Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 22, 2010

TUN M AKHIRNYA MENJILAT KAHAKNYA SEMULA



Bahang kekalahan untuk BN di Hulu Selangor memang dari awal lagi sudah terasa, cuma ada kalangan dari UMNO / BN cuba mendabik dada di mana mereka mampu merampas kemengangan tersebut, keana ianya berpandukan cuma kemenangan Dato Zainal tempoh hari hanya kurang dari 200 undi majoriti. Sudah tentu kali ini muda untuk menang.

Mahyuddin TPM, turut mewar-warkan calun untuk P094 ini adalah anak tempatan, bagi pihak MIC pula bergaduh sama sendiri satu kumpulan hendakan Palaneval dan yang lagi satu hendakkan Murugiah, akhirnya semua tidak menjadi dan calun dari Rawang yang menjadi pilihan. MIC mengamuk dan cuba memprotes tapi apa nak kata, Samy Vellu sudah hilang taring dan tidak lagi diendahkan oleh kerabat mereka UMNO. Kerenggan ini adalah hasil kekalahan mereka pada PRU12 tempoh hari.

Berbagai isu yang dibangkitkan untuk memastikan pengundi tidak memihak kepada PR, tapi semua isu yang dibangkitkan ialah isu peribadi langsung tidak ada isu yang berkaitan dengan pembangunan, perkembangan pendidikan, permuafakatan kalangan warga negera. Perancangan untuk menaik tarafkan ekonomi masyarakat. Apakah UMNO / BN memang kekurangan isu atau pun memang tanda-tanda untuk kecundang sudah kelihatan. dan akhirnya Tun M ( gambar atas ) terpaksa menjilat ludah kahaknya semula dan perlu hadir sama di majlis kempen bersama-sama pemimpin UMNO yang lain.

Ungkapan beliau pada 16 April lalu, selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur "Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya seperti yang dilaporkan.

Apakah Tun M sudah nampak jelas tanda-tanda kekalahan atau pun bak kata pepatah, " kalau dah anjing, tak dapat makan tai cium pun jadi le " Agaknya Tun M masih teringan dan masih tak ingat untuk berehat dan beriktikaf di masjid dan menjadikan sejadah sebagai kapal layar untuk meneruskan perjuangan hidup ke alam baka nanti. Atau pun beliau mengakui apa yang dibuatnya tempoh hari kini mula balanya timbul, UMNO sudah tidak releven buat kata Hakim Hacks tempoh hari.





No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA