Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, April 23, 2010

TUN M - ZAID SEPERTI KATAK & KUDA

"Negara kita aman dan tenang, walaupun kita telah mencapai banyak kemajuan di kawasan bandar, banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan luar bandar, " katanya ketika berceramah untuk pilihan raya tersebut di Serendah.
mahathir in bukit gantang
Kejayaan dan pembangunan di kecapi oleh negera memang tidak dapat dinafikan dari sebuah negara yang penoh dengan hutang rimba dan kini penoh dengan bangunan tinggi, ekonomi baik ( biasa le kadang-kadang turun dan naik ), pembangunan pendidikan hebat sekali, sehingga kini berapa ramai cendekiawan Melayu yang telah dilahirkan.

Sistem pendidikan dari KLSR bertukar ke KBSR dan dari KBSR ke PPSMI, semuanya kearah melahirkan masyarakat yang berfikiran terbuka, berfikiran globa, bertaraf dunia. Semua ini adalah lambang kejayaan yang telah dipelopori oleh pemerintah sejah negara merdeka lagi pada 1957.

Tapi tak semetinya pembangunan dan kemajuaan yang dicapai itu tidak meninggalkan titik benget dalam pemerintahan. Yang menjadi masalah, yang menjadi kudis, yang salah guna kuasa dan pentadibran itu perlu di perbetulkan. Setiap penyelewangan perlu di benteras, setiap penglibatan dalam rasuah perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Ini lah sebab agaknya ujud rebutan kuasa, kerana pemerintahan yang sudah terlalu lama mungkin dah banyak melakukan kesalahan, kezaliman, salah guna kuasa, mengamalkan sikap kurang baik lantas yang demikian mereka ini perlu di tegur.

Kita tidak menafikan negara telah mencapai kemajuan kerana pemerintahan BN, tapi jangan juga kita lupa bahawa adanya sistem negera demokrasi di mana ujudkan " pembangkang " dan peranan mereka juga menjadi salah satu indikator untuk kejayaan sebuah negara. Jadi pembangkang yang sihat dan kuat membuatkan negera bertambah maju dan permai.

Jika kita ambil pusing, jika kita berikan satu pandangan apakah negera akan bertambah maju kalau pemimpin tidak rasuah, kalau pemimpin tidak mengamalkan " kronisma, nepotisma " jika pemimpinan tidak bertindak zalim, jika pemimpin memimpin secara telus, agaknya negera dan rakyat mesti bertambah aman dan makmor.Kita ambil contoh: pengagihan " royalti " minyak diTerengganu setiap tahun diberikan " berbilion-bilion ", tapi kenapa rakyat di negeri " penyu menangis ini, penya terus menangis "disinilah tidak amanahnya pentadbirannya, buat stadium runtuhk, buat sekolah runtuh, buat masjid runtuh.

Untuk itu jika sebuah kerajaan sudah terlalu lama, sudah pasti ianya banyak melakukan kesalahan dan kesilapan, jadi tidak perlu banyak fikir, yang penting rakyat sudah boleh befikir untuk kepentingan negara, melalui sistem pendidikan yang di gubal, negara telah melahirkan rakyat yang cerdik dan mempunyai daya fikir yang jauh lebih hebat dari daya fikir Tun M.

Untuk Tun M, kalau nak tegus masalah peribadi, lihat sendirilah apa yang ada pada kepimpinan UMNO/BN, Zaid pernah bersama-sama UMNO / BN, pernah bersama-sama bergelemat dengan cara hidup menteri jadi tak payahlah kita nak buka pekong orang lain, jika rakan sekeliling kita masih di tahap yang sama. Isunya sekarang rakyat sudah muak dengan kerenah yang dimainkan oleh UMNO/BN. Tun sendiri bercakap seperti kata pepatah " lidah bercabang " sekecap kata tak nak, sekecap nak. macam biskut " chips more "

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA