Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, May 15, 2010

JUDI, KINI DI TERIMA OLEH AGAMA KITA

Kini sudah sampai masanya kepimpinan UMNO berasa malu dan befikiran waras dan rujuklah kepada alim ulama, rujuk kepada Jamal Khir, menteri yang menjaga Hal Ehwal Islam, apakan tidakan dan kenyataan yang kita keluar itu ianya mempertahankan aqidah kita atau sebaliknya. Kalau kita tak tahu hukum hakam rujuklah kepada mereka yang lebih tahu. Setiap negeri ada mufti, orang yang bertanggongjawab berkaitan dengan Islam, kita ada Sultan di setiap negari yang menjaga keluruhan Islam. Apakah meluluskan judi ini telah di maklumkan kepada " tiang " agama, apakah semua pihak dalam kepimpinan UMNO bersetuju dengan tindakan tersebut?

Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan angkoh dan sombong mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010
ini. Katanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan. Kita perlu praktikal. jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membernarkan permintaan yang baru lagi " Apakah Datuk Abdul Rahman ingin " menghalalkan " judi tersebut ?
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

gambar masjid - apakah pembinaannya dari wang judi?

Abdul Rahman, juga mengesahkan pihak kerajaan

tidak meninggalkan untuk membangunkan syiar Islam meskipun lesen judi diluluskan dan pihak kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam. Agama rasmi Islam terus di perjuangkan di samping meneruskan program dan aktiviti berkhaitan yang bertentangan dengan aqidah islam. Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.

Adalah dicadangkan agar Dato Abdul Rahman, merujuk balik ungkapan tersebut kepada mereka yang berpengetuan luas dalam bidang keagamaan. agar tidak tergelincir dari aqidah keIslaman. Sehubungan keputusan kerajaann itu, pertaruhan ( perjudian ) secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Kita tak berani nak tuduh, apakah saham-saham kelolaan kerajaan kini di laburkan pada bidang dan urusniaga yang sah seperti ASB, ASN, LUTH, KWSP dan lain-lain lagi. Nampaknya rakyat mula curiga atas kenyataan tersebut khusus jika ianya dikaitkan dengan simpanan dengan pihak kerajaan waktu ini.

" memang semua jenis pemerintahan akan melaksankana urusan menegakkan dasar dan memelihara rakyatnya dripada unsur-unsur yang mereka tidak ingini. Dasar-dasar yang di tegakkan itu, mungkin untuk kepentingan tertentu termasuk politik para pemerintah itu sendiri. Namun, Allah Maha Agung memerintah sesiapa sahaja dalam kalangan mereka yang beriman apabila diberikan amanah kekusaan dan politik agar menjadi suruhan dan larangan itu berpaksikan kepada peraturan-peraturan Nya itu Islam. Apa saja yang digalakkan oleh Allah pemerintah akan galakkan,manakala apa yang Allah SWT haramkan maka pemerintah pun haramkan. Peratuan Islam itu merupkan peraturan yang bebas daripada kepetingan mana-mana pihak ( parti politik ), Ia semata-mata keadilan, kesejahteraan dan kerharmonian. Cubitan dari BICARA BUAT PEMIMPIN DAN RAKYAT - Mohd. Asri Zainul Abidin.

1 comment:

  1. Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.
    At Taubah 107

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA