Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, May 14, 2010

JUDI KINI BUDAYA RAKYAT MALAYSIA

Kini uru-uru untuk mengadakan dan memberi kelulusan untuk mengadakan " perjudian " khusus berkaitan dengan Fifa 2010 di Afrika Selatan memang menjadi kenyataan. Berjaya Group dan Tan Sri Vincent Tan telah d ianugerahkan konsesi perjudiaan bernilai bilion ringgit ini yang bukan sahaja akan mengkayakan dia tetapi dalam masa yang sama merosakkan rakyat melalui dorongan untuk berjudi untuk terus berjudi. Yang paling sedihnya, penganugrahan projek langsung tidak dipohon oleh Tan Sri, sebaliknya ia berbentuk pemberian terus oleh pihak kerajaan.

Memang hanyalah kepimpinan PAS, PKR dan DAP yang menyuarakan bantahan kepada projek tersebut, walaupun pemimpin dan ahlinya berbeza agama dan bangsa namun ada rasa kesepakatan untuk membantah keras judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang diluluskan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah pihak kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

Hasilnya, kata beliau, wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat Islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang.


( gambar hiasan )

PKR pula melalui Ketua Penerangannya Latheefa Koya dengan keras menyatakan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan hanya menambah masalah penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat. Meluasnya judi sukan akan secara langsung menyerang tunjang budi pekerti (moral) masyarakat yang giat berusaha menghapuskan penyakit sosial seperti rasuah, jenayah keganasan seksual, penderaan dalam rumah dan pinjaman 'jerung' ah long. Kajian menunjukkan golongan miskin lebih mudah terpengaruh dengan judi dan mempertaruhkan sebahagian besar daripada pendapatan mereka berbanding dengan golongan yang kaya, katanya.



( gambar hiasan )

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang juga AP Petaling Jaya Utara, dalam kenyataannya pula berkata, kelulusan lesen ini merupakan satu tindakan yang memperolokkan Model Ekonomi Nasional (MEN) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau menambah rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini kerana Najib telah membentangkan model baru cara menjalankan perniagaan di Malaysia yang menurutnya akan lebih telus dan kompetitif.


( gambar hiasan )

Membentuk peribadi seorang insan di satu sudut mremelukan penggemblengan seluruh masyarakat, bukan sekadar ibu bapa sahaja. Hak ini kerana kegagalan membentuk seorang anak kecil agar menjadi soleh kadang kalan di pengaruhi oleh faktor persekitaran. - Bicara buat Pemimpin dan Rakyat - Mohd. Asri Zainul Abidin.

Kesimpulannya dengan galakan pemberian " judi " ini mungkin akan menggalakan rakyat negara ini ada minat untuk terus berjudi sebagai salah satu budaya hidup mereka.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA