Rasanya sudah terlalu lama meninggalkan tanahair ku Malaysia yang tercinta, walaupun hari ini baru masuk hari ke 6 dan hanya tinggal sehari sahaja lagi akan kembali dan sudah pasti sekembalinya dari Korea, destinasi utama yang harus di kunjungi ialah Hulu Selangor, kawasan ini sudah menggamit untuk turut hadir bersama sama rakan yang lain.
Walaupun di luar negera dengan kemudahan ict masa kini, dunia sudah tampa sempadan, apa yang berlaku di tanahair dapat di ketahui, siap lawan siapa, berapa borang pencalunan sudah dijual oleh SPR, siapa memfitnah siapa, pakar forensik dari Thailand jadi dan tak jadi datang ke Malaysia, Harunsani akan disaman semua di ketahui. Tapi yang paling penting untuk di ketahui ialah perkembangan politik ~ semua orang di Malaysia dah kena penyakit baru hentam menghentam antara satu sama lain.
Agedadailya, kata DSAI tidak mendapat restu dari semua kepimpinan PKR untuk mencalunkan Zaid di Hulu Selangor, dan Orang UMNO pula tertanya/tanya kemana perginya Palanivel semasa penguman Kalamanathan oleh TPM. Semua tuduh menuduh dan siapa yang tak tahan di tudun bawalah ke masalaha ke mahkamah itu juga sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia kini. Hinggakan Mufti juga ingin dibawa ke mahkamah.
Yang penting, Melayu perlu menghormati dan memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Orang Melayu, jika orang Melayu sudah tidak mengindah orang Melayu di mana lagi orang Melayu perlu berpijak, apakah kita perlu memohon pertolongan dari orang bukan Melayu, lihat saja permainan MIC untuk meletakkan calun di Hulu Selangor, akhirnya mereka di janjikan dengan jawatan Timbalan Menteri dan akan diantik Senator, mereka dapat bertanding, mereka juga dapat jawatan, kemana orang melayu, di mana PERKASA , kenapa PERKASA tidak melenting dan mengangkap bendera untuk menentang kepimpinan Najib, kenapa PERKASA hanya tahu untuk menentang DSAI saja.
Fikir fikirlah wahai orang Melayu yang bergelar Melayu dan pastinya menganut Islam. Tiada siapa yang akan menolong kita di bumi ini selain dari orang Melayu. Kenapa perjuangan yang tidak menentu kearah Keislaman kita tinggalkan. Kenapa Menteri yang jaga agama boleh menolok permohonan qazaf DSAI terhadap fitnahnya Liwat 2. fikir fikrikanlah.
No comments:
Post a Comment