Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

D'WARIS INAP DESA (HOMESTAY)

UNDILAH...

Sunday, March 18, 2012

UMRAH 2 - MASJID UNTUK MIQAT UMRAH


Semasa berada di Tanah Haram sama ada di Madinah mau pun Mekah, jemaah perlu atau semestinya akan melakukan ziarah ke beberapa buah masjid untuk mengeneli dengan lebih dekat kaitan dengan pembanguna dan perkembangan Islam itu sendiri.

Ada antara masjid yang terdapat di tanah halal di jadikan sempadan untuk jemaah mengikrarkan niat untuk " berihram " juga berniat untuk melaksanakan ibadah umrah



Taneem dari jauh



Salah satu pintu masuk ke tanah Haram, Mekah ialah Masjid Taneem, masjid ini juga dikenali dengan nama masjid Siti Khadijah, jarak dari Masjil Haram cuma antara 6 - 7 kilometer dan menjadi masjid halal yang di mainati jemaah untuk berniat ihram dan sembayang seterusnya berniat untuk melakukan UMRAH.



Pemandang dari jauh Masjid Jahranah



Masjid Jahranah, untuk sampai ke masjid ini, para jemaah akan meliwati tempat-tempat seperti Mina - kawasan melontar, Muzaliffah - berhenti untuk mengutip batu lontaran untuk haji serta Jabar Rahmah serta Padang Arafah. Di masjid ini juga kepada jemaah boleh beniat untuk Umrah serta melakukan sembahyang sunat ihram.



Masjid Hudubiah.



Masjid ini, di mana sejarah mencatatkan dimana " perjanjian hudubiah " di tandatangni oleh Rasulllah, dan baginda sembahyang dan berniat untuk belakukan UMRAH, masjid ini adalah yang terjauh selain dari masjid untuk Miqat di Bir Ali.




Penulis bersama jemaah negera Iran selepas " memasang niat " dan sembahyang Biunat ihram di kawasan Miqat Bir Ali.



Qubah



Masjid terapong di Laut merah

Kedua-dua masjid - masjid Qubah dan Masjid Terapung di Jeddah juga dijadikan " icon " untuk di ziarahi dan semasa di masjid terapung ini jemaah Malaysia bawah kelolaan Darul Mubarak sempat berjemaah dgn dengan kariah kawasan tersebut.

Saturday, March 17, 2012

KAKITANGAN AWAM - GETIK DENGAN UMNO

My Photo

Kesan tsunami PRU12 memang cukup terasa sekali, bagi PR ianya adalah titik tolak untuk ke Putra Jaya tapi pada UBN ianya melambangkan satu mala petaka yang akan memusnahkan kerier kepimpinan mereka, mungkin mereka akan kehilangan segala-galanya, kuasa, gelaran, kemewahan dan kesibokan kerja sebagai menteri atau pun pengerusi mana-mana GLC. UBN amat perlu sekali menggunakan setiap kemudahan dan kekuasaan yang ada demi survival mereka untuk mempertahankan keistemewaan tersebut.

Guru atau " para pendidikan " adalah egen yang cukup berjaya dalam mengembang dan memberikan maklumat terkini kaitan dengan perubahan dan setiap apa yang berlaku dalam negara. Guru ada maklumat, guru mudah dapat maklumat, guru pandai menyampaikan maklumat malahan guru juga boleh mengubah suai maklumat agar ianya lebih menarik untuk tatapan dan pendengaran rakyat.

Untuk itu dari dulu lagi dan hingga kini malahan ianya timbul semula tindakan pihak ketua jabatan tertentu untuk ' menyungkil, menyelidik, menyenarai ' kecenderongan politik pegawai awam atau kakitangan kerajaan, terutamanya para pendidik atau guru. Juga terdapat kalangan pihak ( pegawai ) yang menjadi talibarut UMNO dalam hal ini, mereka sanggup melebalkan sama ada sesoerang pegawai itu " hitam, kelabu atau pun putih " Senarai nama-nama ini akan di hantar ke pihak tertentu untuk tindakan selanjutnya.

Kita masih ingat apa yang dilakukan oleh pegawai atasan Jabatan Pelajaran Johor ( sebagai contoh ) semasa satu pilihan raya kecil di negeri itu tidak berapa lama dahulu. Tekanan telah dikenakan terhadap calon bukan UMNO dan suaminya kerana bertanding menentang calon Barisan Nasional sedangkan wanita berkenaan sudah pun meletak jawatan.

General Order ( perintah Am ) memang di gunakan pakai oleh pihak pengurusan dan pentadbiran sebagai pegangan dalam tugas tapi kadang kala kita merasa pelik, kenapa mereka tidak menggunakan pakai peraturan yang telah disediakan untuk memudahkan kerja, untuk mengelakkan tekanan dalam kerja. Perintah Am Bab 'D" yang mengupas mengenai peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib). Oleh itu, tidak perlulah mana-mana ketua jabatan untuk cuba mencungkil mengenai pendirian politik pegawai bawahan kerana itu adalah hak mereka. Yang dilarang adalah perkara-perkara tertentu dan khusus, bukan hak mereka untuk menyokong mana-mana parti politik di luar waktu pejabat. Yang penting mereka menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jujur dan penuh bertanggungjawab.

Dalam Peraturan 21 Perintah Am Bab 'D' menyentuh mengenai kegiatan politik. Khususnya kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan Tinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai lambang parti politik khususnya tidak boleh:-

1) Membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik;
2) Menerbit/mengedar buku/artikel/risalah mengenai politik;
3) Merayu undi;
4) Agen pilihan raya tempat mengundi;
5) Bertanding apa-apa jawatan; dan
6) Memegang apa-apa jawatan.

Ini jelas jelas kepada pegawai-pegawai tinggi dalam perkhidmatan awam mereka tidak boleh terlibat tapi ianya dikecualikan kepada mereka di kumpulan sokongan. Kakitangan sokongan tidak terikat dengan larangan berkenaan.Tapi kenapa ketua jabatan atau " hantu " UMNO yang berjawatan terus memainkan peranan untuk memastikan pegawai sokongan ini di " seksa " perkhidmatan mereka. Atau apakah mereka pegawai tersebut bukan bekerja dengan kerajaan sebaliknya bekerja dengan UMNO? atau apakah mereka tidak memahami kehendak peraturan yang telah ditetapkan?

Kita merasa pelik dan hairan dengan perlembangaan yang ada dan menetapkan setiap rakyat yang berumur 21 tahun keatas dan perlu mendaftar dengan SPR sahlah mereka sebagai pemilih jadi mereka berhak untuk mengundi dan memilih sesiapa saja yang difikirkan sesuai untuk " selera " masing-masing termasuk semua pegawai tinggi termasuk Ketua Setiausaha Negara dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian berhak dan bebas menyokong mana-mana parti politik kerana mereka hanya dilarang melakukan atau terlibat dalam enam perkara yang disebut dalam Peraturan 21 itu.

Tapi oleh kerana kerajaan pimpinan UMNO / BN sentiasa menakut-nakutkan pegawai jagi mereka menyembuyikan apa yang mereka minati. Kita dapat lihat kini bagaima ada kalangan polis yang membongkar semula rahsia perundangan, ada kalangan orang UMNO sendiri yang membuka pekong " sifat kotor " UMNO untuk mendapatkan undi. Kesannya mereka tidak boleh menyuarakan secara terbuka pendirian peribadi masing-masing. Ianya sama seperti hak atau kebebasan mereka untuk mengundi, mereka bebas memangkah mana-mana parti politik yang disukai, tidak semestinya parti yang membentuk kerajaan.

Pendirian dan sokongan politik adalah hak masing-masing
dan tidak boleh dipaksakan oleh sesiapapun.

Friday, March 16, 2012

UMRAH 1


Pada 1 Mac yang lepas, alhamdulliah, perjalanan dari Malaysia dengan Qatar Air, sampai di Doha dengan " transit " selama hampir 9 jam kemudian meneruskan penerbangan ke Jeddah yang hanya mengambil masa 2 jam, kemudia dengan bas semua jemaah 39 orang di bawah ke Madinah, selamat sampai jam 08.30 pagi waktu tempatan.



Di atas adalah hotel penginapan, dan alhamdullillah ianya
lebih kurang 300 meter jarak dari Masjid Nabawi



Kini Kota Haram Madinah di " tumbuhi " dengan hotel-hotel penginapan yang mewah-mewah, lihat sahaja gambar yang disertakan, memang cukup hebat.



Lagi gambar-gambar hotel sekeliling masjid Nabawi.



Lagi hotel-hotel mewah



Kawasan luar masjid, sekeliling masjid di sediakan " payung " yang mampu meredupkan kawasan dan ianya boleh digunakan oleh jemaah untuk menunaikan solat setiap waktu. Walaubagaimana pun " payung-payung " ini akan di kincupkan pada waktu malam



Keadaan " payung " yang kembang di siang hari dan dikincupkan sebelah petang. Memang cukup unik kalau di perhatikan keadaan " payung-payung " tersebut, ianya terlipat rapi.



Keadaan sekeliling masjid di waktu hampir maghrib, jemaah mundar mandir mengisi ruang kosong sama ada dalam masjid mau pun di luar, kawasan, perhatikan " payung-payung " yang dikincupkan, jemaah bersantai sementara " berborak " untuk menunggu waktu solat.

memang cukup indah, di waktu malam sekeliling masjid Nabawi, cahaya-cahaya neon dari lampu-lampu di pangkal " payung " amat menakjubkan.



Kawasan Rasullah menjadi imam sembahyang, tapi kini sudah tidak digunakan lagi, tapi ianya menjadi tempat tarikan kepada jemaah untuk bersembahyang sunat di kawasan tersebut.



Sepanjang laluan dari tiang Raudha, tempat asal rasulullah mengimamkan sembahyang dan makam-makan rasullullah, adalah kawasan yang amat " sibuk " sekali dengan jemaah, untuk jemaah muslimat ada di berikan masa tertentu untuk mereka.



Pintu masuk ke masjid yang berhampiran dengan makam nabi.



" telaga zam-zam " yang disediakan untuk memberikan kemudahan
kepada jemaah untuk membasahkan tekak.



Penulis bergambar bersama-sama jemaah serombongan
di depan hotel dan membelakangkan masjid Nabawi.

Umrah 2 akan melaporkan perjalanan dari Madinah ke Tanah Haram Mekah.

Thursday, March 15, 2012

PRU13 - UMNO / BN BERGELUMANG DENGAN DOSA

Bagaimana pula dengan isu SBPA, walaupun pihak JPA telah membuat satu semakan penambahbaikan dalam gaji kakitangan awam tapi ianya seolah-olah tidak menyelemi hasrat kakitangan rendah. Tapi peliknya ia diluluskan oleh kabinate dan di terima oleh pihak agong. Apabila di edarkan untuk perhatian seluruh kakitangan awam ianya macam nampak satu " penyiksaan " kepada kakitangan rendah, lalu Ceupec mengambil langkah untuk tidak menerima dan kepimpinan PR pula membuat " road show " memperlekahkan isu tersebut. Di Parlimen,Mahfuz Omar ( gambar ) membangkitkan perihal SBPA yang telah berkuat kluasa 1 Januari lalu kemudian dibatalkan dan diganti semua dengan SSB dengan sedikit pembaikian. Koner balik kata orang. Mahfuz ingin tahu macam mana boleh jadi demikian, membatalkan semula setelah ia dilaksanakan. Kritikan Mahfoz ini membuatkan Najib " libang libu ". Akhirnya dengan rasa penoh rasa tanggongjawab dan prihatin kepada kehendak rakyat kerajaan Najib menghapuskan SBPA.

http://hazrul7.files.wordpress.com/2009/03/dato-seri-najib-tun-abdul-razak.jpg

Lakunan demi lakukan di lakukan oleh Najib, apa saja kesilapan yang lalu di pohonkan kemaafan, kunjungan ke Selangor, Najib juga melafzakan kemaafan apa yang berlaku, kesilapan amat besar atas penyenyelewnagan dan rasuah oleh kepimpinan UMNO. Najib datang mohon Maaf.

Kemudian beliau ke Kedah, rakyat Kedah juga di dendangkan dengan kemaafan oleh Najib. Apakah kedua-dua negeri di bawah kepimpinan PR ini dapat menerimaan kemaafan tersebut. Atau apakah maaf yang dilafazkan hanya satu mainan politik. Beliau berkata, BN akan memperbaiki kesilapan ini sekali gus berkhidmat kepada rakyat dengan cara yang terbaik.

Atas isu yang dinyatakan mungkin banyak lagi, usaha-usaha penambahbaikan untuk mencuri hati pengundi akan di laksanakan. Dengan itu ......... tidak hairan jika BN akan menang besar secara HARAM kali ini. Jadi kerajaan yang dibentuk nanti kerajaan HARAM, Gaji Menteri HARAM, Gaji Ahli Parlimen BN HARAM dan sebagai kerana kemenangan mereka adalah kemenangan secara HARAM. Hanya ALLAH yang dapat membalas segala kerja HARAM mereka

Wednesday, March 14, 2012

MALAYSIA TERUS DI LANDA MALANG PENYELEWENGAN

Idea original masih belum pulih dari ingatan apa yang sudah dilakukan di Mekah, bagaimana ramainya Muslim yang besedia untuk menunaikan perintah allah, sama ada di Madinah Masjid Nabawi mau pun di Mekah almukaramah.

Untuk itu GM hanya mampu untuk mengupdatekan blog ini dengan " copy paste " dengan itu ribuan maaf kepada semua pengunjung. Insyaalah sehari dua akan dilaporan apa yang berlaku di Mekah dan Madinah sepanjang 1 - 14 Mac yang lepas.



Shangri-La Hotel hari ini mengeluarkan kenyataan terhadap isu pembiayaan Majlis Pertunangan anak Najib yang melibatkan kos RM409,767 pada 17 June 2011..

Shangri-La Hotel telah mengeluarkan " Banquet Even Order " untuk majlis pertunangan anak PM. Sesalinan di sertakan untuk tatapan, dengan itu apa yang di dedahkan oleh Sdr. Rafizi adalah benar dan bukannya palsu.

Tapi malangnya selepas pendedahan itu, pihak hotel pula membuat " pembetula " dengan mengesah semua pembayaran adalah di bawah tindakan PM, kos berjumlah RM409,767, adalah dari pihak pemesan - banyak betul Najib, mana beliau dapat wang sejumlah itu, bagai bagaimana majlis berkahwinan nanti, Pertundangan pun sudah menelan belanja hampir setengah juta apakah majlis perkahwinan nanti akan menelan belanja jutaan pula? kita tunggu dan lihatlah nanti.

Kini rakyat mula tertanya-tanya yang mana satu betul, resip terkepil jelas menunjukan bayaran di buat oleh pejabat Perdana Menteri, tapi pihak hotel kata wang Najib yang bayar. Najib perlu menjelaskan " tohmahan " tersebut untuk maklumat orang ramai.

Disertakan Banquet Even Order

Wednesday, February 29, 2012

PERSONAL




Kepada semua peminat, pengunjung, pengkritik dan segala-galanya sepanjang 2 minggu ini antara 1 Mac - 14 Mac blog ini berhenti rehat kerana penulis bersama isteri menunaikan Umrah, cuma penulis memohon kepada semua untuk mendoakan permergian ka Tanah suci sentiasa di berkati oleh Allah dan sentiasa sihat dan dapat menunaikan Umrah dengan sempurnnanya.

Tuesday, February 28, 2012

BELIA - KEMANA AKHIRNYA MEREKA




Lambang Hari Valentine

Apakah sebenarnya peranan dan kepentingan para remaja dan remaja yang sedang di lamun cinta perlu adanya Hari Valantine? sedangkan mereka hari-hari " hidup bersama " kehulur kehilir bak kata pepatah sentiasa bekepit seperti belangkas, semuanya nampak indah dan yang paling mengejudkan remaja belasan tahun sudah tahu keenakan dan keintiman hidup berpasangan.

Siapa yang hendak di persalahkan?


JAKIM juga menjuarai kepentingan agar " Hari Valantine " tidak di adakan, kerana aktiviti ini haram untuk khususnya kepada remaja Islam, tapi cukupkah hanya dengan mengiklankan sahaja? sedang keadaan sekeliling penoh dengan budaya " tarikan " untuk pasangan kekasih mengada dan seterusnya berpoya-poya dihari tersebut. Kita lihat pula bagaimana dengan realiti cara hidup remaja masa kini, harian mereka penoh dengan pencaroba, penoh dengan hidup yang penoh dengan galamour, penoh dengan hiburan, hiburan telah " menyesatkan " daya fikir kalangan remaja.


Dimana pula peranan yang perlu dimainkan oleh pemimpin sebagai " mentor " kepada generasi kini, apakah mereka boleh lepas tangan? Dalam hal ini sudah tentu Kementerian Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi amat perlu memainkan peranan. Kementerian telah memberikan laluan yang cukup banyak program-program " seronok " untuk generasi belia, akhirnya belia kita terus di hanyutkan dengan dunia yang " menyeronokan " sahaja.

Disini kita pula tertanya-tanya kemana perginya Kementerian Belia dan Sukan? Apakah mereka seolah-olah tidak nampak apa yang belaku di kalangan belia masa kini. Program dan aktiviti pembangunan belia kurang masa ini, program pembangunan metal amat jauh ketingggalan, apatah lagi yang berkaitan dengan pembenukan aqidah seorang indvidu itu. Mereka terus hanyut.





( gambar haisan - kaitan dengan aktiviti remaja )

Apakah remaja ( belia ) kita sudah seteruk dengan gambar di atas, di manakah agaknya pegangan agama mereka, atau apakah ada diantara yang " meluluskan " aktiviti sedemikian? Hari demi hari, kemerosokan moral kalangan belia amat di rasai.



Gambar ini dipertontongkan kepada orang ramai, apakah moral nya baik, apakah aktiviti sebagini akan di tiggal bagini sahaja, dan apakah ianya tidak akan menjadi ikutan di kalangan remaja? Inilah ada aktiviti yang tidak sesuai tapi oleh kerana ianya ada yang sanggup menaja dan ada pula antara pihak yang berwajib memberikan kelulusan maka ianya dijadikan aktiviti yang " bermoral "



Kepada konsert Erykah, tindakan kerajaan membatalkannya amat baik tapi kenapa di benarkan pada peringkat awal, apakah pihak kerajan sengaja memerlukan protest dari rakyat baru aktiviti seperti ini dibatalkan,

NONE"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dalam Twiter beliau hari ini.

Tapi apakah setiap persembahan yang dibenar di semua saluran TV itu di tapi dan tidak melanggar sensitivirti keagmaan, lihat sahaja pakaian para artist masa kini. Khususnya kepada bidang hiburan, cukup banyak program yang berbentuk sedemikian, yang boleh menjerumuskan kalangan remaja & belia " terperangkap " dengan perilaku sosial yang tidak sihat.


Gambar hiasan ini juga melambangkan bagaimana remaja kita masa kini sudah hilang pertimbangan kemanusiaan sesama sendiri. Masyarakat mula risau dengan perkembangan masa kini seolah-olah setiap perbuatan yang " terkutut " tidak diambil tindakan oleh pihak tertentu seperti pihak polis, salah laku remaja dibiarkan, rempit, ragut. Akhirnya remaja bertambah " lemak " dan seselasa membuat salah laku kerana pengamal undang-undang memihak kepada mereka.

Moskow 6 Julai 11: Ada-ada saja ulah team bola sepak wanita dari Rusia ini. Demi menarik perhatian penonton, mereka nekat bertanding dengan memakai pakaian seksi. Mereka pakai bikini di lapangan hijau.
FC Rossiyanka ditubuhkan pada tahun 1990, merupakan juara liga bola sepak wanita Rusia sebanyak tiga kali, tahun 2005, 2006, dan 2010. Mereka juga


nur amalina che bakri 2 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA