Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, April 10, 2010

APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA


Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.
Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi. Malaysia kini 11 Apr. 2010.

Apa nak jadi dengan negara kita kala ini, kenapa salah laku yang dibuat oleh orang tertentu terus diberikan perlindungan yang diluar jangkaan, kenapa mereka terus dibela walaupun sudah membuat kesalahan. Kelau benarlah andaian tersebut negara kita sudah menjadi sebuah negara yang ditadbirkan oleh " samseng ", rakyat terus menjadi takut, rakyat akan berdiam diri setelah melihat kesalahan yang dilakukan. Mereka yang berkuasa pula terus melakukan kesalahan kerana mereka sentiasa dibela, mereka cukup kebal.

Bukan itu saja, kalau kita lihat kes APCO, sudah sah dan nyata apa yang didedahkan oleh DSAI, minit mesyuart Parlimen oleh J/kuasa PAC, oleh YB Azmi, pengakuan YB Hisyamuddin, pengakuan YAB Najib tapi yang sedihnya DSAI mesti disoal siasat. orang lain makan nangka orang lain yang dapat getah.


Satu laporan polis di Kuala Nerang dibuat oleh Pengikut dan Pemimpin PAS. Apakah pelaporan ini akan di ikuti dengan siasatasun, kerana banyak laporan dibuat tapi pihak kerajaan masih mendiamkandiri. cuma mereka cepat bertindak jika pelaporan dari kerabat UMNO.
DSAI yang bentang, DSAI yang perlu di siasat, Shaiful yang di liwat, belakang DSAI yang perlu diperiksa.

NONE
YAB PM, juga mengesahkan peranan APCO telah menyulitkan PC beliau semasa berada di Beijing, China, khusus berkaitan dengan soalan gadis Monggolia. Jadi apalagi yang perlu di tunggu, kepada YB Nazri apakah ianya masih releven DSAI di bawa ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen? Nazri saja yang tau.

Kenapa agaknya masa ini, negara perlu mengalami penghidupan cara songsang, cara terbalik, cara yang negatif di yakinkan dan yang positif dinafikan haknya. Apakah Malaysia yang penuh dengan slogan kini menuju kehancuran. Daripada Bersih, Cekap dan Amanah ( hasilnya rakyat di timpa dengan cara penghidupan yang penuh dengan rasuah, kronisma, salah guna kuasa serta hidup yang terlalu mewah untuk pemimpin. ) digantikan dengan Islam Hadhari, melalui slogan ini, rakyat terus hidup dengan tidak mengindahkan betapa pentingnya beragama, betapa pentingnya hidup cara muafakat, dan kini dengan Gagasan 1 malaysia pula. Rakyat di momokan dengan cara penghidupan muafakat kalangan setiap bangsa, tapi ada kalangan pemimpin yang menidakan keperluan tersebut dengan merancana adu dumpa kalangan masyarakt.

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor kelmarin. Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (bawah) berkata ucapan Noh - yang memetik mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan - bersandarkan "satu fakta sejarah".

Kini kita perlu menunjukan semangat Kemelayu untuk meneruskan perjuangan di negara sendiri. kini pasti menjadi satu persoalan apakah PERKASA akan membantu PKR yang pasti meletakkan calun Melayu di Hulu selangor atau PERKASA lebih mementingkan kemenangan untuk BN. Kini PERKASA terperangkap dalam ideologi mereka sendiri.










No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA