Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, May 27, 2010

KISAH SEORANG BABA DENGAN ANAKNYA


CERITA UNTUK RENUNGAN


SEORANG lelaki memukul bapa yang mahu menjual anaknya (kanan)
yang dirantai pada tiang lampu di bandar Wuhan China, baru-baru ini.

WUHAN - Seorang bapa di China mengadakan lelongan hamba zaman moden selepas dia merantai anak lelakinya di sebatang tiang lampu dan mengambil bidaan daripada beberapa orang yang tidak dikenali, lapor sebuah akhbar semalam.


Akibat kemiskinan, bapa tersebut, Yong Tsui mahu melepaskan tanggungjawab memelihara anaknya yang berusia lapan tahun itu dengan menjualnya, baru-baru ini. Dia meletakkan sebuah meja kecil lengkap dengan dengan sekeping kertas yang menyatakan umur, nama dan keupayaan kanak-kanak itu untuk melakukan kerja berat.


Bagaimanapun, kejadian yang berlaku di sini, tengah China itu menyebabkan sekumpulan lelaki naik berang dan memukulnya. Budak itu yang dikenali sebagai Fai, kemudian diletakkan di bawah jagaan polis. Bapa budak itu memberitahu polis bahawa ibu anaknya itu mati tiga tahun lalu dan dia tidak mampu untuk membesarkannya.


"Dia (bapa budak itu) tidak mempunyai pekerjaan. Dia tidak berminat dengan wang tetapi cuma untuk mencari sebuah tempat kediaman untuk anaknya," kata seorang pegawai polis. - Agensi

0 KOMEN:

Post a Comment

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA