Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, April 14, 2010

LAWATAN KE SEOUL 2

Hari ketiga, rombongan berada di Korea, sungguh memenatkan badan, waktu awal satu jam seperti kalau kita berada di Malaysia timur, jadi waktu subuh dan perlu bangun jam 4.30 pagi, kewajipan subuh perlu di tunaikan.
Selepas subuh kembali mengambil masa untuk ' lelapkan mata ' seketika dan kemudian jam 7.30 pagi rombongan meneruskan lawatan ke destinasi yang telah ditetapkan, pada hari ini rombongan melawat ke kawasan Everland Park. di mana kawasan ini dipenohi dengan kawasan ternakan liar ( safari ), kawasan tanaman bunga ' 4 season ' yang pasti ianya sungguh luas dan pasti sekali kanak-kanak cukup gembira jika berada di kawasan ini. Luas hampir 400 hektar.
Cuaca redup, angin tiup 'hebat' pakaian perlu tebal, sejuk mecucuk sehingga ke tulang, amat dinggin sekali. Segala-galanya kecut. semua pengunjung perlu berjalan kaki cuba bayangkan jika semua tempat yang disediakan ingin di lawati?
Rombongan meluangkan masa hampir 4 jam dan kembali ke hotel lewat petang, banyak sungguh pengajaran yang dapat dipelajarai dari melihat sendiri budaya hidup orang Korea. meraka cukup berdisplin, cukup mudah mesra ( walaupun kita bercakap seperti ayam dengan itek ) kalau dalam bahasaInggeris sudah tentu bahasa yang digunakan ialah Bahasa Broken.
Seluas kawasan tersebut sampat seperti kertas, kulit kacang, bekas aiskrim, pembalut gula-gula langsung tidak kelihatan, pertama dengan adanya sikap yang bertanggongjawab kalangan mereka dan dapat diperhatikan bagaiman ada kalangan pelawat yang terjatuh kertas tissu dan mengutip semula serta membuangkan dalam tong sampah. Tenaga pekerja berkerja dengan menggunakan ' kasut roda ' dan cukup mahir untuk mengutip setiap sampah yang terdapat di kawasan.
Sepohon pokok yang tumbuh sungguh indan bunga-bungannya, bunganya berwarna-warni ianya seakan-akan pokok jejawi. Sungguh menakjubkan. Itulah kelebihan memberian tuhan kepada hambanya. Kenapa tidak ada di negera kita ya?
Walaupun keindahan berada di negara orang tapi tanahair ku tetap menjadi pujaan, bak kata pepatah ' hujang emas di negeri orang dan hujang batu dinegeri sendiri, negera ku tetap menjadi pujaan.

0 KOMEN:

Post a Comment

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA