Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, May 25, 2010

ARAH MANA INGINKU BAWA PKR

Isu " lompat si katak lompat " dalam isu thunami politik sejak berakhirnya PRU12 sungguh meninggalkan kesan kepada politik Malaysia. Kekalahan dan kegagalan UMNO / BN untuk meraih undi 2/3 di parlimen memberikan satu tamparan yang cukup menyayat hati, kerana PRU 12 lah kali pertama Perikatan dulunya dan kini BN gagal dalam membentuk kerajaan yang mudah, di samping BN juga pada asalnya kehilangan 5 negeri pemerintahannya. Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kelima-lima negeri ini Selangorlah yang paling mengecewakan sekali kepimpinan UMNO, kerana Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia.


segala-gala bermula dengan tindakan mereka ( hiasan )

Tapi apa yang berlaku di Perak telah memberikan ruang tragedi malang kepada PR ( yang ditubuhkan cara rasmi selepas PRU 12) lompatan 3 wakil rakyat dari PR ( 2 dari PKR dan 1 dari DAP ) dan akhirnya dengan kehendak mahkamah kerajaan PR di Perak runtuk dan terlantikan MB yang diarahkan memberikan kuasa kepada ADUN Pangkor - Dr. Zambry. Semuanya dengan lomptan mereka, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) sebagai ADUN bagi ketiga-tiga kawasan.

Selepas apa yang terjadi di Perak, ianya disusuli Adun Selangor Badrul Hisham Abdullah, ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim, dan kini ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng, Kulim Bandar Baru, Wangsa Maju. Selain dari mereka di peringkat MP ramai juga kalangan kepimpinan di peringkat ranting dan cabang yang mengambil keputusan yang sama. Maka kini PKR bertambah rumit dan keliru dalam kepimpinannya.

Walau bagaimanapun, sudah pasti pengurusan dan organisasi PKR gagal mengelakkan diri daripada dikritik, memandangkan parti tersebut melahirkan paling ramai wakil rakyat yang keluar parti. Dengan kata lain, walaupun fenomena "keluar parti" ini mengundang persepsi negatif terhadap PKR secara umumnya, tetapi jika diteliti, wujudnya dua penafsiran yang jelas berbeza, antara akhbar Melayu dengan akhbar Cina Ketika mengulas isu ini, akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian mempertikaikan halatuju perjuangan PKR, yang kononnya membelakangi kepentingan Melayu-Islam

Walaupun UM / BH dengan tafsiran sendiri tapi bukan semua akhbar di Malaysia yang sama daya fikir dengan 2 akhbar milik UMNO ini. Bagi akhbar Cina " lompatan " mereka ini lebih dikaitkan dengan masalah personal, mungkinkah dengan larinya mereka mungkin akan " spy " kepada PKR pandangan ini disuarakan oleh Nanyang Siang Pau, dalam satu komentar politik yang disiarkan di muka surat A2, berjudul "Senjata Terbaik", memetik Seni Perang oleh Sun Tzu, bahawa strategi terbaik untuk menjahanamkan musuh adalah dengan menggunakan "musuh dalam selimut" musuh (atau kuda trojan).

Komentar ini bermula dengan "senjata yang terbaik di dunia bukanlah bom nuklear atau bom atom, bukan pistol malah bukannya pisau, tetapi taktik untuk melaga-lagakan satu sama lain, malah meleraikan rakan seperjuangan yang rapat menjadi musuh yang bertentangan...". Ini kerana "musuh" dalam selimut musuh inilah yang paling memahami kelemahan dan segala strategi dalam kem dirinya, dan apabila orang sedemikian digunakan untuk melawan balik orang yang berada dalam selimut bersamanya, ia merupakan senjata yang paling berkesan.

Akhbar ini menganggap rakyat akan lebih bersimpati terhadap Lim Guan Eng dan PR, kerana UMNO dengan mudah menerima kamasukan " pelarian " dan menganggap bahawa tindakan Umno ini akan lebih menyukarkan MCA dan Gerakan. Beliau berkata, sebahagian rakyat berharap MCA dan Gerakan akan memainkan peranan untuk membantu pembaharuan Umno selepas PRU ke-12, agar Umno tidak angkuh dengan kuasa yang berpusat padanya. Tetapi, Umno kini semakin berkuasa! Cheah berkata, inilah punca kekecewaan rakyat terhadap MCA dan Gerakan yang gagal melakukan apa-apa dalam BN.

Akhirnya sebagai panduan, mungkin dan telah pun diakui sendiri oleh Ketua UMUM PKR Sdr. Anwar Ibrahim fenomena ini mendedahkan kecuaian parti ketika melantik calon PRU ke-12. PKR tidak menyediakan kursus untuk mendidik wakil rakyatnya yang terpilih kerana "tsunami politik". Mungkin pesediaan tergesa-gesa itu PKR tidak memiliki kelebihan dalam sumber dan masa. Sehubungan dengan itu mungkin persiapan kini sedang dilakukan oleh Anwar dan akan mengambil langkah baru untuk persediaan PRU 13 nanti.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA