Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, April 23, 2010

EZAM TAK MINAT PADA DSAI

Sdr.Ezam adalah bekas ketua Pemuda Parti Keadilan, dan semasa DSAI menjawatan jawatan TPM beliau juga diamanahkan untuk menjaga dan mengurusakan pergerakan DSAI. Jadi apa yang beliau nyatakan boleh diterima akal baik yang buruk maun pun yang manis-manis. Tapi sebagai seorang yang cukup berpengelaman dalam perjuangan dan ramai yang masih ingat bahawa beliau adalah ketua pasokan " sumpah keramat " untuk gerakan pemuda parti pimpinan Wan Azizah.

Tapi kini Ezam bukan lagi kawan DSAI dan beliau telah membawa bersama-saman nya " sumpah keramat " untuk dan kini sudah buat " overturn " pergi ke seluruh pelusuh tanah air untuk menelanjangkan DSAI. Kini beliau begitu bangga sekali dengan tugasan yang di pikulnya. Apa sahaja yang dibuat oleh DSAI beliau akan memastikan tindakan balas perlu di ambil, " counter back " perlu dibuat, penafian perlu disertakan.


Tapi apa yang mengembirakan ialah semua lemparan, tuduhan, fitnahan, ungkapan kata-kata dari semua pasukan " sumpah keramat " bagi DSAI langsung tidak ambil pusing, malahan kita belum dengar DSAI membuat " counter attack " kepada kumpulan ini. Apakah DSAI menganggap mereka adalah kumpulan yang kecewa atau pun kumpulan yang sedang di perkudakan oleh pihak-pihak tertentu. Mungkin agaknya DSAI menganggap mereka kumpulan kanak-kanak yang sedang meminta-minta dari seorang bapa untuk mendapatkan sesuap nasi untuk makan di waktu yang lapar.

Kepada sdr. Ezam apakah luahan ini akan memuaskan rasa marah terhadap DSAI, atau rasa puas yang dendam kesumat dapat di luahkan untuk pengetahuan semua pihak atau pun sddrl. juga lupa apa yang terjadi pada Rais Yatim yang pada satu ketika membakar jambatan tapi akhirnya jambatan itu di ketemukan semula. Tidakkah kita ada rasa malu jika perkara bagini berlaku? Tak mungkin satu hari nanti apa yang terjadi pada Rais Yatim akan menjadi pula kepada Sdr. Fikir-fikirkanlah dunia sentiasa berpusing dan pusingan laksana roda ada masa di atas dan ada masa di bawah.Sdr. juga kini sedang membina satu pasukan yang sentiasa memerhatikan gerak geri dan mungkin sampai masanya sdr. juga akan di telanjangi oleh mereka.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA