Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, May 26, 2010

UMNO MEMANG SUDAH HILANG PEDOMAN



Major Khairi Jamaluddin, KP Pemuda UMNO

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini membidas sekeras-kerasnya kenyataan ahli jawatankuasa kerja pusat MIC, Vell Paari yang mendakwa Umno menjadi dalang gerakan untuk menjatuhkan bapanya yang juga presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu. Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas tuduhan Vell Paari terhadap Umno menerusi sebuah laman web Free Malaysia Today. Dalam laman web itu, Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.



Muhyiddin Yassin TPM

Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan Vell Paari itu sesuatu yang biadap."Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap," katanya ketika ditanya mengenai tuduhan yang dibuat oleh Vell Paari terhadap Umno, selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan guru-guru daerah Muar dan Ledang.




Vell Paari - panglima MIC

Apakah benar kata Vell Paari dalam isu ini? apa indikator yang digunakan oleh beliau untuk melontarkan tohmahan tersebut. Cuba kita lihat beberapa tragegi di Malaysia khususnya selepas PRU12 tempoh hari. Dengan kehilangan majoriti 2/3 di parlimen, dengan kehilangan 5 kemudian 4 negeri di bawah pemerintahan mereka, boleh dikatakan tsunami politik ini telah memberikan satu " malapetaka " kepada kepimpinan UMNO.

Lihat sahaja bagaimana mereka merancana untuk mengambil alih kerajaan Negeri Perak, siapa agaknya yang merancang agar 3 ADUN ( 2 PKR 1 DAP ) meninggalkan parti masing-masing dan kemudian " mesra BN ", apabila ketiga-tiga meninggalkan parti masing-masing maka gugurlah hak PR dalam pengurusan dan pentadbiran di Perak. Dengan itu Perak jatuh ke tangan BN. Bagaimana pula cara DS Najib dengan cara rakus dan sombong " memaksa " semua pihak, SPR, Polis, pihak Istana untuk menerima " arahan " beliau agar dan menerima semua BN untuk memerintah Perak. Perundangan tubuh negeri, undang-undang dan perlembangaan negera semua tidak diguna pakai, yang penting Perak perlu di bawah pemerintahan BN.

Kemudian kita lihat bagaimana hari demi hari ada saja ahli parti khususnya dari PKR yang meninggalkan PKR dan " mesra UMNO " Gerangan siapakah yang merancana ini semua untuk memastikan PKR tumbang. Bermula dengan Bayan Baru, Nibong Tebal, Bagan Serai, Kulim Bandar Baru dan Akhirnya Wangsa Maju hanya dalam tempoh kurang 3 bulan 5 MP dari PKR meninggalkan PKR dan bertindak " mesra BN "

Pengurusan BN / UMNO terus menggunakan daya helah untuk melemahkan parti lain, dengan mempengaruhi agensi kerajaan pula, sudah pasti yang paling " akrab " dengan UMNO ialah SPR, SPRM, PDRM, badan Kehakiman serta hampir kesemua NGO kerajaan memberikan sokongan atas " kebiadapan " tersebut. Keperluan ini disebabkan dari 11 PRK yang diadakan BN hanya menang 3 ( Batang Ai, Bagan Pasir dan Hulu Selangor ).

Kemudian bagaimana DS Najib boleh menerima Makkal Sakti sebagai komponan baru parti untuk mewakili kaum India sedangkan MIC masih ujud, serta bagaimana krisis kepimpinan di MCA, antara Ong Tee Keat dan Chou Soi Lek, dan akhirnya masyarakat Cina tidak mengindahkan kehendak UMNO sebaliknya memilih Chou Soi Lek, walaupun orang semua tahu beliau pernah dikenakan tidakan disiplin berkaitan dengan salah lakunya.

Kaitan dengan beberapa isu di atas apakah ada rasionalnya tindakan anak Samy Vellu yang mengaitkan UMNO dalam pergesaran parti tersebut. Sama-samalah kita fikirkan.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA