Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, April 30, 2010

TITAH SULTAN UNTUK KEBAIKAN PEMBANGUNAN REMAJA


Mesej Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah jelas dan terang: jangan datang ke Selangor jika tidak bersetuju dengan larang baginda agar masjid dan surau di Selangor tidak dijadikan sebagai tempat untuk berpolitik. Semua rakyat dan penduduk di Malaysia amat faham dan jelas dengan larangan yang dititahkan oleh Tuanku Sharafuddin, sejak akhir-akhnir ini semua badan khususnya Politik telah menidakkan ketuanan istana dalam percaturan politik mereka.

Kalau kita masih ingat, gulongan manakah yang melaksanakan " road show " untguk menarik balik kekusaan istana 30 tahun lalu,Siapa PM masa itu, kalau masih ingat orang MAYC siapa Sanusi Junid yang menjadi wira dalam memperjuangkan isu tersebut. Kehulu ke hilir ahli MAYC menyatakan sokongan kepada idea menarik kekebalan istana masa tersebut. Selepas ketiadaan kuasa juak-juak UMNO mula masing-masing dah kedudukan kepimpinan istana seolah-oleh sudah tidak diendahkan

Adakah kita masih ingat bagaimana seorang pemimpin sebuah negeri sanggup " berkahwin " cara larian dengan puteri istana? apakah itu tidak mendukacitakan pihak sultan dan seluruh gulongan istana? Apakah kita masih ingat perbalahan dalam rebutan jawatan MB di sebuah negeri di Negeri Pantai Timur hingga tertulis " kami mau Deris natang " untuk siapakah " natang " itu ditujukan, kerana untuk melantik seseorang MB hanya tuanku yang bertanggongjawab.

Diatas adalah sedikit kisah di mana " biadapnya " gulongan tertentu terhadap paduka raja yang memerintah waktu ini. Kini juak-juak inilah yang kononnya mempertahankan institusi di raja, apa saja yang dibuat oleh kepimpinan pemangkang semuanya tidak sehaluan dengan istana. Peristiwa di Perak, memang nampak sangat pihak istana telah mengikut telunjuk apa yang diperlukan olah pemerintah.

Kini pihak istana Bukit Kayanagan di Shah Alam, telah melarang semua pimpin yang ingin menggunakan masjid untuk kepentingan politik, tak boleh cakap urusan politik, tak boleh buat kelas fardhu ain yang ada kaitan dengan unsur-unsur penambahbaikan dalam kehiduapan harian seorang manusia, seperti larangan berjudi, larangan meminum arak, larangan berpakaian mendedahkan aurat dan banyak lagi cara hidup orang Islam yang terlarang tak mampu di dedahkan kepada umat. Mungkin gejala sosial dapat di terapkan dengan adanya kuliah subuh, kuliah maghrib dan ceramah-ceramah agama, tapi untuk mendapatkan penceramah, yang bersikap bebas ( bermaksud mereka tidak berparti ) amat kurang sekali, kalau kita lihat Tan Sri Harunsani Mufti Perak, beliau juga mengeljuarkan pendapat seperti beliau adalah menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam di JPM, isu penglibatan APCO, Amanah Raya Berhad yang dikaitkan dengan saham judi, Tan Sri masih belum dapat membeikan respon terhadap kegiatan tersebut.

Untuk memastikan anak bangsa tidak terjerumus lebih teruk lagi di kancah salah laku, seperti penagihan dadah, peristiwa buang bayi, Mat Rempit, salah guna kuasa dan banyak lagi tingkah laku yang boleh dibaiki, saranan dan tegoran amat sesuai di sampaikan di majjid-masjid, melalui ceramah, kuliah-kuliah dan foram-foram. Kalau boleh apa salahnya pihak istana juga memberikan tegoran kepada kegiatan-kegitan yang kurang sihat dapat di tiadakan, seperti mengadakan persembahan rock, hiburan yang melampaui dan sebagainya.

Apa yang sedihnya, golongan majoriti yang terlibat dengan salah laku ini di monopoli orang remaja Melayu. Kita cukup rasa sedih dengan apa yang berlaku masa ini.




Thursday, April 29, 2010

POLIS PANGKAT RENDAH MARAH GAJI TAK NAIK



Rukun Negara ada 5 prinsip ; kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja & negera, Keluhuran Perlembangaan, Kedaulatan Undang-undang & Kesopanan dan Kesusilaan.

Memang tidak dinafikan apakah dan bilamanakah peranan pasukan PDRM, semua orang tau senarai tugas mereka ianya terletak pada KEDUALATAN UNDANG-UNDANG, mengawal negara dan rakyat agar dapat perlindungan undang-undang yang semaksima mungkin. Tapi sejak akhir-akhir ini, PDRM sering di salahkan baik dari sudut personaliti mau pun memiankan peranan dalam pertanggongjwaban yang diamanahkan.

Kita masih tertanya-tanya bagai KPN sendiri pernah di tohmahkan adanya hubung kait dengan pasokan samseng di negara ini, polis di lebalkan dengan tidak amanah, sering menerima rasuah, polis suka " mengpau " pemandu lori, buat sekatan jalan raya tidak mengikut undang-undang, banyak lagi salah laku yang tak perlu di dedahkan. Cukuplah setak itu sahaja.

Sudah 2 kematian di hujung senjata api polis adik Tawfiq Norzan dan kini Amirulrasyid dan 1 kehilangan misteri itu Norizan Salleh juga gagal di tangani oleh pihak PDRM. memang pihak PDRM peka dengan tugasan yang dipertanggongjawabkan tapi PDRM juga pada masa kini melaksankan tugas dengan cara terpilih. Kalau tregidi dan salah laku di pihak pembangkang akan di siasat secepat kilat, dapat aje laporan kertas siasatan terus dibuka, tapi kalau kena pada orang sebelah sentiasa di cari hela agar siasatan di lambat-lambatkan. Dapatkan dinafikan? Bukankan ini dinama siasatan terpilih?

Sebab itu kepercayaan terhadap kemampunan PDRM dewasan ini sentiasa di pertikaikan. Kita lihat bagaimana mereka meleraikan tunjuk perasaan antara pembangkang dan penyokong kerajaan, kita lihat sahaja bagaimana kata-kata yang mampu mengugat keharmonian kaum di utarakan oleh kedua-dua belah pihak, pihak mana yang akan disiasat. Lihat saja apa yang dikatakan oleh Presiden Perkasa. kalaulah ungkapan itu di luahkan oleh kepimpinan pembangkang sudah pasti laporan polis di buat dan di tangkap mereka yang berucap di dicadangkan hukuman bawah akta hasatan. Tapi malang tidak berlaku di sebelahan pemimpina kerajaan atau NGO kerajaan.

KPN macam merajuk aje bunyinya "Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak. "Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.
,
Kenyataan di atas jelas memperlihatkan betapa " bodohnya " KPN kita, yang patut di siasat perlu di siasat yang dicurigai oleh rakyat ialah siasatan terhadap Allayarham Aminulrashid, Taufiq, dan kes Norizan Salleh. Kenapa perlu tak mau siasat kes yang perlu di siasat. janganlah merajuk, padangan dan teguran rakyat adalah kerana rakyat simpati dengan tugasan yang diamanahkan kepada PDRM

Kenapa dan mengapa agaknya KPN, Tan Sri Musa bagitu " jauh hati " mendengar ulasan dan kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis. Selalunya orang yang bersalah saja yang takutkan keadaan. bak kata pepatah " siapa makan cabai dialah yang meresa pedasnya "

MELAYU MUDAH LUPA DAN TEPERDAYA



JANJI KINI DI TUNAIKAN SUDAH?

Memang banyak untuknya kepada MCA dan MIC dalam kancah PRK di Hulu Selangor, kalau kita lihat semua janji yang di tabur oleh semua Menteri kabinate yang datang berkempen semua akan memberikan imbuhan jika BN memenangi PRK tersebut. Sebab itu DSAI berani megumumkan BN berbelanja hampir 100 juta untuk mendapatkan kelebihan 1725 undi untuk Kamalanthan.

Tahniah kepada semua penduduk di Hulu Selangor, khususnya hari ini untuk pengundi CINA, sumbangan 3 juta telah di terima. Beliau berharap peruntukan itu dapat membantu sekolah tersebut membina bangunan sekolah tambahan di tempat yang baru. "Maknanya hutang saya sudah langsai,” katanya ketika menyerahkan cek tersebut kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Ng Tek Kui dan guru besarnya, Ng Kin Mooi. Sambungnya dengan bangga dan angkoh dan sombong
"Saya sudah buat satu pengakuan bahawa semua janji yang dibuat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kita akan tunaikan,” kata perdana menteri pada majlis penyerahan cek itu kepada sekolah berkenaan di Putrajaya hari ini.

Beliau juga mengingatkan kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor dan di seluruh negara bahawa Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang mereka boleh yakini. "Apa saja yang kita telah janjikan, kita akan tunaikan dan kata-kata kita akan kita kotakan,” katanya dengan penoh yakin dan cukup rasa puas atas kemenangan tesebut. Walau pun penerima En. Ng Tek Kui dan Ng Kin Mooi, Pengerusi Lembaga Pengurus dan Guru Besasr sekolah tersebut di fahamkan tidak memberikan undian kepada BN serta berkempen untuk tidak menyokong BN untuk masyarakat Cina yang lainnya.

Bagi kaum India, mereka juga menerima durian runtuh, wakil rakyat dari MIC di Hulu Selangor, dapat juga Senator dan sudah pasti Palaneviel akan di lantik bersama-sama dalam kabenite. Untuk mereka menjadi rakyat Malaysia.

Setakat ini imbuhan untuk orang UMNO masih belum di agihkan lagi, janji untuk masyarakat Felda di Sungai Buaya masih belum menerimaan setiap janji yang di janjikan. Harap-harap mereka juga akan bergembira sehari dua lagi, kerana musim berjanji trelah selesai dan kini tiba masa untuk musim menuai janji-janji yang tidaburkan. Kita berdoakan agar tidaklah menjadikan pengundi Melayu yang bersifat " penyabar " sebagai tempat tumpangan untuk meraih satu-satu kepenting, jika mau di janjikan dan jika yang di mau telah diterima mereka di lupakan. Harap-harap ini tidak berlaku.

PM juga sedar "Walaupun kali ini mereka tidak sepenuhnya mengundi kita tapi kita harap pada masa akan datang, kaum Cina akan beri sokongan lebih padu kepada Barisan Nasional,” katanya. Bagi lagi tapi undi belum tentu.

Wednesday, April 28, 2010

KINI EZAM BERGELAR YB.



Kalah bukan beerti kita akan sentiasa tidak menang, malahan kalau kita menang pun bukan sentiasa kita memang, akan sampai masanya kita akan kalah. Tapi bagi Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel BN menang atau kalah sekali pun janji telah di bena dan pasti akan dikota, dan akhirnya beliau akan di lantik senator dan berkemungkinan besar sebagai paling koman pun timbalan menteri, kerana sebelum ini beliau adalah bekas timbalan menteri, justeru adalah adil dan saksama jika kali ini beliau diberikan jawatan menteri penuh.

MIC dapat kerusi Parlimen, MIC dapat senator dan MIC juga akan dapat menambah lagi satu kerusi Menteri di Parlimen. Tahniah MIC. Moga-moga cara dan kebijaksanaan orang India patut di jadikan contoh oleh orang Melayu yang sayakan UMNO. Kemenngan Kamalanathan, UMNO yang memastikan kemenangannya, Menjawata jawatan Senator dan akan dilantik menteri kepada Palanivel juga dengan restu UMNO dan akhnirnya yang kalah ialah orang UMNO. Padankan muka mereka.

Untuk mengimbangkan perlantikan tersebut PM membawa pula Panglima Sumpah Keramat ( gambar bawah ) Sdr. Ezam Mohd. Nor.



Walaubagaiman pun penat lelah sdr. Ezam kini berbaloi dengan perlantikan tersebut, dan juga disebut-sebut menjadi timbalan menteri yang dikhususkan untuk menjaga dan menceritakan hal ehwal DSAI kepada kerajaan BN. Tahniah moga-moga ramai lagi kalangan " rakan sumpah keramat " akan mengikuti jejak langkah Ezam ini.


Monday, April 26, 2010

PRK HULU SELANGOR - MELAYU MASIH BELUM SEDAR

Mari kita lihat dan buat sikit kajian khusus berkaitan dengan implikasi terhadap PRK Hulu Selangor, jelas pada kita pada masa kini, selepas PRU12, masyarakat Cina mula tidak memberikan ruang dalam kepimpinan negara, mereka sudah berani untuk mengadu dumbakan nasib dengan tidak menyokong MCA dan mengingkari arahan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN, mereka terus dengan dunia yang inginkan menambahbaikan dalam pengurusan dan pentadbiran negara.

Cuba kita " study " keadaan keputusan 11 peti undi di mana pengundi Cina majoriti.

1-Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
2-Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
3-Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56
4-Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
5-Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
6-Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205
7-Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
8-Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
9-Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216

10-Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
11-Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 2462, BN 1493

Apa yang menariknya, peti no. 9 / 10 adalah kawasan Melayu dan yang lain sama ada pengundinya bercampur atau pun kawasan Cina. Peti 9 PKR kalah dengan 68 undi dan peti 11 ketinggalan 68 suara. Di sini juga melihatkan sudah ada rasa pertanggongjawaban di kalangan Pemilih Melayu yang inginkan perubahan, yang sudah sedar betapa satu-satu pembetulan amat perlu di laksanakan, sudah perlu di berikan perhatian tentang salah laku apa yang dimainkan oleh pemimpin waktu ini. Tapi kalau kita lihat peti no. 1,2,3,4,5,6,7 amat jelas pemilih dari gulongan Cina tidak memberi ruang kepada UMNO / BN.

Bagi pemilih Melayu, cuba kita fikir bagaimana untuk memastikan kawasan majoriti Melayu di wakilkan kepada orang Melayu, bukan tidak berminat untuk berkongsi kuasa dengan rakan bangsa lain, tapi apa alasan kukuh untuk memberikan tanggongjawab menjaga hak orang Melayu kepada bangsa asing? Disinilah dikatakan orang Melayu tidak pandai berpolitik, dalam negera demokrasi, politik penting untuk menentukan sesuau, jadi untuk mengembalikan hak kawasan Melayu kepada orang Melayu ianya perlu di tangani dengan cara politik.

Kita lihat bagaimana mainan MIC dalam menentukan calun di PRK 94, tolak ansur untuk calun mereka dijanjikan jawatan menteri dan lantikan senator. Kini calun mereka menang, Wakil Rakyat mereka dapat, Senator dapat dan sebagai menunaikan janji jawatan menteri atau timbalan juga mereka dapat. Melayu UMNO dapat Apa? Ini bukan perkauman tapi hanya satu lontaran idea untuk difikirkan, rakan " Pejuang " perlu memberikan pendapat dalam hal ini.

Rasanya DSAI telah banyak memberikan salah laku, penyelewangan, rasuah dan entah apa lagi yang salah dilakukan oleh pemimpin tapi sikap dan pegangan " dulu, kini & selama-lamanya " terus terpendam dalam hati. Mengapa " Pengundi " melayu tidak mau dan pernah berfikir untuk masa depan anak, bangsa, negera dan agama.

Fikirlah sendiri, untuk kebaikan.
Sebusuk-busuk daging, di kincah dan di basoh akhirnya di makan juga.

Sunday, April 25, 2010

PRK HULU SELANGOR - HAK BN

Perjuangan bermula 17 April kini telah pun sampai ke garisan penamat, dan perlumba yang menggunakan lambang dacing di istiharkan menang, dan BN berjaya merampas semula kerusi tersebut dari PR ( di wakilkan oleh PKR - Dato Zainal Abidin bin Ahmad dengan mengalahkan Datuk Palanivel BN dengan majoriti cuma 198 pada PRU 12 tempoh hari ). Maka pada tarikh 25 April ini Hulu Selangor akan di wakili oleh calun dari MIC En. Kamalanathan yang mengalahkan Datu Zaid Ibrahim dengan majoriti 1725 undi.



Menang atau kalah dalam pertandingan memang sudah menjadi lumrah, yang kalah pasti akan melaksanakan " postmortem " untuk mengenal pasti mengapa mereka kalah, yang menang sudah pasti akan merayakan kemenangan yang dicapai. Ataupun kadang kala yang menang juga akan merasakan pening kepala untuk menunaikan segala janji yang telah ditaburkan, tambahan pula semua menteri termasuk Perdana dan Timbalan semua berjanji untuk melaksanakan projek-projek pembangunan.

Apa kata TPM - di Hulu Selangor akan didirikan 4 buah sekolah - 3 sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah, beliau juga mengumumkan penambahan dividien kelapa sawit kepada peneroka di kawasan felda yang terdapat di Hulu Selangor. Perdana Menteri pula bersediakan dengan jumlah RM3 juta untuk memastikan pembangunan sekolah-sekolah Cina di kawasan ini, selain dari RM100k untuk setiap masjid dan surau serta di bekalkan dengan sebuah van jenazah. Kepada peneroka di Felda Sungai Buaya pasti meresa lega mungkin pada mulai esok akan menjadi orang kaya dengan bantuan RM50k sebagaimana yang dijanjikan
Cuba kita analisis berapa banyak wang yang akan di curahkan untuk mendapatkan kerusi parlimen Hulu Selangor yang akan bertahan cuma 2 tahun saja itu. Kerana mungkin pada pertengahan 2012 akan diadakan PRU13.

Berbalik kepada PRK, jika kita perhati dan teliti seramai 48,935 atau 75.87% keluar menunaikan tanggongjawab ( % mengikut kaum belum diperolehi ) dan mulai peti undi yang dibawah ke pusat mengiran induk mendapati PR ( PKR ) terus mendahului BN, mulai jam 8.22mlm PR mendahlui dengan 1,126, 1,173 pada 8.23, tapi mulai jam 8.40 malam undi untuk BN terus meningkat dan akhirnya meninggalkan PR dengan jumlah 1387 pada 9.03malam serta seterusnya mengumpul sejumlah 24,669 undi berbanding 22986 untuk PKR.

Ianya menjadi tandatanya bagaimana selepas jam 8.40 malam semua peti yang dibawah masuk menunjukan peningkatan bilangan undi untuk BN? Apakah ada penyelewngan atau pun memang sudah di takdirkan demikian? Undi pos memang tidak dinafikan mana-mana piliharaya pun ianya menjadi hak milik parti pemerintah. Sejumlah 767 untuk BN dan 120 untuk PR dan sejumlah keseluruhan pengundi ialah 1039.

Kekalahan 1725 ini kalau di ambil kira tidak berbaloi kerana pemilih yang diubahkan pusat pengundian oleh SPR ialah seramai 14000 orang ( pemilih/pengundi ), walaubagaimana pun usaha SPR untuk memberi talian hayat kepada BN menampakan kejayaan dan sudah pasti pengerusi SPR akan di naikan pangkat atau menerima anugerah lagi di mana akan datang.

Pengundi Melayu masih berpaut kepada UMNO dan sentiasa menerima apa yang dibuat oleh UMNO kerana " dulu, kini dan selama-lamanya " cukup sebati dengan corak penghidupan harian, ini berlainan dengan kaum Cina dan India, mereka sudah boleh meneriam penyalahan gunaan kuasa oleh kepimpinan yang ada.

Akhirnya tahniah kepada Kamalanathan dan jangan putus asa kepada Zaid, dunia politik masih terbuka luas untuk pergerakan akan datang.

HARI PENENTUAN UNTUK PR / BN

Kampung Pasir Putih adalah, kawasan di mana PKR Negeri Perak di pertanggongjawabkan, dan di kawasan ini manjoriti adalah Melayu.

" Bill board " ini jelas menunjukkan betapa rasuahnya UMNO semasa menghadapai PRK. memang projek ini mengikut arahan perlu dimjulakan pada 14 april 2010 dan perlu disiapkan pada atau sebelum 13 Mei 2010.

Pada 23/24 makin sesak dan padat peminat politik menghadirikan diri ke Hulu Selangor, orang bertambah ramai, kenderaaan bertambah sudah tentu ianya akan menyebabkan lalu lintas tergendala dan menyesakkan keadaan.

Pada 23 April 2010, di kawasan bilik gerakan PKR Perak ini menganjurkan program seperti di atas dengan penceramah seperti YB Gobala ( AP Padang Serai ), En. Shamsul Iskandar ( Ketua AMK ) dan Sdr. Mustafa Kamil Ayub Pengerusi PKR Perak. di samping itu juga diadaka
n Jamuan Rakyat untuk pekerja dan staf JDM di UPU ini.


Gambar sebelah sebahagian dari tenaga kerja siap sedia untuk menjamu selera makan tengah hari selepas memunaikan fardhu
Jumaat di majlis
berhampiran Masjid At-Taqwa, Kalumbang.






Suasasna malam terakhir di Stadium Kuala Kubu Baharu memang menaikkan semangat, dan kalau baginilah keramaian penggundi yang hadir kemengangan sudah pasti memihak kepada Dato Zaid.


selamat mengundi kepada semua pengundi di Hulu Selangor, pastikan setiap undi itu adalah untuk PR ( PRK ).

Saturday, April 24, 2010

LAWATAN KE SEOUL 5

Pada hari terakhir lawatan ke Korea banyak di habiskan masa dengan program " happy and easy " dimana semua ahli rombongan di berikan kebebasan untuk menijau dan melawat sendiri secara lebih dekat dengan keadaan di Seoul.

" Subway " jalan bawah tanah, pada awalnya kita beranggapan yang " subway " ini jalan jalan untuk merintasai jalan raya, kalau di negera kita " jejantas " memainkan peranan penting untuk memudahkan pejalankaki melintas jalan utama, tapi lain keadaannya di Korea, di " subway " selain memudahkan pejalan kaki melintasi jalan utama, " subway " in dipenuhi dengan gerai jualan, laksana supermarket. Ini menyebabkan pada waktu puncak " subway " menjadi laluan utama kepada tenaga pekerja yang perlu berulang alik. barangan yang di jual juga lebih murah daripada supermarkat, agak menyeronokan berbelanja di bawah tanah ini.


Walau pun program galakan membaca memang ada di laksanakan di negera kita, tapi kelaianan yang terdapat di Korea ialah dimana semua pihak boleh membacaan akhbar secara
percuma dan ianhya diletakan di tempat yang strategik di mana pembaca boleh mendapatkan dengan mudah, dua gambar sebelah adalah pos di aman akhbar berbahasa Korea di sedaiakan untuk di ambil dan di baca oleh rakyatnya. kelaianan ini tidak terdapat di neger kita, alangkah cantiknya jika negera kita juga boleh melaksanakan program seperti ini, cara tak langsung, ianya dapat meningkatkan keahlia pembacan.


lagi satu budaya orang di Seoul mereka menggunakan " garisan zebra " untuk melintasi jalan, yang lainnya dengan negara kita ialah garisan ini dibuat dua hala, menghala dan menyeberang ke kiri dan ke kanan jalan, serta pejalan kaki amat patuh dengan lambu isyarat, dan mereka tidak akan melintas selagi lambu tidak memberikan isyarat untuk melintas, pembentukan disiplin sebagini patut juga ada di kalangan rakyat di negera kita.

Sebelah petang sebagai acara terakhir, semua ahli rombongan di bawah ke Naminara Republic di mana terletaknya Pulau Nami, dan popularnya pulau ini ialah kerana di sini adalah tempat perfilaman dan drama " Winter Sonita " melakukan pengambaran di pulau ini, gambar sebelah ada lah berlatar belakangkan pohon-pohon pada musim gugur. keadaan tempat memang cantik dan merintasi cuma 10 minit dengan menaiki feri, dan untuk mengelilingi pulau disediakan " electric Tour car " dengan bayaran 5000 won seorang atau 15RM.

Lawatan ke Korea ini amat menyeronokan, masa cuma 6 hari tidak mencukupi untuk melawat semua tempat dan dalam perjalanan pulang dan Nami Island kami di bawa melawat Stadium kenangan Fifa World Cup 20
02 di mana Korea menjadi tuan rumah bersama dengan Jepun.


Gambar sebelah adalah stadium kenangan penganjuran Fifa World Cup 2002 Korea bersama Jepun.









Friday, April 23, 2010

EZAM TAK MINAT PADA DSAI

Sdr.Ezam adalah bekas ketua Pemuda Parti Keadilan, dan semasa DSAI menjawatan jawatan TPM beliau juga diamanahkan untuk menjaga dan mengurusakan pergerakan DSAI. Jadi apa yang beliau nyatakan boleh diterima akal baik yang buruk maun pun yang manis-manis. Tapi sebagai seorang yang cukup berpengelaman dalam perjuangan dan ramai yang masih ingat bahawa beliau adalah ketua pasokan " sumpah keramat " untuk gerakan pemuda parti pimpinan Wan Azizah.

Tapi kini Ezam bukan lagi kawan DSAI dan beliau telah membawa bersama-saman nya " sumpah keramat " untuk dan kini sudah buat " overturn " pergi ke seluruh pelusuh tanah air untuk menelanjangkan DSAI. Kini beliau begitu bangga sekali dengan tugasan yang di pikulnya. Apa sahaja yang dibuat oleh DSAI beliau akan memastikan tindakan balas perlu di ambil, " counter back " perlu dibuat, penafian perlu disertakan.


Tapi apa yang mengembirakan ialah semua lemparan, tuduhan, fitnahan, ungkapan kata-kata dari semua pasukan " sumpah keramat " bagi DSAI langsung tidak ambil pusing, malahan kita belum dengar DSAI membuat " counter attack " kepada kumpulan ini. Apakah DSAI menganggap mereka adalah kumpulan yang kecewa atau pun kumpulan yang sedang di perkudakan oleh pihak-pihak tertentu. Mungkin agaknya DSAI menganggap mereka kumpulan kanak-kanak yang sedang meminta-minta dari seorang bapa untuk mendapatkan sesuap nasi untuk makan di waktu yang lapar.

Kepada sdr. Ezam apakah luahan ini akan memuaskan rasa marah terhadap DSAI, atau rasa puas yang dendam kesumat dapat di luahkan untuk pengetahuan semua pihak atau pun sddrl. juga lupa apa yang terjadi pada Rais Yatim yang pada satu ketika membakar jambatan tapi akhirnya jambatan itu di ketemukan semula. Tidakkah kita ada rasa malu jika perkara bagini berlaku? Tak mungkin satu hari nanti apa yang terjadi pada Rais Yatim akan menjadi pula kepada Sdr. Fikir-fikirkanlah dunia sentiasa berpusing dan pusingan laksana roda ada masa di atas dan ada masa di bawah.Sdr. juga kini sedang membina satu pasukan yang sentiasa memerhatikan gerak geri dan mungkin sampai masanya sdr. juga akan di telanjangi oleh mereka.


PENEROKA JUGA KINI BERSAMA ZAID

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNqtif2nk-KXh1SVjP5O2TVoBY16rNa5ij94Y-gZYSBpEZAbKjiVmcg6lzf_snHRiFry4T0m3bJzwT_JaBJTVlZBvxN3eWVDK57sgekS19UgexyYZ2EzvkladSNjXi2uzxUkECakSZOEJj/s1600/Fullscreen+capture+1442010+25357+PM.jpg

HULU SELANGOR, 22 April: Para peneroka menaruh harapan dan melahirkan keyakinan bahawa calon Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mampu menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi sekiranya diberi kepercayaan sebagai ahli Parlimen Hulu Selangor.

Berbekalkan pengalaman sebagai peguam yang mempunyai syarikat guaman terbesar di negara ini selain pernah menganggotai kabinet kerajaan Pusat, Zaid berkemampuan untuk mengatasi masalah pemilikan tanah peneroka Felda yang sebahagian lagi belum diselesaikan.

Di samping itu, Zaid juga diharapkan dapat mencari punca dengan sikap pengurusan Felda yang mengenakan bayaran sekitar RM340 hingga RM380 untuk mendapatkan geran sebagaimana yang berlaku di Felda Sungai Tengi peringkat dua.

Musa Anang, 65, (kiri) dari Felda Sungai Tengi mempersoalkan pengurusan Felda mengenakan bayaran kepada peneroka untuk mendapatkan geran hak milik.

“Peneroka di sini dikenakan bayaran untuk mendapatkan geran, kalau tak bayar tak dapat. Tapi di Felda Sungai Tengi peringkat satu dan tiga tidak dikenakan bayaran,” ujarnya yang menjadi peneroka di situ sejak 1972.

Menurutnya, berdasarkan perjanjian asal, tiap-tiap hak milik tanah berkenaan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan pihak Felda yang menentukan bayaran itu.

Rakannya, Mohd Ali, 65, (kanan) mengakui telah mendapat geran hak milik tanpa sebarang bayaran.

“Perkara ini mesti dijelaskan oleh pihak Felda,” ujarnya yang tinggal di peringkat satu sejak 1973.

Baginya, rakan-rakan di peringkat dua yang membayar untuk mendapatkan hak milik itu mungkin mempunyai kepentingan tertentu, mislanya untuk mengusahakan tanah berkenaan.

“Tetapi mengapa dikenakan bayaran sedangkan saya pun mendapat hak milik tanpa diminta bayaran,” ujarnya.

Nordin Saari, 49, (kiri) pula berharap Zaid dapat memainkan peranan supaya bayaran yang dikenakan oleh Felda kepada para peneroka terbabit dikembalikan semula.

Baginya, sekiranya calon Pakatan Rakyat itu diberikan peluang mewakili rakyat termasuk peneroka di Hulu Selangor, perkara itu dapat diketengahkan kepada pihak berkenaan.

“Saya rasa Zaid dapat menyelesaikan masalah ini, kami nak balik bayaran kami,” ujarnya.

Hasrat para peneroka berkenaan adalah selaras dengan tiga agenda perubahan yang ingin dilaksanakan oleh Zaid di Parlimen Hulu Selangor sekiranya dipilih pengundi ke Dewan Rakyat.

Pada satu sidang media beberapa hari lepas, beliau bercadang mengajak kerajaan negeri bertindak campur tangan dalam menghadapi birokrasi Felda, iaitu badan berkanun di bawah Pusat bagi menyelesaikan masalah pemilikan tanah peneroka Felda di kawasan itu.

Zaid bersedia untuk memastikan para peneroka Felda terbabit mendapat hak pemilikan tanah yang sepatutnya diperolehi.

Bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mampu memberi nilai tambah kepada PKR, Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan negeri sendiri.

"Nilai tambah yang perlu dan boleh dilakukan oleh Zaid ini, beliau bukan sahaja boleh membawa isu penafian hak peneroka Felda ke Parlimen, boleh memberitahu kaedah-kaedah dan cara-cara untuk menyelesaikan isu tanah menggunakan jalan perundangan," jelasnya pada sidang media bersama Zaid itu.

Justeru, berdasarkan pengalaman serta kebolehan calon Pakaran Rakyat itu berbanding calon BN, Kamalanathan, baginya tidak ada sebab bagi rakyat untuk tidak memilih Zaid pada Hari Mengundi, Ahad ini.

ehsan - kaasii peecaahh - zul mamak penang

TUN M - ZAID SEPERTI KATAK & KUDA

"Negara kita aman dan tenang, walaupun kita telah mencapai banyak kemajuan di kawasan bandar, banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan luar bandar, " katanya ketika berceramah untuk pilihan raya tersebut di Serendah.
mahathir in bukit gantang
Kejayaan dan pembangunan di kecapi oleh negera memang tidak dapat dinafikan dari sebuah negara yang penoh dengan hutang rimba dan kini penoh dengan bangunan tinggi, ekonomi baik ( biasa le kadang-kadang turun dan naik ), pembangunan pendidikan hebat sekali, sehingga kini berapa ramai cendekiawan Melayu yang telah dilahirkan.

Sistem pendidikan dari KLSR bertukar ke KBSR dan dari KBSR ke PPSMI, semuanya kearah melahirkan masyarakat yang berfikiran terbuka, berfikiran globa, bertaraf dunia. Semua ini adalah lambang kejayaan yang telah dipelopori oleh pemerintah sejah negara merdeka lagi pada 1957.

Tapi tak semetinya pembangunan dan kemajuaan yang dicapai itu tidak meninggalkan titik benget dalam pemerintahan. Yang menjadi masalah, yang menjadi kudis, yang salah guna kuasa dan pentadibran itu perlu di perbetulkan. Setiap penyelewangan perlu di benteras, setiap penglibatan dalam rasuah perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Ini lah sebab agaknya ujud rebutan kuasa, kerana pemerintahan yang sudah terlalu lama mungkin dah banyak melakukan kesalahan, kezaliman, salah guna kuasa, mengamalkan sikap kurang baik lantas yang demikian mereka ini perlu di tegur.

Kita tidak menafikan negara telah mencapai kemajuan kerana pemerintahan BN, tapi jangan juga kita lupa bahawa adanya sistem negera demokrasi di mana ujudkan " pembangkang " dan peranan mereka juga menjadi salah satu indikator untuk kejayaan sebuah negara. Jadi pembangkang yang sihat dan kuat membuatkan negera bertambah maju dan permai.

Jika kita ambil pusing, jika kita berikan satu pandangan apakah negera akan bertambah maju kalau pemimpin tidak rasuah, kalau pemimpin tidak mengamalkan " kronisma, nepotisma " jika pemimpinan tidak bertindak zalim, jika pemimpin memimpin secara telus, agaknya negera dan rakyat mesti bertambah aman dan makmor.Kita ambil contoh: pengagihan " royalti " minyak diTerengganu setiap tahun diberikan " berbilion-bilion ", tapi kenapa rakyat di negeri " penyu menangis ini, penya terus menangis "disinilah tidak amanahnya pentadbirannya, buat stadium runtuhk, buat sekolah runtuh, buat masjid runtuh.

Untuk itu jika sebuah kerajaan sudah terlalu lama, sudah pasti ianya banyak melakukan kesalahan dan kesilapan, jadi tidak perlu banyak fikir, yang penting rakyat sudah boleh befikir untuk kepentingan negara, melalui sistem pendidikan yang di gubal, negara telah melahirkan rakyat yang cerdik dan mempunyai daya fikir yang jauh lebih hebat dari daya fikir Tun M.

Untuk Tun M, kalau nak tegus masalah peribadi, lihat sendirilah apa yang ada pada kepimpinan UMNO/BN, Zaid pernah bersama-sama UMNO / BN, pernah bersama-sama bergelemat dengan cara hidup menteri jadi tak payahlah kita nak buka pekong orang lain, jika rakan sekeliling kita masih di tahap yang sama. Isunya sekarang rakyat sudah muak dengan kerenah yang dimainkan oleh UMNO/BN. Tun sendiri bercakap seperti kata pepatah " lidah bercabang " sekecap kata tak nak, sekecap nak. macam biskut " chips more "

Thursday, April 22, 2010

NAJIB SAKSI KES LIWAT ANWAR


Dalam politik apa yang tak mungkin? semua mungkin, hari ini kawan esok jadi lawan, hari ini baik esok kita bertengkar, hari ini sama-sama buat perancangan untuk kemenangan esok pabila kita berpisah semua apa yang dirancang akan di dedahkan semuanya kepada pihak musuh asalnya. Tapi yang penting pada ketika yang sama kita dapat faedahnya. Kita dapat imbohannya.

Sebenarnya dari dulu kita dah agak ( tapi setakat ini ) memang mereka yang datang dari UMNO akan berpatah balik ke UMNO, kerana hanya UMNO yang mampu memberikan kemewahan, keseronokan, kekebalan dan seribu satu macam keistemewaan. Kita sebuat sahaja apa yang kita perlukan, memang mereka dapat berikan. Nak wang, mereka banyak, nak pangkat mereka ada, nak harta memang hampir semua harta di Malaysia hak milik mereka. Kita lihat bagaimana kakitangan kerajaan juga " perlu " memihak kepada mereka, untuk senang naik pangkat, untuk dapat kemudahan dan kemewahan semasa bertugas, dapat memilih di mana ingin bertugas. Sebut saja di mana nak pergi, mereka boleh uruskan.

Lihat saja Semangat 46, ada yang dah bakar jambatan, boleh cantum semula, kankah Tengku Li, hebat orangnya tapi beliau sendiri juga tunduk kepada tekanan dan kehendak UMNO.

Apa nak kisahkan kepada 2Z ( Zulkifli dan Zahrin ) masih ramai ahli UMNO yang boleh dipelawa dan senior dalam kepimpinan tapi yang dijemput untuk bersama-sama ke US ialah 2Z ini. Jadi mereka berada di US bukan ada visi dan misi sebaliknya memberikan laporan penoh berkaitan dengan apa yang berlaku semasa 2Z bersama dengan DSAI. Maka terlondohkah DSAI dengan pendedahan tersebut. tapi malannya, DSN tak berani nak dedahkan apa yang diterimanya semasa di UN dalam kempen di Command Centre BN di Bukit sentosa kelmarin. sepatutnya bagilah sikit " hind " apa yang di laporkan. seperti jenama apa underwear yang DSAI pakai, apa saiz nya atau panjang mana " anu " dan berapa kekuatan **m**nya jika DSAI **n**m*t, atau apa jenis minuman yang dikegamarinya atau entah apa lagi. Tapi DSN gagal untuk mendedahkan apa yang diketahuinya.

Atau mungkinkah DSN akan menjadi salah sorang lagi saksi dalam kes fitnah liwat 2 DSAI kali ini. Rasanya sudah tentu DSN sanggup untuk tujuan tersebut. Kita tunggu dan lihat sejauh mana DSN akan teruja dengan cadangan inil.

Lawatan ke US adalah salah satu imbuhan lompatnya mereka berdua ke AP Bebas.

''Saya cabar Najib berdepan dengan rakyat pada malam terakhir sebelum hari pengundian untuk memberi penjelasan tentang penglibatan Apco Worldwide dalam pentadbiran negara, saya ada maklumat lengkap tentang penglibatan ini.'' CABAR NUAR PADA JIB.

TUN M AKHIRNYA MENJILAT KAHAKNYA SEMULA



Bahang kekalahan untuk BN di Hulu Selangor memang dari awal lagi sudah terasa, cuma ada kalangan dari UMNO / BN cuba mendabik dada di mana mereka mampu merampas kemengangan tersebut, keana ianya berpandukan cuma kemenangan Dato Zainal tempoh hari hanya kurang dari 200 undi majoriti. Sudah tentu kali ini muda untuk menang.

Mahyuddin TPM, turut mewar-warkan calun untuk P094 ini adalah anak tempatan, bagi pihak MIC pula bergaduh sama sendiri satu kumpulan hendakan Palaneval dan yang lagi satu hendakkan Murugiah, akhirnya semua tidak menjadi dan calun dari Rawang yang menjadi pilihan. MIC mengamuk dan cuba memprotes tapi apa nak kata, Samy Vellu sudah hilang taring dan tidak lagi diendahkan oleh kerabat mereka UMNO. Kerenggan ini adalah hasil kekalahan mereka pada PRU12 tempoh hari.

Berbagai isu yang dibangkitkan untuk memastikan pengundi tidak memihak kepada PR, tapi semua isu yang dibangkitkan ialah isu peribadi langsung tidak ada isu yang berkaitan dengan pembangunan, perkembangan pendidikan, permuafakatan kalangan warga negera. Perancangan untuk menaik tarafkan ekonomi masyarakat. Apakah UMNO / BN memang kekurangan isu atau pun memang tanda-tanda untuk kecundang sudah kelihatan. dan akhirnya Tun M ( gambar atas ) terpaksa menjilat ludah kahaknya semula dan perlu hadir sama di majlis kempen bersama-sama pemimpin UMNO yang lain.

Ungkapan beliau pada 16 April lalu, selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur "Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya seperti yang dilaporkan.

Apakah Tun M sudah nampak jelas tanda-tanda kekalahan atau pun bak kata pepatah, " kalau dah anjing, tak dapat makan tai cium pun jadi le " Agaknya Tun M masih teringan dan masih tak ingat untuk berehat dan beriktikaf di masjid dan menjadikan sejadah sebagai kapal layar untuk meneruskan perjuangan hidup ke alam baka nanti. Atau pun beliau mengakui apa yang dibuatnya tempoh hari kini mula balanya timbul, UMNO sudah tidak releven buat kata Hakim Hacks tempoh hari.





Wednesday, April 21, 2010

ARAK TOPIK UTAMA KEMPEN DI HULU SELANGOR

Isu " kaki botol " telah mencemarkan keadaan di Hulu Selangor, pembongkaran yang dibuat oleh bloger UMNO nampaknya setakat ini telah memakan diri sendiri. Nama-nama seperti KJ, Hisyamuddin hatta semua mantan PM telah di kaitan.


LKS juga kini sanggup mencabar kepimpinan Melayu ( UMNO ) khususnya dari kalangan bertaraf menteri untuk bersumpah yang mereka tidak meminum atau menegok arak. kalau bagini bagaimana apakah nanti ada kalangan kepimpinan tersebut sanggup menyahut cabaran terseut atau pun terus mendiamkan diri. GAP ( Gerakan Anti PR ) terus melaporkan salah laku Zaid dengan masalah air syaitan tersebut. Zaid pula mengesahkan semasa dalam UMNO dan bertarap menteri ramai kawan-kawan yang lain turut sama berseronok dengan arak bukan itu sahaja salah laku yang lain. JJ sanggup merapa pelayan sebuat hotel tapi oleh kerana kuasa ada ditangan kes di hilangkan bagitu sahaja.

Setiauasha Agong PAS, Sdr. Mustafa Ali juga mendedahkan kesemua PM yang lepas kecuali Pak Lah yang lain semuanya menegok air tersebut. Kini terdedah semua perkara yang tak baik kepada orang Melayu, Kenapa harus jadi bagini? Di mana maruah orang melayu yang di katakan penganut Agama Suci islam? Apakah kita sedar bangsa lain melihat tingkah laku dan buruk perangai orang kita?

Poster perang saraf bagini amat mengecawakan sekali, apakah semua rahsia semasa bersama perlu di bongkarkan, dan apakah mereka yang terpampang gambar di kain rentang tersebut tidak bermasalah dalam kepimpinan? Nama seperti Fairus, mantan Tim. Ketua menteri 1 Pulau Pinang, terdapat pada kain rentang. sepatutnya beliau sendiri mau tau apakah perencangan dan pernanan beliau semasa menjawat jawatan tersebut tempoh hari dan apakah semua rahsia pentadbiran kini perlu didedahkan, tidakkah pendedahan itu nanti akan makan diri sendiri?

Fikir-fikirkan wahai pemimpin Melayu.


Tuesday, April 20, 2010

LAWATAN KE SEOUL 4

Hari ke 2 di Seoul Korea, cuaca masih sejuk, angin bertiup menambahkan sejut yang rasanya sampai ke tulang. Kali ini ramai kalangan ahli rombongan mengenakan baju 3 lapis, pakai " muffler", pakai topi, dan yang menggunakan sandle perlu pada hari ini menggunakan kasut dan bersarung kaki tebal.

Subuh jam 4.50 pagi waktu tempatan dan di Malaysia hanya jam baru 3.50 pagi. Setelah semua bersedia jam 7 pagi waktu Korea semua ahli rombongan sudah berada dalam bas untuk menikmatan sarapan pagi. Sarapan di " foreign Restaurant " hak milik orang India. Masakan halal untuk Muslim. Menu nasi puteh, goreng popeye, maggi ( import dari Selangor ) rendang ayam dan minuman cuma air suam sahaja.

Perjalanan ke Everland Resort mengambil masa antara 2 - 2jam setengah.


Gambar sebelah adalah satu keunikan pokok yang terdapat di kawasan ini, di mana bunga dan daunnya berwarna warni dan memang tidak terdapat di tanah air kita. Pada masa ini Everland sedang mengadakan Everland Tulip Festival - di mana beberapa pertunukan khusus be
kaitan dengan pokok tulib dan





lagi satu permandangan di kawasan Festival - kawasan ini dikenali dengan nama " kawasan bunga 4 musim - musim salji, gugur, bunga dan panas " keseluruhannya kawasan ini amat indah, selain dari bungai dan kawasan rekreasi terdapat juga kawasan ternakan haiwan liar, haiwan "manja" serta ada juga permainan " roller caster "

Permandang di sebelah bukan di kawasan Everland tapi ianya terdapat di Kawasan Lapagan Terbang Inchon, Seoul. Oleh kerana " bunga-bungaan " menjadi satu idola kepada warga Korea ini, terdapat juga haisan bunga di lapangan terbang, mungkin ada setengah pihak menganggap ianya bunya plastik. Ianya bunga hidup, pengawasan cukup rapi.



dalam perjalanan pulang dari Everland Resort, rombongan di bawa melihat dan seterusnya menunaikan sembahyang di sebuah masjid, dan itulah satu-satu masjid yang ada di Seoul, untuk mereka yang yang beragama Islam menunaikan sembanyang Jumaat dan sembahyang fardhu. Prince Sultan Islamin Mosque - Seoul International Mosque.


TAJUDDIN LUPA APA YANG ADA DI PASIR SALAK

YB Tajuddin Abd. Rahman telah melaporkan apa yang dilakukan oleh pemerintahan PR di Pulau Pinang dan Selangor serta kelemahan dan ketidak mampuan TGNA untuk mentadbir uruskan pemerintahan di Kelantan. Semua kelemhan telah didedahkan, bagaimana teruknya pemerintahan kepimpinan PR di kawasan yang dinyatakan, tapi cuma Ustaz Azizan sahaja yang tidak dilaporkan, ini maknanya Tajuddin mengiktiraf apa yang dilakukan oleh ustaz Azizan di Kedah.


YB Tajuddin " sixth million dollarman " beliau beucap di Hulu Selangor - catatan maklumat dari utube-Malaysiakini.

Tajuddin memang berpidato hebat, suara lantas, watak dan raut muka bengis, idea berucap ada " tone " suara ada malahan kalau ada pertandingan pidato Tajudddin boleh dinobatkan sebagai " speaker " paling layak untuk bergelar johan.

Tapi siapa yang tak kenal Tajuddin beliau memang hebat, kalau masih ingat beliau pernah digantong keahlian UMNOnya zaman Pemerintahan Mahathir dan DSAI sebagai Timbalan serta Tan Sri Ramli Ngah ADUN Kg. Gajah dan beliau pernah di gelar The Sixth Million dollarman in UMNO. Memang hebat permainan " politik wangnya " tapi beliau juga tidak pernah luntur dengan UMNO beliau sanggup tunggu dan akhirnya dapat menjadi ADUN Kg. Gajah kemudian naik pangkat ke AP Pasir Salak, seterusnya menang MKT UMNO dan gagal untuk menjawat jawatan menteri tapi diberikan Pengerusi Felcra.

Kata Tajuddin, di Kelantan tiada pembangunan rakyat ramai berhijrah ke luar untuk cari makan - apa bezanya dengan penduduk di kawasan Pasir Salak. Mereka juga keluar kerana tidak sebarang projek yang dibawa oleh beliau. Zaman Ramli Ngah ada projek Kilang tapi akhirnya bungkus dan penduduk hilang mata pencarian. Zaman Tajuddin " habok " pun tiada.

Apa peranan yang dimainkan oleh Tajuddin semasa menjadi ADUN Kg. Gajah, beliau berjaya membakar semangat sebilangan kecil peneroka Felcra Sbg. Perak untuk meninggalkan Felcra untuk berusaha sendiri - tindakan cukup baik, tapi apa yang terjadi kepada gulongan ini waktu ini, tanah mereka terbiar, ramai yang dah menjual kepad pihak ketiga, Tajuddin lepas tangan, peneroka yang merana. itulah kehebatan beliau.

Buka pula tanah perumahan untuk Gen. 2 ( Generasi kedua ), kawasan di agih, setiap lot berukuran 60x90k, premium di bayar tapi projek gagal juga dilaksanakan, kerana ada beberapa peraturan yang gagal di patuhi, yang jadi mangsa ialah anak-anak generasi ke2.

Kenapa perlu diungkitkan kepada pemerintahan PR yang cuma 2 tahun samaada di PP mau pun di Selangor tapi kenapa tak pandang ke belakang apa yang dilakukan oleh UMNO selama hampir 50 tahun di Pulau Pinang, sudah dapat majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri pun KM masih diberikan kepada Gerakan. Di mana letaknya maruah orang Melayu. Kenapa kita kata DAP berkuasa di Selangor, apakah UMNO merasa hebat dengan perjuangan yang meletaknya ramai calun bukan Melayu di kawasan Majoriti Melayu seperti di Hulu Selangor. Dimana maruah orang Melayu, seperti Sdr. Tajuddin.

Berfikirlah untuk bercakap, kerana sekeliling kita penoh dengan onak dan duri yang akan ditemplak orang lain, kadang-kadang kita lupa dan tidak berminat untuk berpijak di bumi nyata. Lihat saja ibrahim Ali, kini perlu menyokong UMNO / BN di Hulu Selangor walaupun calun yang bertanding adalah dari MIC. dimana maruah PERKASA yang mempejuangkan hak orang Melayu, Ketuanan melayu.

Sebusuk-busuk daging, apabila di basoh boleh juga dimakan,
Setidak-tidaknya jika orang Muslim meninggal orang muslim yang akan berdoa untuk nya
Carik-carik bulu ayam lambat laun bercantum juga
Air yang di cincang takkanputus

Kawasan majoriti orang Melayu berikan kepercayaan kepada Orang

Monday, April 19, 2010

ZAHID - TERUSKAN PERJUANGAN & ANDA IKLAS



Ini adalah lagi satu perang sepandok yang di pasang oleh parti yang pertanding di Hulu Selangor, jika di perhatikan sudah tentu kita tahu dan dapat agak siapakan yang empunya kain rentang tersebut. Gambar yang dilukis ialah calun cari PR wakil dari PKR Sdr. Zaid bin Ibrahim. Air botol tersebut di keluarkan dari kilang milik UMNO di Petaling Jaya

Zaid sedang menegok botol air minuman, kalau di baca dari kain rentang tersebut pastilah yang ditegok ialah botol minuman keras. Zaid juga adalah pemimpin yang menentang dan cuba mengambil tindakan mahkamah semasa beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang, justeru beliau adalah orang yang dipertanggongjawabkan oleh UMNO untuk menggagalkann usaha Kerajaan PAS menegekkan hukuman hudud.

Ini semua adalah kisah zaman silam dan zaman dimana Zaid bersekongkol dengan kepimpanan UMNO, di mana boleh dikatakan Zaid semasa berada di zaman jahiliah. Malang bagi Zaid kerana beliau tidak menggunaka kata-kata " dulu, kini & selama-lamanya " kata-kata ini adalah kata-kata keramat jika kita ahli UMNO. Jika semasa dalam UMNO menegok air haram itu adalah halal.

Tapi alhamdulillah, kini Zaid mula hidup di bumi nyata, bumi Allah wajalla, tahu membezakan yang halal dan yang haram, tahu yang mana baik dan buruk, tahu hukum hakam dalam Islam, tahu membezakan harta orang dan harta sendiri, kita rasa bersyukur atas kesedaran tersebut. Tapi kenapa masih ramai kalangan pengikut dan pemimpin UMNO masih mengamalkan sikap tamak dan haloba dalam pengurusan dan pentadbiran mereka? Langsung tidak ada rasa puas dan simpati kepada rakyat yang masih lagi menderita dalam penghidupan harian.

Kenapa kita tidak mau membezakan proses perkembangan kemanusiaan, yang dihidupkan oleh allah di mana ada proses dan perkembangan sebagai kanak-kanak, pra remaja, remaja, zaman persekolahan, zaman hidup di asrama, zaman mula kenal dengan dunia bebas. Jika di fikirkan mestilah kita melakukan beberapa kesilapan dalam penghidupan, ini berlaku kepada semua pihak, sama ada mereka pemimpin mau pun mereka yang dipimpinan. Cuma yang dapat membezakan ialah keredhaan dan kesetiaan kepada agama yang kita junjung.

Cuba kita perhati dan lihat sendiri betapa teruknya cara hidup ramai kalangan ahli pemimpinan yang sedang memimpin waktu ini, berapa ramai ahli parlimen waktu ini khusus dari UMNO yang hidup seperti apa yang didakwa kepada Zaid, tanya Hishamuddin, tanya Tajuddin, Tanya Bung Mokthar atau tanya sendiri Najib, apakah mereka bersih dari keadaan tesebut dan pernahkan mereka memohon maaf dan mengakul merasa kesal atas perbuatan tersebut?

Atau mereka kebal kerana mereka ahli UMNO? Sampai sekarang Najid tidak memohon dan menyatakan pendirian atas usaha kapal selam, atas kehilangan gadis Monggolia, bagaimana cara adiknya boleh tersenarai sebagai orang kaya di Malaysia. Tanya Tajuddin Rahman bagaimana beliau boleh hidup mewah waktu ini, rumah banyak ada di KL, ada di Sungai Manik, ada di Kampong Gajah dan terakhir ini beliau berkereta besar dengan nilaian hampir menjejah jutaan ringgit. Dari mana dia dapat duit? Apakah dengan menjawat jawatan Pengerusi Felcra hidup boleh mewah? Tanya pula bagaiman Jamluddin Jarjis yang pernah di dakwa meraba perempuan " hotel " dan minum-minum, tapi sebagai hukum an ditukarkan kejawatan Duta ke US - agaknya lagi seronoklah beliau di US. Siapa yang nampak, tapi jangan lupa Allah tahu apa yang kita buat.

Sudah pasti mereka tidak berani meninggalkan kemewahan dalam penghidupan harian ini, lantas yang demikian, UMNO akan dijadikan sanjungan dan di abadikan dalam penghidupan untuk " dulu, kini dan selama-lamanya "

Sunday, April 18, 2010

LAWATAN KE SEOUL 3

Pada 11 - 17 April yang lepas, kami rakan-rakan dari seluruh negara telah mengadakan satu lawatan ke luar negara dan negara yang di lawati ialah Korea Selatan dengan penduduk di Bandar Raya Seoul berjumlah 15 juta nyawa dengan cuma 1-2% sahaja umat yang menganut Agama Islam. Kumpulan kami terdiri dari gulongan pendidik, pekerja profesional, pesara serta kakitangan kerjaan, berjumlah 36 orang semuanya. Yang anihnya lawatan kali ini, kumpulan perlu dibahagikan kepada 2 di mana satu kumpula perlu " fly " dengan MAS terus dari KLIA ke Seoul dan satu kumpulan lagi perlu " transit " di Singapura dan " fly " ke Seoul. Akhirnya kami berkumpul semula di Inchon Airport - Seoul

Pada masa ini cuaca pada bacaan 10 - 12c dan ahli rombongan perlu berpakaian agak tebal untuk mengelakan dari kesejukan, angin yang bertiup sepoi bahasa juga memberi dan menambahkan kesejukan. Sebelum check in, kami dibawa melawat pokok sakura yang masih belum berkembang dan dimaklumkan insyaalah sehari dua lagi akan berkunjung ke Yeouido untuk melihat bunga sakura yang sudah berkembang.

Selepas check in di COOP RESEDENCE hotel, terus ke terletak di kaki Gunung Namsan dan ia cukup popular kawasan musim " summer " dan dikenali dengan nama jolokan
" Cheong-hak-dong " dengan maksud " lands of cranes ". Kawasan perkampongan ini terdiri dari 5 buah rumah traditional Korea dengan nama " Yeong-Hyo-Bak " Yeong Hyo Bak adalah salah satu dari 8 keluarga besar di Seoul.




Ini adalah lakaran kawasan Seoul N Tower yang terletak ditengah-tengah bandarraya Seoul, dari atas tanah tinggi ini kita boleh melihat secar dekat seluruh bandaraya seoul, tapi oleh kerana pada hari lawatan tersebut keadaan awam amat tebal cuma dengan menggunakan teropong yang disediakan sahaja kita dapat melihat keadaan yang dinyatakan.



Seoul N Tower ini, di bina seperti juga apa yang ada di Malaysia tapi Seoul N Tower kelebihannya di tanah tinggi dan ketinggian dimaklumkan pada kadar 450 meter dari paras laut, ianya nampak lebih tinggi kerana kedudukannhya atas kawasan tanah tinggi. kemudahan seperti restaurant berpusing di bahagian atas, kedai cenderemata, gerai minuman memang ada disediakan.

Yang menyedihkan semua pengunjung perlu berjalan separuh dari ketinggian bukit untuk sampai ke kaki menara bayangkanlah bertapa letehnya pada kita untuki membuat pendakian tersebut. walaubagaimana pun, semua ahli rombongan dapat sampai ke kakit menara.

ARAK MEMANG BUDAYA UMNO



Memang ramai kalangan peminat politik mengenali YB di atas, beliau adalah YB ahli parlimen kawasan Pasir Salak, yang pernah di anggotai oleh Allahyarham Megat Junid kemudian di ikuti dengan Tan Sri Ramli, Pasir Salak tidak juga dapat dibanggakan kecuali semasa zaman Tan Sri banyak pembangunan terutama di bina Kompleks Sejarah, adanya " rumah kutai " adanya " terowong masa " dan semasa Megat Junid hadir pula Tun M melancarkan Estate padi di Kampong Bukit Chawi, tapi zaman ini tidak tau apa yang di buat oleh YBnya, yang di ketahui beliau adalah Pengerusi Felcra Bhd. Itu kalau kita nak ungkit.

Budaya pemimpin UMNO, ungkit yang lepas, isu peribadi, isu lapok mereka bukan nak fikri apa visi dan misi yang nak dibawa oleh bakal calun tersebut. Cuba kita perhati dan ingatkan kepada pemimpin Pasir Salak tersebut, beliau pernah di tangkap kerana " berehat " di Genting Highlands semasa beliau menjawat jawatan ketua pemuda bahagian tempoh hari. Kita pernah lihat bagaimana gambar-gambar mantan ketua Pemuda UMNO memegang dan menegok minuman keras, bagaimana anak seorang menteri berfoya-foya, bagaimana ramai kepimpinan UMNO salah laku dengan perempuan simpanan, bagaimana mereka juga terlibat dengan salah laku membela samseng.

Bagaimana mereka juga menggunakan kuasa sebagai ketua parti di bahagian untuk " mengpow " kontraktor untuk kepentingan peribadi dan ada juga dilaporkan wang zakat dari satu GLC di minta oleh YB untuk kepentingan politik, wang zakat untuk kepentingan dan agihan kepada ahli-ahli UMNO. Tidak didedahkan kenapa agaknya, kalau dikaitkan dengan rasuah, pemimpin UMNO adalah nombor satu dalam hal ini.

Itulah gunanya kuasa - apa saja yang kita buat dapat disembunyikan dapat dihalang untuk pengetahuan umum kemudian di hebohkan semua salah laku orang lain. Bukankah pemimpin UMNO juga melalui proses pembangunan dan pembesaran? zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman pra remaja, zaman sebagai seorang pelajar, sudah tentu salah laku tidak dapat dielakkan.
Apalagi jika dapat menjadi pemimpin UMNO dalam usia yang muda, pasti kuasa yang ada di salahgunakan. Ya atau Tidak fikirkanlah sendiri.



Kenapa agaknya Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak. Sendiri kena ingat dan sendiri juga tahu apa yang telah dilakukan oleh beliau tempoh hari.



Saturday, April 17, 2010

BERAKHIR LAWATAN KE KOREA

Pagi ini jam 5.00pg waktu Korea dan 3.45pagi waktu tempatan rombongan mula meninggalkan bilik hotel untuk kembali ke tanah air, lawatan ke Korea sungguh menyeronokan walaubagaimana pun mana nak lawan dengan tanah air sendiri. Segala galanya ada.

Insyaalah sampai di tanah air nanti satu laporan lengkap berkaitan dengn lawatan ini akan tulis untuk tatapan pelayar yang lain. Insyaallah penerbangan jam 11 pagi dan sampai ke rumah jam 12 malam.

Friday, April 16, 2010

HATIKU MASIH DI MALAYSIA

Rasanya sudah terlalu lama meninggalkan tanahair ku Malaysia yang tercinta, walaupun hari ini baru masuk hari ke 6 dan hanya tinggal sehari sahaja lagi akan kembali dan sudah pasti sekembalinya dari Korea, destinasi utama yang harus di kunjungi ialah Hulu Selangor, kawasan ini sudah menggamit untuk turut hadir bersama sama rakan yang lain.

Walaupun di luar negera dengan kemudahan ict masa kini, dunia sudah tampa sempadan, apa yang berlaku di tanahair dapat di ketahui, siap lawan siapa, berapa borang pencalunan sudah dijual oleh SPR, siapa memfitnah siapa, pakar forensik dari Thailand jadi dan tak jadi datang ke Malaysia, Harunsani akan disaman semua di ketahui. Tapi yang paling penting untuk di ketahui ialah perkembangan politik ~ semua orang di Malaysia dah kena penyakit baru hentam menghentam antara satu sama lain.

Agedadailya, kata DSAI tidak mendapat restu dari semua kepimpinan PKR untuk mencalunkan Zaid di Hulu Selangor, dan Orang UMNO pula tertanya/tanya kemana perginya Palanivel semasa penguman Kalamanathan oleh TPM. Semua tuduh menuduh dan siapa yang tak tahan di tudun bawalah ke masalaha ke mahkamah itu juga sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia kini. Hinggakan Mufti juga ingin dibawa ke mahkamah.

Yang penting, Melayu perlu menghormati dan memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Orang Melayu, jika orang Melayu sudah tidak mengindah orang Melayu di mana lagi orang Melayu perlu berpijak, apakah kita perlu memohon pertolongan dari orang bukan Melayu, lihat saja permainan MIC untuk meletakkan calun di Hulu Selangor, akhirnya mereka di janjikan dengan jawatan Timbalan Menteri dan akan diantik Senator, mereka dapat bertanding, mereka juga dapat jawatan, kemana orang melayu, di mana PERKASA , kenapa PERKASA tidak melenting dan mengangkap bendera untuk menentang kepimpinan Najib, kenapa PERKASA hanya tahu untuk menentang DSAI saja.

Fikir fikirlah wahai orang Melayu yang bergelar Melayu dan pastinya menganut Islam. Tiada siapa yang akan menolong kita di bumi ini selain dari orang Melayu. Kenapa perjuangan yang tidak menentu kearah Keislaman kita tinggalkan. Kenapa Menteri yang jaga agama boleh menolok permohonan qazaf DSAI terhadap fitnahnya Liwat 2. fikir fikrikanlah.

Thursday, April 15, 2010

ZAHID V KAMALANATHAN

Kini sah, PR akan ditentang oleh BN dan PR diwakili oleh PR dan calunnya ialah Dato Zahid dari Kelantan dan BN di wakili oleh calun MIC Kamalanathan juga dari luar Hulu Selangor iaitu dari Rawang, pertandingan satu lawan satu ini adalah berikutan kemantian mantan YB Dato Zainal dari PR.

Pertandingan kali ini adalah melambangkan hidup matinya pada kedua-dua parti tersebut, sama ada BN mau pun PR, PR pada pertandingan 2008 cuma mendapat majoriti 198 sahaja, dan pada ketiga itu dan masa kini semua DUN dalam parlimen Hulu Selangor di menangai oleh BN dengan majoriti yang agak memberansangkan. Tapi pada ketika itu khidmat baki yb Zainal yang juga mantan MB Selangor telah memberikan ' kredit' kepada beliau, di PRK ini apakah mampu PR melalui calun dari PRK mempertahankan kedudukan tersebut. Jawapan pada 25 April nanti.
Pada zahirnya, sudah tentulah kawasan yang majoriti 'Melayu' dengan melebehi 56% pengundi akan memihak kepada calun Melayu, ini kalau kita perhatikan apa yang diperjuangkan oleh PERKASA, ' KETUANAN MELAYU MESTI DIDAHULUKAN ' , kala ini perjuangan Bghim Ali sebagai pengerusi akan terusi, apakah lauangan beliau untuk Melayu hanya satu retorik atau pun laungannya untuk perjuangan kepentingan peribadi.
Di peringkat awal kita lihat memang amat susah untuk BN menentukan calunnya, MIC maukan orang lama, UMNO maukan calun dari UMNO alasan kukuh pengundi majoriti Melayu, tapi Pemuda UMNO / BN tak kira siapa asalkan mereka dari gulongan ' muda '
dan akhirnya Kamalanathan Ketua Penerangan MIC menjadi pilihan Mahyuddin. Walaupun nama beliau di sebuat tapi pertandingan diberikan kepada Palanivel dan Mugilah.
Dalam pemilihan calun tersebut selain dari Palanivel sudah tentulah yang rasa teramat sedih ialah Samy Vellu, kerana kekuatan beliau selaku pemimpin MIC sudah tidak lagi di dengari oleh kepimpinan BN. Jadi apa lagi ditunggu Samu tinggalkan BN biarlah BN karam tanpa kehadiran mu.
Akhir kalam, kita doakan dan mohon kepada Allah agar PERKASA akan meneruskan perjuangan untuk KETUANAN MELAYU dan tidak hanya slogan untuk kepentiangan peribadi sahaja. Kepada PR ( PKR ) perlu beringat kerana yang kita lawan bukan calun MIC tapi adalah Kerajaan Malaysia. Belum apa-apa sudah diumumkan 4 buah sekolah akan dibina, belum apa-apa banyak projek ' mee maggi ' akan dilaksanakan, pendudukan di Hulu Selangor akan tak senang tidur untuk memikirkan kesibokan yang akan mereka alami, dengan itu belajarlah dengan berakhirnya beberapa PRK tempoh hari, janji hanya untuk memancing undi, dah menang atau kalah tunggu dan lihatlah apa tindakan yang akan di ambil.
Undilah calun yang dapat memastikan tidak ujudkan rasuah, salah guna kuasa, sombong diri, lebih mementingkan kroni dan kaum keluarga.
SELAMAT MENGUNDI KEPADA PENGUNDI DI HULU SELANGOR, SEGALA-GALANYA DI TANGAN TUAN/PUAN SEBAGAI PENENTU.

Wednesday, April 14, 2010

LAWATAN KE SEOUL 2

Hari ketiga, rombongan berada di Korea, sungguh memenatkan badan, waktu awal satu jam seperti kalau kita berada di Malaysia timur, jadi waktu subuh dan perlu bangun jam 4.30 pagi, kewajipan subuh perlu di tunaikan.
Selepas subuh kembali mengambil masa untuk ' lelapkan mata ' seketika dan kemudian jam 7.30 pagi rombongan meneruskan lawatan ke destinasi yang telah ditetapkan, pada hari ini rombongan melawat ke kawasan Everland Park. di mana kawasan ini dipenohi dengan kawasan ternakan liar ( safari ), kawasan tanaman bunga ' 4 season ' yang pasti ianya sungguh luas dan pasti sekali kanak-kanak cukup gembira jika berada di kawasan ini. Luas hampir 400 hektar.
Cuaca redup, angin tiup 'hebat' pakaian perlu tebal, sejuk mecucuk sehingga ke tulang, amat dinggin sekali. Segala-galanya kecut. semua pengunjung perlu berjalan kaki cuba bayangkan jika semua tempat yang disediakan ingin di lawati?
Rombongan meluangkan masa hampir 4 jam dan kembali ke hotel lewat petang, banyak sungguh pengajaran yang dapat dipelajarai dari melihat sendiri budaya hidup orang Korea. meraka cukup berdisplin, cukup mudah mesra ( walaupun kita bercakap seperti ayam dengan itek ) kalau dalam bahasaInggeris sudah tentu bahasa yang digunakan ialah Bahasa Broken.
Seluas kawasan tersebut sampat seperti kertas, kulit kacang, bekas aiskrim, pembalut gula-gula langsung tidak kelihatan, pertama dengan adanya sikap yang bertanggongjawab kalangan mereka dan dapat diperhatikan bagaiman ada kalangan pelawat yang terjatuh kertas tissu dan mengutip semula serta membuangkan dalam tong sampah. Tenaga pekerja berkerja dengan menggunakan ' kasut roda ' dan cukup mahir untuk mengutip setiap sampah yang terdapat di kawasan.
Sepohon pokok yang tumbuh sungguh indan bunga-bungannya, bunganya berwarna-warni ianya seakan-akan pokok jejawi. Sungguh menakjubkan. Itulah kelebihan memberian tuhan kepada hambanya. Kenapa tidak ada di negera kita ya?
Walaupun keindahan berada di negara orang tapi tanahair ku tetap menjadi pujaan, bak kata pepatah ' hujang emas di negeri orang dan hujang batu dinegeri sendiri, negera ku tetap menjadi pujaan.

Tuesday, April 13, 2010

PRK Hulu Selangor

Walaupun kini sedang berada di luar negara namun hati ini masih berada di Malaysia, tanah tumpah darah ku, kini PRK Hulu Selangor akan di rentapi oleh Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili PR dan MIC akan mewakili BN.

Tahniah kepadd Dato Zaid, insyallah, Dato akan mendapat kemenangan di PRK tersebut. DSAI serta seluruh PKR dan gagasan gabungan PR pula harus memberikan komitmen 100%. Insyaallah jalan kebenaran akan di restui oleh Allah.

Monday, April 12, 2010

LAWATAN KE SEOUL

Masa ini kami sekumpulan guru dan bekas guru dari seluruh negar sedang berada di ibu negara Korea Selatan - Seoul. Udara sejok bawah 10c, menggeligih juga rasanya maklumkan di negara kita panah memanjang, dan kalau hujan pun, hujan dalam keadaan panas.

Apa yang tak sedapnya, pada masa ini rakan-rakan PR sedang bertarung dengan keadaan untuk menentukan calun, sedang menyusun strategi untuk pertandingan, kita pergi makan angin pula, tapi nak buah macam mana kita tidak merancang untuk diadakan PRK di Hulu Selangor, sedangkan lawatan telah dirancang 4 bulan yang lepas. Tapi walaubagaiman pun, insyaallah kita akan bersama-sama di majlis ceramah dan memancing undi untuk memastikan kemenangan calun kita dari PR khususnya PKR.

Tempat pertama yang kita singgah suda pastilah Lapangan terbang Incheno - Korea keadaannya hampir sama dengan apa yang ada di KLIA, sungguh hebat dan cukup membanggakan setiap kami yang menggunakan lapangan tersebut. Kemudia selepas makan tengahari di bawa pula melawat Menara Seoul terletak atas bukit Nam dan setinggi 450 m dari paras laut, sekali lagi kami terpegung dengan apa yang ada juga sama dengan yang ada di Kuala Lumpur.

Seoul tidak seindah KL tapi penduduknya melebihi 15juta orang.sistem perjalan menggunakan " left hand drive " agak celaru juga kita melihatnya. tapi itu hari pertama mungkin pada hari seterusnya akan menjadi biasa.

Kekosongan di laptop ini membuatkan keinginan untuk menulis, dan gambar-gambar di Seoul akan di potken kemudian nanti, insyalllah. jumpa lag.

Sunday, April 11, 2010

DOA SEMOGA BERJAYA

Kepada semua " pelayar " blogspot Gajahmenta, penulis mohon maaf sepanjang mulai hari ini hingga 17, blog tidak di kemaskinikan kerana, penulis bercuti rehat keluar negara. Mungkin kembali ke tanah air selepas itu nanti, akan dimuatkan dengan berita-berita luar negara khususnya negara yang dilawati.

Kepada semua petugas dan peminat PR yang akan ke Hulu Selangor nanti, didoakan moga-moga sentiasa di rahmanti oleh Allah hendaknya dan keselamatan sentiasa terjamin. Insyaallah sekembalinya nanti penulis juga akan turut sama memberikan sedikit bantuan untuk kepentingan semua pihak.

Tak kira, siapa yang akan mewakili PKR - walau pun nama Zaid Brahim mengambil tempat utama sebagai calun PKR untuk PR dan walau siapa pun, dengarnya nama Mustafa Kamil Ayub Naib presiden juga di sebut-sebut. Yang penting menang. Menang dengan majoriti melebihi 198 undi, kerana Allhayarham Zainal tempoh hari mendapat sejumlah tersebut.

Kepada semua pekerja dan petugas PR ( PAS, DAP & PKR ) berusahalah untuk kemengangan PRK ke 10 ini. Takbir.... Allahuakbar.

Saturday, April 10, 2010

APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA


Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.
Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi. Malaysia kini 11 Apr. 2010.

Apa nak jadi dengan negara kita kala ini, kenapa salah laku yang dibuat oleh orang tertentu terus diberikan perlindungan yang diluar jangkaan, kenapa mereka terus dibela walaupun sudah membuat kesalahan. Kelau benarlah andaian tersebut negara kita sudah menjadi sebuah negara yang ditadbirkan oleh " samseng ", rakyat terus menjadi takut, rakyat akan berdiam diri setelah melihat kesalahan yang dilakukan. Mereka yang berkuasa pula terus melakukan kesalahan kerana mereka sentiasa dibela, mereka cukup kebal.

Bukan itu saja, kalau kita lihat kes APCO, sudah sah dan nyata apa yang didedahkan oleh DSAI, minit mesyuart Parlimen oleh J/kuasa PAC, oleh YB Azmi, pengakuan YB Hisyamuddin, pengakuan YAB Najib tapi yang sedihnya DSAI mesti disoal siasat. orang lain makan nangka orang lain yang dapat getah.


Satu laporan polis di Kuala Nerang dibuat oleh Pengikut dan Pemimpin PAS. Apakah pelaporan ini akan di ikuti dengan siasatasun, kerana banyak laporan dibuat tapi pihak kerajaan masih mendiamkandiri. cuma mereka cepat bertindak jika pelaporan dari kerabat UMNO.
DSAI yang bentang, DSAI yang perlu di siasat, Shaiful yang di liwat, belakang DSAI yang perlu diperiksa.

NONE
YAB PM, juga mengesahkan peranan APCO telah menyulitkan PC beliau semasa berada di Beijing, China, khusus berkaitan dengan soalan gadis Monggolia. Jadi apalagi yang perlu di tunggu, kepada YB Nazri apakah ianya masih releven DSAI di bawa ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen? Nazri saja yang tau.

Kenapa agaknya masa ini, negara perlu mengalami penghidupan cara songsang, cara terbalik, cara yang negatif di yakinkan dan yang positif dinafikan haknya. Apakah Malaysia yang penuh dengan slogan kini menuju kehancuran. Daripada Bersih, Cekap dan Amanah ( hasilnya rakyat di timpa dengan cara penghidupan yang penuh dengan rasuah, kronisma, salah guna kuasa serta hidup yang terlalu mewah untuk pemimpin. ) digantikan dengan Islam Hadhari, melalui slogan ini, rakyat terus hidup dengan tidak mengindahkan betapa pentingnya beragama, betapa pentingnya hidup cara muafakat, dan kini dengan Gagasan 1 malaysia pula. Rakyat di momokan dengan cara penghidupan muafakat kalangan setiap bangsa, tapi ada kalangan pemimpin yang menidakan keperluan tersebut dengan merancana adu dumpa kalangan masyarakt.

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor kelmarin. Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (bawah) berkata ucapan Noh - yang memetik mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan - bersandarkan "satu fakta sejarah".

Kini kita perlu menunjukan semangat Kemelayu untuk meneruskan perjuangan di negara sendiri. kini pasti menjadi satu persoalan apakah PERKASA akan membantu PKR yang pasti meletakkan calun Melayu di Hulu selangor atau PERKASA lebih mementingkan kemenangan untuk BN. Kini PERKASA terperangkap dalam ideologi mereka sendiri.











Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA