya sangka semuanya baik."



Thursday, July 5, 2018

BANYAK LAGI AKAN DI PANGGIL KERANA MU MDB......

SPRM terima banyak maklumat kes jerung

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akui menerima banyak aduan kes skandal dan penyelewengan ‘jerung’ dalam jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, sehingga menjelang Aidilfitri baru-baru ini SPRM didatangi orang ramai termasuk kakitangan dalam jabatan-jabatan kerajaan dan GLC tampil mendedahkan penyelewengan yang disembunyikan selama ini.

“Sekarang SPRM terima banyak maklumat dan kes-kes baharu, kebanyakan masuk sebelum raya, kita kena ambil masa untuk selesaikan.

“Tetapi saya nak sahkan memang banyak kes jerung yang kita terima cuma saya tak boleh bagi tahu siapa yang terlibat. Namun, bayangannya banyak melibatkan jabatan utama kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif di pejabatnya, semalam.

Susulan lambakan aduan yang diterima, beliau memaklumkan, SPRM telah menubuhkan pasukan khas untuk mengendalikan setiap kes.

“Sekarang ini apabila saya masuk semula ke SPRM, dalam tempoh sebulan ini bertalu-talu kes ‘jerung’ masuk. Saya juga dah tubuhkan pasukan khas bagi setiap kes, kerana maklumat masuk terlampau banyak kes-kes jerung.

“Pegawai-pegawai SPRM sekarang sedang bertungkus-lumus mengendalikan maklumat-maklumat yang kami terima ini,” jelasnya lagi.

Katanya, paling menarik ‘orang dalam’ sendiri berani tampil membongkar salah laku.

“Pegawai kerajaan dah berani ke depan, mereka punya keyakinan dan dah berani, tak takut diugut lagi. Saya minta mereka yakin kepada saya dan SPRM kerana kami akan lakukan yang terbaik,” tegas beliau.

“Saya suka jerung, sebenarnya dulu pun kita tak pernah buat siasatan terpilih.

“Masa zaman saya dulu, apa saja aduan yang masuk kita siasat tak pernah kita berhenti, tak pernah kita halang siasatan dihentikan atau tak siap... semua kita siap. Isu sekarang orang ramai nak tahu apa jadi dengan siasatan? Ke mana? Di mana pengakhiran?

“Untuk maklumat semua siasatan selesai zaman saya lah, kerja kami selesai tinggal cuma tinggal kes SRC International dan wang RM2.6 bilion saja sebab terhalang, apabila saya keluar, setakat itu sajalah,” dedahnya.

Dalam pada itu, Mohd Shukri bertegas tidak akan melayani sebarang rundingan untuk menutup kes yang sedang disiasat oleh SPRM.

“No way, tak akan berlaku. Masuk macam mana pun saya tidak akan benarkan, tak ada seorang pun boleh mempengaruhi atau menghalang siasatan SPRM.

“Setinggi mana pun pangkat orang itu saya tidak akan benarkan, ini amanah yang saya pegang,” katanya.

Beliau akui kecewa dengan prestasi Malaysia dan negara Islam lain yang mempunyai rekod Indeks Persepsi Rasuah Transparency International yang rendah.

“Negara Islam termasuk Malaysia skor CPI rendah, saya nak ubah perkara itu agar negara kita dipandang hebat bukan saja oleh rakyat malah orang luar,” katanya.

Mohd Shukri mengambil alih jawatan Ketua Persuruhjaya SPRM dari Tan Sri Dzulkifli Ahmad pada 17 Mei lalu.

Saturday, June 30, 2018

1 MDB - SATU PENJELASAN PENDAKWAAN...

Pihak Kerajaan Malaysia telah menerima sebahagian kertas siasatan DOJ dan FBI, kita percaya resit dan rekod transaksi bank adalah tulin dan secara rasional transaksi bank adalah "genuine" kerana tiada sesiapa pun di dunia boleh mengubah atau memalsukan informasi yang dikendalikan oleh database dalam network banking.


Berdasarkan resit dan rekod perbankkan itu adalah disahkan wang RM2,6billion itu didapati dimasukkan ke akaun peribadi Najib oleh Tanore Finance Corporation yang dimiliki oleh Jho Low.

Penafian Najib bahawa wang tersebut adalah derma keluarga Diraja Arab dapatlah disimpulkan "rayuan terakhir" untuk mempertahankan dirinya yang sebenarnya tidak boleh dipertahankan lagi.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Tun M, dengan penuh keyakinan memberitahu wartawan, bahawa kes Najib, adalah jelas, punya bukti yang kukuh serta dokumen yang berkaitan.

Persoalan yang bermain di fikiran rakyat ialah, kalau dah ada bukti yabg kukuh, kena masih belum di bawa ke mahkamah?

Untuk pengetahuan semua, proses mendakwa Najib bukan lah seperti mendakwa seorang pencuri motorsikal.

Walaupun bukti yang di kumpulkan telah cukup jelas  tetapi keputusan Hakim Negara yang lalu , Mohd Appandi yang memutuskan Najib tidak bersalah perlu dibatalkan dahulu sebelum memulakan prosiding dakwaan kepada Najib.

Untuk membatalkan keputusan bekas Peguam Negara itu, bukanlah perkara mudah, dalam perlembagaan negara 145(3) setiap keputusan Peguam Negara adalah muktamad dan tidak boleh di ulang bicara atau di buka kes baharu dimana mana forum.

Ini bermaksud, Najib tidak lagi boleh didakwa keatas kes ini, namun, kita melantik TT bukan kerana racist, bukan kerana memandang rendah bangsa lain, tetapi beliau seorang peguam yang mahir dan tahu selok belok Perlembagaan, kerana itu org yang berkemahiran sebegini dipertanggungjawabkan untuk membatalkan keputusan yang lalu, tambahan pula TT adalah antara peguam yang tersenarai antara 500 laws pratisional terbaik dunia.

Walaupun perkara ini yang sgt rumit dan teknikal yang mungkin tidak dapat dilihat oleh orang yang berada diluar kompenan perundangan, tetapi TT sedang dalam proses terakhir untuk mencabar keputusan Appandi itu dan pasti akan berjaya membuka kembali kes 1 MDB ini. 

Rakyat yang begitu ghairah bertanya dan tidak sabar melihat Najib di bicarakan diminta bersabar, bukan niat Kerajaan Malaysia sengaja melenggahkan kes ini tetapi kita perlu melalui berbagai proses teknikal untuk mengugurkan keputusan Appandi dahulu.

Persoalannya, bila? Dan bagaimana? Jawapan secara am dapat saya katakan, hanya beberapa minggu sahaja lagi Najib akan bawa kemuka pengadilan.

Bagaimana kalau TT tidak berjaya mengugurkan keputusan AG yang lalu? Perkara ini tidak akan berlaku, walaupun sudah termaktub dalam perlembagaan kehakiman negara, ada ruang yang luas dan peluang yang cerah utk membatalkan keputusan Appandi kerana melibatkan intergriti bekas AG terdahulu dan biasness yang melanggar prinsipal nature of justice. 

Kesimpulannya..Najib tak akan terlepas dan jangka masa beliau di dipenjarakan kemungkinan mencecah 10 ke 20 tahun atau lebih.

Anda boleh share atau copy bagi menjelaskan duduk perkara sebenar kalau ada sesiapa yang bertanya. 

Selama ini saya hanya membaca dan berdiam diri dengan soalan soalan dari rakyat kerana beranggapan mereka yang bertanya adalah orang awam yang tidak mengetahui proses perundangan.

Tkasih.
Dr. Halim.J

Sunday, June 24, 2018

1MDB - APA YANG NAJIB TAHU


Najib tak tahu wang dalam akaun peribadinya adalah daripada 1MDB...


Najib juga tak tahu daripada mana datangnya dana membeli barang kemas Rosmah...


Najib turut tak tahu wang 1MDB diguna beli lukisan dan kapal layar mewah....


Akhirnya, Najib jadi tak sangka bala besar menimpanya dalam pilihanraya lalu...

Sejak kehilangan kuasa ini, watak Najib ternampak semakin menghairankan.

Semua yang berlaku sebelum ini, terutama berkaitan 1MDB, beliau  seperti tak tahu belaka.

Benarkah dia tak tahu? 

Kalau semua tak tahu, apa yang Najib tahu?

Najib tahu tak dia pecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir kerana mereka mempersoalkan wang dalam akaun peribadinya itu?

Najib tahu tak media sosial,  WSJ, Washington Post dan media antarabangsa lain sebelum ini banyak menyiarkan mengenai skandal 1MDB, sumber wang dalam akaun peribadinya dan pembelian barang-barang kemas untuk Rosmah?

Masih tak tahu juga?

Najib tahu tak bahawa beliau sebelum ini adalah Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB?

Tahukah Najib beliau kini hanyalah bekas Perdana Menteri yang sudah kehilangan kuasa dan tempatnya diambil alih oleh Tun Mahathir Mohamad?

Masih tak tahu lagi?

Akhirnya, tahu tak beliau sekarang ini masih suami Rosmah dan bapa tiri kepada Riza Aziz? (ShahbudinHusin 

21/06/2018)

Monday, June 4, 2018

FAIL MERAH PULA ADA KAITAN DENGAN 1MDB.


PUTRAJAYA - Rahsia 'fail merah' yang sebelum ini hanya boleh diakses pihak tertentu terbongkar apabila mengandungi penyelewengan dan skandal membabitkan syarikat 1MDB.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu wawancara berkata, beliau sangat terkejut apabila mengetahui kandungan fail merah itu yang sebelum ini cuba disorok oleh kerajaan BN.

Beliau berkata,  sebelum ini kesemua fail tersebut tidak boleh diakses kerana kerajaan BN menghalang auditor dan pegawai yang bertanggungjawab untuk menelitinya secara profesional dan integriti.

“Fail-fail merah yang sebelum ini begitu sulit telahpun dibuka. Saya sangat terkejut kerana fail tersebut mengandungi banyak skandal termasuk pembayaran hutang untuk 1MDB.

"Rupa-rupanya hutang-hutang 1MDB sebelum ini dibayar oleh kerajaan. Padahal sebelum ini 1MDB beritahu mereka bayar sendiri. Mereka tak bayar satu sen pun hutang-hutang mereka," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada hari pertama di kementerian itu, Guan Eng berkata beliau diberitahu Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mod Desa dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad mengenai kedudukan semasa kewangan negara, dan pendedahan yang mengejutkan bahawa mereka tidak dapat mengakses akaun dan laporan tertentu.

Menyifatkannya sebagai skandal paling besar di dunia, Guan Eng berkata, sebanyak RM7 bilion telah dibayar dan lebih menyedihkan kerajaan terpaksa menanggung beban membayar RM38 bilion lagi sehingga 2039.
Katanya, jumlah tersebut juga belum dikira faedah, jadi boleh dinilai betapa besar kerugian dan kehilangan sumber pendapatan rakyat untuk membayar hutang 1MDB sahaja.

“Bayangkan sekiranya wang ini boleh dilaburkan digunakan untuk rakyat. Bukankah kita boleh menyelesaikan sebahagian besar masalah kita, tapi ternyata skandal 1MDB ini telah memberi impak negatif ke atas keadaan ekonomi kita.

“Saya berterus terang soal ini. Sebab itu kita terpaksa ambil langkah-langkah bagi mengurangkan mengurangkan impak negatif tersebut,” tegas beliau.

Guan Eng turut mendedahkan hasil siasatan mendapati bahawa 1MDB sebagai syarikat pelaburan strategik hanyalah rekaan semata-mata.

“Satu rekaan yang betul-betul jahat... tak ada langsung. Kita akan siasat dengan lebih teliti supaya rakyat tahu penyelewengan melalui 1MDB ini.

"Kita akan cuba atasi kerana 1MDB ini adalah sejarah hitam yang kita akan ingat buat selama-lamanya," katanya.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, fail-fail merah itu turut mengandungi kontrak-kontrak yang mempunyai syarat-syarat yang agak luar biasa yang merugikan kerajaan.

“Ada beberapa kontrak di mana pembayaran dibuat walaupun kemajuan kerja hanya 10 hingga 15 peratus. Lebih dua pertiga nilai kontrak ataupun jumlah kontrak telah pun dibayar.

“Kita sedang siasat perjanjian-perjanjian yang agak luar biasa ini. Biasanya kalau kerja siap 30 peratus, kita akan bayar 30 peratus. Tetapi ini tidak diamalkan.

"Kerja baru siap 30 peratus tetapi sudah dibayar 70 peratus. Mengapa? Kerana perjanjian dibuat bergantung kepada tempoh masa iaitu pembayaran dibuat setiap enam bulan, tak kira ada buat kerja atau tak buat kerja,” katanya.

Walaupun begitu katanya, pihaknya tidak boleh mengatakan perbuatan itu salah kerana telah termaktub dalam kontrak.

“Kita akan siasat dan tanya mengapa mereka buat kontrak macam ini yang tidak memihak kepada kepentingan negara. Itulah yang kita kena siasat," katanya. sinarharian

Saturday, June 2, 2018

UMNO KALAH - SIAPA PUNCANYA

Punca Umno kalah: Najib tidak dengar desakan letak jawatan
Bekas timbalan menteri dalam negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa Datuk Seri Najib Razak enggan meletakkan jawatan sebagai presiden Umno susulan kekalahan besar parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini sehinggalah beliau dipaksa melakukan sedemikian.
“Walaupun selepas kami kalah pilihan raya, beliau enggan meletakkan jawatan sebagai presiden parti sehinggalah beliau dipaksa melakukan sedemikian pada 12 Mei,” katanya kepada FMT.
Nur Jazlan yang kalah di kerusi Parlimen Pulai di Johor kepada Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, berkata ahli Umno mahu Najib meletakkan jawatan secara sukarela, seperti bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ini untuk memastikan parti itu “tidak berpecah”, katanya.
Susulan kehilangan majoriti 2/3 untuk Barisan Nasional pada 2008, Abdullah memutuskan untuk meletak jawatan dan memberi laluan kepada penggantinya yang terpilih bagi mengambil alih parti pemerintah yang kelihatan semakin lemah selepas 5 dekad berkuasa.
Apabila disoal sama ada terdapat seruan sama terhadap Najib meletakkan jawatan sebelum PRU pada 9 Mei, Nur Jazlan berkata:
“Bagaimana anda tahu sama ada kami ada melakukan sedemikian? Apa pun, beliau tidak mendengar.”
Apabila ditanya berkenaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memanggil Najib untuk disoal tentang bagaimana RM42 juta dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, dimasukkan ke dalam akaun banknya, Nur Jazlan berkata: “Mereka hanya menjalankan tugas.”
SRC ditubuhkan pada 2011 oleh kerajaan untuk mendapatkan pelaburan luar dalam sumber tenaga, dan merupakan unit 1MDB sehinggalah ia dipindahkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Nur Jazlan baru-baru ini memberitahu akhbar The Sun, Najib seharusnya dapat meramal kejatuhan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Beliau mengaitkan kekalahan mnegejutkan itu dengan kegagalan Najib menjelaskan dakwaan korupsi terhadapnya dan isu-isu berkaitan 1MDB.
Beliau juga berkata Najib sepatutnya tahu berkenaan perkara itu berdasarkan komen-komen di media sosial tentang isu dikaitkan dengan dirinya dan keluarga.
Nur Jazlan mengulas kenyataan Najib yang pemimpin BN sepatutnya lama bersuara jika mereka fikir pimpinannya bermasalah.
Ia selepas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata Umno sudah tidak nampak realiti dengan memikirkan ia tidak akan kalah.
Nur Jazlan berkata Najib seharusnya mampu menjawab semua dakwaan terhadap dirinya dan keluarga semasa beliau berkhidmat sebagai perdana menteri kerana ini akan memulihkan kredibiliti parti

Monday, May 28, 2018

1MDB - NAJIB n LGE AKAN BERDEBAT


Lim Guan Eng dan Najib Razak nampaknya terus terbabit dalam pertelingkahan terbuka, malah mungkin berpanjangan, khususnya berkaitan kedudukan ekonomi negara, kadar hutang dan juga 1MDB.

Apa saja yang diutara dan disebut oleh Guan Eng, pantas saja Najib menjawabnya, meskipun menteri-menteri lain hampir semuanya memilih untuk mendiam diri saja.



Sebagai bekas Menteri Kewangan, Najib dilihat begitu nipis telinganya terhadap pelbagai hujah dan fakta terbaru yang didedahkan oleh Menteri Kewangan sekarang.

Namun, semua pertelingkahan mereka hanyalah melalui media saja. Guan Eng melalui kenyataan akhbarnya, manakala Najib pula melalui media sosialnya.

Siapa benar dan siapa salah antara mereka berdua itu?

Bilakah pertelingkahan mereka akan berakhir?

Sebagai penyelesaian terbaik, apa kata  agar Guan Eng dan Najib berdebat saja secara terbuka dengan siarannya dipancarkan secara langsung ke seluruh negara?



ika dulu Najib sering mengelak untuk berdebat dan beberapa kali program NothingToHide tidak menjadi kenyataan, setelah tiada lagi apa-apa jawatan dan bebanan, ketika inilah sebenarnya masa terbaik untuk beliau menunjuk keberaniannya.

Tapi, beranikah Najib?

Atau beliau lebih ketakutan dalam keadaan dirinya sekarang?

Habis, bila lagi Najib mahu jadi berani? 
(ShahbudinHusin 27/05/2018)


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA