Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, May 26, 2010

GELOMPANG 99 - PERLU DITERUSKAN


Kini PKR salah sebuah gabungan dalam PR, telah menetapkan 5 memasang 5 strategi untuk mendekati rakyat dan seterusnya memastikan Perak yang telah dirampas semula kembali di bawah naungan PR. Dengan memperkasakan organisasi dan mngilap semula imej Keadilan Perak sebagai tunjang pertama sudah pasti PKR akan dapat memperbaikai kedudukan setelah ramai kalangan ahlinya bertindak meninggalkan parti tersebut. Sebermula dengan tindakan ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering, kemudian ada kalangan ahli yang mengikut jejak langkah tersebut.

Selain itu, menurut Pengerusi Pimpinan Negeri Sdr. Mustafa Kamil Ayub, selain dari memperkasakan organisasi, meneruskan kerjasama kalangan anggota PR, berusaha untuk meningkatkan kepercayaan Khususnya orang Melayu serta memperjuangkan keadilan untuk rakyat Perak. Visi ke5 untuk membaik pulih sistem demokrasi yang telah dimusnahkan oleh BN, yang mana mereka mengetepikan Undag-undang Tubuh Negeri, dimana satu rampasan kuasa telah berlaku pada awal 2009 dari kerajaan PR.

Cuba kita perhatikan bagaimana persidangan Dewan Rakyat yang diadakan pada 30-31 Mac yang lepas, kerajaan yang diketuai oleh Dr. Zambry langsung tidak melaksanakan tugasan mesyuarat mengikut lunas perundangan yang ditetapkan. Keadaan yang tidak sepatutnya berlaku sama ada di dalam mau pun di luar dewan persidangan. Media yang dibenarkan hanya kaum kerabat BN sahaja. Dewan persidangan seperti Balai Polis di mana hampir 150 orang polis, berpakaian lengkap maun pun biasa sentiasa berkeliaran, kemudahan asas untuk pasukan pembangkang dinafikikan seperti pembesar suara di matikan serta tak pernah dalam sejarah, Speaker di kawal ketat oleh " bodyguard ".

Selain itu, sebelum ahli-ahli pembangkang memasuki dewan mereka di periksa seperti seorang pendatang tanpa izin dan mereka perlu melalui beberapa sekatan polis baru sampai ke pintu masuk yang diasingkan antara ADUN kerajaan dan pembangkang. Lagi menyedihkan rakaman persidangan bersama Tuanku dan santap pun di padamkan dari agenda. Kenapa harus bagini? Apakah ini melambangkan Dr. Zambry memberi signal yang kerajaan pimpinannya tidak diterima oleh rakyat?

Walaubagaiman pun Sdr. Mustaffa Kamil, yang penting kini ialah bagaimana untuk mempengaruhi semula kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India agar sokongan mereka berterusan untuk PKR, jika usaha dan perancangan dan aktiviti diteruskan adalah tidak mustahil mereka akan terus bersama PKR / PR, untuk beliau mengharapkan gelombang 99 perlu ditiup semula bagi memastikan kerajaan negeri dan pusat di kuasai oleh PR. Walaubagaimana pun untuk meneruskan perjuangan ini halangan sentiasa ada dan di harapkan semua pihak dapat memainkan peranan untuk kejayaan tersebut, jangan dinafikan setiap perjuangan itu sentiasa di ikuti dengan ujianya. Walaubamana insyaallah dengan berkat pertolongannya kita PR mampu ke Putra Jaya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA