Masa ini kami sekumpulan guru dan bekas guru dari seluruh negar sedang berada di ibu negara Korea Selatan - Seoul. Udara sejok bawah 10c, menggeligih juga rasanya maklumkan di negara kita panah memanjang, dan kalau hujan pun, hujan dalam keadaan panas.
Apa yang tak sedapnya, pada masa ini rakan-rakan PR sedang bertarung dengan keadaan untuk menentukan calun, sedang menyusun strategi untuk pertandingan, kita pergi makan angin pula, tapi nak buah macam mana kita tidak merancang untuk diadakan PRK di Hulu Selangor, sedangkan lawatan telah dirancang 4 bulan yang lepas. Tapi walaubagaiman pun, insyaallah kita akan bersama-sama di majlis ceramah dan memancing undi untuk memastikan kemenangan calun kita dari PR khususnya PKR.
Tempat pertama yang kita singgah suda pastilah Lapangan terbang Incheno - Korea keadaannya hampir sama dengan apa yang ada di KLIA, sungguh hebat dan cukup membanggakan setiap kami yang menggunakan lapangan tersebut. Kemudia selepas makan tengahari di bawa pula melawat Menara Seoul terletak atas bukit Nam dan setinggi 450 m dari paras laut, sekali lagi kami terpegung dengan apa yang ada juga sama dengan yang ada di Kuala Lumpur.
Seoul tidak seindah KL tapi penduduknya melebihi 15juta orang.sistem perjalan menggunakan " left hand drive " agak celaru juga kita melihatnya. tapi itu hari pertama mungkin pada hari seterusnya akan menjadi biasa.
Kekosongan di laptop ini membuatkan keinginan untuk menulis, dan gambar-gambar di Seoul akan di potken kemudian nanti, insyalllah. jumpa lag.
No comments:
Post a Comment