Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 29, 2010

POLIS PANGKAT RENDAH MARAH GAJI TAK NAIK



Rukun Negara ada 5 prinsip ; kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja & negera, Keluhuran Perlembangaan, Kedaulatan Undang-undang & Kesopanan dan Kesusilaan.

Memang tidak dinafikan apakah dan bilamanakah peranan pasukan PDRM, semua orang tau senarai tugas mereka ianya terletak pada KEDUALATAN UNDANG-UNDANG, mengawal negara dan rakyat agar dapat perlindungan undang-undang yang semaksima mungkin. Tapi sejak akhir-akhir ini, PDRM sering di salahkan baik dari sudut personaliti mau pun memiankan peranan dalam pertanggongjwaban yang diamanahkan.

Kita masih tertanya-tanya bagai KPN sendiri pernah di tohmahkan adanya hubung kait dengan pasokan samseng di negara ini, polis di lebalkan dengan tidak amanah, sering menerima rasuah, polis suka " mengpau " pemandu lori, buat sekatan jalan raya tidak mengikut undang-undang, banyak lagi salah laku yang tak perlu di dedahkan. Cukuplah setak itu sahaja.

Sudah 2 kematian di hujung senjata api polis adik Tawfiq Norzan dan kini Amirulrasyid dan 1 kehilangan misteri itu Norizan Salleh juga gagal di tangani oleh pihak PDRM. memang pihak PDRM peka dengan tugasan yang dipertanggongjawabkan tapi PDRM juga pada masa kini melaksankan tugas dengan cara terpilih. Kalau tregidi dan salah laku di pihak pembangkang akan di siasat secepat kilat, dapat aje laporan kertas siasatan terus dibuka, tapi kalau kena pada orang sebelah sentiasa di cari hela agar siasatan di lambat-lambatkan. Dapatkan dinafikan? Bukankan ini dinama siasatan terpilih?

Sebab itu kepercayaan terhadap kemampunan PDRM dewasan ini sentiasa di pertikaikan. Kita lihat bagaimana mereka meleraikan tunjuk perasaan antara pembangkang dan penyokong kerajaan, kita lihat sahaja bagaimana kata-kata yang mampu mengugat keharmonian kaum di utarakan oleh kedua-dua belah pihak, pihak mana yang akan disiasat. Lihat saja apa yang dikatakan oleh Presiden Perkasa. kalaulah ungkapan itu di luahkan oleh kepimpinan pembangkang sudah pasti laporan polis di buat dan di tangkap mereka yang berucap di dicadangkan hukuman bawah akta hasatan. Tapi malang tidak berlaku di sebelahan pemimpina kerajaan atau NGO kerajaan.

KPN macam merajuk aje bunyinya "Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak. "Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.
,
Kenyataan di atas jelas memperlihatkan betapa " bodohnya " KPN kita, yang patut di siasat perlu di siasat yang dicurigai oleh rakyat ialah siasatan terhadap Allayarham Aminulrashid, Taufiq, dan kes Norizan Salleh. Kenapa perlu tak mau siasat kes yang perlu di siasat. janganlah merajuk, padangan dan teguran rakyat adalah kerana rakyat simpati dengan tugasan yang diamanahkan kepada PDRM

Kenapa dan mengapa agaknya KPN, Tan Sri Musa bagitu " jauh hati " mendengar ulasan dan kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis. Selalunya orang yang bersalah saja yang takutkan keadaan. bak kata pepatah " siapa makan cabai dialah yang meresa pedasnya "

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA