Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, May 8, 2010

APAKAH JUDI SUDAH DIHALALKAN

Dakwaaan yang mengatakan amalan 4 dosa yang ada pada pemimpin dan pengikut UMNOuhan kini dibukti dengan ketegasan dari Dr. Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan, di mana kerajaan pimpinan PM Najib akan mempertimbangkan untuk meluluskan lesen judi bolasepak semperna dengan kejohanan Bola Sepak, piala dunia Jun ini.

Semasa PRK Hulu Selangor, senjata yang dimainkan oleh UMNO khusus untuk calun PR dari PKR ialah dengan minum arak, kemudian Zaid ( gambar sebelah ) menjawab dengan mengemukakan cadangan kepada pemimpin UMNO yang tidak pernah minum arak, hatta DSAI sendiri bertanya kepada mereka ( ahli UMNO ) siapa yang tek pernah minum arak, tapi tiada siapa yang berani menyatakan kebenran. Kemudian SU Agung PAS pula memberikan kenyataan semua PM dari mula hingga kini kecuali Pak Lah, yang lain semuanya minum arak.

Sebab itu, Zaid memaklumkan 4 dosa besar tersebut Amalan Rasuah, Minat berjudi, Silih ganti dengan perempuan dan ketagih arak adalah amalan biasa mereka. Jadi apabila Datuk Dr Awang Adek Hussein, Timbalan Menteri Kewangan ( gambar sebelah ) berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi lesen judi bola sepak sempena Kejohanan Piala Dunia Jun ini. Seolah-olah inya mengesahkan sikap dan amalan yang ada pada diri mereka.

Malaysia sebagai sebuah negera yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, dan pucuk kepimpinan di terajui oleh Orang Melayu dan beragama Islam, seharusnya kita berasa sedih dengan pendirian dan keanggohan pimpin yang merancang untuk meluluskan " perjudian bolasepak " piala dunia tersebut.

Kenapa agaknya untuk melulus atau merancang untuk meluluskan judi ini tidak diumumkan oleh kepimpinan dari MCA atau MIC saja kerana mereka bukan penganut agama Islam, dan aktiviti dan tabiaat ini memang menjadi darah daging mereka, agaknya kepimpinan kita turut mendapat " habuan " dalam kerja buat ini, atau pun mereka ( MCA & MIC ) sudah mula ada kefahaman berkaitan dengan kehancuran jika kehidupan harian di kuasai oleh " judi " Untuk itu tiada pilihan lain, tambahan pula yang mengumumkan seorang menteri yang menjaga kewangan negara.

" Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor " dari Detikdaily

Bolehkah di simpulkan bahawa judi yang diberi lesen oleh kerajaan BN HALAL dan judi yang tiada lesen HARAM. Kitab mana dan hadis mana yang Umno BN pakai ini. Ada judi HALAL dan ada yang HARAM. Kerana ada jualan " nombor ekor halal dan haram " siapakah yang memberikan fatwa tersebut. Dengan itu adalah diharapkan pernan dan tanggongjawab untuk membetulkan hal ini terletak di bawah mufti kerajaan negeri yang disedaikan. Mungkin juga Mufti Perak, Sahibus Samahah Harussani Zakaria keluarkan fatwa adakah judi yang dilesenkan oleh kerajaan BN HALAL di sisi ISLAM?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA