Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, May 18, 2010

NAJIB - UMNO / BN TIDAK KREATIF UNTUK MENANG


PRK Sibu telah menterjemahkan sesuatu yang menakutkan untuk Perdana Menteri DS Najib, strategi yang diguna pakai disemua PRK telah tidak menjadi kenyataan di Sibu. Walaupun pada satu ketika BN telah berusaha keras untuk memastikan Sibu yang diperintah lebih 20 tahun tidak di ambil oleh orang lain.



Sehingga PM sanggup mengelurkan kata-kata “I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” ungkapan ini sesungguhnya amat merbahaya, kerana ianya jelas satu amalan rasuah politik untuk kepentingan semasa dan ianya tak pernah terjadi sejak PR pertama pada tahun 1955 lagi.

Apakah benar kekuatan BN selama ini ialah jenteranya tapi kalaulah jentera BN ini kurang bertenaga dan kurang dari segi kreativitinya, maka kita agak kehilangan kelebihannya?" Bukan sejak kematian wakil di Sibu lagi jentera BN telah bergerak, gerakan dengan memberikan imbuhan dan sumbangan untuk penduduk dan pemilih di kawasan tesebut. katanya dan benarkah DAP agresif dan menggunakan isu-isu sensitif semasa berkempen. Mereka juga banyak menganjurkan pelbagai majlis dan ceramah, khususnya pada sebelah malam,” sambung PM lagi. Apakah itu benar?

Mungkinkah PM serta kepimpinan gagasan BN masih tidur lena dengan keanggohan dan kesombongan dalam pemerintahan mereka, kenapa agaknya mereka langsung tidak memperdulikan apa yang diperlukan oleh rakyat seluruh pelusuk tanah air, kenapa agaknya pihak PM masih tidak mengakui apa yang telah terjadi menyebabkan pengundi rasa " bosan " dengan tingkah laku kepimpinan BN?

Cuba kita lihat sejak akhir ini, bagaimana isu APCO, pelabor yang bersalah, lihat sahaja bagaimana Sime Derby boleh kerugian hampir 2 billion, lihat sahaja GST, siapa yang akan mengaut keuntungan, perhatikan pula GLC siapa yang rugi dan pada masa yang sama siapa pula yang mengaut keuntungan. Akhir-akhir ini pula bagaiamana harta negera berjumlah hampir 400 billion di berikan kepada Brunei dengan begitu mudah sekali. Mengapa kepimpinan BN tidak langsung berani menterjemahkan persoalan tersebut untuk pengetahuan rakyat

Rakyat memerhatikan apa sahaja tindak tanduk yang dibuat oleh pimpinan, salah guna kuasa, rasuah, kini menjadi-jadi tapi yang tertangkap ialah pihak lain, walaupun bukti telah diberikan secukup-cukupnya tapi tindakan masih gagal diambil, kegagalan ini dibeikan perhatian dan akhirnya pengundi membuat keputusan.

Perdana Menteri sedar apa yang sedang perlaku, "Kita akan menghadapi cabaran lebih besar, oleh itu semua pihak terutama di Sarawak harus mengambil kira apakah yang harus kita lakukan untuk menghadapi pilihan raya negeri nanti." yang penting pada masa ini bukan lagi untuk mengisi kekayaan sebaliknya memastikan semua rakyat dapat hidup dengan selesa dengan menikmati kekayaan yang ada di negera ini.

Bagi DSAI pula, “Selama beberapa dekad, para pengundi dari luar bandar yang kebanyakannya daripada kaum Melayu, Iban dan Melanau tidak pernah untuk mengundi calon dari DAP yang terdiri dari kaum Cina. "Bagaimanapun keputusan pada pilihanraya ini menunjukkan mereka telah berfikiran terbuka dan mereka mula untuk menerima manifesto dari DAP dan gagasan PR yang lainnya. Untuk itu parti gabungan PR perlu memainkan peranan yang lebih lagi untuk memastikan PRU 13 nanti dapat BN tidak lagi berada di Putra Jaya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA