Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 15, 2010

ZAHID V KAMALANATHAN

Kini sah, PR akan ditentang oleh BN dan PR diwakili oleh PR dan calunnya ialah Dato Zahid dari Kelantan dan BN di wakili oleh calun MIC Kamalanathan juga dari luar Hulu Selangor iaitu dari Rawang, pertandingan satu lawan satu ini adalah berikutan kemantian mantan YB Dato Zainal dari PR.

Pertandingan kali ini adalah melambangkan hidup matinya pada kedua-dua parti tersebut, sama ada BN mau pun PR, PR pada pertandingan 2008 cuma mendapat majoriti 198 sahaja, dan pada ketiga itu dan masa kini semua DUN dalam parlimen Hulu Selangor di menangai oleh BN dengan majoriti yang agak memberansangkan. Tapi pada ketika itu khidmat baki yb Zainal yang juga mantan MB Selangor telah memberikan ' kredit' kepada beliau, di PRK ini apakah mampu PR melalui calun dari PRK mempertahankan kedudukan tersebut. Jawapan pada 25 April nanti.
Pada zahirnya, sudah tentulah kawasan yang majoriti 'Melayu' dengan melebehi 56% pengundi akan memihak kepada calun Melayu, ini kalau kita perhatikan apa yang diperjuangkan oleh PERKASA, ' KETUANAN MELAYU MESTI DIDAHULUKAN ' , kala ini perjuangan Bghim Ali sebagai pengerusi akan terusi, apakah lauangan beliau untuk Melayu hanya satu retorik atau pun laungannya untuk perjuangan kepentingan peribadi.
Di peringkat awal kita lihat memang amat susah untuk BN menentukan calunnya, MIC maukan orang lama, UMNO maukan calun dari UMNO alasan kukuh pengundi majoriti Melayu, tapi Pemuda UMNO / BN tak kira siapa asalkan mereka dari gulongan ' muda '
dan akhirnya Kamalanathan Ketua Penerangan MIC menjadi pilihan Mahyuddin. Walaupun nama beliau di sebuat tapi pertandingan diberikan kepada Palanivel dan Mugilah.
Dalam pemilihan calun tersebut selain dari Palanivel sudah tentulah yang rasa teramat sedih ialah Samy Vellu, kerana kekuatan beliau selaku pemimpin MIC sudah tidak lagi di dengari oleh kepimpinan BN. Jadi apa lagi ditunggu Samu tinggalkan BN biarlah BN karam tanpa kehadiran mu.
Akhir kalam, kita doakan dan mohon kepada Allah agar PERKASA akan meneruskan perjuangan untuk KETUANAN MELAYU dan tidak hanya slogan untuk kepentiangan peribadi sahaja. Kepada PR ( PKR ) perlu beringat kerana yang kita lawan bukan calun MIC tapi adalah Kerajaan Malaysia. Belum apa-apa sudah diumumkan 4 buah sekolah akan dibina, belum apa-apa banyak projek ' mee maggi ' akan dilaksanakan, pendudukan di Hulu Selangor akan tak senang tidur untuk memikirkan kesibokan yang akan mereka alami, dengan itu belajarlah dengan berakhirnya beberapa PRK tempoh hari, janji hanya untuk memancing undi, dah menang atau kalah tunggu dan lihatlah apa tindakan yang akan di ambil.
Undilah calun yang dapat memastikan tidak ujudkan rasuah, salah guna kuasa, sombong diri, lebih mementingkan kroni dan kaum keluarga.
SELAMAT MENGUNDI KEPADA PENGUNDI DI HULU SELANGOR, SEGALA-GALANYA DI TANGAN TUAN/PUAN SEBAGAI PENENTU.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA