Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

D'WARIS INAP DESA (HOMESTAY)

UNDILAH...

Monday, May 31, 2010

BENARKAH NEGARA KITA AKAN MUFLIS / BANKRAP

Sejak akhir ini, negara di gempar dengan cadangan kerajaan untuk memastikan negara tidak muflis pada 2019 nanti. kewangan negara sungguh meruncing kerana terlalu banyak wang yang digunakan untuk bayaran subsidi. Bantuan subsidi ini di bayar untuk memastikan kemampuan rakyat untuk hidup sederhana, bayaran untuk meringankan harga gula, harga petrol, harga tepong, harga minyak masak dan lain-lain keperluan untuk menyambung nyawa rakyat jelata.

Kalau kita lihat keadaan negara pada 50 tahun kebelakang, khususnya kalangan pelajara Melayu mereka di sediakan dengan biasiswa untuk kepusat pengajian tinggi, kini sudah digantikan dengan PTPTN - ianya pinjamana perlu bayar balik sebaik sahaja tamat pengajian. Kalangan pelajar disediakan dengan biasiswa kerajaan pusat dan kerajaan negeri, serta pelbagai yayasan bersedia untuk memberikan " peruntukan " tersebut untuk kepentingan pelajar dan biasiswa ini memang termaktub dalam perlembagaan negera.

5 bekas PM - bermula dari Tengku Abdul Rahman, Tun Najib, Tun Hussein, Tun Mahathir, Tun Dollah, langsung tidak tertelintas di benak hati mereka untuk menghistiharkan negara ini ke arah " negera muflis " Tapi kenapa dan apa yang terjadi dengan PM yang ke 6 ini, baru kurang dari 2 tahun memerintah, kewangan negara telah meruncing, dan bersedia untuk " meletakkan " beban kewangan itu kepada rakyat. Rakyat harus pikul untuk memastikan negara tidak muflis.

Apakah benar dengan memberi subsidi untuk kepentingan rakyat, negara akan muflis? Kini rata-rata mengandaikan Najib gagal dalam pengurusan pentadbiran negara. Cuba kita lihat beberpa perkara yang kini sedang di perbualkan oleh rakyat berkaitan dengan sistem pengurusan kewangan negara ?

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil perut buminya, minyaknya berkualiti tinggi dan pasti harga di pasaran cukup tinggi. Hasil minyak, sebagai contoh, boleh menggembirakan setiap negeri yang mendapat royaliti darinya, seperti Terengganu, Sarawak dan Sabah, tapi apakah mereka dapat hidup dalam keadaan sedemikian rupa, kemana pergi wang subsidi tersebut. Akhirnya negera sanggup menggadaikan kekayaan ini untuk kepentingan pemimpin, rakyat dikejutkan dengan " penjualan " hasil Minyak RM320 billion dengan penyerahan Blok L dan M kepada Brunai.

Apakah budaya korup juga menjadi punca kepada " kemelesatan " wang simpanan negara, kita boleh ambil contoh dari " kesilapan " membeli kapal selam dengan komisyen berjumlah melebihi 500 juta. Apakah subsidi gula sampai 500 juta setahun? jawapan amat diperlukan. Selain dari itu negara juga di kejutkan dengan kerugian yang dialami oleh Sime Darby sebuat GLC ( goverment link company ) syarikat milik kerajaan dengan melebihi 1 billion - apakah subsidi untuk tepong, minyak masak sampai ke jumlah ini setahun ? Selain itu, bagaimana pula Pos Malaysia lagi satu GLC yang mengalami kerugian juga melibehi 200 juta ringgit malaysia. Skandal PKFZ ( Pelabohan Kelang Free Zone ) peruntukan wang kerajaan di salah uruskan sejumlah berbillion, dan siapa yang mendapat faedahnya ? Salah laku ini semuanya memastikan pemimpin yang mendapat faedah.

Ini pula apa yang berlaku di Putra Jaya, kerajaan berbelanja RM6.89 juta setahun membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari. Tidak lagi termasuk wang pengurusan yang juga mencecah jutaan ringgit setahu. Kenapa duduk di rumah kerajaan, kerajaan pula yang perlu membayar sewanya. Kalau gitu kita lihat pula siapa di belakang Putrajaya Holdings.

Cuba lihat bagaimana MAS yang pernah dijaga Idris rugi dan akan bankrap bila 3 buah lukisan yang menghiasi dinding di pejabat Pengerui MAS yang bernilai RM1.5 juta dan seorang Pengurus Kanan MAS bernama Chris Andrews, seorang warga asing yang dibayar gaji RM7,525 sehari! (bersamaan hampir suku juta sebulan ataupun RM2.7 juta setahun!)

Senarai dan contoh-contoh di atas adalah bebeerapa peratus dari banyak lagi penyelewengan dan pembaziran wang rakyat yang boleh dan memastikan negara akan bankrap dan bukannya dengan pemberian subsidi kepada rakyat.

Maka alang kah buruknya seorang presiden atau sultan atau raja atau perdana menteri atau menteri besar atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri ? Pemimpin pula hidup bermewahan dengan peruntukan wang rakyat untuk menghadiri jamuan negara dan negeri, sambil di sediakan dengan perutnjukan dan hiburan. Penat bekerja mereka bercuti rehat dengan keluarg juga menggunakan wang rakyat. Alangkah keji dan zalimnya seorang pemimpin berkelakuan sedemikian mereka lupa tentang penderiataan yang ditanggong oleh rakyat.

Kesan dari hidup bermewah pemimpin tadi, rakyat yang perlu bertanggong jawab untuk penyelesainya. Adilkan apa yang dilakukan oleh mereka. Pemimpin boros, pemimpin rasuah, pemimpin gila kuasa rakyat yang perlu tanggong segala-galanya.

Sunday, May 30, 2010

JUDI KINI DIPERTAHAN OLEH AHLI UMNO

Tidak semua orang sehaluan dengan keputusan Pulau Pinang untuk mengharamkan judi pertaruhan bola sepak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini. ADUN Seberang Jaya (BN) Arif Shah Omar Shah menganggap arahan pengharaman itu, oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di semua premis, hanya "satu permainan politik".



ADUN Seberang Jaya Arif Shah Omar Shah


Inilah Malaysia - Malaysia Boleh, semua boleh, kerana negera kita meletakkan " politik " segala-galanya, buat apa sahaja ,undang-undang, penggubalan dasar. buat apa sahaja perubahan, hatta buat apa sahaja pengumuman semuanya ada dikaitkan dengan politik.

Kita lihat sahaja, bagaimana pengagihan peruntukan untuk pendidikan, sesebuah sekolah itu mudah untuk mendapat peruntukan jika adanya PRK di kawasan tersebut. Lihat di Hulu Selangor berjuta-juta kerajaan boleh umumkan, dengan segera Kementerian Pelajaran mengumuman untuk pembinaan 3 buah sekolah rendah dan sebuah menengah, PM pula memberikan peruntukan untuk pembangunan sekolah Cina.

Semua orang tahu kenapa semasa ketika berlakunya PRK peruntukan mencurah-curah ditaburkan?, kenapa dan apakah pihak kerajaan tidak ada perancangan untuk pembinaan sekolah sebelum adanya PRK seperti di Hulu Selangor. Bagitu juga semasa PRK di Sibu, sekolah Cina bagitu sekali diberikan perhatian oleh pemerintah. Kenapa ya!

Berkaitan dengan isu judi - kenapa agaknya judi menjadi topik hangat waktu ini, mengapa kalangan bukan Islam menolak judi yang diluluskan oleh kerajaan, kenapa agaknya kerajaan Selangor membantah - kata Perkasa itu mainan politik sedangkan banyak lagi premis judi yang berleluasa, tidak pula diharamkan. Kini Kerajaan Pulau Pinang pula tidak membernarkan judi tersebut bertapak di negeri tersebut. lagi seorang Melayu beragama Islam, menuduh kerajaan Pulau Pinang bawah pimpinan LGE bermain politik dalam hal judi ini. ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah, menyangkal cadangan LGE, juga sama alasan dengan Perkasa pimpinan Ibrahim Ali.

Kini orang Melayu di bawah pimpinan Melayu UMNO sudah hilang pedoman, sudah tidak tau untuk membezakan yang halal dan haram, sudah tidak tau bidang kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan. Mereka mula kehilangan arah tuju, sudah lupa dengan rukun Islam rukun Iman mau pun hukum hakam yang termaktub dalam Alquaran.

Arif Shah mempertahankan keputusan kerajaan persekutuan mengeluarkan lesen tersebut, dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk mengawal perjudian. Namun, beliau juga memberi dan menambah bahawa judi dilarang dan ditolak oleh setiap agama.

Apakah gelaran yang patut kita berika kepada ADUN Seberang Jaya ini? Cakap berbelit-belit.

Friday, May 28, 2010

HARAPAN BARU SELAMATKAN MALAYSIA

Bermula pada 27 higga 30 Mei ini, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan nama timang-timangan Serembi Mekah akan di kunjungi oleh para perwakilan dan pemerhati dari seluruh warga PKR ( Parti Keadilan Rakyat ) dijangakan seramai hampir 3000 orang akan hadir ( perwakilan dan pemerhati ). Sudah pasti ianya memberikan satu kekuatan semangat kepada rakan Pakatan Rakyat khususnya PAS di Kelantan.

Dengan bertemakan " Harapan Baru Selamatkan Malaysia " pengisian ucapan dasar Presiden DSWA sudah tentu berkisar kepada elemen penting dalam memastikan perjuangan parti diteruskan, pengukuhan organisasi parti perlu diberikan perhatian, tambahan sejak akhir-akhir ini sudah ada petunjuk di mana akan adakah lagi rakan-rakan yang akan melompat parti. Kaitan dengan perilaku segelintir rakan yang " melakukan " tumbuk curi dengan meracuni perjuangan parti mungkin ianya akan memberikan impak dalam kalangan parti gagasan PR, untuk itu presiden juga perlu memberikan penekanan kepada hubungan parti dengan parti sahabat PR.

Selain dari itu, sudah tentu dalam keadaan parti sentiasa menerima tekanan hebat dari kerajaan yang memerintah, tekanan dari semua sudut, sedang pada masa yang sama PKR juga menerajui pemerintahan di Selangor DE - negeri terkaya di Malaysia. Sudah tentu sistem dan cara pemerintahan akan menjadi bualan di kalangan rakan. Jadi presiden juga perlu menghuraikan prestasi kepimpinan yang ada pada PKR untuk pengetahuan ramai.

Mungkin juga presiden akan menyentuk khusus berkaitan dengan aspek disiplin dan penghayatan perjuangan parti, di mana apa yang berlaku akhir-akhir ini menyebabkan rakan dari gagasan memandang rendah terhadap PKR, isu lompat memlompat, sudahlah melompak mendedahkan semua " perkara dalaman " yang di ketahui semasa menjadi rakan kongsi tempoh hari.

DSAI adalah tumpuan dan musuh no. 1 kepimpinan UMNO / BN, masalah DSAI telah mengambil alih tempat " DADAH " - satu ketika dadah adalah musuh nombor satu tapi kini ialah telah beralih kepada DSAI. DSAI tahu semua penyelewengan yang di laksanakan oleh kepimpinan kerajaan, tapi DSAI sebagai ahli politik yang ketahanan diri cukup kuat, tidak pula membuka keburukan lawan dalam ceramah dan pendedahannya, tidak seperti EZAM, DSAI akan mendedahkan salah laku pentadbiran - salah laku kerajaan dengan APCO, penyelewangan wang rakyat, isu salah gunu kuasa, isu rasuah dan bebagai-bagai isu lagi yang menjadikan kepimpinan pemerintah tidak senang duduk. Lantas yang demikian PKR di mana DSAI sebagai ketua umumnya perlu di hapuskan dari bumi Malaysia ini.

Kongres ke 6 ini juga akan mencerminkan PRU13 nanti, untuk itu adalah diharapkan agar pemimpin dan anggotra parti setia kepada perjuangan, kerana perjuangan PKR dan rakan dalam gagasan PR ianya berpaksikan kepada nilai-nilai murni dan keluruhan perlembagaan. Rakyat seperti apa yang terjadi pada PRU12 telah menaruh harapan kepada perjuangan PR. untuk itu komitmen kepada perjuangan parti perlu di tahap yang paling maksima.

SELAMAT BERKONGRES
HARAPAN BARU, SELAMATKAN MALAYSIA

Thursday, May 27, 2010

KISAH SEORANG BABA DENGAN ANAKNYA


CERITA UNTUK RENUNGAN


SEORANG lelaki memukul bapa yang mahu menjual anaknya (kanan)
yang dirantai pada tiang lampu di bandar Wuhan China, baru-baru ini.

WUHAN - Seorang bapa di China mengadakan lelongan hamba zaman moden selepas dia merantai anak lelakinya di sebatang tiang lampu dan mengambil bidaan daripada beberapa orang yang tidak dikenali, lapor sebuah akhbar semalam.


Akibat kemiskinan, bapa tersebut, Yong Tsui mahu melepaskan tanggungjawab memelihara anaknya yang berusia lapan tahun itu dengan menjualnya, baru-baru ini. Dia meletakkan sebuah meja kecil lengkap dengan dengan sekeping kertas yang menyatakan umur, nama dan keupayaan kanak-kanak itu untuk melakukan kerja berat.


Bagaimanapun, kejadian yang berlaku di sini, tengah China itu menyebabkan sekumpulan lelaki naik berang dan memukulnya. Budak itu yang dikenali sebagai Fai, kemudian diletakkan di bawah jagaan polis. Bapa budak itu memberitahu polis bahawa ibu anaknya itu mati tiga tahun lalu dan dia tidak mampu untuk membesarkannya.


"Dia (bapa budak itu) tidak mempunyai pekerjaan. Dia tidak berminat dengan wang tetapi cuma untuk mencari sebuah tempat kediaman untuk anaknya," kata seorang pegawai polis. - Agensi

Wednesday, May 26, 2010

UMNO MEMANG SUDAH HILANG PEDOMAN



Major Khairi Jamaluddin, KP Pemuda UMNO

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini membidas sekeras-kerasnya kenyataan ahli jawatankuasa kerja pusat MIC, Vell Paari yang mendakwa Umno menjadi dalang gerakan untuk menjatuhkan bapanya yang juga presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu. Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas tuduhan Vell Paari terhadap Umno menerusi sebuah laman web Free Malaysia Today. Dalam laman web itu, Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.



Muhyiddin Yassin TPM

Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan Vell Paari itu sesuatu yang biadap."Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap," katanya ketika ditanya mengenai tuduhan yang dibuat oleh Vell Paari terhadap Umno, selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan guru-guru daerah Muar dan Ledang.




Vell Paari - panglima MIC

Apakah benar kata Vell Paari dalam isu ini? apa indikator yang digunakan oleh beliau untuk melontarkan tohmahan tersebut. Cuba kita lihat beberapa tragegi di Malaysia khususnya selepas PRU12 tempoh hari. Dengan kehilangan majoriti 2/3 di parlimen, dengan kehilangan 5 kemudian 4 negeri di bawah pemerintahan mereka, boleh dikatakan tsunami politik ini telah memberikan satu " malapetaka " kepada kepimpinan UMNO.

Lihat sahaja bagaimana mereka merancana untuk mengambil alih kerajaan Negeri Perak, siapa agaknya yang merancang agar 3 ADUN ( 2 PKR 1 DAP ) meninggalkan parti masing-masing dan kemudian " mesra BN ", apabila ketiga-tiga meninggalkan parti masing-masing maka gugurlah hak PR dalam pengurusan dan pentadbiran di Perak. Dengan itu Perak jatuh ke tangan BN. Bagaimana pula cara DS Najib dengan cara rakus dan sombong " memaksa " semua pihak, SPR, Polis, pihak Istana untuk menerima " arahan " beliau agar dan menerima semua BN untuk memerintah Perak. Perundangan tubuh negeri, undang-undang dan perlembangaan negera semua tidak diguna pakai, yang penting Perak perlu di bawah pemerintahan BN.

Kemudian kita lihat bagaimana hari demi hari ada saja ahli parti khususnya dari PKR yang meninggalkan PKR dan " mesra UMNO " Gerangan siapakah yang merancana ini semua untuk memastikan PKR tumbang. Bermula dengan Bayan Baru, Nibong Tebal, Bagan Serai, Kulim Bandar Baru dan Akhirnya Wangsa Maju hanya dalam tempoh kurang 3 bulan 5 MP dari PKR meninggalkan PKR dan bertindak " mesra BN "

Pengurusan BN / UMNO terus menggunakan daya helah untuk melemahkan parti lain, dengan mempengaruhi agensi kerajaan pula, sudah pasti yang paling " akrab " dengan UMNO ialah SPR, SPRM, PDRM, badan Kehakiman serta hampir kesemua NGO kerajaan memberikan sokongan atas " kebiadapan " tersebut. Keperluan ini disebabkan dari 11 PRK yang diadakan BN hanya menang 3 ( Batang Ai, Bagan Pasir dan Hulu Selangor ).

Kemudian bagaimana DS Najib boleh menerima Makkal Sakti sebagai komponan baru parti untuk mewakili kaum India sedangkan MIC masih ujud, serta bagaimana krisis kepimpinan di MCA, antara Ong Tee Keat dan Chou Soi Lek, dan akhirnya masyarakat Cina tidak mengindahkan kehendak UMNO sebaliknya memilih Chou Soi Lek, walaupun orang semua tahu beliau pernah dikenakan tidakan disiplin berkaitan dengan salah lakunya.

Kaitan dengan beberapa isu di atas apakah ada rasionalnya tindakan anak Samy Vellu yang mengaitkan UMNO dalam pergesaran parti tersebut. Sama-samalah kita fikirkan.



GELOMPANG 99 - PERLU DITERUSKAN


Kini PKR salah sebuah gabungan dalam PR, telah menetapkan 5 memasang 5 strategi untuk mendekati rakyat dan seterusnya memastikan Perak yang telah dirampas semula kembali di bawah naungan PR. Dengan memperkasakan organisasi dan mngilap semula imej Keadilan Perak sebagai tunjang pertama sudah pasti PKR akan dapat memperbaikai kedudukan setelah ramai kalangan ahlinya bertindak meninggalkan parti tersebut. Sebermula dengan tindakan ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering, kemudian ada kalangan ahli yang mengikut jejak langkah tersebut.

Selain itu, menurut Pengerusi Pimpinan Negeri Sdr. Mustafa Kamil Ayub, selain dari memperkasakan organisasi, meneruskan kerjasama kalangan anggota PR, berusaha untuk meningkatkan kepercayaan Khususnya orang Melayu serta memperjuangkan keadilan untuk rakyat Perak. Visi ke5 untuk membaik pulih sistem demokrasi yang telah dimusnahkan oleh BN, yang mana mereka mengetepikan Undag-undang Tubuh Negeri, dimana satu rampasan kuasa telah berlaku pada awal 2009 dari kerajaan PR.

Cuba kita perhatikan bagaimana persidangan Dewan Rakyat yang diadakan pada 30-31 Mac yang lepas, kerajaan yang diketuai oleh Dr. Zambry langsung tidak melaksanakan tugasan mesyuarat mengikut lunas perundangan yang ditetapkan. Keadaan yang tidak sepatutnya berlaku sama ada di dalam mau pun di luar dewan persidangan. Media yang dibenarkan hanya kaum kerabat BN sahaja. Dewan persidangan seperti Balai Polis di mana hampir 150 orang polis, berpakaian lengkap maun pun biasa sentiasa berkeliaran, kemudahan asas untuk pasukan pembangkang dinafikikan seperti pembesar suara di matikan serta tak pernah dalam sejarah, Speaker di kawal ketat oleh " bodyguard ".

Selain itu, sebelum ahli-ahli pembangkang memasuki dewan mereka di periksa seperti seorang pendatang tanpa izin dan mereka perlu melalui beberapa sekatan polis baru sampai ke pintu masuk yang diasingkan antara ADUN kerajaan dan pembangkang. Lagi menyedihkan rakaman persidangan bersama Tuanku dan santap pun di padamkan dari agenda. Kenapa harus bagini? Apakah ini melambangkan Dr. Zambry memberi signal yang kerajaan pimpinannya tidak diterima oleh rakyat?

Walaubagaiman pun Sdr. Mustaffa Kamil, yang penting kini ialah bagaimana untuk mempengaruhi semula kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India agar sokongan mereka berterusan untuk PKR, jika usaha dan perancangan dan aktiviti diteruskan adalah tidak mustahil mereka akan terus bersama PKR / PR, untuk beliau mengharapkan gelombang 99 perlu ditiup semula bagi memastikan kerajaan negeri dan pusat di kuasai oleh PR. Walaubagaimana pun untuk meneruskan perjuangan ini halangan sentiasa ada dan di harapkan semua pihak dapat memainkan peranan untuk kejayaan tersebut, jangan dinafikan setiap perjuangan itu sentiasa di ikuti dengan ujianya. Walaubamana insyaallah dengan berkat pertolongannya kita PR mampu ke Putra Jaya.

TGNA



HANYA UNTUK TATAPAN.



TGNA SEDANG BESARAPAN -
MAMPUKAN PEMIMPIN UMNO SEDEMIKIAN RUPA?


SEJUK MATA MEMANDANG, SEORANG INSAN YANG SENTIASA MERENDAHKAN DIRI, DAN SENTIASA MENDAMPINGI ALLAH SWT. DIDOAKAN MOGA-MOGA TGNA JUGA SENTIASA DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK TERUS MEMIMPIN UNTUK KESEJAHTERAAN PENGHIDUPAN HARIAN.


Tuesday, May 25, 2010

TUN DOLAH & DS NAJIB SUDAH MULA INGKAR PERINTAH




( sokongan mereka masih belum berhasil lagi )

Lihat betapa mesra dan seia sekata kedua-dua mereka, Tun Dolah PM ke lima dan DS Najib PM ke enam dan sedang memerintah waktu ini. Kedua-dua mereka ada visi dan misi masing-masing dalam menerajui negara. Tun Dolah dengan Islam hadari dan DS Najib dengan Gagasan 1Mnya. Semua propaganda visi misi mereka hanya untuk kepentingan UMNO semata-mata, ianya tidak langsong melambangkan ke arah memertabahkan gulongan Melayu.

Sejak isu judi bola heboh seluruh negara, kita dapat melihat "wajah sebenar" politikus-politikus yang mewarnai negara.Wajah sebenar Umno terserlah dengan "kemunafikan melampau" oleh PM, Najib yang meluluskan lesen judi tersebut.

Najib menampak begitu "buruk lagi hodoh" sebagai pemimpin parti "Islam Terbesar Dunia" dan sebagai pemimpin Negara Islam meluluskan projek tersebut. Bukan itu sahaja boleh dikatakan hampir ramainya pengikutnya dalam kepimpinan Umno menyokong secara "berlapik dan berbelit" tentang kelulusan judi ini. Antaranya MP Kota Belud, Khir Toyo, Zamry Kadir dan beberapa MP lainnya. Juga tidak ketinggalan Presiden PERKASA. Apakah di Malaysia yang meletakan Islam sebagai agama rasmi pula salah satu sumber kewangannya dengan mengadakan judi dan ada pula "Judi haram".

Bagaimana pula pihak PDRM menerusi mulut Bakri Zinin seolah-olah memberikan galakan kepada rakyat Malaysia agar hanya terlibat dan berjudi dengan Ascot Berhad sahaja. Kadang-kadang rakyat menjadi keliru dengan keadaan tambahan pula suara di pihak Majlis Fatwa Kebangsaan tentang perbuatan jijik Najib ini masih belum kedengaran, pihak mufti-mufti juga agak takut bersuara. Hanya Mufti Perak bersuara. Itupun agak sentimental dan "romantik".

Hanya untuk renungan; "Agama apa sebenarnya dianut oleh Umno dan Barisan Nasional?
Apabila semua agama menafikan dan tidak membenarakan judi, tiba-tiba kerajaan Umno Barisan nasional melulusakan lesen judi. Apakah tidak keterlaluan jika ada orang akan kata lepas pada ini, Umno tidak ada ugama, sebab semua agama tidak bersetuju dengan judi ini,"

Lu fikirlah sendiri.


ARAH MANA INGINKU BAWA PKR

Isu " lompat si katak lompat " dalam isu thunami politik sejak berakhirnya PRU12 sungguh meninggalkan kesan kepada politik Malaysia. Kekalahan dan kegagalan UMNO / BN untuk meraih undi 2/3 di parlimen memberikan satu tamparan yang cukup menyayat hati, kerana PRU 12 lah kali pertama Perikatan dulunya dan kini BN gagal dalam membentuk kerajaan yang mudah, di samping BN juga pada asalnya kehilangan 5 negeri pemerintahannya. Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kelima-lima negeri ini Selangorlah yang paling mengecewakan sekali kepimpinan UMNO, kerana Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia.


segala-gala bermula dengan tindakan mereka ( hiasan )

Tapi apa yang berlaku di Perak telah memberikan ruang tragedi malang kepada PR ( yang ditubuhkan cara rasmi selepas PRU 12) lompatan 3 wakil rakyat dari PR ( 2 dari PKR dan 1 dari DAP ) dan akhirnya dengan kehendak mahkamah kerajaan PR di Perak runtuk dan terlantikan MB yang diarahkan memberikan kuasa kepada ADUN Pangkor - Dr. Zambry. Semuanya dengan lomptan mereka, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) sebagai ADUN bagi ketiga-tiga kawasan.

Selepas apa yang terjadi di Perak, ianya disusuli Adun Selangor Badrul Hisham Abdullah, ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim, dan kini ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng, Kulim Bandar Baru, Wangsa Maju. Selain dari mereka di peringkat MP ramai juga kalangan kepimpinan di peringkat ranting dan cabang yang mengambil keputusan yang sama. Maka kini PKR bertambah rumit dan keliru dalam kepimpinannya.

Walau bagaimanapun, sudah pasti pengurusan dan organisasi PKR gagal mengelakkan diri daripada dikritik, memandangkan parti tersebut melahirkan paling ramai wakil rakyat yang keluar parti. Dengan kata lain, walaupun fenomena "keluar parti" ini mengundang persepsi negatif terhadap PKR secara umumnya, tetapi jika diteliti, wujudnya dua penafsiran yang jelas berbeza, antara akhbar Melayu dengan akhbar Cina Ketika mengulas isu ini, akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian mempertikaikan halatuju perjuangan PKR, yang kononnya membelakangi kepentingan Melayu-Islam

Walaupun UM / BH dengan tafsiran sendiri tapi bukan semua akhbar di Malaysia yang sama daya fikir dengan 2 akhbar milik UMNO ini. Bagi akhbar Cina " lompatan " mereka ini lebih dikaitkan dengan masalah personal, mungkinkah dengan larinya mereka mungkin akan " spy " kepada PKR pandangan ini disuarakan oleh Nanyang Siang Pau, dalam satu komentar politik yang disiarkan di muka surat A2, berjudul "Senjata Terbaik", memetik Seni Perang oleh Sun Tzu, bahawa strategi terbaik untuk menjahanamkan musuh adalah dengan menggunakan "musuh dalam selimut" musuh (atau kuda trojan).

Komentar ini bermula dengan "senjata yang terbaik di dunia bukanlah bom nuklear atau bom atom, bukan pistol malah bukannya pisau, tetapi taktik untuk melaga-lagakan satu sama lain, malah meleraikan rakan seperjuangan yang rapat menjadi musuh yang bertentangan...". Ini kerana "musuh" dalam selimut musuh inilah yang paling memahami kelemahan dan segala strategi dalam kem dirinya, dan apabila orang sedemikian digunakan untuk melawan balik orang yang berada dalam selimut bersamanya, ia merupakan senjata yang paling berkesan.

Akhbar ini menganggap rakyat akan lebih bersimpati terhadap Lim Guan Eng dan PR, kerana UMNO dengan mudah menerima kamasukan " pelarian " dan menganggap bahawa tindakan Umno ini akan lebih menyukarkan MCA dan Gerakan. Beliau berkata, sebahagian rakyat berharap MCA dan Gerakan akan memainkan peranan untuk membantu pembaharuan Umno selepas PRU ke-12, agar Umno tidak angkuh dengan kuasa yang berpusat padanya. Tetapi, Umno kini semakin berkuasa! Cheah berkata, inilah punca kekecewaan rakyat terhadap MCA dan Gerakan yang gagal melakukan apa-apa dalam BN.

Akhirnya sebagai panduan, mungkin dan telah pun diakui sendiri oleh Ketua UMUM PKR Sdr. Anwar Ibrahim fenomena ini mendedahkan kecuaian parti ketika melantik calon PRU ke-12. PKR tidak menyediakan kursus untuk mendidik wakil rakyatnya yang terpilih kerana "tsunami politik". Mungkin pesediaan tergesa-gesa itu PKR tidak memiliki kelebihan dalam sumber dan masa. Sehubungan dengan itu mungkin persiapan kini sedang dilakukan oleh Anwar dan akan mengambil langkah baru untuk persediaan PRU 13 nanti.


Sunday, May 23, 2010

UMNO DAYA FIKIR MASIH DI TAKUK LAMA

Sebelas PRK diadakan selepas PRU12, dan pembangkang memenangi 8 dari sebelas dan BN hanya berjaya di Batang Ai di Sarawak, Port Dickson N. Sembilan dan Hulu Selangor di Selangor. Tapi yang paling menyayatkan bagi BN ialah apabila mereka kalah di Sibu kerana seminggu sebelumnya mereka menang di Hulu Selangor walaupun majoritinya tak seperti apa yang dijangkakan.

Sepatutnya mereka ( UMNO / BN ) menjadikan pengajaran PRK di Hulu Selangor untuk berdepan dengan PRK di Sibu. Ada beza antara masyarakat Cina dengan Melayu, di Hulu Selangor juga memperlihatkan undian Cina sudah tidak memihak kepada UMNO / BN, malahan apa yang di laksanakan di Hulu Selangor terus di buat juga di Sibu, sedangkan Sibu hampir 67% pengundi adalah dari keturunan Cina. Masyarakat Cina lebih suka hidup berdikari dan tidak suka menerima " habuan " di saat genting, kerana bagi mereka pemberian sebagini adalah tidak ikhlas. jadi sogokan yan diamalkan meninggalkan implikasi yang mendalam kepada penghidupan mereka, tambahan pula kenapa baru ada pilihanraya baru nak buat dan beri projek, bukankah itu perkara wajib bagi setiap pemerintah.

Mungkin faktor KM, yang sudah hidup " senang lenang " menjadikan mereka rasa amat benci, mungkin juga ada kalangan kepimpinan SUPP yang sudah ego, angkoh, sombong dan rasa muak melihat daya kepimpinan mereka atau mereka juga melihat apa yang sedang berlaku di semenanjung, di mana rakyat sudah berani membuat perubahan, itu yang menjadikan mereka ingin pula mengubah cita rasa di Sarawak mungkin juga akan menularkan ke Sabah.

Dengan itu, memang main politik ini tidak konsisten, hari ini kawan esok boleh jadi lawan, hari ini tidur sebantal esok mungkin berpisah, kerana politik adalah pentas segala kemungkinan dan perubahan di kalangan pengamalnya. Atas dasar itu pihak UMNO / BN juga perlu berfikiran terbuka di mana rakyat kini menuntuk satu reformasi kepimpinan dan bukan lagi daya tipu dan ampu yang diperlukan, satu tranformasi politik di mana ahli politik perlu berpijak di bumi nyata dan tidak lagi berpolitik mengadu dumba, politik sogokan, politik rasuah, politik " mee segera " kerana cara itu adalah cara lama.

Andaikan untuk terus releven hindarkan diri dari taktik basi di mana sentiasa mencemar kredibiliti pihak lawan, menggunakan media cetak dan elektronik dengan menyiarkan berita yang sama seperti 50 tahun yang lalu, asal ada PRU atau PRK ada saja ahli pihak lawan yang meninggalkan parti dan disiarkan berulang-ulang kali. Sebagai contoh semasa berceramah di Kg. Gajah Sdr. Hanafiah Man sanggup menyanggah kenapa Kelantan masih gagal untuk melaksanakan Hudud, sedang pada masa beliau dalam PKR beliau dan menjawab kenapa Hudud masih belum dapat di laksanakan. kerana ianya bidang kuasa Kerajaan persekutuan. Mengapakah mereka tergamak mengguna pakai hujah kebudak-budakan semasa berkempen.

Dimanakah keikhlasan kepimpinan UMNO / BN dewasa ini, benarkan mereka perkhidmat untuk kepentingan rakyat atau mereka berkhidmat untuk kemewahan mereka semata-mata, janganlah terus menipu rakyat, rakyat sudah sedar, sudah hidup secara " boarderless world " kerana kini dunia sudah berada di hujung jari.

Saturday, May 22, 2010

DATUK T - MULA NGELABAH UNTUK PRU13




YB Dato T - Pengerusi Felcra Sdn. Bhd.

Parlimen Pasir Salak, kini menjadi lebih terkenal kerana MP nya dulu ialah Tan Sri Ramli bin Ngah Talib yang juga mantan MB Perak hampir lebih 20 tahun, kemudian semasa di parlimen beliau di anggat menjadi Speaker untuk hampir sepenggal kemudia di tamatkan khidmat beliau sebagai MP dan kini seperti biasa jadi " orang biasa ". Pemimpin silih berganti, selepas Tan Sri Ramli kini Parlimen Pasir Salak di terjui oleh Datuk Tajuddin bin Abdul Rahman, yang juga sebelum ini sebagai ADUN kawasan Kampong Gajah.

Kehebatan Dato T memang tidak dapat dinafikan, sebaik sahaja dapat menduduki kerusi parlimen beliau terus berusaha dan akhir dapat menduduk Ahli Majlis kerja Tertinggi UMNO dan beliau juga menjadi " menteri " untuk menjaga Felcra. Beliau terus hidup mewah dengan sumber hutan yang di usahakan oleh Felcra tersebut. Kebetulan pula Pejabat Timbalan Pengurus Besar Felcra terletak di kawasan beliau sendiri iaitu di Changkat Lada, Seberang Perak kampong Gajah.

Kini beliau mewah dan kehulu kehilir melawat kawasan dengan kereta 3bintang s350.
Dari segi populariti politiknya, Dato T lebih malang dari Tan Sri Ram, kerana semasa Tan Sri Ramli mewakili Parlimen Pasir Salak majoriti undi yang di perolihi belasan ribu dan menang dengan penoh bergaya, tapi bagi Dato T hanya lebih 2000 undi sahaja. Ini yang merisaukan beliau dan Sdr. Mustafa Kamil Ayub adalah calun yang mampu menggugat kedudukan Dato T ini. Sdr. Mustafa Kamil adalah proksi DSAI.

Untuk itu, Dato T perlu berhati-hati dan perlu memainkan peranan untuk memastikan apa saja penyelewangan yang dilakukan oleh Sdr. Mustafa Kamil serta rakan-rakan dalam PKR perlu didedahkan kepada umum, agar pengundi dapat faham dan tidak lagi memberikan undiankepada calun PKR tersebut. Dato T masih mengigau dan termimpi-mimpi akan tsunami politik yang terjadai pada PRU12 tempoh hari. PRU13, mengikut perkiraan akan diadakan secepat-cepatnya pada pertengahan 2011 atau pun berakhir pada 2013, walaubagaimana pun Datuk T dan kepimpinan UMNO Pasir Salak telah mengambil langkah untuk bersedia lebih awal lagi. Terbit fajar 2010 mereka telah memulakan langkah dengan berbagi program penerangan dan aktiviti yang ada kaitan dengan memastikan kemengangan.

2010, Pasir Salak mula menggunkan khidmat bakti " pasukan sumpah keramat " yang diketuai oleh YB Senator Ezam. Pasukan Sumpah Keramat ini adalah kepimpinan muda dalam PKR sebelumnya. Pasukan ini juga telah dijadikan kuda tunggangan oleh UMNO / BN yang ketuai oleh DSN.


YB Senator Ezam ( hanya hiasan )

Sejak bulan Mac 2010, ahli pasukan ini sudah 4 kali mengadakan ceramah yang bertujuan untuk " membongkar " rahsia kepimpinan PKR terutama DSAI sendiri. Bermula dengan kehadiran mantan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Sdr. Fairus di Kampong Changkat Lada, kemudian di ikuti oleh YB Ezam di Pekan Chenderong Balai, kemudian Sdr. Abu Haniafah Man di Pekan kampong Gajah dan setakat ini yang terakhir ialah Sdr. Hamdan Taha di Kampong Sungai Galah.

Apa yang sedihnya mereka langsung tidak menyatakan apa yang benar tapi hanya memanjangkan cerita dalaman yang dilakukan mereka sesama mereka semasa dalam parti keadilan tempoh hari. Apa yang disuarakan aalah mengimbau kembali apa yang dirancang oleh mereka sendiri. Cerita DSAI dengan sodomi 2nya. Dengan itu bukan bertambah percaya rakyat kepada pembongkaran tersebut malahan rakyat bertambah muak dengan pendedahan tersebut. Dalam pada itu ada juga kalangan ahli UMNO yang merasakan kehadiran mereka akan menjejaskan lebih teruk lagi wibawa UMNO, dan jika tersalah langkah nanti ia memungkin UMNO akan tewan di gelanggan Pasir Salak ini.

Friday, May 21, 2010

APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA

YB Sharizat cukup bangga dengan hukuman yang diterima oleh Saudara Bung dari Kalibatangan, denda dan hukuman cukup setimbal dengan kelakuannya. Tapi, tapi bagi Bung, oleh kerana kita Ahli UMNO dan YB pula sudah tentu perkara sekecil ini tidak meninggalkan kudis kepada di pembawanya. Kerana banyak lagi salah laku yang di buat oleh kepimpinan UMNO / BN ianya semua dilepaskan sahaja dengan berbagai-bagai alasan.

Hukuman terhadap Bung Mokthar bukti ketegasan mahkamah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan hukuman yang dikenakan terhadap Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokthar Radin kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah adalah jelas dan tegas.Shahrizat berkata, hukuman itu juga menunjukkan bahawa tiada kompromi dalam isu berpoligami oleh mana-mana lelaki Islam

bagi menteri di JPM ini beliau tidaklah setegas YB Shahrizat dalam isu poligami, bagi YB Jamil Khir langsung tidak bersuara berkaitan dengan kelulusan judi bolasepak yang diluluskan oleh kerajaan. Tapi beliau dengan lantang dan seterusnya mengeluarkan kenyataan bahawa peguam syarie di mahkamah syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam. "Namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif. Kelantangannya menjadi pasif apabila diajukan soalan tersebut.

Kini kita boleh lihat sendiri apakah pendirian mereka dalam isu untuk kepentingan rakyat. Di mana mereka memperjuangakan satu-satu isu mengikut kepentingan. Mereka melihat apa bos kata, kalau bos kata boleh, semua ahli parlimen UMNO / BN mesti ikut kata itu boleh.




Gambar ini memperlihatkan bagaimana eratnya rakan-rakan bagi mematikan apa saja yang di ajukan oleh PM perlu di ikuti dan di cari helah untuk memastikan ianya halal dan boleh dipergunakan untuk kepentingan rakyat.

Thursday, May 20, 2010

NAJIB AKUR AKHBAR BERAT SEBELAH

Alhamdulillah, kini baru PM pemimpin no. 1, 1Malaysia sedar akan betapa tidak relevenny UM dan BH ( hak UMNO ) Tamil Nesan ( MIC ) Star ( MCA ) dalam membuat laporan khusus berkaitan dengan " big boss " masing-masing. Kerana terlalu ghairah untuk memberikan " pengampuan " kini mereka di tegor. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan akhbar milik Umno itu – Utusan Malaysia berhubung kecederungan mereka mensensasikan berita.

Saya faham apabila mensensasikan berita membabitkan orang yang terkenal...sedikit adalah okay. Saya tak akan halangnya. Tapi cuba berusaha mewujudkan era masyarkat yang berpengetahuan."

PM, DS Najib kini akur dengan pengetahuan dan suasana pendidikan kini, mereka pengundi di saluran 3 dan 4 adalah kalangan mereka yang sudah berilmu pengetahuan, sudah pandai menggunakan internate, daya fikir sudah globa untuk itu saranan PM agar akhbar perdana kembali ke asal tidak lagi memberikan liputan yang tidak mencermin keadaan sebenar.

Media lebih berminat dengan cerita-cerita sensasi, dan menurutnya cerita sensasi sedemikian "sedikit sebanyak memang boleh", tetapi pada masa yang sama media perlu menitikberatkan kepada berita berbentuk keilmuan supaya masyarakat dapat berfikir secara lebih intelektual dan objektif. Sebagai contoh, isu APCO, sepatutnya akhbar memberikan penerangan sebenar kenapa pihak kerajaan perlu berhubung rapat dengan mereka.

Walaubagaimana pun Najib masih enggan mengulas mengenai bidasan pelbagai pihak termasuk golongan agama berhubung tindakan kerajaan meluluskan lesen judi kepada Ascot Sports, yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya. “Kita tidak akan membincangkannya,” kata Najib kepada pemberita selepas majlis itu. Walau pun PM tidak berminat untuk membincangkan hal tersebut, disinilah peranan akhbar untuk memaklumkan kepada rakyat apakah kepentingan disebalik kelulusan tersebut sedangkan semua pihak setiap hari dibidas kerana tindakan berkenaan dikatakan akan membawa lebih masalah kepada Malaysia dan mencemarkan imej Islam negara ini.

PRK SIBU KINI KE PRK KINABATANGAN

Pergolakan dalam BN bukan perkara yang dapat di " simpan bawah karpet " lagi, memang rata-rata rakan kongsi mereka mula mengeluarkan pendapat khusus berkaitan dengan sejauh mana BN dapat memainkan peranan dan diterima oleh masyarakat 1M masa kini. Tahap keyakinan kepada MCA, MIC memang sudah lama menurun, dan kini mereka di Timur Malaysia pula ( Sabah dan Sarawak ) sudah mula kena tempiasnya.

Parti Liberal Demokratik ( LDP ) dengan jelas menyerang kepimpinan BN di Kuala Lumpur, Timbalan Presidennya Datuk Chin Shu Pin melebalkan Sabah sebagai " simpanan tetap " BN, khususnya UMNO untuk memastikan mereka sentiasa dan terus berkuasa, dan lebih kasar kini BN di Sabah sedang menghadapi " tsunami " dalam gagasan BN tersebut.

Kepimpinan UMNO sebagaimana biasa, mereka langsung tidak ada " taring " untuk menegur salah laku yang diamalkan oleh pucuk pimpinan, Azman Haji Ruslan Ketua Pemuda UMNO Sabah dan Bahagian keningau berkata ,“Jangan anggap rakyat Malaysia di Sabah tidak bijak menilai sumbangan kerajaan Pusat kepada rakyat dan negeri ini, terutama dari segi pembangunan sosioekonomi,” itulah cara sokongan yang diperlukan, tapi untuk mengkritik tidak berani langsung.

Mengapa Sdr. Azman, tidak berani bertanya kepada pucuk pimpinan apa itu APCO, kenapa lesen judi FIFA diluluskan, kenapa Pos Malaysia, kenapa Sime Derby rugi, kenapa telaga minyak di Blok L / M diserahkan kepada Brunei, dan kenapa royalti untuk Kelantan di cari alasan untuk tidak menyerahkannya ? Ini lah persoalan yang sepatutnya di perjuangkan bukan, menerima saja alasan yang tidak logik. Segala-galanya adalah untuk kepentingan rakyat.


Kekalahan di Sibu, juga berdekatan dengan Sabah mungkin menjadi igauan kepada Pemuda UMNO Sabah, mungkin UMNO Sabah juga kini berkira-kira untuk melakukan kaji selidik atau menagdakan Pilihanraya olok-olok untuk mengenai pasti apakan BN di Sabah masih releven untuk PRU13 nanti.

Kes MP Kinabatangan Bung Mokthar berpoligami tanpa keizinan mungkin memberi ruang untuk diadakan PRK di Sabah. Bung dikenakan denda RM1k dan penjara 1bulan, ( seperti slogan 1M ), perilaku bagini juga patut dijadikan difikirkan, apakah kini MP UMNO sudah hilang disiplin hidup sebagai MP atau mereka boleh menggunakan " kekayaan & kekuasaan " untuk melakukan apa saja
Disinilah sepatutnya Sdr. Azman Haji Ruslan, meluah dan memberikan pendapat serta berani untuk memberikan tegoran. Salah laku bagini boleh menjejaskan kredibiliti parti. Tidak berdisiplinnya pemimpin boleh merosakan organisasi. Rosaknya organisasi yang akan menerima bahananya ialah rakyat.

Tuesday, May 18, 2010

NAJIB - UMNO / BN TIDAK KREATIF UNTUK MENANG


PRK Sibu telah menterjemahkan sesuatu yang menakutkan untuk Perdana Menteri DS Najib, strategi yang diguna pakai disemua PRK telah tidak menjadi kenyataan di Sibu. Walaupun pada satu ketika BN telah berusaha keras untuk memastikan Sibu yang diperintah lebih 20 tahun tidak di ambil oleh orang lain.



Sehingga PM sanggup mengelurkan kata-kata “I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” ungkapan ini sesungguhnya amat merbahaya, kerana ianya jelas satu amalan rasuah politik untuk kepentingan semasa dan ianya tak pernah terjadi sejak PR pertama pada tahun 1955 lagi.

Apakah benar kekuatan BN selama ini ialah jenteranya tapi kalaulah jentera BN ini kurang bertenaga dan kurang dari segi kreativitinya, maka kita agak kehilangan kelebihannya?" Bukan sejak kematian wakil di Sibu lagi jentera BN telah bergerak, gerakan dengan memberikan imbuhan dan sumbangan untuk penduduk dan pemilih di kawasan tesebut. katanya dan benarkah DAP agresif dan menggunakan isu-isu sensitif semasa berkempen. Mereka juga banyak menganjurkan pelbagai majlis dan ceramah, khususnya pada sebelah malam,” sambung PM lagi. Apakah itu benar?

Mungkinkah PM serta kepimpinan gagasan BN masih tidur lena dengan keanggohan dan kesombongan dalam pemerintahan mereka, kenapa agaknya mereka langsung tidak memperdulikan apa yang diperlukan oleh rakyat seluruh pelusuk tanah air, kenapa agaknya pihak PM masih tidak mengakui apa yang telah terjadi menyebabkan pengundi rasa " bosan " dengan tingkah laku kepimpinan BN?

Cuba kita lihat sejak akhir ini, bagaimana isu APCO, pelabor yang bersalah, lihat sahaja bagaimana Sime Derby boleh kerugian hampir 2 billion, lihat sahaja GST, siapa yang akan mengaut keuntungan, perhatikan pula GLC siapa yang rugi dan pada masa yang sama siapa pula yang mengaut keuntungan. Akhir-akhir ini pula bagaiamana harta negera berjumlah hampir 400 billion di berikan kepada Brunei dengan begitu mudah sekali. Mengapa kepimpinan BN tidak langsung berani menterjemahkan persoalan tersebut untuk pengetahuan rakyat

Rakyat memerhatikan apa sahaja tindak tanduk yang dibuat oleh pimpinan, salah guna kuasa, rasuah, kini menjadi-jadi tapi yang tertangkap ialah pihak lain, walaupun bukti telah diberikan secukup-cukupnya tapi tindakan masih gagal diambil, kegagalan ini dibeikan perhatian dan akhirnya pengundi membuat keputusan.

Perdana Menteri sedar apa yang sedang perlaku, "Kita akan menghadapi cabaran lebih besar, oleh itu semua pihak terutama di Sarawak harus mengambil kira apakah yang harus kita lakukan untuk menghadapi pilihan raya negeri nanti." yang penting pada masa ini bukan lagi untuk mengisi kekayaan sebaliknya memastikan semua rakyat dapat hidup dengan selesa dengan menikmati kekayaan yang ada di negera ini.

Bagi DSAI pula, “Selama beberapa dekad, para pengundi dari luar bandar yang kebanyakannya daripada kaum Melayu, Iban dan Melanau tidak pernah untuk mengundi calon dari DAP yang terdiri dari kaum Cina. "Bagaimanapun keputusan pada pilihanraya ini menunjukkan mereka telah berfikiran terbuka dan mereka mula untuk menerima manifesto dari DAP dan gagasan PR yang lainnya. Untuk itu parti gabungan PR perlu memainkan peranan yang lebih lagi untuk memastikan PRU 13 nanti dapat BN tidak lagi berada di Putra Jaya.

Monday, May 17, 2010

AHLI PKR MASIH UTUH DAN JITU

PRU 12 telah meninggalkan kita lama, dan sehingga hari ini sudah 12 PRK di adakan diseluruh negara. Bermula di Permatang Pauh dan yang terakhir kini di Sibu Sarawak. 8 dari 14 buah negeri di Malaysia telah mengadakan PRK tapi yang paling hebat sudah tentu di mana mereka ingin kan DSAI di kalahkan di Permatang Pauh. BN hanya menang di 3 PRK - Batang Air, Hulu
Selangor, di Port Dickson. PRK yang lain di menangi oleh PR. DAP hanya bertanding cuma di Sibu dan kerusi yang lain di agihkan sama antara PAS dan PKR.

Para permerhati dan peminat politik kini merasakan PKR adalah antara gagasan PR yang paling " kiritikal " pada masa ini. Sebermula dari keluarnya 2 DUN di Perak kini telah 5 MP mereka meninggalkan rakan dalam PKR. Yang terakhir MP dari Wangsa Maju.

Untuk itu MUHYIDDIN Yassin ( sebelah ) menganologikan PKR sebagai 'parti kian runtuh'. Beliau bagituangkuh dan sombong sekali nada kata-katanya. Beliau membuat anologi atau assessment itu berdasarkan ramai pemimpin PKR yang berpaling tadah dan meninggalkan parti berkenaan. Apakah benar mereka meninggalkan parti dengan membawa semua ahli-ahli PKR bersama mereka atau mereka meninggalkan parti kerana " sakit " yang dialami diri mereka sendiri? Mungkin agaknya jika PR dapat menguasai Parlimen tidak akan ada kalangan mereka yang melompat parti.

Ada kalangan mereka yang melompat khusus dari PKR - mereka mempunyai hubungan yang tidak mesra dengan " grass root " kerana mereka bukannya berjawatan di cabang, kerana pemilihan semasa PRU dulu calon di " ambil " cara tergesa-gesa. Selain dari mereka juga mempuyai masalah peribadi seperti ada hutang, hutang kereta, hutang rumah, masalah rumah tangga, mungkin juga beberapa " pertolongan " untuk pengundi di kawasan yang begitu mendesak untuk diseselaikan tapi oleh kerana kekurangan peruntukan tidak dapat diselesaikan.

Selain dari itu, kalau kita perhatikan bagaimana pihak kerajaan sentiasa memberikan perhatian khusus kepada kepimpinan PR - mereka boleh tak tidur malam. Lihat saja bagai YAB TGNA yang disponsor oleh seorang individu untuk ke Mekah menjadi bahan untuk siasatan oleh BPR, bagaimana YAB Selangor yang mengadakan majlis qurban juga di siasatan, dan ada kalangan pekerja parti yang disiasat hingga mati, dan kesalahan hanya membekalkan 2000 unit bendera untuk hari kebangsaan. Semua ini jika ketahanan diri di tahap yang rendah sudah pasti setiap individu tersebut akan menarik diri.

Selain itu, mereka juga beranggapan setelah menjadi " wakil rakyat " mereka perlu hidup mewah seperti rakan dari UMNO, inilah prinsip yang salah, kerana perjuangan PR bukan untuk mengorbankan rakyat tapi bekerja untuk rakyat. Sudah pasti mereka " teringin " untuk hidup mewah seperti wakil dari UMNO / BN. Prinsip dan dasa ini gagal di ikuti oleh mereka, khususnya wakil dari PKR kerana - majoriti ahli PKR adalah dari UMNO.

Untuk itu kita tidak tahu sejauh mana nilai dan mutu politik Muhyiddin. Apakah beliau sengaja membuat anologi itu untuk melemahkan PKR dan Pakatan Rakyat atau memang kerana kecetekan beliau dalam membuat assessment berhubung perkembangan politik. kalau benar kata dan anologi tersebut, apa lagi, ayuh kita bubarkan parlimen dan adakan PRU13, atau mana-mana negeri yang sudah " establish " dibubarkan DUN dan diadakan pemilihan semula, seperti Perak yang kini sudah diterima semula oleh rakyatnya. di maklumkan kini sudah 68% pengundin di Perak telah kembali ke UMNO / BN.

Tapi rasanya dengan kekalahan di Sibu, sudah tentu Muhyiddin tersentek dan berfikir dua kali untuk bertindak ke arah pemilihan semula. Yang keluar dan meninggal PKR ialah wakil rakyatnya tapi ahli masih jitu dan memberikan pengharapan untuk PKR bersama-sama PR menerajui parlimen pada PRU 13 nanti.


PRK - SARAWAK MULA MENUNJUKKAN KEADAAN SEBENAR

Dengan berakhirnya episod PRK yang ke 11 selepas PRU 12 pada 2008 tempoh hari, menunjukkan jelas masyarakat Cina telah hilang kepercayaan kepada pimpinan mereka, hilang rasa hormat dan dengan kekalahan di Sibu ini, walau pun Robert Lau Hui mewakili SUPP tapi kawasan ini majoritinya adalah kaum Tionghua sejumlah 66.7% dari jumlah undi keseluruhannya. kekalahan BN dan parti wakilnya SUPP serta 66.7% pengundi adalah dari kaum Cini jelas ianya menunjukkan jalan keluar kumpulan ini dari BN kerana BN yang di terajui oleh UMNO masih memainkan " kaum " dalam setiap kempennya.

Tepat jam 10.58 malam pegawai SPR En. Wong See Mengt mengumumkan PR melalui DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dan Bebas dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi. Undi rosak pula berjumlah 395. Walaubagaimana undi pos masih memihak kepada BN dengan memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi. Sejumlah 79% pemilih telah menunaikan tanggongjawab mereka.


BN masih lagi dengan cara lama, mereka perlu membeli undi pada setiap kali PRK diadakan, cuba kita perhatikan semasa di PRK Hulu Selangor, pihak pembangkang telah mendakwa sejumlah RM100juta lebih telah di laburkan khusus untuk merampas Hulu Selangor dan akhirnya BN berjaya dengan majoriti yang tak berbaloi dengan jumlah perbelanjaan tersebut.


gambar - hanya hiasan

Tahniah kapada DAP yang dapat merampas kerusi Sibu, dan mungkin ini akan menjadi pratanda kepada masyarakat Sarawak di mana Pilihanraya akan datang Sarawai sama ada kerajaan negeri mau pun wakil parlimen akan bertukar tangan dari BN ke PR. Teruskan usaha untuk kemenangan tersebut.

Sunday, May 16, 2010

GURU - HIDUP MU MEMBAKAR DIRI

Setiap tahun pada 16 Mei, kalangan pendidikan dirayakan dengan berbagai-bagai aktiviti dan program dan tidak ketinggalan pihak kerajaan ( kementerian Pelajaran ) sudah pasti akan mengumumkan " hadiah " untuk para pendidik tersebut.

Bertemakan " Guru Pembina Negara Bangsa " - tema ini sudah diguna pakai pada perayaan 2009 dan ianya masih releven untuk 2010. Lantas yang demikian KP memilihnya sekali lagi. Pengorbanan yang di mainkan bak kata pepatah " guru seperti lilin membakar diri sendiri untuk menerangai orang lain "

Tapi sejak akhir-akhir ini peranan dan mainan guru untuk memastikan anak didik sentiasa hidup dalam keadaan harmoni, cekal, tabah dan tahu erti bertanggongjawab, tahu orang dewasa, tahu mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah. " Kalau disana adalah seorang yang hebat akhlaknya, cemerlang hidupnya, tinggi ilmunya, maka disebalik kebehatan itulah orang yang menjadi pendidiknya " Majer Jeneral ( B ) Jamil Khir Baharom, Menteri di JPM. Kini mula menampaknya gaya seorang pendidik sudah mula mementingkan diri sendiri, sudah tidak seperti lilin, kalau dulu diri terbakar untuk orang lain, tapi kini mereka membakar diri untuk kepentingan sendiri. ( keadaan memaksa berubahan tersebut )

Mungkin tiada keikhlasan kerja tersebut, mungkin kerja secara terpaksa, mungkin kerja hanya dilaksanakan dengan sambil lewa sahaja. Maka kini lahirlah individu yang sudah dan amat mudah lupa diri, lupa daratan, lupa tanggongjawab. Kita perhatikan gelagat pemimpin yang sudah kehilangan moral kepimpinan, kita lihat pegawai yang sudah tidak amanah, kita lihat mereka yang berkuasa sering mengguna dan menyalah gunakan kuasa, tindakan sudah tidak profesional, tapi hanya mengikut emosi sahaja. Kredibiliti sebagai seorang manusia yang dituntut sudah hilang.

Tapi kini, guru sudah tidak senang dan sudah tidak " privercy " untuk melaksanakan tugas, guru tidak boleh bercakap benar dalam pengajaran dan pembelajarnanya, kalau berjudi - jangan kata judi itu haram, kerana sudah ada judi yang dihalalkan, kalau rasuah itu berdosa jangan di sebut kerana mungkin ada pengamalnya di sekolah. kalau guru bercakap benar mungkin guru itu akan dilebalkan sebagai mereka yang tidak menghormati pemerintah.

Berilah " kebebasan " kepada guru untuk memainkan peranan sebagai jurutera pembina insan, kerana melalui pendidikan dan pengajaran guru dapat megbina isan yang berilmu dan bertakwa elakan mengguna kuasa " politik " untuk merosakkan cita-cita dan semangat kental soerang guru untuk mendidik, rasanya tak pernah ada pengajaran yang negatif oleh seorang guru, guru tak sanggup menyuruh anak didiknya mengambil dadah, tak sanggup membunuh, tak pernah telintas untuk menyalah gunkan kuasa, tapi cuba kita lihat kala ini. Apakah yang berlaku kini melambangkan sistem pendidikan negara sudah tidak sesuai lagi.

" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "

Saturday, May 15, 2010

JUDI, KINI DI TERIMA OLEH AGAMA KITA

Kini sudah sampai masanya kepimpinan UMNO berasa malu dan befikiran waras dan rujuklah kepada alim ulama, rujuk kepada Jamal Khir, menteri yang menjaga Hal Ehwal Islam, apakan tidakan dan kenyataan yang kita keluar itu ianya mempertahankan aqidah kita atau sebaliknya. Kalau kita tak tahu hukum hakam rujuklah kepada mereka yang lebih tahu. Setiap negeri ada mufti, orang yang bertanggongjawab berkaitan dengan Islam, kita ada Sultan di setiap negari yang menjaga keluruhan Islam. Apakah meluluskan judi ini telah di maklumkan kepada " tiang " agama, apakah semua pihak dalam kepimpinan UMNO bersetuju dengan tindakan tersebut?

Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan angkoh dan sombong mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010
ini. Katanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan. Kita perlu praktikal. jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membernarkan permintaan yang baru lagi " Apakah Datuk Abdul Rahman ingin " menghalalkan " judi tersebut ?
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

gambar masjid - apakah pembinaannya dari wang judi?

Abdul Rahman, juga mengesahkan pihak kerajaan

tidak meninggalkan untuk membangunkan syiar Islam meskipun lesen judi diluluskan dan pihak kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam. Agama rasmi Islam terus di perjuangkan di samping meneruskan program dan aktiviti berkhaitan yang bertentangan dengan aqidah islam. Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.

Adalah dicadangkan agar Dato Abdul Rahman, merujuk balik ungkapan tersebut kepada mereka yang berpengetuan luas dalam bidang keagamaan. agar tidak tergelincir dari aqidah keIslaman. Sehubungan keputusan kerajaann itu, pertaruhan ( perjudian ) secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Kita tak berani nak tuduh, apakah saham-saham kelolaan kerajaan kini di laburkan pada bidang dan urusniaga yang sah seperti ASB, ASN, LUTH, KWSP dan lain-lain lagi. Nampaknya rakyat mula curiga atas kenyataan tersebut khusus jika ianya dikaitkan dengan simpanan dengan pihak kerajaan waktu ini.

" memang semua jenis pemerintahan akan melaksankana urusan menegakkan dasar dan memelihara rakyatnya dripada unsur-unsur yang mereka tidak ingini. Dasar-dasar yang di tegakkan itu, mungkin untuk kepentingan tertentu termasuk politik para pemerintah itu sendiri. Namun, Allah Maha Agung memerintah sesiapa sahaja dalam kalangan mereka yang beriman apabila diberikan amanah kekusaan dan politik agar menjadi suruhan dan larangan itu berpaksikan kepada peraturan-peraturan Nya itu Islam. Apa saja yang digalakkan oleh Allah pemerintah akan galakkan,manakala apa yang Allah SWT haramkan maka pemerintah pun haramkan. Peratuan Islam itu merupkan peraturan yang bebas daripada kepetingan mana-mana pihak ( parti politik ), Ia semata-mata keadilan, kesejahteraan dan kerharmonian. Cubitan dari BICARA BUAT PEMIMPIN DAN RAKYAT - Mohd. Asri Zainul Abidin.

BELIA - MASA DULU DAN KINI KEMANA ARAH TUJUNYA


" Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan , lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentun negara kita pada masa hadapan menjadi sebuahn negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk behadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku " - Professor Dr Yosuf Al-Qardhawi, sarjana dan pemikir Islam.

" Sesungguhnya sesuatu bangdsa ituk kuar dan hebat kerana akhlaknyha, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenya dan hilang " - Ahmad Syauqi, Penyair Mesir.

Dengan kata-kata sarjana pemikir Islam dan penyair Mesir ini sesungguhnya negara kita pada masa ini dalam keadaan yang cukup merbahaya, apa tidaknya, lihat saja keadaan rema masa kini, lihat saja tingkah laku, kerja buat mereka, hala tuju dan daya tahan dan daya fikir mereka amat mencemaskan sekali. Negara yang masih di dominan oleh kepimpinan Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran negara dengan golongan mudanya kehilangan hala tuju. Golongan Muda penoh dengan dunia fantasi, penoh dengan program dan aktiviti yang tidak menyumbang kepada kepetingan pembangunan negara. Dunia penoh dengan hiburan, penoh dengan salah laku, setiap perancangan pembangunan modal insan ke arah perspektif Islam langsung ditinggalakan.

Di bahu siapakah yang harus dipersalahkan, kegagalan pembentukan keunggulan remaja dewasa ini? Atau adakah kita merancana dan berusaha dengan cara yang betul untuk membina mereka ke arah pembentukan insan yang soleh? Untuk itu cuba kita buat kajian dan penilaian serta pertimbangan remaja rosa dan remaja yang baik mengikut perspektif Islam yang mana lebih ramai kala ini.


Kita boleh gunakan indikator persoalan berikut untuk tujuan kajian tersebut:
- berapa ramai ibubapa tahu tanggongjawab untuk mendidik mengiktu syariat Islam?
- Sejauh mana kalangan guru-guru dapat melaksanakan sistem pendidikan mengikut syariat Islam?
- Bagaimana pula majikan dengan pekerjanya, adakah mereka dapat beperanan kearah pekerja mengikut syariat Islam?
- Bagaimana pula peranana media cetak, media elektorik dalam menyalorkan maklumat untuk mereka memahami dan menghayati Islam?
- Sejauhmana pula perundangan negara berjaya menyedia dan dapat memberikan pengajaran kepada umat Islam tentang cantik dan indahnya Islam?

-YANG PENTING APAKAH PIHAK PEMERINTAH DAPAT MEMAINKAN PERANAN UNTUK MEMASTIKAN YANG DI ATAS DAPAT DILAKSANAKAN SEMAKSIMA MUNGKIN?

" Proses perjalanan meremajakan golongan remaja untuk menuju kedewasaan adalah bermula di rumah, di sekolah, di pejabat, dengan latihan, pesekitaraan dan dengan kawalan undang-undang " - khutab jumaat 14 mei 2010 - Belia masa depan adalah peranan kita masa kini, terbitan MAIPk

Dalam arus kemodenan dan kemajuan dunia ketika ini, semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk memastikan " remaja " membesar dalam keadaan terbaik semaksima mungkin. Apa perlunya mereka di dedahkan dengan program realiti yang sudah pasti bolah menggugat keimanan mereka, kita lihat sahaja di Negara kita berapa banyak program hiburan sama ada di media elektronik mau pun secara terbuka.

Kemodanan yang tampa halangan ini telah berjaya mempengaruhi gulongan remaja ke arah penyalahgunaan dadah, mereka juga diresapi dengan budaya Hollywood, suka berfoya-foya dan berhibur, amalan seks bebas, ketagih rokok di peringkat awal remaja, berjudi, ketagih arak. Seolah-olah negara kita tidak undang-undang untuk membenteras salah laku ini.

Dimana dan apakah peranan Kementerian Belia & Sukan pada masa ini, selain ada kementerian, ianya ada Jabatan Belia di Peringkat negeri dan pejabat belia di peringkat daerah, serta adanya kelab-kelab dan persatuan belia, tapi apakah mereka gagal atau memang tidak ada aktiviti kearah untuk memastikan " Belia " hari ini dapat meneruskan corak dan " modal insan " yang seiring dengan kehendak agama.

Yang banyak kita dengar, KBS melaksanakan aktiviti yang memihak kepada kepentingan " parti politik " bukan menyediakan mereka untuk kepentingan pembentukan modal insan yang soleh. Juga akhir-akhir ini KBS lebih memberikan perhatian kepada SUKAN dan tidak kepada pembentukan Modal Isan .

" apakah golongan remaja kini yang penoh dengan dunia " berseronok " mampu dan berkeyakinan untuk memikul amanah mengurus, mentadbir, mempertahan dan menjamin kedaulatan Islam dan umat serta negera masa akan datang, atau apakah cara yang ada kini mampu untujk membentuk remaja menjadi salah satu golongan yang bakal mendapat lindungan Allah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA.


Friday, May 14, 2010

JUDI KINI BUDAYA RAKYAT MALAYSIA

Kini uru-uru untuk mengadakan dan memberi kelulusan untuk mengadakan " perjudian " khusus berkaitan dengan Fifa 2010 di Afrika Selatan memang menjadi kenyataan. Berjaya Group dan Tan Sri Vincent Tan telah d ianugerahkan konsesi perjudiaan bernilai bilion ringgit ini yang bukan sahaja akan mengkayakan dia tetapi dalam masa yang sama merosakkan rakyat melalui dorongan untuk berjudi untuk terus berjudi. Yang paling sedihnya, penganugrahan projek langsung tidak dipohon oleh Tan Sri, sebaliknya ia berbentuk pemberian terus oleh pihak kerajaan.

Memang hanyalah kepimpinan PAS, PKR dan DAP yang menyuarakan bantahan kepada projek tersebut, walaupun pemimpin dan ahlinya berbeza agama dan bangsa namun ada rasa kesepakatan untuk membantah keras judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang diluluskan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah pihak kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

Hasilnya, kata beliau, wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat Islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang.


( gambar hiasan )

PKR pula melalui Ketua Penerangannya Latheefa Koya dengan keras menyatakan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan hanya menambah masalah penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat. Meluasnya judi sukan akan secara langsung menyerang tunjang budi pekerti (moral) masyarakat yang giat berusaha menghapuskan penyakit sosial seperti rasuah, jenayah keganasan seksual, penderaan dalam rumah dan pinjaman 'jerung' ah long. Kajian menunjukkan golongan miskin lebih mudah terpengaruh dengan judi dan mempertaruhkan sebahagian besar daripada pendapatan mereka berbanding dengan golongan yang kaya, katanya.



( gambar hiasan )

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang juga AP Petaling Jaya Utara, dalam kenyataannya pula berkata, kelulusan lesen ini merupakan satu tindakan yang memperolokkan Model Ekonomi Nasional (MEN) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau menambah rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini kerana Najib telah membentangkan model baru cara menjalankan perniagaan di Malaysia yang menurutnya akan lebih telus dan kompetitif.


( gambar hiasan )

Membentuk peribadi seorang insan di satu sudut mremelukan penggemblengan seluruh masyarakat, bukan sekadar ibu bapa sahaja. Hak ini kerana kegagalan membentuk seorang anak kecil agar menjadi soleh kadang kalan di pengaruhi oleh faktor persekitaran. - Bicara buat Pemimpin dan Rakyat - Mohd. Asri Zainul Abidin.

Kesimpulannya dengan galakan pemberian " judi " ini mungkin akan menggalakan rakyat negara ini ada minat untuk terus berjudi sebagai salah satu budaya hidup mereka.

Sunday, May 9, 2010

HANYA UNTUK RENUNGAN - ALANGKAH BURUKNYA ......


Hanya untuk renungan dan fikir-fikirkanlah, bagaimana buruk lakunya perangai pemimpin di masa ini, pembaziran, salah guna kuasa, hidup mewah dengan menidakkan hak orang lain, serta lebih mementing kepentingan peribadi dari menolong mereka yang patut di tolong.



Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Maka alangkah buruknya seorang presiden atau sultan atau raja atau perdana menteri atau menteri besar atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan.

Ketika rakyat membilang butiran besas, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementera mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negera dan itu dan ini.


Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan daripada peruntukan wang negara. kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatanya untuk rakyat. kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keutungan buat rakyat. Alangkah zalim! alangkah keji sikap yang sedemkian rupa.

Saya kadang kala amat hairan apabila seseorang dianggap " berjiwa rakyat ", hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagini berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasi. Orang seperti Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada dalam kalangan manusia. kemuliaanya telah diiktiraf oleh Allah SWT dan Rasul SAW.

Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasul-Nya, sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun, tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangakat oleh Allah SWT.


petikan: BICARA BUAT PEMIMPIN & RAKYAT
Mohd. Asri Zainul Abidin




ZAID - TAHNIAH DAPAT MENGUKUHKAN INSTITUSI DI RAJA

Teguran dan pendirian Zaid Ibrahim, Penyelaras Pakatan Rakyat dalam isu " Titah Sultan " berkaitan dengan penggunaan masjid telah menimbulkan banyak polimik kepada masyarakat negara ini. Sudah tentu ada kalangan pemimpin parti yang terus mempertahankan kedudukan raja-raja dan bagi Zaid, beliau sanggup mengadap baginda paduka seri Sultan Selangor untuk memperjelaskan kedudukan dan isi kandung ucapan dan pandangan beliau pada titah baginda tersubut. Beliau juga faham dengan Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor, dan beliau juga faham dan mengerti kedudukan beliau sebagai seorang peguam tidak bersetuju bahawa kuasa mengeluarkan arahan dan perintah itu adalah kuasa mutlak yang tidak perlu dirujuk kpeada kepada DUN, jika kuasa membuat printah dan arahan dalam hal agama Islam itu boleh dibuat Raja-raja Melayu, tanpa merujuk DUN dan berkuat kuasa sebagai undang-undang serta merta tanpa diwartkan, maka ini bererti kita kembali di zaman khalifah dulu " lihat Sinar Ahad 09 mei

Apakah ada rasa iri hati , pihak kerajaan pusat bawah pentadbiran BN dengan kerajaan negeri di bawah PR ( Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor ) di mana kerajaan di bawah pimpinan PR telah menggunakan kemudahan Masjid sebagai medan pemupukan perpaduan, perkembangan ekonomi, kebudayaan dan pelaksanaan aktiviti untuk kepentingan semua pihak.

Cuba kita lihat bagaimana kerajaan PR / DAP , di Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menambahkan peruntukan untuk kepentingan perkembangan Agama Islam dari 12.5juta Rm tahun 2008 kepada 24.5 juta ringgit pada 2009 dan sejumlah yang sama pada tahun 2010, selain itu peruntukan untuk SAR juga di tambah dari 1.5juta ke 1.95juta, adakan budaya ini menjadikan pemimpin BN rasa iri hati? Atau adakah perubahan yang dilakukan oleh negeri-negeri PR sebagai salah satu cara untuk PR merintih jalan ke Putra Jaya?


Isu menghina institusi istana ini memang menjadi senjata kepada kepimpinan UMNO, apa saja tindakan pembangkang yang ada kaitan dengan istana akan di manupulate oleh mereka, tapi apa yang mereka buat untuk menghina istana di diamkan sahaja. Jika kita mengambil contoh gulongan manakah yang telah berusaha untuk meminda perlembagaan bagi menghadkan kuasa Raja Melayu, kalau kita masih ingat peristiwa ini diketuai oleh Dr. Mahathir Mohammad dan Sanusi Junid menggunkan platform MAYC pula untuk tujuan yang sama. Dari mana kedua-dua mereka? sudah pasti mereka dari UMNO.

Wakil gulongan mana pula yang mengadakan perhimpunan haram untuk menghina sistem Raja Berpelambagaan. Apakah tragedi ini boleh dilupakan saja oleh rakyat Malaysia. Semua peristiwa ini seolahj-olah mereka lupa semasa semua kejadian di rakam oleh surat khabar, penggunaan ICT juga melaksanakan rakaman tersebut dan kini rakaman ini disebar ke seluruh negara sebagai bahan bukti siapakah sebenarnya yang menghianat instisuti istana.

Apa yang berlaku kepada Selangor adalah melambangkan iri hati kerajaan persekutuan kerana mereka tidak biberikan ruang untuk menabur fitrnah dan mengadu-domba umat islam di Selangor, sebaliknya kerajaan pimpanan YAB Khalid ibrahim telah berjaya menggunakan institusi masjid untuk tujuan menjalankan dakwah dan seiring dengan amanat bginda supaya menjadikan masjid-masjid di Selangor sebagai medan perjuangan kearah peningkatan perpaduan, perekonomian, kebudayaan dan lain-lain aktiviti yang memberi manafaat kepada rakyat Selangor.


Untuk itu padangan yang dizahirkan oleh Zaid Ibrahim sudah pastikan akan mengukuhkan lagi kedudukan " Raja Berpelembagaan " dan sudah pasti di masa akan datang pihak istana akan memastikan segala prosediur diikuti sebelum setiap arahan atau titah yang melibatkan pentadbiran negeri di ambil kira.


Saturday, May 8, 2010

APAKAH JUDI SUDAH DIHALALKAN

Dakwaaan yang mengatakan amalan 4 dosa yang ada pada pemimpin dan pengikut UMNOuhan kini dibukti dengan ketegasan dari Dr. Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan, di mana kerajaan pimpinan PM Najib akan mempertimbangkan untuk meluluskan lesen judi bolasepak semperna dengan kejohanan Bola Sepak, piala dunia Jun ini.

Semasa PRK Hulu Selangor, senjata yang dimainkan oleh UMNO khusus untuk calun PR dari PKR ialah dengan minum arak, kemudian Zaid ( gambar sebelah ) menjawab dengan mengemukakan cadangan kepada pemimpin UMNO yang tidak pernah minum arak, hatta DSAI sendiri bertanya kepada mereka ( ahli UMNO ) siapa yang tek pernah minum arak, tapi tiada siapa yang berani menyatakan kebenran. Kemudian SU Agung PAS pula memberikan kenyataan semua PM dari mula hingga kini kecuali Pak Lah, yang lain semuanya minum arak.

Sebab itu, Zaid memaklumkan 4 dosa besar tersebut Amalan Rasuah, Minat berjudi, Silih ganti dengan perempuan dan ketagih arak adalah amalan biasa mereka. Jadi apabila Datuk Dr Awang Adek Hussein, Timbalan Menteri Kewangan ( gambar sebelah ) berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi lesen judi bola sepak sempena Kejohanan Piala Dunia Jun ini. Seolah-olah inya mengesahkan sikap dan amalan yang ada pada diri mereka.

Malaysia sebagai sebuah negera yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, dan pucuk kepimpinan di terajui oleh Orang Melayu dan beragama Islam, seharusnya kita berasa sedih dengan pendirian dan keanggohan pimpin yang merancang untuk meluluskan " perjudian bolasepak " piala dunia tersebut.

Kenapa agaknya untuk melulus atau merancang untuk meluluskan judi ini tidak diumumkan oleh kepimpinan dari MCA atau MIC saja kerana mereka bukan penganut agama Islam, dan aktiviti dan tabiaat ini memang menjadi darah daging mereka, agaknya kepimpinan kita turut mendapat " habuan " dalam kerja buat ini, atau pun mereka ( MCA & MIC ) sudah mula ada kefahaman berkaitan dengan kehancuran jika kehidupan harian di kuasai oleh " judi " Untuk itu tiada pilihan lain, tambahan pula yang mengumumkan seorang menteri yang menjaga kewangan negara.

" Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor " dari Detikdaily

Bolehkah di simpulkan bahawa judi yang diberi lesen oleh kerajaan BN HALAL dan judi yang tiada lesen HARAM. Kitab mana dan hadis mana yang Umno BN pakai ini. Ada judi HALAL dan ada yang HARAM. Kerana ada jualan " nombor ekor halal dan haram " siapakah yang memberikan fatwa tersebut. Dengan itu adalah diharapkan pernan dan tanggongjawab untuk membetulkan hal ini terletak di bawah mufti kerajaan negeri yang disedaikan. Mungkin juga Mufti Perak, Sahibus Samahah Harussani Zakaria keluarkan fatwa adakah judi yang dilesenkan oleh kerajaan BN HALAL di sisi ISLAM?

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA