Dengan berakhirnya episod PRK yang ke 11 selepas PRU 12 pada 2008 tempoh hari, menunjukkan jelas masyarakat Cina telah hilang kepercayaan kepada pimpinan mereka, hilang rasa hormat dan dengan kekalahan di Sibu ini, walau pun Robert Lau Hui mewakili SUPP tapi kawasan ini majoritinya adalah kaum Tionghua sejumlah 66.7% dari jumlah undi keseluruhannya. kekalahan BN dan parti wakilnya SUPP serta 66.7% pengundi adalah dari kaum Cini jelas ianya menunjukkan jalan keluar kumpulan ini dari BN kerana BN yang di terajui oleh UMNO masih memainkan " kaum " dalam setiap kempennya.
Tepat jam 10.58 malam pegawai SPR En. Wong See Mengt mengumumkan PR melalui DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dan Bebas dengan majoriti tipis 398 undi.
BN masih lagi dengan cara lama, mereka perlu membeli undi pada setiap kali PRK diadakan, cuba kita perhatikan semasa di PRK Hulu Selangor, pihak pembangkang telah mendakwa sejumlah RM100juta lebih telah di laburkan khusus untuk merampas Hulu Selangor dan akhirnya BN berjaya dengan majoriti yang tak berbaloi dengan jumlah perbelanjaan tersebut.
gambar - hanya hiasan
No comments:
Post a Comment