Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, April 19, 2010

ZAHID - TERUSKAN PERJUANGAN & ANDA IKLAS



Ini adalah lagi satu perang sepandok yang di pasang oleh parti yang pertanding di Hulu Selangor, jika di perhatikan sudah tentu kita tahu dan dapat agak siapakan yang empunya kain rentang tersebut. Gambar yang dilukis ialah calun cari PR wakil dari PKR Sdr. Zaid bin Ibrahim. Air botol tersebut di keluarkan dari kilang milik UMNO di Petaling Jaya

Zaid sedang menegok botol air minuman, kalau di baca dari kain rentang tersebut pastilah yang ditegok ialah botol minuman keras. Zaid juga adalah pemimpin yang menentang dan cuba mengambil tindakan mahkamah semasa beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang, justeru beliau adalah orang yang dipertanggongjawabkan oleh UMNO untuk menggagalkann usaha Kerajaan PAS menegekkan hukuman hudud.

Ini semua adalah kisah zaman silam dan zaman dimana Zaid bersekongkol dengan kepimpanan UMNO, di mana boleh dikatakan Zaid semasa berada di zaman jahiliah. Malang bagi Zaid kerana beliau tidak menggunaka kata-kata " dulu, kini & selama-lamanya " kata-kata ini adalah kata-kata keramat jika kita ahli UMNO. Jika semasa dalam UMNO menegok air haram itu adalah halal.

Tapi alhamdulillah, kini Zaid mula hidup di bumi nyata, bumi Allah wajalla, tahu membezakan yang halal dan yang haram, tahu yang mana baik dan buruk, tahu hukum hakam dalam Islam, tahu membezakan harta orang dan harta sendiri, kita rasa bersyukur atas kesedaran tersebut. Tapi kenapa masih ramai kalangan pengikut dan pemimpin UMNO masih mengamalkan sikap tamak dan haloba dalam pengurusan dan pentadbiran mereka? Langsung tidak ada rasa puas dan simpati kepada rakyat yang masih lagi menderita dalam penghidupan harian.

Kenapa kita tidak mau membezakan proses perkembangan kemanusiaan, yang dihidupkan oleh allah di mana ada proses dan perkembangan sebagai kanak-kanak, pra remaja, remaja, zaman persekolahan, zaman hidup di asrama, zaman mula kenal dengan dunia bebas. Jika di fikirkan mestilah kita melakukan beberapa kesilapan dalam penghidupan, ini berlaku kepada semua pihak, sama ada mereka pemimpin mau pun mereka yang dipimpinan. Cuma yang dapat membezakan ialah keredhaan dan kesetiaan kepada agama yang kita junjung.

Cuba kita perhati dan lihat sendiri betapa teruknya cara hidup ramai kalangan ahli pemimpinan yang sedang memimpin waktu ini, berapa ramai ahli parlimen waktu ini khusus dari UMNO yang hidup seperti apa yang didakwa kepada Zaid, tanya Hishamuddin, tanya Tajuddin, Tanya Bung Mokthar atau tanya sendiri Najib, apakah mereka bersih dari keadaan tesebut dan pernahkan mereka memohon maaf dan mengakul merasa kesal atas perbuatan tersebut?

Atau mereka kebal kerana mereka ahli UMNO? Sampai sekarang Najid tidak memohon dan menyatakan pendirian atas usaha kapal selam, atas kehilangan gadis Monggolia, bagaimana cara adiknya boleh tersenarai sebagai orang kaya di Malaysia. Tanya Tajuddin Rahman bagaimana beliau boleh hidup mewah waktu ini, rumah banyak ada di KL, ada di Sungai Manik, ada di Kampong Gajah dan terakhir ini beliau berkereta besar dengan nilaian hampir menjejah jutaan ringgit. Dari mana dia dapat duit? Apakah dengan menjawat jawatan Pengerusi Felcra hidup boleh mewah? Tanya pula bagaiman Jamluddin Jarjis yang pernah di dakwa meraba perempuan " hotel " dan minum-minum, tapi sebagai hukum an ditukarkan kejawatan Duta ke US - agaknya lagi seronoklah beliau di US. Siapa yang nampak, tapi jangan lupa Allah tahu apa yang kita buat.

Sudah pasti mereka tidak berani meninggalkan kemewahan dalam penghidupan harian ini, lantas yang demikian, UMNO akan dijadikan sanjungan dan di abadikan dalam penghidupan untuk " dulu, kini dan selama-lamanya "

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA