Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, May 22, 2010

DATUK T - MULA NGELABAH UNTUK PRU13




YB Dato T - Pengerusi Felcra Sdn. Bhd.

Parlimen Pasir Salak, kini menjadi lebih terkenal kerana MP nya dulu ialah Tan Sri Ramli bin Ngah Talib yang juga mantan MB Perak hampir lebih 20 tahun, kemudian semasa di parlimen beliau di anggat menjadi Speaker untuk hampir sepenggal kemudia di tamatkan khidmat beliau sebagai MP dan kini seperti biasa jadi " orang biasa ". Pemimpin silih berganti, selepas Tan Sri Ramli kini Parlimen Pasir Salak di terjui oleh Datuk Tajuddin bin Abdul Rahman, yang juga sebelum ini sebagai ADUN kawasan Kampong Gajah.

Kehebatan Dato T memang tidak dapat dinafikan, sebaik sahaja dapat menduduki kerusi parlimen beliau terus berusaha dan akhir dapat menduduk Ahli Majlis kerja Tertinggi UMNO dan beliau juga menjadi " menteri " untuk menjaga Felcra. Beliau terus hidup mewah dengan sumber hutan yang di usahakan oleh Felcra tersebut. Kebetulan pula Pejabat Timbalan Pengurus Besar Felcra terletak di kawasan beliau sendiri iaitu di Changkat Lada, Seberang Perak kampong Gajah.

Kini beliau mewah dan kehulu kehilir melawat kawasan dengan kereta 3bintang s350.
Dari segi populariti politiknya, Dato T lebih malang dari Tan Sri Ram, kerana semasa Tan Sri Ramli mewakili Parlimen Pasir Salak majoriti undi yang di perolihi belasan ribu dan menang dengan penoh bergaya, tapi bagi Dato T hanya lebih 2000 undi sahaja. Ini yang merisaukan beliau dan Sdr. Mustafa Kamil Ayub adalah calun yang mampu menggugat kedudukan Dato T ini. Sdr. Mustafa Kamil adalah proksi DSAI.

Untuk itu, Dato T perlu berhati-hati dan perlu memainkan peranan untuk memastikan apa saja penyelewangan yang dilakukan oleh Sdr. Mustafa Kamil serta rakan-rakan dalam PKR perlu didedahkan kepada umum, agar pengundi dapat faham dan tidak lagi memberikan undiankepada calun PKR tersebut. Dato T masih mengigau dan termimpi-mimpi akan tsunami politik yang terjadai pada PRU12 tempoh hari. PRU13, mengikut perkiraan akan diadakan secepat-cepatnya pada pertengahan 2011 atau pun berakhir pada 2013, walaubagaimana pun Datuk T dan kepimpinan UMNO Pasir Salak telah mengambil langkah untuk bersedia lebih awal lagi. Terbit fajar 2010 mereka telah memulakan langkah dengan berbagi program penerangan dan aktiviti yang ada kaitan dengan memastikan kemengangan.

2010, Pasir Salak mula menggunkan khidmat bakti " pasukan sumpah keramat " yang diketuai oleh YB Senator Ezam. Pasukan Sumpah Keramat ini adalah kepimpinan muda dalam PKR sebelumnya. Pasukan ini juga telah dijadikan kuda tunggangan oleh UMNO / BN yang ketuai oleh DSN.


YB Senator Ezam ( hanya hiasan )

Sejak bulan Mac 2010, ahli pasukan ini sudah 4 kali mengadakan ceramah yang bertujuan untuk " membongkar " rahsia kepimpinan PKR terutama DSAI sendiri. Bermula dengan kehadiran mantan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Sdr. Fairus di Kampong Changkat Lada, kemudian di ikuti oleh YB Ezam di Pekan Chenderong Balai, kemudian Sdr. Abu Haniafah Man di Pekan kampong Gajah dan setakat ini yang terakhir ialah Sdr. Hamdan Taha di Kampong Sungai Galah.

Apa yang sedihnya mereka langsung tidak menyatakan apa yang benar tapi hanya memanjangkan cerita dalaman yang dilakukan mereka sesama mereka semasa dalam parti keadilan tempoh hari. Apa yang disuarakan aalah mengimbau kembali apa yang dirancang oleh mereka sendiri. Cerita DSAI dengan sodomi 2nya. Dengan itu bukan bertambah percaya rakyat kepada pembongkaran tersebut malahan rakyat bertambah muak dengan pendedahan tersebut. Dalam pada itu ada juga kalangan ahli UMNO yang merasakan kehadiran mereka akan menjejaskan lebih teruk lagi wibawa UMNO, dan jika tersalah langkah nanti ia memungkin UMNO akan tewan di gelanggan Pasir Salak ini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA