Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label REMAJA. Show all posts
Showing posts with label REMAJA. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

DISIPLIN PELAJAR / MURID SALAH SIAPA?


Gambar perhiasan - Jawatankuasa PIBG
bergambar beramai selapat Mesyuarat Agung.


Kini peranan dan tanggonjawab PIBG ( Persatuan Ibubapa & Guru ) bukan setakat memberikan komitment kepada perjalanan sekolah sahaja, seperti memantau dan membantu sekolah dari semua aspek kecuali pengurusan dan pentadbiran sekolah. Selain dari penyumbang sumber kewangan juga sebagai yang memastikan aktiviti sekolah sentiasa berjalan dengan lancar.

Cabaran demi cabaran perlu di tangani dengan penoh berhemah, pembangunan pendidikan, perkembangan sukan, perkembangan sahasiah, perubahan dasar pendidikan itu sendiri, sebagai kepimpinan yang berkait secara lansung dengan sekolah PIBG - selain dari guru, juga semua maklumat sekolah kelolaannya sentiasa di hujung jari.

Isu semasa ialah kaitan dengan keruntuhan moral remaja, remaja sudah pandai bersekedudukan, sudah pandar hisap rokok, sudah ada yang termengandung, sudah ada yang lari dari rumah, sudah ada yang tidak lagi menjadi ibubapa sebagai idola penghidupan harian. Dengan kata lain, moral generasi kini sudah mula luput.

Masalah gejala sosial sememangnya sudah menjadi " taik " dalam penghidupan persekolahan masa kini, tapi kesedaran tidak ujud dan kini pembangunan remaja di dedahkan pula dengan isu liwat, video lucah, bersekedudukan, rumah urut, ubat kuasa dan entah apa-apa lagi, penglibatan pelajar sudah tidak terkawal lagi. Seberan isu ini pula mendapat laluan yang mudah oleh Media Cetak dan elektronik, boleh di katakan saban hari cerita, seperti rogol, kisah rumah urut, bunuh, rompakan, buang bayi, kesannya memudahkan para pembaca khususnhya dari kalangan remaja dapat membacanhya.

Isu-isu tersebut sudah tentu memberikan ransangan dan ingin tahu mereka untuk mencari, merasa dan mencuba. Remaja adalah mereka yang suka meneroka sesuatu yang baru. Kerajaan dan masyarakat seharusnya menyediakan persekitaran yang kondusif merangsang minda mereka menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air. Lebih menyedihkan lagi apabila pihak bertanggungjawab seperti tidak ambil peduli masalah moral dan hanya mendedahkan keburukkan seseorang dengan mengabaikan kesannya kepada remaja.

Ketenatan pembentukan moral kalangan anak-anak sekolah memang satu perkara yang cukup sukar di " belai " tapi sebaliknya kenapa pihak kepimpinan pula sering memainkan peranan kearah tidak mendisiplin pelajar? Lihat saja episod pendedahan yang memualkan diteruskan melalui siri video seks kedua. Keadaan ini umpama mendapat lesen dan lampu hijau dari pihak berkuasa, tidak ada sebarang amaran atau larangan yang ditegaskan berhubung penyebaran video ini. Lebih serius lagi video tersebut mendedahkan bahagian-bahagian badan pelakon yang sulit. Dan tidak mustahil selepas ini, babak yang lebih memalukan akan didedah dan disebarkan sekiranya tidak ada penegasan dan amaran daripada kerajaan untuk melayari video ini dan tidak segera menyiasat dan menghukum penyebar video berkenaan.



Kita lihat pula gambar sebuah sekolah Tamil ini, bagaimana pihak sekolah dan sudah tentu PIBGnya terlibat sama memberikan " lampu hijau " kepada tajaan tersebut. Mengapa perlu anak-anak kecil ini di " manjakan " dengan minuman keras sabagini? apa perlunya?, atau apakah PIBGnya pula mendapat sumbangan dari tajaan Calrberg ini?

Sekiranya isu yang meloyakan ini, dibiarkan dan dianggap remeh, percayalah ini akan menjadi satu lagi episod buruk kepada masalah moral dalam masyarakat kita yang sememangnya sedang kritikal pada masa ini. Lebih menakutkan ia mungkin akan menjadi suatu kebiasaan dan budaya di dalam negara kita.

Selain itu anak-anak kita yang sekarang ini telah terdedah dengan dunia IT tanpa sempadan tidak mustahil akan terjebak dan melayari gambar-gambar dan video-video lucah, buruk perangai manusia, pengedaran dadah, tatakeluan samseng, budaya peras ugut, bunuh membunuh, merogol, selain fitnah-fitnah yang telah di sebarkan di dalam internet. Semua ini bertentangan dengan agama Islam dan budaya masyarakat timur.

Menyedari perkara ini bakal mendedahkan nilai negatif kepada masyarakat terutamanya pelajar-pelajar dan anak-anak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) seluruh negara, Persatuan Guru-guru, pertubuhan-pertubuhan pendidikan, NGO-NGO Islam dan semua NGO-NGo yang memperjuangkan nilai budaya timur bangkit membantah cara pendedahan isu-isu salah laku serta seks secara bebas dalam media. Mereka perlu bersatu untuk membantahnya. Semoga dengan bantahan ini boleh menyelamatkan remaja kita daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.

Thursday, June 9, 2011

USIA MUDA - TERJEBAK DENGAN KEGHAIRAHAN SEX




Dengan tertera cerita di bawah ini sudah cukup untuk mengesahkan tindakan Ketua Menteri Melaka untuk membina, mendiri dan melaksanakan Sekolah Harapan adalah tindakan paling tepat dan meletakkan KPI yang berjaya dan mencapai sasarannya.

Sah kini, gulungan remaja Melayu sudah sampai ketahap yang cukup merunsingkan, sudah tidak lagi mengguna, mengamal dan melaksanakan hukum hakam, dan bersedia untuk melakukan apa saja perkara yang terlarang seperti berzina, mabuk, dadah, bersekedudukan. Kepentingan dan peranan agama sudah diketepikan.

Untuk memastikan " remaja " khususnya remaja Islam, dapat menjauhkan diri dari mendekati dosa semua pihak perlu memainkan peranan, Ibubapa sudah pasti dan kepimpinan di semua peringkat amat perlu meletakkan garis ukur untuk bagaimana proses pembesaran mereka dapat di awasi. Alam remaja adalah " starting " kepada kefahaman tentang penghidupan dan pada masa ini juga syaitan dan iblis bermaharaja lela untuk merosakkan diri remaja.

Kalau kita lihat sendiri bagaimana proses pembesaran remaja masa kini, bersetujukah kalau kita katakan mereka tidak dapat bimbingan yang sempurna, mereka sering di hanyut, dibuai dan leka dengan corak hidup yang penoh dengan " keseronokan " penoh dengan dunia hiburan, penoh dengan pergaluan bebas, lepak, buang masa tidak mendampingi agama dan yang nyata AGAMA tidak di jadikan amalan oleh mereka dalam penghidupan hariannya.

Persoalannhya, apakah pengisian harian remaja masa kini?
Bagaimana ilmu yang diterima di aplikan dalam penghidupan?
Siapakah pebimbing mereka untuk melayari bahteria penghiudpan ini?
Persoalan tersebut sepatutnya dijadikan indikator kepada pengisian aktiviti semasa remaja. Kejayaan dan " berimannya " remaja adalah rencah penghidupan di masa tua.

Cuba lihat tragedi ini:

Azi ( bukan nama sebenar ) pernah melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun. Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad. " Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya" tambah Azy.

“akhirnya saya juga mengalami " perasaan " penghidupan seorang " isteri " saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi. “Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran. “Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.- hm

Siapakah yang perlu di pesalahkan?

Monday, February 14, 2011

IDENTITI ISLAM SUDAH HILANG

Kisah Valentine's Day atau Hari Kekasih menjadi hangat di bincangkan kerana ada kalangan kepimpinan negera menidakkan keperluan " perayaan " hari tersebut, tapi malang juga kerana ada dari kalangan kepimpinan Melayu yang merestuai perayaan tersebut, memang tidak dinafikan khuttab Jumaat pada 11 Februari, jelas mengharapkan agar umat Melayu terutama generasi muda menjauhkan diri dari aktiviti tidak sihat ini.

Tapi malang bagi rakyat Malaysia, kerana Ketua Pemuda UMNO menyatakan " selagi dosa idak dialkukan, tiadak mengapa untuik turut meraikannya " rujuk Star 12 Feb. Beliaup cukup bangga dan juga memaklumkan beliau bersama isteri merayakan hari tersebut dangan membawa isteri keluar makan malam juga kadang kala kami menyanyi, juga menari bersama " Ini lah daya fikir pemimpin UMNO. Banyak yang rosak daya fikir dan langsung tidak memahami tuntutan Islam.

Pelajar ini adalah calun untuk ke Sekolah Harapan
tajaan Kerajaan melaka.


Bagi Mahyuddin " tindakan Pemuda PAS yang akan mengadakan kempen ' bebas dosa ' semperna Hari Kekasih di empat negeri bawah PR. Beliau menyatakan tindakan ini agak keterlaluan, Sinar 13 Feb. Dalam temu bual yang lain, rata-rata mengatakan aktiviti ini sudah ketinggalan zaman dan tak perlu di laksanakan. Malangnya remaja Melayu yang " lebih sudu dari kuah.

Para pelajar perempuan ini sudah hilang identiti peribadi muslimnya, lambang sex menjadi ikutan mereka. Tak tau apa nak jadi dengan negara Malaysia yang Islam menjadi agama rasminya.

Nampaknya semakin berkembang maju sekolah Harapan Ali Ketam di Melaka ye. Satu demi satu bakal pelajar termengandung menunjukkan wajah untuk diinterview oleh pihak pengurusan sekolah termengandung Ali rustam (STAR). Adakah mendaftar ke Sekolah Harapan Ali Ketam kini sudah menjadi kebanggaan?
Mungkin mereka mengejar populariti memandangkan setiap pelajar baru di Sekolah Harapan Ali Ketam akan mendapat liputan terbaik media.

Apalah nak jadi dengan budak sekolah sekarang ni? Semenjak wujudnya Sekolah Harapan Ali Ketam di Melaka, ada sahaja perangai tak senonoh budak-budak sekolah didedahkan di media. Kali ini kisah seorang pelajar sekolah perempuan didedahkan oleh sebuah blog hotmalays.blogspot.com. Pelajar tersebut dengan bangga dilihat menyuruh teman lelakinya merakam aksi jijiknya melakukan onani serta menunjukkan dan merakam kemaluannya melalui telefon mudah alih (handphone).

Semenjak wujudnya Sekolah yang membela pelajar terlanjur oleh Ali Ketam, budak-budak sekolah kini semakin berani menunjukkan aksi jijik dan meng 'upload' video-video lucah mereka ke internet untuk dijadikan tontonan umum. Kini mereka tidak perlu bimbang kerana nasib mereka sudah terbela.

Rakaman ini sungguh menjijikan, apakah benar ianya satu realiti dalam penghidupan remaja pada masa kini, di mana letaknya keimanan yang perlu ada pada diri mereka?

Ini lagi satu mala petaka kepada anak bangsa, masih bersekolah dah pandai menyalah gunakan wang saku dengan membeli minuman keras, siapa kah yang harus dipersalahkan?

Apakah cara ini juga menjadi punca segala-galanya, kenapa bahan lawak yang berunsurkan sex menjadi-jadi di kalangan pelawak kita?

Sunday, June 20, 2010

KEMANA DAN DI MANA REMAJA KITA BERAKHIRNYA

hanya hiasan semata-mata


Akhlak adalah elemen penting dalam pembangunan kemanusiaan, Penyair Mesir, Ahmad Syauqi dalam madanya dengan maksud " sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat berdasarkan pembentuk ahklaknya, jika rosak akhlak itu maka sudah pasti pembangunan kemanusiaan akan rosak dan bangsa itu akan lenyap dan hilang "


Bertepatan dengan Tema Perayaan Hari Belia tahun dengan " Belia Masa Depan adalah Peranan Kita Hari Ini " tema ini juga bertepatan dengan kata-kata seorang sarjana dan pemikir Islam Profesor Doktor Yusof Al-Qardhawi " Untuk melihat negara masa depan lihatlah generasi mudanya pada hari ini, jika generasi pada hari ini penoh dan berakhlak dan berhemat tinggi, sudah pasti negera pada masa depan menjadi sebuah negera aman makmur, tetapi sebaliknya akan berlaku jika generasi belia itu buruk perangai dan tingkah lakunya "


Cuba kita perhatikan peranan dan tanggongjawab pihak kerajaan dalam pembentukan generasi muda masa kini. Kementerian Belia dan Sukan di amanahkah untuk memainkan peranan dan bertanggongjawab dalam hal tersebut. Aktiviti untuk pembentukan modal insan dan menjana pembangunan agama, bangsa dan negara amat berkurangan sekali, yang lebih ialah untuk membina kerjaya dan aktiviti masa lapang dengan program hiburan sahaja.


Lihat sahaja program di media elektronik khususnya TV - sama ada RTM 1 & 2, TV3, dan masa kini ASTRO, hampir 90% adalah hiburan, berapa banyak progrom untuk melahirkan penghibur dan program untuk melahirkan pendakwah, Program realiti AF, Mentor, Bintang kecil serta berbagai-bagai anugerah juga diadakan Penyanyi dan Pelakon paling popular, anugerah Berita Harian dan lain-lain.


Untuk itu, adakah kita berusaha untuk mengharapakan kebehatan dan keunggulan remaja mendatang dengan cara yang betul untuk membiana mereka kearah keunggulan tersebut? Atau adakah remaja kita hari ini lebih cnederung ke arah gejala sosial yang buruk, dan boleh membahayakan masa depan mereka. Belia masa kini penoh di pusat-pusat hiburan, di Serenti, mereka penagih dadah, mereka bertindak sebagai bohsia, bohjan, mereka melakukan rempitan, mereka berjaya dari sudut buang bayi, mereka sudah pandai bersekedudukan, mereka sudah hilang bertimbangan untuk pembinaan jati diri.


Siapa dan di bahu siapa patut di persalahkan berlakunya perkara tersebut? apakah kesalahan terletak di bahu ibubapa, pada masyarakat, kalangan pendidik, para majikan. Bukankah negera ada pemimpin dan kerajaan yang patut di pertanggongjawabkan. Apakah peranan kementerian yang di ujudkan? Kementerian Pelajaran untuk apa, Kementerian Belia dan Sukan buat apa, kementerian Penerangan, Hubungan dan Komunikasi apa perancangan mereka untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia?


Inilah proses perjalanan yang sentiasa di lalui oleh remaja di dalam mereka menuju kedewasaan mereka, bermjula dengan ibubapa, guru, majikan, latihan, pesekitaran hinggalah kepada kawalan undang-undang dan dasar negera yang di gubal oleh pemimpin. Inilah faktor yang membentuk remaka dalam sesebuah negera.


Dalam usaha meningkatkan intergriti dan kehormatan kalangan remaja Islam, maka kita sebagai ibubapa, guru majikan dan KERAJAAN perlu ada perancangan untuk tatapan dan amalah hidup mereka.


Thursday, June 3, 2010

REMAJA 16 TAHUN MELAHIRKAN BAYI

Apakah kini moral masyarakat suduh mula runtuh se runtuhnya, sudah hilang pedoman, sudah hilang jati diri, sudah tidak mengindahkan lagi budaya timur yang penoh dengan sopan santun, berbudi bahasa. Apa nak jadi dengan gulongan muda khususnya generasi muda masyarakat Melayu kala ini?

Hari ini seluruh warga Melayu di kejutkan dengan peristiwa empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di negeri Terengganu melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu. Mereka masih di bangku sekolah lagi, masih remaja, masih mentah dan masih perlukan bimbingan dan tunjuk ajar untuk melayari bahtera kehidupan harian.

" Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka " laporan Harian Metro

Semua pihak panik dan terkedu dengan tragedi ini, pihak sekolah, ibubapa, pejabat pelajaran samaada di daerah, negeri mau pun mereka yang berada di kementerian, khusus kepada menterinya Muhyiddin Yassin. Sudah tentu pada awalnya semua pihak khususnya PIBG sekolah berkenaan ingin menyembunyikan peristiwa tapi macam mana jua pun akhirnya iaterbau juga dengan pelaporan dari salah seorang mereka yang terlibat. Tindakan awal sudah pasti mengadakan perbincangan bagaimana perkara ini boleh berlaku dan cara mana untuk ianya tidak diketahui oleh orang ramai. PIBG sekolah bermesyuarat tapi penasihat tidak hadir, ( penasihat PIBG ialah Guru Besar atau Pengetua )

Pada dasarnya Kementerian Pelajaran telah melaksanakan tugasan dengan memuaskan, telah memasukkan sukatan pelajaran Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral di mana untuk memastikan kelahiran generasi mendatang tergolong dari manusia yang berkhemah tinggi, berintegriti, budaya hidup yang tinggi. Ini jelas di jelmakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan - untuk melahirkan modal insan yang dinamik, berfikiran jauh, penoh dengan pembinaan modal insan yang cemerlang dan melingkupi semua ruang Rohani, Emosi, Jasad dan Intelek ( JERI ).

Tapi apakan peranan untuk melahirkan insan kamil ini hanya di pertanggongjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Sahaja. Apakah peranan kementerian yang lain. Seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Agensi lain pula seperti pertubuhan sukarela baik dari pihak kerajaan atau pun bukan kerajaan.

Pengaruh Alam Sekitar jelas memberikan satu " pengajaran " yang paling berguna kepada mereka yang sedang membesar. Remaja dalam usia ini antara 12 - 25 tahun, penghidupan mereka penoh dengan pencaroba, naluri ingin tahu, naluri meniru gaya hidup, naluri untuk menikmati kehidupan bebas. Semua ini menjadikan mereka cukup mudah terpengaruh dengan apa yang di dedahkan setiap hari.

Untuk itu, suasana persekitaran yang soleh atau baik dan takwa akan mempengarui pembentukan jiwa dan akhlak penghuni yang berada di dalamnya. Jadi jika seseorang individu itu sentiasa di dedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak melambangkan untuk hidup cara orang yang soleh sudah pasti suasana itu akan mempengaruhi penghidupan hariannya. Cuba lihat keadaan negera kita waktu ini, hitung sahaja jenis hiburan melambau yang dibenarkan oleh pihak pemerintah sama ada di media elektronik mau pun media cetak mau dilaksanakan secara " live " boleh dikatakan semuanya kearaha melalaikan dan percampuran kalangan mereka yang amat dahsyat sekalil.

" Jika seorang insan yang kurang bijak berkaul dengan golongan bijak, insyaallah ia akan jadi insan bijak, jika insan yang kurang baik bergaul dengan kumpulan yang baik sudah pasti insan tersebut akan jadi baik. Bagitu juga kepada insan yang baik jika kerapkali berdamping dengan mereka yang jahat lambat laun mereka akan menjadi jahat " Bicara buat pemimpin dan Rakyat - Mohd. Asri Zainul Abidin.

Cuba kita lihat, bagaimana Kementerian Belia & Sukan merayakan hari Belianya sama ada di peringkat Daerah, Negeri maun pun Pusat. Aktiviti kerohanian memang amat kurang dilaksanakan. yang sudah pasti yang aktiviti yang melalaikan gulongan remaja ini. Kita sedih, buang bayi, bersalin dalam tandas telah merosakan image kementerian pelajaran itu sendiri.

Tambah Mohd. Asri Zainul Abidin lagi, apa yang berlaku pada masa kini adalah melambangkan apabila tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar tidak menguasai masyarakat., kalau ada pun ianya dilaksanakan sambil lewa dan suruhan kepada kebaikan dan larangan daripada kejahatan hanya besifat terpilih dan bukan secara menyeluruh. Bahkan kadang kala suruhan untuk makruf dan pencegahan kepada mungki berjalan atas dasar kepentingan tertentu sahaja.

Untuk itu adalah disarankan agar pihak kerajaan dapat mengembalikan cara hidup rakyat khususnya gulongan muda kearah yang lebih kepada cara hidup " muslim " kurangkan aktiviti yang menghayalkan dan perbanyakan aktiviti yang boleh membentuk modal insan yang mulia.

Friday, April 30, 2010

TITAH SULTAN UNTUK KEBAIKAN PEMBANGUNAN REMAJA


Mesej Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah jelas dan terang: jangan datang ke Selangor jika tidak bersetuju dengan larang baginda agar masjid dan surau di Selangor tidak dijadikan sebagai tempat untuk berpolitik. Semua rakyat dan penduduk di Malaysia amat faham dan jelas dengan larangan yang dititahkan oleh Tuanku Sharafuddin, sejak akhir-akhnir ini semua badan khususnya Politik telah menidakkan ketuanan istana dalam percaturan politik mereka.

Kalau kita masih ingat, gulongan manakah yang melaksanakan " road show " untguk menarik balik kekusaan istana 30 tahun lalu,Siapa PM masa itu, kalau masih ingat orang MAYC siapa Sanusi Junid yang menjadi wira dalam memperjuangkan isu tersebut. Kehulu ke hilir ahli MAYC menyatakan sokongan kepada idea menarik kekebalan istana masa tersebut. Selepas ketiadaan kuasa juak-juak UMNO mula masing-masing dah kedudukan kepimpinan istana seolah-oleh sudah tidak diendahkan

Adakah kita masih ingat bagaimana seorang pemimpin sebuah negeri sanggup " berkahwin " cara larian dengan puteri istana? apakah itu tidak mendukacitakan pihak sultan dan seluruh gulongan istana? Apakah kita masih ingat perbalahan dalam rebutan jawatan MB di sebuah negeri di Negeri Pantai Timur hingga tertulis " kami mau Deris natang " untuk siapakah " natang " itu ditujukan, kerana untuk melantik seseorang MB hanya tuanku yang bertanggongjawab.

Diatas adalah sedikit kisah di mana " biadapnya " gulongan tertentu terhadap paduka raja yang memerintah waktu ini. Kini juak-juak inilah yang kononnya mempertahankan institusi di raja, apa saja yang dibuat oleh kepimpinan pemangkang semuanya tidak sehaluan dengan istana. Peristiwa di Perak, memang nampak sangat pihak istana telah mengikut telunjuk apa yang diperlukan olah pemerintah.

Kini pihak istana Bukit Kayanagan di Shah Alam, telah melarang semua pimpin yang ingin menggunakan masjid untuk kepentingan politik, tak boleh cakap urusan politik, tak boleh buat kelas fardhu ain yang ada kaitan dengan unsur-unsur penambahbaikan dalam kehiduapan harian seorang manusia, seperti larangan berjudi, larangan meminum arak, larangan berpakaian mendedahkan aurat dan banyak lagi cara hidup orang Islam yang terlarang tak mampu di dedahkan kepada umat. Mungkin gejala sosial dapat di terapkan dengan adanya kuliah subuh, kuliah maghrib dan ceramah-ceramah agama, tapi untuk mendapatkan penceramah, yang bersikap bebas ( bermaksud mereka tidak berparti ) amat kurang sekali, kalau kita lihat Tan Sri Harunsani Mufti Perak, beliau juga mengeljuarkan pendapat seperti beliau adalah menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam di JPM, isu penglibatan APCO, Amanah Raya Berhad yang dikaitkan dengan saham judi, Tan Sri masih belum dapat membeikan respon terhadap kegiatan tersebut.

Untuk memastikan anak bangsa tidak terjerumus lebih teruk lagi di kancah salah laku, seperti penagihan dadah, peristiwa buang bayi, Mat Rempit, salah guna kuasa dan banyak lagi tingkah laku yang boleh dibaiki, saranan dan tegoran amat sesuai di sampaikan di majjid-masjid, melalui ceramah, kuliah-kuliah dan foram-foram. Kalau boleh apa salahnya pihak istana juga memberikan tegoran kepada kegiatan-kegitan yang kurang sihat dapat di tiadakan, seperti mengadakan persembahan rock, hiburan yang melampaui dan sebagainya.

Apa yang sedihnya, golongan majoriti yang terlibat dengan salah laku ini di monopoli orang remaja Melayu. Kita cukup rasa sedih dengan apa yang berlaku masa ini.




Sunday, January 31, 2010

REMAJA - 3 - REMAJA TUNJUK MINAT UNTUK JADI PEMIMPIN

Satelah penat dan lelah berjuang untuk kemerdekaan dan akhirnya pada tanggal 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu dengan gabungan 3 gagasan parti politik UMNO, MCA & MIC mengecap kemerdekaan. Walaupun pada permulaan kemerdekaan masih ada lagi saki baki pengganas yang membuat huru hara dengan di pimpinan Ching Peng dengan Rashid Maidin, Kominis pula memainkan peranan untuk ketidak stabilan kemerdekaan itu. Dalam pada itulah pemimpin seperti Tengku Abdul Rahman dan diikuti oleh Tun Abdul Razak memulakan penghidupan " merdeka " untuk rakyat Tanah Melayu.

Perancangan untuk memajukan negara dan memertabatkan bangsa dilaksanakan, masyarakat disusun semula, masyarakat yang dulunya disusun oleh Inggeris perlu dibaiki semula, dimana Melayu di kampong, Cina di bandar-bandar dan India di estate tak releven lagi dengan negara yang sudah merdeka. Diujudkan rancangan seperti Felda, Felcra Mara serta DEB untuk kesamarataan agihan ekonomi negera.

Kepimpinan negara terus di pimpin oleh mereka yang tidak mengenal erti penat, tidak mengerti untuk menyusun kekayaan, tidak tahu apa itu rasuah, tidak tau apa itu komisyen, tidak tau menyalahgunakan kuasa juga tidak tahu untuk menggunakan egensi kerajaan untuk kepentingan peribadi. Hidup mereka tidak mewah, hidup mereka sederhana, hidup mereka banyak diberikan penumpuan untuk rakyat. jadi perhubungan pemimpin dengan rakyat amat mudah.

Masa silih berganti, kempimpinan mula mengubah corak hidup, pemimpin sudah nampak untuk hidup mewah. Para remaja yang berminat untuk memimpin sudah mula mendekati alam hidup mewah. Perubahan corak hidup ini berkait rapat dengan pembangunan ekonomi negara, pemimpin sudah berani memastikan kepimpinan mereka sentiasa diterima, wang sudah mula menjadi bahan penting untuk memastikan kepimpinan menjadi hak diri sendiri. Kalau dulu pemimpin mudah di cari tapi kini bertukar mereka yang " berwang " mudah untuk mendapat gelaran " pemimpin "

Masyarakat sudah memilih pemimpin dari kalangan orang " koporat . " Untuk menjadi pemimpin mesti ada wang ringgit. Pemimpin sudah berani melakukan politik wang, sudah berani menggunakan wang simpanan untuk digunakan, kerana jika mereka menang sudah pasti akan dapat gantiannya nanti. Bukan setakat itu, pemimpin bertaraf " menteri " juga menjadikan wang sebagai sumber untuk memastikan kepimpinan terjamin.

Pemimpin yang sedang mabuk memimpin mula lupa diri, lupa daratan dan lupa tanggong jawab untuk memastikan kepimpinan dapat diteruskan dengan generasi pemimpin yang penoh rasa tanggongjawab, semangat kekitaan, semangat cintakan negera serta meletakkan agama sebagai landasan untuk hidup. Kita ambil contoh Kementerian Belia dan Sukan, dimana di kementerian ini lah terletaknya beban tanggongjawab untuk merealisasikan generasi muda terus dapa,t dipupuk daya kepimpinan, daya tanggongjawab, daya kekitaan, tapi kementerian ini gagal dalam usaha ini, kerana yang lebih penting ialah bagaimana melahirkan pemuda yang minat bersukan, beminat gerakerja lasak, tapi gerakan kerja untuk melahirkan ganti pemimpin di lupakan, dengan itu rasa minat mereka untuk terus meneraju negera pasti akan gagal.

Di awal 80an, 90an kalangan belia sentiasa dibimbing oleh kementerian ini, dengan kursus-kursus kepimpinan, pembentukan akhlak, pembentukan daya fikir yang tinggi maka sudah tentu dapat dilahirkan pemimpin yang berdedikasi, tapi itu sudah tidak dihiraukan lagi. belia kini lebih suka " rempit ", " lepak ", " bersukarria " " berfoya " dan entah apa lagi aktiviti yang tidak memberikan faedah. hasilnya kini mereka sudah tidak berminat untuk menentukan siapa yang akan memimpin, menerajui negera, siapa saja boleh asalkan tidak mengganggu cara hidup mereka. Hasilnya kini hampir 5 juta remaja tidak tahu hak mereka sebagai pengundi.

Saturday, January 23, 2010

REMAJA - 2 - MEREKA DI ZAMAN PENGISIAN KEMERDEKAAN

Setelah merdeka, dan tarikh keramat 31 Ogos 1957 dengan tiga laungan Merdeka, Merdeka dan Merdeka, maka Persekutuan Tanah Melayu yang diasaskan dengan pimpinan 3 bangsa sebagaimana yang disyaratkan bergabung bawah naungan " kapal layar " dan menggelarkan diri mereka " perikatan ". Perikatan adalah gagasan gabungan tiga bangsa UMNO - Melayu, MCA - Cina dan MIC untuk India, telah memenangi 51 dari pada 52kerusi dalam pilihanraya umum pertama dan PAS dapat satu di Semanggol. Bermulalah era kepimpinan Perikatan di Persekutuan Tanah melayu.

Pada masa negera dalam proses untuk merdeka dan berjaya mendapatkan kemerdekaan " tenaga remaja " memang tidak dapat di nafikan penglibatan mereka. Mereka adalah penggerak kepada semua program dan aktiviti sama ada aktiviti untuk pembangunan negera itu sendiri mau pun program untuk pembangunan sahsiah rakyatnya. Perahan otak tenaga muda dapat mencerah dan memastikan negera yang baru merdeka dapat diisi dengan program yang memberikan faedah kepada bangsa yang menjadi penghuninya.

Walaupun semasa awal kemerdekaan negera di hantui dengan " kominis " yang diketuai oleh Rashid Maidin, Chin Peng dan ramai lagi, tapi kini ( mereka merayu untuk kembali ke tanah air - khususnya chin Peng. )dizaman pengisian kemerdekaan ini, semua pihat tidak mengenal penat lelah, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mengagihkan keuntungan untuk poket sendiri juga tidak tahu untuk memasikan sanak saudara mendapat menafaat cara tak jujur. Perjuangan masa kini cukup iklas, ahli ( koperat ) masih belum ujud. Kepimpinan politik juga di monopoli oleh kalangan guru-guru yang lepasan SPM yang ada sebagai kenderaan hanyalah basikal sahaja. Tapi yang lebih penting ialah " semangat juang " yang tinggi untuk bangsa, agama dan negera.

Selepas hampir 14 tahun merdeka dan pilihanraya silih berganti tapi pilihanraya pada tahun 1969 dengan terjadinya peristiwa berdarah " tregedi 13 Mei " ia menyebagkan satu penyusunan semula masyarakat amat diperlukan, penjajah telah menempatkan agihan seperti Melayu di kampong, India di Estat dan Cina di bandar-bandar. Jurang kaum ini amat jelas dan kritikal sekali.

Penyusunan semua masyarakat dilaksanakan, pihak kerajaan pula berusaha untuk meningkatkan taraf hidup khusus untuk orang Melayu. Agensi seperti MARA, FELDA, FELCRA ditubuhkan dengan dasar DEB semuanya berkaitan dengan ekonomi untuk orang melayu. Tarap pendidikan mula menampakan hasil dan makin ramai anak melayu yang sudah sampai ke menara gading. sudah ada anak orang kampong sampai ke puncak pengajian. Sudah banyak sekolah yang dibina, sudah banyak agensi kerajaan di bentuk, sudah ujud beberapa menteri dengan portfolio yang di sedian, keujudan mereka adalah untuk memastikan taburan ekonomi sama rata antara bangsa-bangssa yang ada di Tanah melayu.

Dizaman ini bermulalah tarap penghidupan orang melayu sudah mula menampakkan " riak kaya " berlagak sebagai orang senang, mulalah zaman untuk menjadi pemimpin seseorang itu perlu ada duit. cara mendapatkan jawatan juga telah bertukar cara, guru yang dulunya mudah untuk mendapat jawatan tapi sudah mula dipertikaikan kerana kekurangan " wang " corak hidup dan daya kepimpinan sudah berubah. Pemimpin sudah hilang keikhlasan dalam kepiminan, pengikut sudah jadi macam " hampa " mereka hanya perlu diumpan dengan sedikit wang maka mereka akan ikut apa yang diarahkan.

Zaman pengisian telah menampakan perubahan kepada kepimpinan khususnya dari kalangan UMNO. " Kepimpinan " juga dicari dengan " wang " sebagai imbuhan, kepimpinan mula dicari dengan mengamalkan rasuah. Kesan tak langsung sudah mula generasi muda merenggangkan diri dari melibatkan diri dengan propaganda hidup yang tidak sihet ini.

Kita lihat pula nanti bagaimana rakyat kita menikmati kemerdekaan negera.........

Friday, January 22, 2010

REMAJA - 1 MEREKA DI ZAMAN PASCA MERDEKA

Suruhanjaya Pilihanraya mula berasa cemas kerana angka tak rasmi gulongan belia berusia 21 tahun keatas seramai hampir 5 juta hak mengundi masih belum lagi menunaikan tanggongjawab sebagai seorang pemilih.

Cuba kita fikirkan mengapakah agaknya mereka ini lalai untuk menunaikan tanggongjawab penting ini, adakah mereka mengiakan kuasa ditangan mereka kini sudah diabaikan oleh pihak yang tidak bertanggongjawab atau ada kalangan pemimpin yang dipilih malalui proses piliharaya sering menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan kroni sahaja? atau pun mereka merasakan pemimpin yang ada sudah tidak perlu diberikan pertolongan ( undi ) untuk masa depan mereka. Atau mereka merasakan zaman ini pemimpin boleh hidup mewah dengan undi yang diberikan? persoalan tersebut boleh dianalisis oleh semua pihak, termasuk SPR.

Cuba kita balik ke zaman pasca kemerdekaan dulu, bagaimana gulongan muda memainkan peranan untuk kemerdekaan, memang jelas terbayang ketika itu anak muda adalah " superpower " dalam setiap tindakan, nama seperti Dr. Burhanuddin, Ghaffar baba dan badan NGO seperti API ( angkatn pemuda insaf ), penglibatan mereka cukup dan di tahap yang paling maksima, mereka tidak mementingkan kepentingan peribadi, kemerdekaan itu di letakan sebagai matlamat perjuangan.

Zaman pasca kemerdekaan semua pihak bertungkus lumus untuk memastikan negera yang pernah dijajah oleh berbagai bangsa, dari Portugis, Belanda, Inggeris, Siam dan akhirnya Jepun dan balik kepada Inggeris dan semasa zaman penjajahan Inggerislah pihak " orang melayu " dengan tenaga muda mengembelingkan seluruh tenaga untuk kemerdekaan. Sejarah membuktikan bagaimana Malayan Union ditentang habis-habisan oleh Pendudukan Tanah Melayu, bagaimana zaman pra kemerdekaan, negera di zaman kominis ( walaupun ada penglibatan orang Melayu dalam kominis ) tapi penglibatan anak muda tidak dinafikan.

Melalui penglibatan sabagini, tidak kenal penat lelah, tidak kenal hidup mewah, tidak kenal rasa kecewa gulongan muda meneruskan cita-cita itu, sudah pasti penglibatan parti politik turut sama dalam perjuangan tersebut. ( tapi rencana ini ditulis khusus untuk memberikan pengitirafan kepada gulongan muda belia ), akhirnya negera merdeka.

Belia zaman pasca merdeka adalah remaja berjiwa panas, berjiwa memberontak, berjiwa " dimana bumi dipijak di situ langit di junjung ", penoh dengan semangat waja juga dengan pepatah Hang Tuah " Tak kan Melayu hilang di dunia "

Wednesday, October 14, 2009

KEMANA HALA TUJU REMAJA MALAYSIA

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berketramplan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mendacapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoniaan dan kemakmuran masyarakat dan negera " FALSAFAH PENDIDIKAN NEGERA / KEBANGSAAN.

Falsafah Pendidikan Negera ( FPN ) ini digubal semata-mata untuk memastikan masyarakat dan rakyat negera akan datang adalah masyarakat yang berilmu dan dapat melayari penghidupan di zaman yang penoh dengan cabaran dengan dunia tanpa sempadannya.

Tapi apakah sebenarnya yang terjadi, adakah penghayatan dan beban para guru di sekolah sama ada peringkat rendah atau menengah berbaloi ketika ini, apabila kita lihat sendiri kelahiran masyarakat ( para pelajar ) baik di peringkat rendah mau pun menengah memang amat mendukacitakan. Ianya terbukti dengan apakala adanya PRK - kita dapat lihat kalangan remaja telah hilang pendoman hidupnya. Tak kira mereka dari kalangan parti mana - seolah-olah cara hidup para remaja sudah hilang hala tuju. Hasrat FPN gagal untuk melahirkan insan yang seimbang dari setiap aspek.

Yang nyata kita dapat lihat semasa di PRK Bagan Pinang, kita rasa remaja belasan tahun telah disalah gunakan oleh pihak parti yang bertanding. Budaya samseng, buruk laku, rendah akhlak, pakaian yang tak senonoh, tutur kata yang kesat dan langsung tidak tahu untuk menghormati orang tua, para remaja MELAYU ini seolah-olah mendapat galakan dari pihak tertentu, kepimpinan hanya mementingkan karier politik dan sanggup mengorban anak bangsa, meruntuhkan akhlak mulia mereka, seusia yang bagitu muda.

Jadinya apa yang di tekan sepanjang 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di peringkat menengah hilang bagitu sahaja, kerana baik laku semasa didikan di sekolah hancur musnah apabila mereka mengenali alam politik.

Apa nak jadi dengan anak bangsa yang bakal memimpin negera masa depan? apakah kita sanggup melihat kepimpinan negera lahir dari mereka yang tidak berdisiplin, tidak bermoral, sanggup rasuah, bersedia untuk melakukan salah guna kuasa? Kita lihat saja pemimpin ketika ini, keujudan mereka bukan kerana kehebatan tapi kerana tipu helah dan penyalahgunaan kuasa yang kerap di lakukan. Cara provokasi yang langsung tidak melambangkan keiklasan.

Untuk itu, adalah diharapkan program yang dirancang melalui FPK dapat di terap dan dilaksanakan juga pihak parti politik tidak menyalahgunakan keremajaan mereka untuk kepenting orang tentu, usia semuda mereka sepatutnya tidak melibatkan diri dalam kancah politik yang tidak bermoral dan bertamaddun seperti apa yang berlaku di Bagan Pinang tempoh hari.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA