Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 25, 2010

PRK HULU SELANGOR - HAK BN

Perjuangan bermula 17 April kini telah pun sampai ke garisan penamat, dan perlumba yang menggunakan lambang dacing di istiharkan menang, dan BN berjaya merampas semula kerusi tersebut dari PR ( di wakilkan oleh PKR - Dato Zainal Abidin bin Ahmad dengan mengalahkan Datuk Palanivel BN dengan majoriti cuma 198 pada PRU 12 tempoh hari ). Maka pada tarikh 25 April ini Hulu Selangor akan di wakili oleh calun dari MIC En. Kamalanathan yang mengalahkan Datu Zaid Ibrahim dengan majoriti 1725 undi.



Menang atau kalah dalam pertandingan memang sudah menjadi lumrah, yang kalah pasti akan melaksanakan " postmortem " untuk mengenal pasti mengapa mereka kalah, yang menang sudah pasti akan merayakan kemenangan yang dicapai. Ataupun kadang kala yang menang juga akan merasakan pening kepala untuk menunaikan segala janji yang telah ditaburkan, tambahan pula semua menteri termasuk Perdana dan Timbalan semua berjanji untuk melaksanakan projek-projek pembangunan.

Apa kata TPM - di Hulu Selangor akan didirikan 4 buah sekolah - 3 sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah, beliau juga mengumumkan penambahan dividien kelapa sawit kepada peneroka di kawasan felda yang terdapat di Hulu Selangor. Perdana Menteri pula bersediakan dengan jumlah RM3 juta untuk memastikan pembangunan sekolah-sekolah Cina di kawasan ini, selain dari RM100k untuk setiap masjid dan surau serta di bekalkan dengan sebuah van jenazah. Kepada peneroka di Felda Sungai Buaya pasti meresa lega mungkin pada mulai esok akan menjadi orang kaya dengan bantuan RM50k sebagaimana yang dijanjikan
Cuba kita analisis berapa banyak wang yang akan di curahkan untuk mendapatkan kerusi parlimen Hulu Selangor yang akan bertahan cuma 2 tahun saja itu. Kerana mungkin pada pertengahan 2012 akan diadakan PRU13.

Berbalik kepada PRK, jika kita perhati dan teliti seramai 48,935 atau 75.87% keluar menunaikan tanggongjawab ( % mengikut kaum belum diperolehi ) dan mulai peti undi yang dibawah ke pusat mengiran induk mendapati PR ( PKR ) terus mendahului BN, mulai jam 8.22mlm PR mendahlui dengan 1,126, 1,173 pada 8.23, tapi mulai jam 8.40 malam undi untuk BN terus meningkat dan akhirnya meninggalkan PR dengan jumlah 1387 pada 9.03malam serta seterusnya mengumpul sejumlah 24,669 undi berbanding 22986 untuk PKR.

Ianya menjadi tandatanya bagaimana selepas jam 8.40 malam semua peti yang dibawah masuk menunjukan peningkatan bilangan undi untuk BN? Apakah ada penyelewngan atau pun memang sudah di takdirkan demikian? Undi pos memang tidak dinafikan mana-mana piliharaya pun ianya menjadi hak milik parti pemerintah. Sejumlah 767 untuk BN dan 120 untuk PR dan sejumlah keseluruhan pengundi ialah 1039.

Kekalahan 1725 ini kalau di ambil kira tidak berbaloi kerana pemilih yang diubahkan pusat pengundian oleh SPR ialah seramai 14000 orang ( pemilih/pengundi ), walaubagaimana pun usaha SPR untuk memberi talian hayat kepada BN menampakan kejayaan dan sudah pasti pengerusi SPR akan di naikan pangkat atau menerima anugerah lagi di mana akan datang.

Pengundi Melayu masih berpaut kepada UMNO dan sentiasa menerima apa yang dibuat oleh UMNO kerana " dulu, kini dan selama-lamanya " cukup sebati dengan corak penghidupan harian, ini berlainan dengan kaum Cina dan India, mereka sudah boleh meneriam penyalahan gunaan kuasa oleh kepimpinan yang ada.

Akhirnya tahniah kepada Kamalanathan dan jangan putus asa kepada Zaid, dunia politik masih terbuka luas untuk pergerakan akan datang.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA