Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, April 26, 2010

PRK HULU SELANGOR - MELAYU MASIH BELUM SEDAR

Mari kita lihat dan buat sikit kajian khusus berkaitan dengan implikasi terhadap PRK Hulu Selangor, jelas pada kita pada masa kini, selepas PRU12, masyarakat Cina mula tidak memberikan ruang dalam kepimpinan negara, mereka sudah berani untuk mengadu dumbakan nasib dengan tidak menyokong MCA dan mengingkari arahan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN, mereka terus dengan dunia yang inginkan menambahbaikan dalam pengurusan dan pentadbiran negara.

Cuba kita " study " keadaan keputusan 11 peti undi di mana pengundi Cina majoriti.

1-Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
2-Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
3-Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56
4-Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
5-Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
6-Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205
7-Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
8-Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
9-Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216

10-Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
11-Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 2462, BN 1493

Apa yang menariknya, peti no. 9 / 10 adalah kawasan Melayu dan yang lain sama ada pengundinya bercampur atau pun kawasan Cina. Peti 9 PKR kalah dengan 68 undi dan peti 11 ketinggalan 68 suara. Di sini juga melihatkan sudah ada rasa pertanggongjawaban di kalangan Pemilih Melayu yang inginkan perubahan, yang sudah sedar betapa satu-satu pembetulan amat perlu di laksanakan, sudah perlu di berikan perhatian tentang salah laku apa yang dimainkan oleh pemimpin waktu ini. Tapi kalau kita lihat peti no. 1,2,3,4,5,6,7 amat jelas pemilih dari gulongan Cina tidak memberi ruang kepada UMNO / BN.

Bagi pemilih Melayu, cuba kita fikir bagaimana untuk memastikan kawasan majoriti Melayu di wakilkan kepada orang Melayu, bukan tidak berminat untuk berkongsi kuasa dengan rakan bangsa lain, tapi apa alasan kukuh untuk memberikan tanggongjawab menjaga hak orang Melayu kepada bangsa asing? Disinilah dikatakan orang Melayu tidak pandai berpolitik, dalam negera demokrasi, politik penting untuk menentukan sesuau, jadi untuk mengembalikan hak kawasan Melayu kepada orang Melayu ianya perlu di tangani dengan cara politik.

Kita lihat bagaimana mainan MIC dalam menentukan calun di PRK 94, tolak ansur untuk calun mereka dijanjikan jawatan menteri dan lantikan senator. Kini calun mereka menang, Wakil Rakyat mereka dapat, Senator dapat dan sebagai menunaikan janji jawatan menteri atau timbalan juga mereka dapat. Melayu UMNO dapat Apa? Ini bukan perkauman tapi hanya satu lontaran idea untuk difikirkan, rakan " Pejuang " perlu memberikan pendapat dalam hal ini.

Rasanya DSAI telah banyak memberikan salah laku, penyelewangan, rasuah dan entah apa lagi yang salah dilakukan oleh pemimpin tapi sikap dan pegangan " dulu, kini & selama-lamanya " terus terpendam dalam hati. Mengapa " Pengundi " melayu tidak mau dan pernah berfikir untuk masa depan anak, bangsa, negera dan agama.

Fikirlah sendiri, untuk kebaikan.
Sebusuk-busuk daging, di kincah dan di basoh akhirnya di makan juga.

1 comment:

  1. ini dah memainkan isu perkauman,jika umno berkata demikian habisla dikutuk.jika perkara ini timbul dlm pakatan apa dikatakan?keadilan,perpaduan?jgnlah bersikap talam dua muka,kelak melayang layang bagai layang2terputus tali.lihatlah realiti jika tiada persefahaman dgn kaum yg lain bagaimana negara hendak aman makmur?Jika ini berlaku,pakatanlah yg akan berderai kerana dap penuh dgn kecinaannya,pas dgn para tuan gurunya dan pkr hanya utk bang nuarnya.mana utk agama,bangsa dan negara

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA