Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, January 18, 2010

KECELARUAN ORANG UMNO

UMNO / BN, khususnya dari kalangan kepimpinan UMNO kini begitu khairah untuk memastikan semua pengurusan masjid di bawah kelolaan mereka. Mereka langsung tidak menilai dan memikirkan apakah jawatankuasa yang baru dalam lantikan mereka dapat melaksanakan tugasan sebagai seorang kakitangan masjid.

Sifat dan stail " kuno " masih lagi menjadi daya kepimpinan mereka dengan itu slogan " dulu, kini selama-lamanya " cukup tetap sekali untuk ditauliahkan kepada UMNO. kita lihat saja di Perak. Semasa PR memerintah, kepimpinan kampong sanggup di adakan pemilihan, jawatankuasa masjid diagihkan sama rata, kerena rumah allah adalah untuk semua umat manusia, bukan hak UMNO sahaja.

Tapi malang bagi negeri Perak dan mungkin negeri-negeri di bawah kepimpinan UMNO yang lain juga berperanan sedemikian rupa. Mereka langsung tidak mempercayaai orang lain. Tidak ada langsung sikap keterbukaan dalam bermasyarakat. Tidak berani menghadapi kenyataan. Sepatutnya mereka boleh menguji sejauh mana suara rakyat memihat kepada mereka.

Apa salahnya sebagai ujian diadakan pemilihan ketua kampong, dan biarkan masyarakat kampong sendiri memilih pemimpin mereka, tapi bagi UMNO, kepimpinan ketua kampong adalah menjadi hak dirinya. Kini menular pula kepada kepimpinan di masjid-masjid, semua yang terlibat mesti dari kalangan orang UMNO, walaupun mereka sakit, walaupun mereka masih belajar, walau pun mereka tak pernah ke masjid, tapi asalkan mereka berkiblatkan " Keris " mereka boleh di lantik.

Apa nak jadi dengan orang UMNO dewasa ini. makin hari makin menampakan ketidak warasan hidup mereka. yang penting bagi mereka hidup mewah, kenduri secara mewah, kadang-kadang tak ikut kemampuan langsung. Fikirlah untuk masa depan bangsa, agama dan negera. Negara akan hancur jika orang umno penoh dengan noda dan dosa.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA