PRU 12 telah meninggalkan kita lama, dan sehingga hari ini sudah 12 PRK di adakan diseluruh negara. Bermula di Permatang Pauh dan yang terakhir kini di Sibu Sarawak. 8 dari 14 buah negeri di Malaysia telah mengadakan PRK tapi yang paling hebat sudah tentu di mana mereka ingin kan DSAI di kalahkan di Permatang Pauh. BN hanya menang di 3 PRK - Batang Air, Hulu
Selangor, di Port Dickson. PRK yang lain di menangi oleh PR. DAP hanya bertanding cuma di Sibu dan kerusi yang lain di agihkan sama antara PAS dan PKR.
Para permerhati dan peminat politik kini merasakan PKR adalah antara gagasan PR yang paling " kiritikal " pada masa ini. Sebermula dari keluarnya 2 DUN di Perak kini telah 5 MP mereka meninggalkan rakan dalam PKR. Yang terakhir MP dari Wangsa Maju.
Untuk itu MUHYIDDIN Yassin ( sebelah ) menganologikan PKR sebagai 'parti kian runtuh'. Beliau bagituangkuh dan sombong sekali nada kata-katanya. Beliau membuat anologi atau assessment itu berdasarkan ramai pemimpin PKR yang berpaling tadah dan meninggalkan parti berkenaan. Apakah benar mereka meninggalkan parti dengan membawa semua ahli-ahli PKR bersama mereka atau mereka meninggalkan parti kerana " sakit " yang dialami diri mereka sendiri? Mungkin agaknya jika PR dapat menguasai Parlimen tidak akan ada kalangan mereka yang melompat parti.
Ada kalangan mereka yang melompat khusus dari PKR - mereka mempunyai hubungan yang tidak mesra dengan " grass root " kerana mereka bukannya berjawatan di cabang, kerana pemilihan semasa PRU dulu calon di " ambil " cara tergesa-gesa. Selain dari mereka juga mempuyai masalah peribadi seperti ada hutang, hutang kereta, hutang rumah, masalah rumah tangga, mungkin juga beberapa " pertolongan " untuk pengundi di kawasan yang begitu mendesak untuk diseselaikan tapi oleh kerana kekurangan peruntukan tidak dapat diselesaikan.
Selain dari itu, kalau kita perhatikan bagaimana pihak kerajaan sentiasa memberikan perhatian khusus kepada kepimpinan PR - mereka boleh tak tidur malam. Lihat saja bagai YAB TGNA yang disponsor oleh seorang individu untuk ke Mekah menjadi bahan untuk siasatan oleh BPR, bagaimana YAB Selangor yang mengadakan majlis qurban juga di siasatan, dan ada kalangan pekerja parti yang disiasat hingga mati, dan kesalahan hanya membekalkan 2000 unit bendera untuk hari kebangsaan. Semua ini jika ketahanan diri di tahap yang rendah sudah pasti setiap individu tersebut akan menarik diri.
Selain itu, mereka juga beranggapan setelah menjadi " wakil rakyat " mereka perlu hidup mewah seperti rakan dari UMNO, inilah prinsip yang salah, kerana perjuangan PR bukan untuk mengorbankan rakyat tapi bekerja untuk rakyat. Sudah pasti mereka " teringin " untuk hidup mewah seperti wakil dari UMNO / BN. Prinsip dan dasa ini gagal di ikuti oleh mereka, khususnya wakil dari PKR kerana - majoriti ahli PKR adalah dari UMNO.
Untuk itu kita tidak tahu sejauh mana nilai dan mutu politik Muhyiddin. Apakah beliau sengaja membuat anologi itu untuk melemahkan PKR dan Pakatan Rakyat atau memang kerana kecetekan beliau dalam membuat assessment berhubung perkembangan politik. kalau benar kata dan anologi tersebut, apa lagi, ayuh kita bubarkan parlimen dan adakan PRU13, atau mana-mana negeri yang sudah " establish " dibubarkan DUN dan diadakan pemilihan semula, seperti Perak yang kini sudah diterima semula oleh rakyatnya. di maklumkan kini sudah 68% pengundin di Perak telah kembali ke UMNO / BN.
Tapi rasanya dengan kekalahan di Sibu, sudah tentu Muhyiddin tersentek dan berfikir dua kali untuk bertindak ke arah pemilihan semula. Yang keluar dan meninggal PKR ialah wakil rakyatnya tapi ahli masih jitu dan memberikan pengharapan untuk PKR bersama-sama PR menerajui parlimen pada PRU 13 nanti.
No comments:
Post a Comment