Alhamdulillah, kini baru PM pemimpin no. 1, 1Malaysia sedar akan betapa tidak relevenny UM dan BH ( hak UMNO ) Tamil Nesan ( MIC ) Star ( MCA ) dalam membuat laporan khusus berkaitan dengan " big boss " masing-masing. Kerana terlalu ghairah untuk memberikan " pengampuan " kini mereka di tegor. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan akhbar milik Umno itu – Utusan Malaysia berhubung kecederungan mereka mensensasikan berita.
“Saya faham apabila mensensasikan berita membabitkan orang yang terkenal...sedikit adalah okay. Saya tak akan halangnya. Tapi cuba berusaha mewujudkan era masyarkat yang berpengetahuan."
PM, DS Najib kini akur dengan pengetahuan dan suasana pendidikan kini, mereka pengundi di saluran 3 dan 4 adalah kalangan mereka yang sudah berilmu pengetahuan, sudah pandai menggunakan internate, daya fikir sudah globa untuk itu saranan PM agar akhbar perdana kembali ke asal tidak lagi memberikan liputan yang tidak mencermin keadaan sebenar.
Media lebih berminat dengan cerita-cerita sensasi, dan menurutnya cerita sensasi sedemikian "sedikit sebanyak memang boleh", tetapi pada masa yang sama media perlu menitikberatkan kepada berita berbentuk keilmuan supaya masyarakat dapat berfikir secara lebih intelektual dan objektif. Sebagai contoh, isu APCO, sepatutnya akhbar memberikan penerangan sebenar kenapa pihak kerajaan perlu berhubung rapat dengan mereka.
Walaubagaimana pun Najib masih enggan mengulas mengenai bidasan pelbagai pihak termasuk golongan agama berhubung tindakan kerajaan meluluskan lesen judi kepada Ascot Sports, yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya. “Kita tidak akan membincangkannya,” kata Najib kepada pemberita selepas majlis itu. Walau pun PM tidak berminat untuk membincangkan hal tersebut, disinilah peranan akhbar untuk memaklumkan kepada rakyat apakah kepentingan disebalik kelulusan tersebut sedangkan semua pihak setiap hari dibidas kerana tindakan berkenaan dikatakan akan membawa lebih masalah kepada Malaysia dan mencemarkan imej Islam negara ini.
No comments:
Post a Comment