Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 11, 2010

DOA SEMOGA BERJAYA

Kepada semua " pelayar " blogspot Gajahmenta, penulis mohon maaf sepanjang mulai hari ini hingga 17, blog tidak di kemaskinikan kerana, penulis bercuti rehat keluar negara. Mungkin kembali ke tanah air selepas itu nanti, akan dimuatkan dengan berita-berita luar negara khususnya negara yang dilawati.

Kepada semua petugas dan peminat PR yang akan ke Hulu Selangor nanti, didoakan moga-moga sentiasa di rahmanti oleh Allah hendaknya dan keselamatan sentiasa terjamin. Insyaallah sekembalinya nanti penulis juga akan turut sama memberikan sedikit bantuan untuk kepentingan semua pihak.

Tak kira, siapa yang akan mewakili PKR - walau pun nama Zaid Brahim mengambil tempat utama sebagai calun PKR untuk PR dan walau siapa pun, dengarnya nama Mustafa Kamil Ayub Naib presiden juga di sebut-sebut. Yang penting menang. Menang dengan majoriti melebihi 198 undi, kerana Allhayarham Zainal tempoh hari mendapat sejumlah tersebut.

Kepada semua pekerja dan petugas PR ( PAS, DAP & PKR ) berusahalah untuk kemengangan PRK ke 10 ini. Takbir.... Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA