" Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan , lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentun negara kita pada masa hadapan menjadi sebuahn negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk behadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku " - Professor Dr Yosuf Al-Qardhawi, sarjana dan pemikir Islam.
" Sesungguhnya sesuatu bangdsa ituk kuar dan hebat kerana akhlaknyha, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenya dan hilang " - Ahmad Syauqi, Penyair Mesir.
Dengan kata-kata sarjana pemikir Islam dan penyair Mesir ini sesungguhnya negara kita pada masa ini dalam keadaan yang cukup merbahaya, apa tidaknya, lihat saja keadaan rema masa kini, lihat saja tingkah laku, kerja buat mereka, hala tuju dan daya tahan dan daya fikir mereka amat mencemaskan sekali. Negara yang masih di dominan oleh kepimpinan Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran negara dengan golongan mudanya kehilangan hala tuju. Golongan Muda penoh dengan dunia fantasi, penoh dengan program dan aktiviti yang tidak menyumbang kepada kepetingan pembangunan negara. Dunia penoh dengan hiburan, penoh dengan salah laku, setiap perancangan pembangunan modal insan ke arah perspektif Islam langsung ditinggalakan.
Di bahu siapakah yang harus dipersalahkan, kegagalan pembentukan keunggulan remaja dewasa ini? Atau adakah kita merancana dan berusaha dengan cara yang betul untuk membina mereka ke arah pembentukan insan yang soleh? Untuk itu cuba kita buat kajian dan penilaian serta pertimbangan remaja rosa dan remaja yang baik mengikut perspektif Islam yang mana lebih ramai kala ini.
Kita boleh gunakan indikator persoalan berikut untuk tujuan kajian tersebut:
- berapa ramai ibubapa tahu tanggongjawab untuk mendidik mengiktu syariat Islam?
- Sejauh mana kalangan guru-guru dapat melaksanakan sistem pendidikan mengikut syariat Islam?
- Bagaimana pula majikan dengan pekerjanya, adakah mereka dapat beperanan kearah pekerja mengikut syariat Islam?
- Bagaimana pula peranana media cetak, media elektorik dalam menyalorkan maklumat untuk mereka memahami dan menghayati Islam?
- Sejauhmana pula perundangan negara berjaya menyedia dan dapat memberikan pengajaran kepada umat Islam tentang cantik dan indahnya Islam?
-YANG PENTING APAKAH PIHAK PEMERINTAH DAPAT MEMAINKAN PERANAN UNTUK MEMASTIKAN YANG DI ATAS DAPAT DILAKSANAKAN SEMAKSIMA MUNGKIN?
" Proses perjalanan meremajakan golongan remaja untuk menuju kedewasaan adalah bermula di rumah, di sekolah, di pejabat, dengan latihan, pesekitaraan dan dengan kawalan undang-undang " - khutab jumaat 14 mei 2010 - Belia masa depan adalah peranan kita masa kini, terbitan MAIPk
Dalam arus kemodenan dan kemajuan dunia ketika ini, semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk memastikan " remaja " membesar dalam keadaan terbaik semaksima mungkin. Apa perlunya mereka di dedahkan dengan program realiti yang sudah pasti bolah menggugat keimanan mereka, kita lihat sahaja di Negara kita berapa banyak program hiburan sama ada di media elektronik mau pun secara terbuka.
Kemodanan yang tampa halangan ini telah berjaya mempengaruhi gulongan remaja ke arah penyalahgunaan dadah, mereka juga diresapi dengan budaya Hollywood, suka berfoya-foya dan berhibur, amalan seks bebas, ketagih rokok di peringkat awal remaja, berjudi, ketagih arak. Seolah-olah negara kita tidak undang-undang untuk membenteras salah laku ini.
Dimana dan apakah peranan Kementerian Belia & Sukan pada masa ini, selain ada kementerian, ianya ada Jabatan Belia di Peringkat negeri dan pejabat belia di peringkat daerah, serta adanya kelab-kelab dan persatuan belia, tapi apakah mereka gagal atau memang tidak ada aktiviti kearah untuk memastikan " Belia " hari ini dapat meneruskan corak dan " modal insan " yang seiring dengan kehendak agama.
Yang banyak kita dengar, KBS melaksanakan aktiviti yang memihak kepada kepentingan " parti politik " bukan menyediakan mereka untuk kepentingan pembentukan modal insan yang soleh. Juga akhir-akhir ini KBS lebih memberikan perhatian kepada SUKAN dan tidak kepada pembentukan Modal Isan .
" apakah golongan remaja kini yang penoh dengan dunia " berseronok " mampu dan berkeyakinan untuk memikul amanah mengurus, mentadbir, mempertahan dan menjamin kedaulatan Islam dan umat serta negera masa akan datang, atau apakah cara yang ada kini mampu untujk membentuk remaja menjadi salah satu golongan yang bakal mendapat lindungan Allah.
SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA.
No comments:
Post a Comment