Sebelas PRK diadakan selepas PRU12, dan pembangkang memenangi 8 dari sebelas dan BN hanya berjaya di Batang Ai di Sarawak, Port Dickson N. Sembilan dan Hulu Selangor di Selangor. Tapi yang paling menyayatkan bagi BN ialah apabila mereka kalah di Sibu kerana seminggu sebelumnya mereka menang di Hulu Selangor walaupun majoritinya tak seperti apa yang dijangkakan.
Sepatutnya mereka ( UMNO / BN ) menjadikan pengajaran PRK di Hulu Selangor untuk berdepan dengan PRK di Sibu. Ada beza antara masyarakat Cina dengan Melayu, di Hulu Selangor juga memperlihatkan undian Cina sudah tidak memihak kepada UMNO / BN, malahan apa yang di laksanakan di Hulu Selangor terus di buat juga di Sibu, sedangkan Sibu hampir 67% pengundi adalah dari keturunan Cina. Masyarakat Cina lebih suka hidup berdikari dan tidak suka menerima " habuan " di saat genting, kerana bagi mereka pemberian sebagini adalah tidak ikhlas. jadi sogokan yan diamalkan meninggalkan implikasi yang mendalam kepada penghidupan mereka, tambahan pula kenapa baru ada pilihanraya baru nak buat dan beri projek, bukankah itu perkara wajib bagi setiap pemerintah.
Mungkin faktor KM, yang sudah hidup " senang lenang " menjadikan mereka rasa amat benci, mungkin juga ada kalangan kepimpinan SUPP yang sudah ego, angkoh, sombong dan rasa muak melihat daya kepimpinan mereka atau mereka juga melihat apa yang sedang berlaku di semenanjung, di mana rakyat sudah berani membuat perubahan, itu yang menjadikan mereka ingin pula mengubah cita rasa di Sarawak mungkin juga akan menularkan ke Sabah.
Dengan itu, memang main politik ini tidak konsisten, hari ini kawan esok boleh jadi lawan, hari ini tidur sebantal esok mungkin berpisah, kerana politik adalah pentas segala kemungkinan dan perubahan di kalangan pengamalnya. Atas dasar itu pihak UMNO / BN juga perlu berfikiran terbuka di mana rakyat kini menuntuk satu reformasi kepimpinan dan bukan lagi daya tipu dan ampu yang diperlukan, satu tranformasi politik di mana ahli politik perlu berpijak di bumi nyata dan tidak lagi berpolitik mengadu dumba, politik sogokan, politik rasuah, politik " mee segera " kerana cara itu adalah cara lama.
Andaikan untuk terus releven hindarkan diri dari taktik basi di mana sentiasa mencemar kredibiliti pihak lawan, menggunakan media cetak dan elektronik dengan menyiarkan berita yang sama seperti 50 tahun yang lalu, asal ada PRU atau PRK ada saja ahli pihak lawan yang meninggalkan parti dan disiarkan berulang-ulang kali. Sebagai contoh semasa berceramah di Kg. Gajah Sdr. Hanafiah Man sanggup menyanggah kenapa Kelantan masih gagal untuk melaksanakan Hudud, sedang pada masa beliau dalam PKR beliau dan menjawab kenapa Hudud masih belum dapat di laksanakan. kerana ianya bidang kuasa Kerajaan persekutuan. Mengapakah mereka tergamak mengguna pakai hujah kebudak-budakan semasa berkempen.
Dimanakah keikhlasan kepimpinan UMNO / BN dewasa ini, benarkan mereka perkhidmat untuk kepentingan rakyat atau mereka berkhidmat untuk kemewahan mereka semata-mata, janganlah terus menipu rakyat, rakyat sudah sedar, sudah hidup secara " boarderless world " kerana kini dunia sudah berada di hujung jari.

No comments:
Post a Comment