Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 29, 2010

MELAYU MUDAH LUPA DAN TEPERDAYA



JANJI KINI DI TUNAIKAN SUDAH?

Memang banyak untuknya kepada MCA dan MIC dalam kancah PRK di Hulu Selangor, kalau kita lihat semua janji yang di tabur oleh semua Menteri kabinate yang datang berkempen semua akan memberikan imbuhan jika BN memenangi PRK tersebut. Sebab itu DSAI berani megumumkan BN berbelanja hampir 100 juta untuk mendapatkan kelebihan 1725 undi untuk Kamalanthan.

Tahniah kepada semua penduduk di Hulu Selangor, khususnya hari ini untuk pengundi CINA, sumbangan 3 juta telah di terima. Beliau berharap peruntukan itu dapat membantu sekolah tersebut membina bangunan sekolah tambahan di tempat yang baru. "Maknanya hutang saya sudah langsai,” katanya ketika menyerahkan cek tersebut kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Ng Tek Kui dan guru besarnya, Ng Kin Mooi. Sambungnya dengan bangga dan angkoh dan sombong
"Saya sudah buat satu pengakuan bahawa semua janji yang dibuat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kita akan tunaikan,” kata perdana menteri pada majlis penyerahan cek itu kepada sekolah berkenaan di Putrajaya hari ini.

Beliau juga mengingatkan kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor dan di seluruh negara bahawa Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang mereka boleh yakini. "Apa saja yang kita telah janjikan, kita akan tunaikan dan kata-kata kita akan kita kotakan,” katanya dengan penoh yakin dan cukup rasa puas atas kemenangan tesebut. Walau pun penerima En. Ng Tek Kui dan Ng Kin Mooi, Pengerusi Lembaga Pengurus dan Guru Besasr sekolah tersebut di fahamkan tidak memberikan undian kepada BN serta berkempen untuk tidak menyokong BN untuk masyarakat Cina yang lainnya.

Bagi kaum India, mereka juga menerima durian runtuh, wakil rakyat dari MIC di Hulu Selangor, dapat juga Senator dan sudah pasti Palaneviel akan di lantik bersama-sama dalam kabenite. Untuk mereka menjadi rakyat Malaysia.

Setakat ini imbuhan untuk orang UMNO masih belum di agihkan lagi, janji untuk masyarakat Felda di Sungai Buaya masih belum menerimaan setiap janji yang di janjikan. Harap-harap mereka juga akan bergembira sehari dua lagi, kerana musim berjanji trelah selesai dan kini tiba masa untuk musim menuai janji-janji yang tidaburkan. Kita berdoakan agar tidaklah menjadikan pengundi Melayu yang bersifat " penyabar " sebagai tempat tumpangan untuk meraih satu-satu kepenting, jika mau di janjikan dan jika yang di mau telah diterima mereka di lupakan. Harap-harap ini tidak berlaku.

PM juga sedar "Walaupun kali ini mereka tidak sepenuhnya mengundi kita tapi kita harap pada masa akan datang, kaum Cina akan beri sokongan lebih padu kepada Barisan Nasional,” katanya. Bagi lagi tapi undi belum tentu.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA