Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 18, 2010

ARAK MEMANG BUDAYA UMNO



Memang ramai kalangan peminat politik mengenali YB di atas, beliau adalah YB ahli parlimen kawasan Pasir Salak, yang pernah di anggotai oleh Allahyarham Megat Junid kemudian di ikuti dengan Tan Sri Ramli, Pasir Salak tidak juga dapat dibanggakan kecuali semasa zaman Tan Sri banyak pembangunan terutama di bina Kompleks Sejarah, adanya " rumah kutai " adanya " terowong masa " dan semasa Megat Junid hadir pula Tun M melancarkan Estate padi di Kampong Bukit Chawi, tapi zaman ini tidak tau apa yang di buat oleh YBnya, yang di ketahui beliau adalah Pengerusi Felcra Bhd. Itu kalau kita nak ungkit.

Budaya pemimpin UMNO, ungkit yang lepas, isu peribadi, isu lapok mereka bukan nak fikri apa visi dan misi yang nak dibawa oleh bakal calun tersebut. Cuba kita perhati dan ingatkan kepada pemimpin Pasir Salak tersebut, beliau pernah di tangkap kerana " berehat " di Genting Highlands semasa beliau menjawat jawatan ketua pemuda bahagian tempoh hari. Kita pernah lihat bagaimana gambar-gambar mantan ketua Pemuda UMNO memegang dan menegok minuman keras, bagaimana anak seorang menteri berfoya-foya, bagaimana ramai kepimpinan UMNO salah laku dengan perempuan simpanan, bagaimana mereka juga terlibat dengan salah laku membela samseng.

Bagaimana mereka juga menggunakan kuasa sebagai ketua parti di bahagian untuk " mengpow " kontraktor untuk kepentingan peribadi dan ada juga dilaporkan wang zakat dari satu GLC di minta oleh YB untuk kepentingan politik, wang zakat untuk kepentingan dan agihan kepada ahli-ahli UMNO. Tidak didedahkan kenapa agaknya, kalau dikaitkan dengan rasuah, pemimpin UMNO adalah nombor satu dalam hal ini.

Itulah gunanya kuasa - apa saja yang kita buat dapat disembunyikan dapat dihalang untuk pengetahuan umum kemudian di hebohkan semua salah laku orang lain. Bukankah pemimpin UMNO juga melalui proses pembangunan dan pembesaran? zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman pra remaja, zaman sebagai seorang pelajar, sudah tentu salah laku tidak dapat dielakkan.
Apalagi jika dapat menjadi pemimpin UMNO dalam usia yang muda, pasti kuasa yang ada di salahgunakan. Ya atau Tidak fikirkanlah sendiri.



Kenapa agaknya Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak. Sendiri kena ingat dan sendiri juga tahu apa yang telah dilakukan oleh beliau tempoh hari.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA