Pada 11 - 17 April yang lepas, kami rakan-rakan dari seluruh negara telah mengadakan satu lawatan ke luar negara dan negara yang di lawati ialah Korea Selatan dengan penduduk di Bandar Raya Seoul berjumlah 15 juta nyawa dengan cuma 1-2% sahaja umat yang menganut Agama Islam. Kumpulan kami terdiri dari gulongan pendidik, pekerja profesional, pesara serta kakitangan kerjaan, berjumlah 36 orang semuanya. Yang anihnya lawatan kali ini, kumpulan perlu dibahagikan kepada 2 di mana satu kumpula perlu " fly " dengan MAS terus dari KLIA ke Seoul dan satu kumpulan lagi perlu " transit " di Singapura dan " fly " ke Seoul. Akhirnya kami berkumpul semula di Inchon Airport - Seoul
Pada masa ini cuaca pada bacaan 10 - 12c dan ahli rombongan perlu berpakaian agak tebal untuk mengelakan dari kesejukan, angin yang bertiup sepoi bahasa juga memberi dan menambahkan kesejukan. Sebelum check in, kami dibawa melawat pokok sakura yang masih belum berkembang dan dimaklumkan insyaalah sehari dua lagi akan berkunjung ke Yeouido untuk melihat bunga sakura yang sudah berkembang.

" Cheong-hak-dong " dengan maksud " lands of cranes ". Kawasan perkampongan ini terdiri dari 5 buah rumah traditional Korea dengan nama " Yeong-Hyo-Bak " Yeong Hyo Bak adalah salah satu dari 8 keluarga besar di Seoul.
Ini adalah lakaran kawasan Seoul N Tower yang terletak ditengah-tengah bandarraya Seoul, dari atas tanah tinggi ini kita boleh melihat secar dekat seluruh bandaraya seoul, tapi oleh kerana pada hari lawatan tersebut keadaan awam amat tebal cuma dengan menggunakan teropong yang disediakan sahaja kita dapat melihat keadaan yang dinyatakan.
Yang menyedihkan semua pengunjung perlu berjalan separuh dari ketinggian bukit untuk sampai ke kaki menara bayangkanlah bertapa letehnya pada kita untuki membuat pendakian tersebut. walaubagaimana pun, semua ahli rombongan dapat sampai ke kakit menara.
No comments:
Post a Comment