Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, February 28, 2010

SPRM - DI MANA KEKUATANNYA

Ketegasan Datuk Zakaria, tim. Pesuruhan jaya ( Pencegahan ) SPRM dalam isu rasuah memang patut di banggakan dan credit perlu diberikan. Beliau tidak pilih bulu dalam soal membasmi salah laku rasuah, tidak kira pangkat dan darjat dan mungkin beliau juga bertanggongjawab untuk memastikan " penyakit " rasuah ini boleh di ubati jika ada ketegasan dari pihak SPRM itu sendiri, tahniah.

Semasa majlis penyerahan tugas, beliau memberikan kesungguhan untuk menyiasat khusus berkaitan dengan laporan dari Pemuda UMNO Kelantan berkaitan dengan sumbangan untuk menunaikan haji kepada Tuan guru Nik Aziz serta salah laku yang dilakukan oleh menantu beliau semasa bertugas di perbadanan Kemajuan Negeri kelantan. Dengan cukup yakin dan bersungguh siasatan pelu di lakukan.

Pelaporan berkaitan dengan sumbangan untuk menunaikan Haji, tapi apakah SPRM juga sanggup menyiasat kepada salah laku yang dilaporkan oleh pihak Pakatan Rakyat, khusus berkaitan dengan rumah banglo Khir Toyo, berkaitan dengan pembelian Kapal selam Tunku ABdul Rahman, bagaimana anak Tun Mahathir dan adik Najib memiliki harta yang bagitu banyak dan banyak lagi isu yang di laporkan tapi pihak SPRM macam tak da mata untuk melihat dan pekak untuk mendengar, mungkin agaknya mereka yang terlibat mempunyai pelindong untuk di siasat.

Atau apakah undang-undang di Malaysia ini yang digubal untuk ada pengasingan antara pihak pemerintah dan pihak pembangkang. Kalau pembangkang perlu di siasat dan sebaliknya pemerintah di lupakan saja. Kita lihat saja, bagaimana peristiwa Beng Hock cuma dikatakan kesalahan cuma RM2k saja, siasatan hingga menghilangkan nyawa.

SPRM tidak ada jalan pintas untuk meyakinkan rakyat semula, kalau SPRM benar benar dan berkeinginan untuk memulihakan semua agensi ini, mereka perlu bertindan dengan tidak memilih " bulu " juga tidak mengasingkan " anak bilis " dan " anak jerong "

Saturday, February 27, 2010

760 NGO, UGUT PM MELAUI 1M

Kini konsep 1M terus menjadi bahan tawaan, terus menunjukan ketidak relevenannya, konsep gagasan ini sudah lari jauh dari matlamat asal, sejak peristiwa di Melaka, di ikuti dengan peristiwa di luar negera ( Britain ), pegawai PM dan Petugas UMNO, terus mecemar dan menidakan konsep gagasan tersebut.

1M, 1Pembohongan, 1Fitnah,1Rasuah,1Kezaliman,1Tipudaya, 1Buang Bayi, 1 rogol, 1 dadah akhirnya 1 malapetaka untuk rakyat Malaysia.

Setelah tunjuk perasaan kaitan dengan tidak adanya perarakan Maulidul Rasul di Pulau Pinang komen seorang Prof. Dr. Mohd. Mustafa Ishak dari UUM, kita marah kerana sensitivi keagamaan sebab yang membatalkan orang cina, tapi jika orang Melayu seperti di Johor, Pahang serta Perlis tak apa kerana pemimpinnya orang melayu. Jadi betapalah BODOHnya prof ini. Melayu ingkar tak apa, cina tak boleh, Cina pandai tak apa Melayu bodoh buat tak tau sahaja. Apa punya prof jenis ini. Agaknya mentelitiknya sama dengan Dr. Nordin Kardi. Yang penting beliau terus menjadi prof. dan perlu menyokong serta memberi rebah kepada UMNO.

Lambang 1Malaysia dengan gagasan untuk perpaduan 760 organisasi non goverment ( NGO ) bergabung tenaga dengan diketuai oleh YB Lompat katak melalui Perkasa telah bersatu padu untuk memastikan ketuanan dan hak orang Melayu tidak diabaikan. Gabungan tenaga mereka akan bergerak sebagai pelindung kepada untuk memastikan orang melayu di malaysia sentiasa terbela, tanah hak melayu perlu diberikan kepada orang melayu, tanah rezeb melayu yang di juang perlu ditebus kembali, Perkara 153 dalam Perlembangaan negara perlu di praktikan.

Yang peliknya bagaimana Cuepec juga boleh menyertai gabungan ini, sedangkan ianya bergerak atas kepentingan orang Melayu manakala Cuepec adalah kesatuan yang mewakili anggota kerajaan yang terdiri dari bilangan kaum, apakah presiden Cuepec juga sudah silap baca dan dah hilang keyakinan untuk menunaikan konsep dan gagasan ciptaan PM ini?

disamping perlu menjaga kepentingan orang Melayu, gagasan 760 NGO Melayu ini pula, memberi ugutan kepada PM agar sentiasa memberikan perhatian kepada mereka.

Dengan itu dapatlah kita fahami bahawa, apa yang tersirat dan tersurat daripada YB katak ini adalah untuk kepentingan peribadi beliau sahaja. Kepada kepimpinan NGO yang bergabung fikirkanlah siapa YB Katak ini.

Thursday, February 25, 2010

ARAH MANA NEGERA KU KINI

Kini jelas Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negera yang penoh dengan tipu helah atau tipu belit semata-mata untuk menjaga kepentingan diri sendiri. Kita imbas kembali bagaimana agen pemerintah - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - bagaimana mereka bekerja, siapa yang di berikan perlindungan dan penjagaan ? Apakah mereka kini benar-benar bertugas atau berkhidmat untuk negera atau mereka bertugas dan berkhidmat untuk memastikan gulongan tertentu sentiasa di bela?

Kalau kita perhatikan bukan SPRM saja, kita beralih pula kepada PDRM, kemana arah tuju mereka, keselamatan siaapa dan gulongan mana yang mereka pastikan agar tidak terganggu gugat, kita lihat kumpulan ini boleh dan diberikan kerjasama tapi kumpulan ini tidak, kumpulan ini kalau mengadakan perhimpunan perlu mendapatkan sijil sah untuk mengadakannya tapi kumpulan dari kayangan pula perhimpunan mereka yang awasi. Kalau kumpulan ini di adukan report tangkapan dan soalan siasat cukup cepat tapi tidak pada kumpulan sebaliknya. Bagaimana dengan peristiwa Beng Hock, siasatan sampai mengambil nyawa, tapi ada kalangan yang mengsonglap lebih dari itu langsong tidak diapa-apakan.

kalau kita beralih ke mahkamah pula, sendiri sudah tau apa peranan mereka waktu ini, apa yang para hakim buat, kadang-kadang kanak-kanak pun tahu itu semua salah tapi pada para hakim itu adalah benar. Kita perhatikan kes siri 2 DSAI, para doktor dari klinik Swasta dan Klinik kerajaan telah mengesahkan tidak berlaku tusukan ke dubuh shaiful, tapi pendakwa mendesak perlu juga di hakimi dan para hakim mencari " ayat " untuk memastikan pertuduhan perlu dihakimi. Apakah kini para hakim juga memiliki skrip yang disediakan oleh majikan mereka?

Peristiwa rampasan kuasa di Perak, kalau di teliti memang sangat memilukan. Kini siapa salahkan siapa dalam memberikan kerjasama untuk negeri perak, PR kata BN tak mau, dan BN kata PR yang degil dan bodoh sombong. kenapa agaknya PR bertindak sedemikian? agaknya PR bergerak atas " keluhuran perlembangaan ", sebaliknya UMNO / BN bergerak atas dasar keragusan kepimpinan. Ini kerana semua apa yang berlaku sudah tidak mengikut dasar dan garis panduan serta membelakangi perlembagaan.

PR menjukkan bukti di mana UMNO / BN langsung tidak berminat untuk bersama-sama dengan PR semasa pemerintahan PR selama 11 bulan tempoh hari, tapi Bagi Hamidah kenapa PR tak boleh terima Ganesan sebagai speaker, untuk Hamidah, perlantikan Ganesan adalah tidak sah, dan semua orang tau apa yang terjadi.

Jadi kini, negara kita sedang melalui satu proses transformasi dari baik ke buruk, dari negara maju kepada sebuah negara yang mengamalkan sistem feudal. Apa yang penting bagaimana kuasa pemerintahan sentiasa di kuasai.

Tuesday, February 23, 2010

GURU - MANAGE YOURSELF 14 - BE SMART & GOOD BEHAVIOUR


" Men in general judge more from appearances than from reality. All men have eyes, but few have the gift of penetration "
. - Niccolo Machivelli
adopted from The Principal Factor Making an Impact Developing Effective Schools.


Kebersihan, kecekapan, kecekalan, juga mempunyai sikap dan pekerti yang mulia memang menjadi tuntutan kepada seorang yang bergelar " guru " atau pada masa kini ianya lebih cenderung kepada " pendidik ". " Appreance " seseorang guru bukan semata-mata kepada luaran sahaja khusus berkaitan dengan pakaian, tingkah laku tapi juga kaitan dengan " conduct " sikap dan perkerti. Kenapa ianya perlu sedemikian " guru " adalah model kepada khususnya anak didik serta juga masyarakat.

Sebagai contoh, seorang guru yang berpakaian " smart " sudah pasti memberikan " credit " kepada perwakatan dan memberikan " kepuasan " kepada pelanggannya. dengan tarikan yang demikian ianya memberikan satu kekuatan untuk melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang lagi. Kalau kita ambil perhatian kepada seorang guru Pendidikan Jasmani dan mengajar subjek tersebut dengan tidak memakai pakaian yang sempurna apakah pengajaran dapat di jalankan dengan sempurna?

Sebagai seorang " profesional " ketampanan, kecantikan, boleh memberikan satu kekuatan kepada bidang tugas yang amanahkan. Seorang guru lelaki, perlu rambut yang disisir rapi, kasut yang bersih, pakaian dan aksesori yang lain dalam keadaan yang cukup memberansangkan.

Selain dari itu, " pendidik " juga perlu menggunakan tutur kata yang tidak menyinggong perasaan semasa bertutur dengan pihak lain, sama ada kalangan anak didik mau pun masyarakat sekeliling apa tah lagi dengan rakan sejawat.

" Words gets around the community fast, and if you are in an affair, you will soon lose you credibility and it becomes more difficult to be and effective teacher "

Selain dari itu, seorang pendidik juga mengelakkan dari kawasan " socially unacceptalbe ", kawasan yang sedemikan, jika anda tertangkap reputasi kerjaya akan dipertikaikan oleh masyarakat, pada ketika ini semua yang baik akan musnah, kecuali pemergian itu untuk tujuan yang diperlukan oleh pihak sekolah dan ianya perlu diiringi oleh pihak berkuasa tempatan, ianya untuk mengelakan dari tohmahan.

" you should not allow yourself to be compromised in any manner "

Tingkahlaku sedemikian akan menjadi ikutan kepada rakan sejawat dan khasnya kepada kalangan anak didik

" try to avoid yourself into trouble, work smart "

Monday, February 22, 2010

UMNO MULA HILANG TARING


Agak lama juga Dato shahril mendiamkan diri dari arena memberikan pendapat dan pandangan khusus berkaitan dengan kelemahan dan kelembahan UMNO waktu ini, alhamdullilah kini beliau akhirnya bersuara dan memberikan imput berguna kepada pengurusan UMNO agar pada PRU 13 nanti UMNO dapat mengembalikan kerusi yang pernah dimenangi sejumlah 101 pada 2004 dan hilang 23 pada PRU 28 akan kembali cerah dan bersinar semula pada PRU13 nanti. itu kata beliau.




Kecelaruan pemilihan calun oleh PKR dengan UMNO jauh berbeza, kerana calun-calun dari UMNO adalah kalangan mereka yang mulanya papa kedana dan apakala mendapat jawatan sebagai YB dan kemungkinan pula akan menjawat jawatan sebagai Menteri, atau pengerusi agensi kelolaan kerajaan maka disinilah mulanya mereka lupa daratan.

Kalau kita perhatikan apakah calun di PRU 11 2004, dari kalangan calun yang hebat, calun-calun yang berdedikasi, calun-calun yang bencikan rasuah, calun-calun yang tidak menyalah gunakan kuasa, atau pun mereka adalah dari kalangan calun-calun yang yang seperti " singa kelaparan untuk mengaut laba yang tinggi " Kita ambil saja calun dari Parlimen Pekan, beliau pernah melakukan jenayah, beliau merancanakan agar adiknya antara orang terkaya di Malaysia, beliau juga adalah kalangan pemimpin yang langsung tidak kisah dengan malapetaka yang sedang di hadapi oleh masyarak melayu, beliau juga berjaya kerana dapat mencipta berbagai-bagai masalah di Malaysia. Permasalahan yang dicipta beliau telah banyak di dedahkan oleh semua pihak.

Kekalahan BN pada 2008 tidak ada kaitan dengan " silap pilih ", sebenarnya memang rakyat sudah mula memberikan isyarat untuk tidak lagi bersama-sama dengan UMNO / BN. Salah laku mereka bukan dari segelintir calun tapi semuanya sudah rosak. Lihat saja berapa ramai calun-calun mereka yang menang dengan majoriti yang mudah. Seorang calun di Perak, di DUN Kubu Gajah cuma menang dengan kurang dari 50 majoritinya.

Mengapa agaknya Dato shahril masih tidak mengaku, kelemahan dan kekalahan adalah kerena sebilangan besar calun-calun dari UMNO bersikap egoistik, sombong, bongkak, mata duitan, lebih mementing " berseronok " saja dari memberikan tauladan sebagai pemimpin kepada masyarakat yang dipimpin. Baikilah personal pertingkat hemah diri dan berikan keyakinan kepada masyarakat serta perpegang kepada kata-kata pepatah " ular yang menyusur agar tidakkan hilang bisanya "


Sunday, February 21, 2010

GURU TIDAK PRIHATIN TANGGONGJAWAB BERKOPERASI

Menghilangkan rasa penat lelah dengan " gelombang politik ", baca juga akhbar politik, setiap hari cerita politik yang dipaparkan, tak habis dengan kisah " orang ini tak betul, orang itu tak betul, orang ini penghianat, orang itu orang suruhan, dan kadang kala cerita langsung tak boleh diterima oleh akal, bagaimana seorang anggota polis dan seorang guru di serbu dan ditangkap dengan dadah di miliki oleh mereka. dan terkejutnya peristiwa ini belaku di kawasan yang jarang sekali didengar adanya kemudahan " kelab berseronok " ianya di Tanjung Malim.

Apabila ada orang campur tangan urusan kita, kita marah, tapi bila kita campur tangan urusan orang lain kita tak sedar, syok sekali, kenapa orang tegur kita?

Atas dasar untuk berjumpa kawan-kawan lama kerana hanya semasa adanya mesyuarat-mesyuaratlah dapat kita berjumpa dengan mereka, untuk itu, majlis mesyuarat Koperasi KGGMB yang diadakan di Teluk Intan, mungkin juga ianya hampir dengan rumah, pergilah jengok-jengok dan cuba untuk mendapatkan maklumat terbaru khusus berkaitan dengan perkembangan dunia koperasi di tanah air ini dan di kendali uruskan oleh kesatuan yang semua mereka dari gulongan guru ( pendidikan )




Tapi apa yang menyedikan kehadiran ahli amat mendukacitakan, kalau lah hanya sekitar 100 - 120 orang yang hadir ianya amat mendukacitakan, tambahkan koperasi ini hak milik 100 bumiputra. Gambar di atas jelas menujukan betapa kurangnya kehadiran tersebut.


Walaubagaiman pun pihak urustia berusaha untuk memastikan kehadiran di tahap yang boleh dibanggakan, semua kemudahan disedikan, dewan yang serba lengkap, sejuk dan selesan, juadah sarapan dan makan tengah hari serta akhirnya sebelum perwakilan balik disediakan dengan sedikit wang saku untuk perbelanjaan minyak. Tapi kenapa ahli enggan juga untuk hadir. Untuk itu lembaga pengarah perlu memikirkannya.

Saturday, February 20, 2010

5-0 MAHKAMAH MENUJU KEHANCURAN

" Road show 5-0 di Kampong Gajah- mereka yang melibatkan diri terdiri dari Hanapiah Maidin penguambela DSAI dalam Kes Liwat siri 2, YAB MB rakyat YB Ir. Mohd. Nizar serta turut menyampaian ceramah SU Politik MB Perak serta tuan rumah Us. Mustafa bin Shaari. Program ini diadakan pada 20 Feb. 2010 bertempat di markah PAS Kg. Gajah.

antara peminat dan tetamu ada antaranya dari kalangan orang " UMNO " , tapi mereka hadir perlu menyerupai orang PAS, perlu berkopiah putih, ianya juga berlaku kepada pegawai keselamtan seperti polis. Perilaku ini dapat mengelabui mata peminat setia PAS.

Lagi hadirin di majlis tersebut khusus mendengar penerangan dan pendedahan oleh penceramah, mereka cukup ceria dan puas hati dengan pendedahan " mahkamah " yang di berikan oleh Peguam Sdr. Hanapiah maidin.


Tetamu jemputan di majlis tersebut kiri pengerusi majlis, ustas Mustafa shaari, Naib YDP3 PAS Perak juga YDP PAS kawasan Pasir Salak, Us Misbahul Munir dan Sdr. Hanapiah Maidin. YB Nizar sendang menyampaikan ceramah.


Aliran jemputan terus memenuhi ruang ceramah, dan mereka dapat menikmati aneka jualan, seperti buku-buku akademik, agama, gerai buahan, minuman sebelum mengambil tempat yang disediakan di depan pentas utama.


Sdr. Hanapiah Maidin, menceritakan bagaimana kes Liwat 1 DSAI yang penuh dengan misteri, dimana kes liwat ini " belakang lawan belakang ", bagaimana tidak adilnya mahkamah dalam kes siapa berhak menjawat MB Perak. Beliau juga mendedahkan sistem kehakiman di Malaysia kini menujuk ke zaman kehancuran, kerana badan ini telah mencipta terlalu banyak masalah kerana matlamatg mereka untuk memenangkan UMNO / BN. Kini DUN dan Dewan Rakyat boleh bertukar MB atau PM hanya dengan laporan oleh parti yang yang mendapat majoriti kepada Sultan mau pun Agong.

Tetamu puas dengan penerangan yang diberikan, dan mereka terus tergagam dengan cerita terus dari seorang peguam bela apa yang belaku di mahkamah, termasuk bagaimana " bodoh " anggota keselamatan semasa dalam perbicaraan.


Peminat YB Niza di Kampong Gajah hampa kali ini kerana YB Nizam yang akhir-akhir ini boleh menyanyai dan suaranya ada mirip Awie tapi malam tadi beliau tidak menyanyai sebaliknya menceritakan bagaimana kisah seorang pelajar tingkatan 5 yang tahap pencapaianya agak lemah dalam setiap peperiksaan bulanan, hinggakan pihak sekolah tidak langsong menaruh harapkan kejayaan beliau, tapi apa yang terjadi apabila result di umumkan, pelajar tersebut setanding dengan pelajar cemerlang di sekolah dengan keputusan 18A.

Diatas kejayaan " cemerlang " ini semua pihak berasa sangsi dan apabila di siasat, ada guru yang rasa malu dan sudah pasti pelajar itu sendiri yang lebih curiga kerana guru yang membantunya memberikan bantuan yang sungguh di luar dugaan.

Masyarakat dapat menerima cerita ini dan mengandaikan cerita sebegini ada kaitan dengan apa yang berlaku dalam perbicaraan antara Niza dan Zambry dalam rebutan YB Perak. Keputusan 5-0 memang macam tidak dipercayaan oleh semua pihak.








Friday, February 19, 2010

DSAI - KINI PENCETUK MINDA RAKYAT MALAYSIA


Artikel dalam GB ( Green box ) mendedahkan bagaimana kepimpinan UMNO menggunakan semua kemudahan di PPD dalan negeri Terengganu untuk tujuan politik dan sambutan hari raya - Kong Hee Patchaye. Sebenarnya, penyalahgunaan kuasa ini sudah lama tapi pemberatan kepada salah laku ini berleluasan sejak DSAI di bawa kemahkamah oleh TUN M. pada ketika itu, semua pihak telah memainkan peranan untuk memastikan hukuman tidak memihak kepada DSAI, kerana " orang tua " ada bini, ada anak, mesra anak-anak. Liwat bukan lah budaya yang di anuti olehnya.

Memang tidak dinafikan TUN M adalah pemimpinan UMNO yang memberikan laluan kepada rakyat Malaysia mula membenci UMNO. Sejak itu apa saja yang dibuat oleh UMNO / BN semua tak kena, tapi yang penting bagi mereka bagaimana memastikan setiap pemimpinan UMNO dapat dan berjaya mangauk kantong mereka agar berisi. Bagaimana salah laku, bagaimana penyelewengan, bagaimana mereka mengagihkan projek untuk kepenting sendiri dan akhirnya di maklumkan cara rasmi anak dan adik PM adalah mereka yang 20 terkaya di Malaysia, apakah mereka benar-benar berniaga atau mereka di perniagakan?

6 Tahun DSAI di simpan di Sungai Buloh oleh TUN dan disambung sikit oleh TUN Dollah, dan akhirny TUN Dollah rasakan bahawa DSAI sudah cukup tersiksa, sudah bertaubat, sudah insaf dan tak buat lagi, kesalahan yang sama. Tapi DSAI terus dengan pendirian di mana " Liwat " bukan budaya yang di anuti, mahkamah dengan undian 3-2 memihak kepada DSAI.

DSAI bebas seperti burung merpati lepas dari sangkar, terus ke German untuk memastikan tulang belakang dapat beperanan semula, balik dari German, Malaysia terus di berikan penerangan betapa zalim dan kejamnya kepimpinan UMNO yang ada kini, ruang ceramah dihidupkan semula. akhirnya TUN M mengalah dan memberikan laluan kepada TUN Dollah. Penggal pertama Tun Dollah hebat dengan majoriti melebihi 2/3 di parlimen, tapi nasib Tun dollah tak lama, kerana disebabkan TUN Dollah, DSAI meninggalkan Sungai Buloh, dan akhirnya pada PRU12, parlimen di gegarkan dengan tidak lagi menguasai 2/3 kerusi oleh UMNO / BN.

UMNO / BN mula runsing dan DS Najib ambil alih, dan memang kita ketahui Najib adalah anak didik tun M. jadi najib terus menggunakan strategi seperti TUN M buah untuk DSAI. selagi lagi DSAI dipergunakan untuk kepentingan Najib dan mahyuddin. Sekali lagi DSAI di tuduh " Liwat " Tapi kali ini pertuduhan dan cara agak sama dengan 1998. Tapi mereka lupa, yang membuat pertuduhan tidak belajar dari kesilapan dulu, malahan yang kena tuduh telah besedia dengn hujah untuk memastikan setiap perancangan penuduh akan di kapankan.

Akhirnya, dunia kini mentertawaikan kredibiliti mahkamah kita, dunia melihat bagaimana tidak adilnya sistem kehakiman kita, bagaimana teruknya polis mengawasai setiap majlis atau ceramah yang di hadiri oleh DSAI bagai mana susahnya pihak Gani Patail menyediakanh skrip untuk saiful agar ianya releven dengan setiap soalan yang akandi ajukan. Bagitu juga dengan hakim, kini pihak hakim pula yang memohon untuk penundaan tarikh perbicaraan, pihak hakim juga dipertikaikan ke adilan yang diamanahkan.

DSAI bertanggongjawab atas perkembangan minda rakyat Malaysia, kini rakyat tahu apa itu keadilan, apa itu mahkamah, siapa itu Gani patil, siapa itu Musa Hasan, rosmah ada tangan ghaib, bagaiman injin jet boleh hilang, bagaimana kapal selam tak boleh menyelam, dan apa kaitan harga ingin jet F5E yang benilai berjuta kini hanya tinggal tak sampai 1/2 juga. apakah itu benar?

Untuk penerangan balas, semua PPD seluruh negara dijadikan bilik gerakan untuk memulihkan keadaan, ramai kalangan kakitangan di PPD adalah talibarut UMNO, kerana kenaikan pangkat mereka adalah kerana mereka Ahli UMNO.


Thursday, February 18, 2010

Gambar Hiasan - perarakan maulidul Rasul

Kini jelas isu sambutan maulidul rasul dengan acara perarakan telah menikam sendiri gulongan yang menentang tindakan kerajaan Pulau pinang tidak mengadakannya. Semua pihak baik orang politik, NGO menuduh kerajaan Pulau Mutiara ini sudah di kongkong oleh orang bukan islam dan habislah keistemewaan Melayu.

Dimana maruah Pemuda UMNO, Perkasa apabila 3 negeri yang diperintah oleh UMNO / BN juga tidak mengadakan aktiviti tersebut. Negeri Perlis, Pahang dan Johor mengesahkan semua aktiviti adalah bercorak keagamaan, memang terlah diadakan aktiviti sedemikian sebagai pengisian pertandingan Nasyid, Pertandingan Marhaban, pertandingan azan ( untuk kanak-kanak ) dan lain-lain.

Hari ini dilaporkan 3 buah negeri bawah pimpinan UMNO / BN membatalkan terus perarakan Maulud. Johor, Pahang dan Perlis. Apa kata juak-juak UMNO / BN. Mungkinkah mereka akan mengadakan tunjuk perasaan. We wait and C. Ibarat kata pepetah " tepuk air dalam dulang akhirnya mercik ke muka sendiri - padan muka.

KJ - CUBA NAK BETULKAN UMNO / BN

Pergerakan Pemuda UMNO bawah pimpinan KJ telah mendalami dan mengetahuai akan betapa seronoknya mengadakan demonstrasi, dan yang terakhir mereka menunjukkan perasaan di Pesuruhjaya Australia apabila 50 MP Australia menghantar memo kepada Kerajaan Malaysia agar perbicaraan DSAI diadili dengan saksama. Campur tangan mereka telah meruncingkan kerajaan Malaysia dan Pergerakan Pemuda mengorak langkah awal untuk menghalang niat mereka.

" apakah orang luar tahu berkaitan dengan ketidakadilnya sistem mahkamah di Malaysia ?"

" apakah orang putih ( kafir ) juga tahu berkaitan dengan hukum hakam Islam, yang tidak mengizinkan fitnah memfitnah?"

" apakah kita umat Islam pula sedar dan peka dengan apa yang berlaku di negera waktu ini, fitnah memfitnah, akhbar menjadi dalang pemusnah, pemimpin lebih mementingkan kuasa kepimpinan, salah laku pengurusan pentadbiran jadi budaya kerja cemerlang dan macam-macam keburukan yang dilakukan "

Apa yang dilakukan oleh MP Australia, menampakkan kepada kita, negara kita sedang diperhatikan oleh dunia luar, kini Jawatankuasa Hubungan Luar Senet US - John Key pula memberikan padangan agar sistem kehakiman melaksanakan tugas penghakimin dengan luhur dan berpandukan " kedaulatan undang-undang " yang termaktub dalam Rukun Negara.

Kepada Pergerakan Pemuda UMNO, teruskan perjuangan dan pastikan keadaan dan situasi negara tidak di manuplatekan oleh orang luar, tunjukan perasaan marah jika ada yang tak kena, jika ada salah laku orang luar untuk membetulkan kita. Tapi sebagai ingatan, Pemuda UMNO juga perlu sensitif terhadap salah laku yang dilakukan oleh Pemimpin UMNO / BN itu sendiri.

Sebagai contoh, salah laku pemimpin sendiri juga perlu ditegur, seperti pengamalan nepotisma, kronisma, ssalah guna kuasa, penyelewangan, rasuah dan entah apa lagi. buat kata KJ amat menarik sekali " Zaman ini kerajaan serba tahu sudah berakhir dan tamat " betul dan tepat sekali telahan KJ tersebut. Betulkan mereka seadanya, tunjukan perasaan tidak puas hati dengan mengadakan tranformasi di jalanan, di foramkan, di debatkan sehingga inya dapat menyakinkan semula rakyat atas apa yang telah terjadi.

Wednesday, February 17, 2010

DSAI - TIDAK PERCAYA DENGAN HAKIM MALAYSIA

Hari ini para hakim telah memutuskan rayuan DSAI untuk menggugurkan pertuduhan liwatnya kepada Syaipol di tolak, dengan itu DSAI akan terus hadir ke mahkamah di jalan Duta untuk menentukan masa depannya. Para hakim bersetuju dengan pendedahan para doktor yang mengesahkan tiada kerosakan di dubur syaipol, jadi kesimpulannya syaipol tidak di " rogol " oleh DSAI pada ketika itu. Tapi ada petanda lain yang membuktikan yang DSAI meliwat beliau.



Kini dunia Islam, Malaysia meletakan Islam adalah agama rasmi, bertambah kusut dan bertambah tidak menentu hala tujunya. Kes " LIWAT " sama seperti rogol, di mana memasukan " alat kelamin " lelaki kedalam lubang faraj wanita atau ke dalam dubur lelaki bezanya caranya ialah rogol antara 2 jantina dan cara berdepan tapi liwat sama jenis dan ikut belakang.

Tapi tiga orang hakim mengesahkan " dubur " syaipol tidak di cerobohi walaubagaimana pun masih ada bukti yang liwat masih dilakukan oleh DSAI, cara mana tidak pula di terangkan oleh hakim-hakim tersebut. yang pelik dan ajaibnya, ketiga-tiga hakim ini menggunakan nama melayu Dato wira Abu Samah, Dato Sulaiman Daud, dan Dato Azhar Maah, apakah mereka ini teruja dengan jawatan yang disandang atau pun membalas jasa baik kerajaan yang membayar gaji mereka, atau pun mereka langsung tidak faham kelakuan " LIWAT ", bagaimana cara ianya dilakukan. Untuk itu DSAI perlu mempertontonkan kepada hakim-hakim tersebut bagaimana inya dikatakan liwat tersebut.

Ayat yang menggugurkan rayuan " laporan perubatan perlu disokong oleh lisan " .

Jadi kini jelas dan nyatakan apa saja kata Syaipol akan menjadi kenyataan dan DSAI sudah pasti bergerak ke Sungai Buluh. Bahan bukti pertama memang kemenangan kepada DSAI kerana Syaipol tidak menerima apa-apa asakan didubuhnhya, cuma Syaipol berjaya mengada-dakan cerita beliau di Liwat.

Pasokan peguambela terus tidak yakin dan perdaya dengan hakim-hakimdi Malaysia, mereka perlu menjaga majikan mereka. untuk itu DSAI sekali lagi seperti kes pertama dulu, perlu menjemput pakar luar negera untuk berssama-sama bagi menyelesaikan permasalahan tesebut. Mereka yang dijemput ialah Dr. Mc Dould - pakar patologi dan DNA, Dr. Damodram pakar forensik serta Dr. Wells pakar jenayah.

Kepimpinan Najib terus dan berusaha untuk menghalang DSAI mengetuai kepimpinan PR dan mengambil alih Putra Jaya. Nampaknya UMNO semakin hari semakin tidak ketentuan dan tidak yakin dengan kemapunan diri sendiri.

Tuesday, February 16, 2010

MAULIDUL RASUL - RAKYAT TERUS KELIRU

Kini isu Sambutan Maulidul Rasul pula menjadi isu yang cukup di minati, ini lah " feel " pemimpin negaraku Malaysia. Selepas PRU12 sebagaimana yang biasa di khabarkan memang keadaan negara menjadi kucar kacir, apa tidaknya 5 pada asalnya dan kini cuma tinggal 4 negeri yang masih di bawah pentadbiran PR menjadi duri dalam daging untuk kepimpinan UMNO / BN. Yang aneh dan ajaibnya, bukan pemimpin parti saja yang melihatkan " kebangangan " mereka dalam kepimpinan, tapi yang sedihnya mengapa mereka yang menjadi pelindung dengan di lengkapi ilmu pengetahuan keagamaan juga turut membantu dan memihak kepada UMNO / BN

Cuba kita lihat - apa dah jadi dengan peristiwa di mana satu tuduhan rasuah oleh YAB Menteri Besar Selangor yang dituduh memalsukan sumbangan lembu untuk tujuan qurban, akhirnya Istana selangor bersetuju dengan YAB menteri besar, dan SPRM tutup kes salah laku tersebut, pemimpin menyumbang perkara biasa. Tambahan pula sumbangan haiwan ternakan untuk qurban.

Terjadi pula kisah, dimana sebilangan pemuda pembawa kepala lembu ke perkarangan SUK Selangor, seolah-olah memberikan amaran kepada kerajaan PR Selangor untuk bersedian satu rampasan kuasa sedang di rancang, tapi akhirnya penunjuk perasaan itu dari gulongan yang sama dengan tragedi di atas.

Kemudian berlaku pula insiden di mana ada kalangan pemuda yang bersedia dengan upahan untuk membakar gereja, kononnya penyalahgunaan " God " sama juga dengan " Allah " oleh pihak Kristian. Tapi apabila ada kalangan kepimpinan PR mengatakan pemuda terlibat dari ahli pemuda UMNO, terus lenyap kes tersebut, yang anehnya ramai kalangan ahli agama dari UMNO juga mengambil kesempatan mengatakan tindakan dan sokongan penggunaan " Allah " itu seperti menjual agama.

Tapi kenapa UMNO / BN, dan akhbar pedana tidak mengkritik YAB Haram Perak yang menganjurkan rumah terbuka Tahun Baru Cina? bukankah ini pelik, selalunya pemimpin UMNO / BN bersama-sama di majlis tersebut tapi kali ini Pemimpin Melayu pula yang menjadi tuan rumah, Nasih baik yang buat Dr. Zambry terus di diamkan oleh akhbar tapi apa kata kalau ianya dilakukan oleh pemimpin PR? sendiri tahu leh jawapannya.

Kini nampaknya peranan alim ulama UMNO bukan lagi untuk membimbing dan memperbaikai akhlak pengikutnya tapi malang alim ulama ini juga bersama-sama kearah memporak perandakan keimanan tipis yang ada pada mereka. Ahli agama dalam UMNO kini sudah hilang taring, sudah hilang hala tuju dan seolah-olah " cakap tak serupa bikin " pengetahuan keagamaan tidak di dahulukan tapi kepentingan peribadi diutamakan.

DUNIA KATA DSAI TIDAK LIWAT - UMNO KATA YA



Kepada rakyat Malaysia terutama mereka yang menggunakan " dulu, kini & selama-lamanya " perlu mencelitkan mata dan membuka minda serta menggunakan dunia hujung cari untuk mendcari kebenaran, kepimpinan ahli parlimen dan negara di atas, ahli politik mereka baik dari pembangkang mau pun kerajaan secara terbuka menyatakan kes liwat ke DSAI adalah satu fitnah yang tersohor di abad ini.

Kemudian DSAI juga telah dijemput untuk memberikan ucap utama di Forum Dunia Islam yang dipengerusikian PM Qatar di bawah anjuran US dengan Dunia Islamm di Qatar. Apakah mereka yang menjemput DSAI ini buta dan tidak ada ilmu pengetahuan tentang apa yang sedang di hadapi oleh DSAI. Bukankah DSAI adalah manusia yang paling jijik di Malaysia.

DSAI kini dibicarakan dalam kes liwat, bukan pertama kali tapi ini adalah kali kedua beliau berperangai sedimikian. Apakah dunia luar tidak mengiktirap apa yang dituduh oleh pemimpin Malaysia terhadap DSAI atau merek tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Malaysia terhadap DSAI.

Kalau difikirkan dimana alim ulama UMNO, alim ulama kerajaan, apakah mereka tidak berkelayakan untuk bersama-sama di majlis foram tersebut. atau ilmu keagamaan mereka cukup rendah untuk memberikan ucapan di pentas dunia?

Kalau bagitu, adalah dipohonkan kepada " fanatik " UMNO / BN berfikirflah sedara rasional dan bertindak tidak emosional. katakan yang baik tetap baik dan yang salah tetap salah.

Sunday, February 14, 2010

NIZAR BERJAYA PERANGKAP UMNO/BN

Di Malaysia tanah air ku, medan politik adalah medan dan profesion yang amat di gemari oleh masyarakatnya, ini dapat dibukti dengan penglibatan semua pihak, cuba lihat dari generasi muda berusia lingkongan belasan tahun telah di panggil untuk bersama-sama di arena tersebut. Keujudan Puteri, Pemuda, adalah bukti jelas kenyataan di nyatakan diatas. memang tidak dinafikan perlembagaan negara menetapkan corak pentadbiran tersebut.

Parti politik dibenarkan, parti politik boleh bergerak mengikut perlembagaan masing-masing asalkan tidak menjejaskan keharmornian kaum sudah cukup, tidak mengadu dumbakan kaum yang ada di negera ini, masyarakat di Malaysia ada lah masyarakt berbilang kaum, berbagai jenis agama anutan, berbagai suku kaum yang ada. Jadi setiap parti politik perlu memahami hakikat ini. Parti yang ulung seperti UMNO, MCA, MIC, PAS adalah parti pengasas dalam sistem demokrasi di tanah air. PAS pula terbit dari UMNO. Keujudan PERIKATAN ( UMNO, MCA dan MIC ) adalah gabungan yang memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu. Sejak 1957 merdeka dan piliharaya pertama 1955 Negara Ku terus aman dan kepimpinan saling faham memahami antara satu sama lain, walau pun pada 1955 dari 55 kerusi perlimen hanya 1 dimenangi oleh PAS.

Piliharan Raya 1969 telah menampakan satu senario yang menakutkan untuk Tanah Melayu ujudnya Malaysia dan Perikatan ujud lah Barisan Nasional juga lahirlah DEB ( Dasar Ekonomi Baru ) di matlamat utama ialah penyusunan semula masyarakat Malaysia. Pada PR tahun 2004 berlaku lagi kejutan di mana kerajaan BN di Terengganu runtuh dan Terengganu di kuasai oleh PAS.

Dari kekalahan ini, BN mula menggunakan kuasa dan kepakaran mereka untuk membaca dan menterjemahkan undang-undang negara, yang penting akta petroleum juga di pinda demi dendam mereka kepada kerajaan PAS di Terangganu, hak royaliti minyak di Terengganu di tukarkan kepada Wang Ehsan, maka kerajaan PAS terengganu bersedih kerana wang ehsan diberikan terus kepada JPP ( jawatankuasa Pembangunan Persekutuan ) bermakna pemberian terus kepada pucuk pimpinan UMNO. Malanglah nasih pemimpin PAS. Teruslah mereka berdukacita dan perputih mata. Menteri yang bertangongjawab mengubah dan mentafsir undang-undang petroleum ialah Rais Yatim. Sama juga masa kini.

Peristiwa di atas ada kaitan dengan apa yang disarankan oleh YB Nizar, saranan ini juga ada kaitan dengan " peristiharan " Zambry sebagai MB Perak. kerjasama boleh dilaksanakan kata Nizar tapi apakah kerjasama itu untuk kepentingan UMNO sahaja atau untuk kepentingan rakyat ? Tuntutan seperti, menggunakan semua kemudahan untuk semua parti seperti dewan orang ramai, ADUN dari pembangkang juga perlu bersama-sama dalam semua jawatankuasa sama ada di peringkat negeri mau pun di peringkat daerah, terutama jawatankuasa pembangunan. Apa tah lagi peruntukan untuk semua wakil rakyat juga perlu dinikmati oleh semua YB terutama dari kalangan pembangkang. hanya itu yang diperlukan untuk " kerjasama " kedua-dua belah pihak.

Tapi dukacita semua tuntutan ini amat berharga untuk UMNO, jika tuntutan ini diberikan sudah tentu kelibat Pakatan Rakyat akan bertambah di geruni oleh UMNO / BN. mereka tak mau dan memberikan berbagai-bagai alasan. YAB Timbalan Perdana Menteri seperti orang bodoh mendengar permintaan tersebut. Bagi beliau ianya cukup menyiksakan. bagi UMNO / BN istilah " win win " tidak ada dalam kamus mereka. Akhirnya PR akan terus di hukum dan semua kemudahan sebabagai wakil rakyat tidak akan diberikan keistemewaan.




TAHUN BARU - HARIMAU



Selamat tahun baru kepada seluruh Masyarakat Cina yang bermastautin di Malaysia, moga-moga di Tahun Harimau ini semangat juang yang ada pada Haiwan ini akan menjadi " idola" dan ikutan kepada perjuangan setiap rakan Cina dalam politik tanah air kini.

Teruskan perjuangan untuk keadilan rakyat Malaysia, pastikan semangat kekeluargaan dalam Pakatan Rakyat di teruskan.

SELAMAT TAHUN BARU DARI GAJAH MENTA

Friday, February 12, 2010

PUTRA JAYA KINI MASIH SAMAR DAN KELAM


Penguman 9 feb. yang mengesahkan YB Dr. Zamry bertitle YAB MB, maka sahlah DS Nizar telah kehilangan jawatan tersebut, memang di ketahui penyebab utama adalah " lompatan " yang di lakukan oleh YB dari PKR - Changkat Jering dan Behrang serta di bantu oleh YB dari Jelapang. kenapa agaknya YB dari PKR ini melompat? Nak katakan tak berjawatan mereka adalah EXCO kerajaan negeri dan timb. Speaker, tapi apa yang mereka mau?
Kini peperangan dan cemuhan amat ketara dari 2 lagi YB dari PKR, tapi kali mereka bukan dari ADUN tapi dari AP. Kawasan yang terlibat ialah Bayan Baru di Pulau Pinang dan Kulim Bandar Baru di Kedah. Perang mulut, perang akhbar antara mereka dengan kepimpinan negeri dan kepimpinan parti amat ketara hinggakan mereka dapat laluan untuk membentang permasalahan di layar kaca TV.

Kalau kita renong dan fikirkan, apakah sebab utama perlunya mereka meninggalkan PKR, adakah mereka ini didatangkan dari Kelompok UMNO, kenapa demikian, kerana kalau dari kelompok UMNO memang kita faham kerana mereka sudah biasa hidup mewah, dan apabila sudah menjadi YB dan tak dapat apa yang diharapkan maka perlulah tinggalkan parti yang memastikan mereka bergelar YB. Perkara ini jelas kerana pengakuan DS Zahrin sendiri kerana beliau di gugurkan dari satu jawatan di Pulau Pinang.

Apa yang pasti kedudukan DSAI dalam kancah politik negara memang sukar untuk dilalui, memang banyak batu penghalang untuk beliau berjaya, dari peristiwa pemecatan, peristiwa di penjara dan di aibkan kini beliau sekali lagi cuba di aibkan. DSAI tidak putus asa, dengan daya kepimpinan yang ada dan setelah pengorbanan DSWA di Permatang Paut, DSAI kembali ke Parlimen serta berjaya membawa 2 lagi rakan pembangkang di bawah satu gagasasn Pakatan Rakyat.

Keujudan Pakatan Rakyat dengan mentadbir 4 negeri ( asalnya 5 ) telah memberikan satu kekuatan kepada DSAI serta rakan dalam gagasan tersebut untuk terus maju dan agak Putrajaya sudah dalam hampir untuk di huni. Putrajaya menjadi idaman bukan " gila kuasa " tapi ingin memperbaiki kelemehan, penyelewengan, salah guna kuasa, kronisme, nepotisma yang amat buruk di waktu ini berlakunya.

Cuaca yang tenang rupanya ada langit yang di selubungi oleh awan hitam untuk hujan, tanda-tanda nak hujan dah mula, tanda-tanda nak ribut dah ada, mungkinkah akan berlakunya gempa bumi dalam gagasan PR ini dan di ketuai oleh keadaan dalam PKR itu. Perisletakan jawatan AP Bayan Baru memberikan impak yang hebat dan kini Kulim Bandar juga sedang berusaha untuk tidak bersama-sama dengan PKR.

Apakah masih ada esok untuk PKR khususnya dan amnya gagasan PR amnya? Atau apakah Putrajaya akan terus di kuasi oleh UMNO / BN.

Yang penting kini, DSAI perlu mengenali siapa kalangan ADUN / AP dari PKR yang terus memberikan kesan negatif perlu di singkirkan dan " groom " bakal-bakal pemimpin yang sentiasa setia kawan, yang sanggup melalui zaman suka duka secara bersama.


Thursday, February 11, 2010

RAMPASAN KUASA PERAK - MAHKAMAH SETUJU

Apa yang berlaku dan terjadi memang tidak dinafikan ada baik dan buruknya, tapi kita perlu mengambil iktibar dari apa akan jadi lagi 10, 20 atau 30 tahun lagi khusus tentang nasib masa depan anak mau pun cucu kita dalam keadaan sebuah negara yang boleh melakukan apa saja untuk kepentingan peribadi. Isu di Perak, semua kita merasakan apakah demokrasi itu masih ada atau pun kita akan pulangkan sistem yang diamal hampir 60 tahun lalu berkubur hanya apakala berlakunnya tragidi PRU12.

Kronologi peristiwa di Perak:-

- Speaker YB Sivakumar menerima surat perletakan jawatan oleh 3 ADUN - Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Yang pasti SPR mengesahkan kekosongan dan diadakan PRK. Tapi sebaliknya selepas beberapa hari terus YAB PM mengumumkan ketiga-tiga mereka sebagai ADUN bebas tapi " mesra " BN.

- Pihak istana pula akor dengan kehendak UMNO / BN dan mengumumkan tidak perlu diadakan PRK untuk Perak. Dengan " mesra " UMNO / BN untuk 3 orang ADUN tadi, terus pihak BN mendapat kepercayaan dari istana dan melantik MB baru.

- Bermula dari peritiwa ini, YB Nizar menggunakan platform mahkamah untuk memperjuangkan nasib PR dalam pentadbiran negeri Perak.

- Akhirnya pada 11 Mei 2009, YB Nizar di sahkan oleh Mahkamah Tinggi segagai MB, tapi dengan kuasa pemerintahan di peringkat pusat yang ada di tangan BN, esoknya, denagn pertolongan Pusat Dr. Zambry dapat kuasa ghaib dengan merayu agar YB Nizar di gantong sementara jawatannya dan dipersetujui oleh mahkamah rayuan.

- YB Nizar meneruskan perjuangan dengan merayu di mahkamah persekutuan, dan dalam persidangan tersebut mahkamah memutuskan pada 5 Nov. 2009 menangguhakan keputusan sehingga 9 Feb. 2010. Dan akhirnya Dr. Zambry di sahkan sebagai MB. dengan " title MB Mahkamah "

Peristiwa tangkapan kerana rasuah, ada dan ujudkan rasuah sex terhadap ADUN PKR telah menyebabkan mereka rasa terpanggil untuk menentukan masa depan hidup mereka, sebag itu hingga kini kes mereka langsung tidak kedengaran, mungkin setelah Dr. Zambry memerintah kes ini akan terus di lenyapkan. Kes habuan sex sudah terus di " peti aiskan "

Tak salah juga mungkin agaknya rasa tamak untuk menjawat jawatan tertinggi selaku MB ada di sanubari ADUN PKR tersebut dan ini telah dijadikan senjata oleh pihak sebelah tapi kemampuan dan kelebih akademik tidak ada pada kedua-dua ADUN ini, kerana calon Behrang hanya bertugas sebagai posmen dan ADUN Changkat Jering hanya bekas seorang perajurit tanah air.
Tapi atas dasar PR kedua-dua mereka diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan EXCO.

Tregidi demi tragedi, yang berlaku sampai lah ke rampasan kuasa, pihak UMNO / BN menggunakan kekerasan, menggunakan semua jentera kerajaan khususnya polis untuk memastikan perancangan berjaya, Memang memalukan peristiwa rampasa kuasa tersebut. Semua ini halal belaka kerana ianya atas kehendak UMNO / BN. Apakah selepas ini peristiwa di Perak akan menjalar ke negeri-negeri lain khususnya negeri bawah PR atau terus ke parlimen. Kerana ada pendapat mengatakan apa yang di benarkan oleh mahkamah memberikan " lampu hijau " untuk berlakunya di peringkat parlimen pula.

Kita berdoalah agar Malaysia sentiasa aman dengan pimpinan yang penoh dengan rasa bertanggongjawab, dedikasi, amanah, serta dapat menjiwai hati nurani rakyatnya. Serta badan penghakiman di wakili kalangan mereka yang sentiasa mengamalkan sikat " keadilan " untuk semua pihak.


Wednesday, February 10, 2010

KALAH BUKAN UNTUK BESEDIH MENANG BUKAN SELAMA-LAMANYA


Tahniah kepada Dr. Zambry, telah di mahkotakan sebagai salah saorang Menteri Besar dalam sebuah negeri di Malaysia, walaupun perlantikan beliau ke jawatan tersebut " terpaksa " di umumkan melalui mahkamah, apa yang penting jawatan tersebut " perlu " menjadi hak milik UMNO / BN. Apa yang perlu daya usaha untuk mendapatkan semula perlu di laksanakan walau dengan apa cara sekali pun. Senyum Zambry sungguh menawan kerana beliau adalah MB Pertama di Malaysia ( dulunya Persekutuan Tanah melayu ) yang dilantikan ke jawatan tersebut di umumkan oleh pihak mahkamah. Di doakan moga-moga beliau terus berusaha " dalam keadaan tidak diredhai oleh rakyat " untuk memastikan UMNO / BN menghadapi laluan sukar pada PRU 13 nanti.

Dr. Zambry juga adalah MB pertama yang berjaya mendapat dan meluluskan bujet di DUN dalam jangka masa yang amat pendek iaitu cuma 20 minit dan berjaya menghalang agar semua ADUN dari pembangkang di nafikan hak mereka untuk berada dalam dewan bagi membincangkan bersama berkaitan dengan bujet tersebut. Akhirnya sekali lagi di doakan agar Perak dan rakyatnya dapat membuat penafian kepada Dr. Zambry di PRU13 nanti.



Wajah dan lagak seorang pejuang, sentiasa mendampingan rakyat, kalah menang adat pertandingan tapi kalah di mahkamah, kalah dengan rompakan, kalah dengan penyalah gunaan kuasa, kalah dengan nasihat istana, kalah dengan tindakan penjahat itu bukan kalah itu adalah satu titik permulaan untuk menuju ke satu distinasi yang lebih cemerlang. Teruskan perjuangan YB Nizar.




Luahan perasaan atas tindakan yang menidakkan hak rakyat, rasa kecewa atas keputusan yang menerima tindakan " ala samseng " oleh pihak UMNO / BN, kecewa dengan keadaan pengurusan dan pentadbiran negera yang kini tidak lagi berpusat kepada kehendak rakyat. Luahan perasaan keadilan di negera ini juga sudah hilang arah tuju. Luahan perasaan apa akan terjadi kepada Negera Ku Malaysia jika ia berterusan di tangan mereka yang zalim dan meneruskan penindasan.

1M - PEMBINAAN GERAI YANG MERUGIKAN



Papan tanda terpampang melambangkan pengunjung akan menikmati sambil membeli buah-buah tempatan seperti apa yang terlukis. Hanya jarak hampir 20 meter dari papan tanda ini terletaknya gerai-gerai buah-buah tersebut. Gerai-gerai ini disedia dan dibena oleh Majlis Daerah Perak Tengah ( MDPT )





Gerai buah-buah tempat yang disedian oleh pihak Kerajaan Tempatan - Majlis Daerah Perak Tengah untuk kepentingan pendudukan tempatan menjual hasil tanaman mereka. Pada dasarnya projek ini memang patut diberikan " credit " kepada pihak majlis, kerana kawasan kampong Gajah adalah sebuah daerah kecil yang kaya dengan hasil tumbuhan dan tanaman, buah-buah tempatan " local fruits " menjadi kebanggaan orang di sini.






Sejumlan 3 blok dengan 3 unit setiap blok menjadikan jumlah gerai berjumlah 9 unit. Gerai telah pun siap di bina dan boleh digunkan hampir setahun yang lalu. Difahamkan pemilik sudah pun diberikan kuasa untuk melaksanakan tugas, dan sudah pasti gerai yang dibena berdepan dengan kedai keperluan harian dan di tepi jalan Kg. Gajah - Teluk Intan perlu disewa dan dibayar setiap bulan. Syarat kepada tuan punya perlu menjual buah tempatan.

Apa yang mendukacitakan pihak berkuasa ( MDPT ) terlupa bahawa buah-buahan tempat adalah buah yang bermusim ( kecuali pisang ), durian - " king of the fruit " ada musimnya, langsat, duku, rambuatan, pulasan semuanya bermusim sedangkan gerai ini perlu dibayar pada setiap bulan, dimanakan " releven " pengkhususan hanya kepada buah-buah bermusim?

Atas dasar dan alasan itu, pihak pemilik ( mungkin ) keberatan untuk menjalankan urus niaga di gerai ini. Akhirnya gerai ini tinggal tanpa penghuni ( peniaga ) dan seolah-olah ianya menjadi satu projek " gajah putih " untuk penduduk kampong ini. Agaknya yang untuk ialah " kontraktor " yang membina gerai-gerai tersebut.

Tuesday, February 9, 2010

PRU 13 APAKAH MASIH ADA HARAPAN UNTUK PR

Apa yang ditunggu telah pun diputuskan, dan apa yang diharapkan seperti biasa tak menjadi juga, malahan tekaan undian hakim kepada 4-1, 3-2 untuk YB Nizar juga hampa apa kala semua hakim dengan aggregate 5-0 memberikan kemengangan kepada YB Zambry. Penyokong PR terus memberikan harapan untuk menentukan arah tuju sebelum terbitnya PRU 13 nanti. Otak mencari-cari, berfikir-fikir dan mendongak ke langit untuk mencari formula kemenangan pada PRU 13 nanti.

Apakah PR boleh mengecap kemenangan atau setidak-tidaknya memastikan 88 kerusi yang ada tidak diganggu gugat oleh UMNO / BN?

[hamsah2.jpg]
Berakhirnya PRU 12, terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat di 5 negeri, Kelantan, Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor, tapi dengan menggunakan setiap kemudahan yang ada pada kerajaan pusat akhirnya Perak di rampas semula oleh UMNO / BN ( tak kiralah apa cara sekali pun - yang penting mereka dapat balik Perak ). Mereka dari UMNO / BN merasa teruja dengan kekalahan di PRU 12, malahan mereka juga saling salah menyalahi parti komponen dari MCA, MIC, PPP, Gerakan hampir semua tewas. Mereka juga berkelahi antara pemimpin dengan pemimpin, antara pengikut dengan pemimpin dan seolah-olah sudah hilang taring untuk meneruskan kepimpinan negera.



Entah kenapa pula sejak akhir-akhir ini PR - kepimpinannya pula sering bermasalah, ada saja perkara yang perlu di " kelahikan " PAS dengan masalahnya sendiri, PKR dengan masalah PKR yang majoriti ahli-ahli kalangan orang UMNO yang pernah satu ketika hidup mewah dengan harta sekeliling pinggang. DAP dengan DAP, tapi diantara ketiga-tiga gagasan PR ini DAP adalah parti komponen yang paling sikit menimbulkan masalah.

Apakah dengan keterbukaan yang ada pada PR membuatkan semua ahli boleh memberi komen, memberi pandangan, memberi tegoran dan boleh membelasah semasa sendiri?

Macam mana peperangan antara Khalid di Shah Alam dengan Hassan Ali di Selangor. Antara Khalid dari PAS dengan Zulkifli dari PKR. Kenapa perlu PKR di Pulau Pinang menkritik habis-habisan kepimpinan DAP? ini semua memberikan ruang dan peluang kepada UMNO / BN melalui akhbar perdana mereka untuk memburuk-burukkan Gagasan PR. Lihat bagaimana peranan akhbar untuk isu Bakar Geraja, Kepala Lembu dan Kepala Babi Hutan. Itu peranan akhbar.

Bagaimana pula mereka menggunakan agensi kerajaan seperti SPRM, SPR, PDRM, Badan kehakiman. Semuanya langsung tidak memihak kepada PR tapi mereka terus menghukum dan menghambat jika terdapat ruang dan peluang untuk mengheret kepimpinan PR ke kancah permasalahan.

Apakah Kepimpinan PR akan berterusan dengan perlakuan tersebut, tidak kah ini akan memberikan satu impak kepada perjuangan dan perancangan untuk menentukan hidup matinya gagasan ini bagi menghadapi PRU 13 nanti. Apa yang terbaik selesaikan semua kemelut ini dan letakkan titik permulaan dengan kekalahan 5 - 0 penghakiman YB Nizar dalam rebutan jawatan MB Perak tersebut.

NIZAR TIMBALAN MB PERAK.


The image “http://rajasedaka.files.wordpress.com/2009/05/zambry-nizar.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Sah kini, Zambry adalah MB Perak yang dipilih oleh Mahkamah, Zambry dengan penal peguam telah dapat membuktikan apa saja yang dibuat oleh Mohammad Nizar adalah satu kesalahan dan tidak perlu dipertimbangkan. walau pun apa yang terjadi sejak lompatan 3 wakil PR ke parti bebas dengan mesra UMNO dan di persetujui oleh pihak istana.

Perbahasan demi perbahasan di adakan, setiap hari selepas rampasan yang di buat telah menjadi bahan ceramah di merata alam di Malaysia, khususnya di Perak. Buat apa saja yang terdaya, semua mereka yang memahami keadaan sebenar merasa yakin, keputusan memihak kepada Nizar tapi, keputusan di tangan hakim.

Kini semua peminat dan ahli PR akan bersabar untuk menunggu PR13 untuk menghukum keadaan yang ada pada masa ini, kita boleh lihat bagaimana keadaan di DUN dan mungkin keadaan ini akan menjalar ke parlimen satu hari nanti. Apakata istana itu adalah pemutus, Perak ada negeri pertama menerima pilihan rakyat tidak diguna pakai sebaliknya sistem yang diguna oleh BN dengan meletakkan istana sebagai perisai untuk menentukan kedudukan. Apakah demokrasi di Malaysia akan menjadi hak milik Istana satu hari nanti? ianya terpulanglah kepada rakyat untuk menentukan.

Awani menemuramah 2 profesor dari 2 universiti yang pakar dalam menganalisi politik Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman UKM dan Dr. Ahmad Mahtkar Mohd dari UUM bersetuju agar kuasa penentu untuk menerajui pemerintahan ialah ditangan rakyat. Ini disebab daya fikir rakyat tidak setanding dengan pemimpin, rakyat akan terus berdendam dan mereka akan terus tidak berperang pendapan di ruang tertentu, kedai kopi, di surau ( kini surau juga terbahagi kepada dua - surau BN dan Surau PR ) Pertelingkahan akan terus berlaku.

Kita pulangkan kepada kebijaksanaan pemimpin, terutama mereka di peringkat " grass root " untuk memastikan rakyat faham apa yang terjadi kepada negera.

Monday, February 8, 2010

KES LIWAT - HAKIM MEMIHAK KEPADA PENDAKWAAN

Karpal Singh sudah mula terhidu ketidak iklasan penghakiman terhadap DSAI. Hujah beliau khusus kepada kenapa pihak hakim tidak mengambil tindakan kepada UM atas perkataan " lagi " pada tajuk akhbar " tak mau di liwat lagi ". Nampaknya kecenderungan pihak pendakwa dengan disokong oleh akhbar perdana akan memberikan impak kepada keesahan perbicaraan kali ini.

Kenapa jadi bagini, kalau kita imbas kembali dengan perbicaraan kes yang sama dengan berhakimkan mendiang Agustine Paul semua persoalan yang diajukan oleh pihak pembelaan semua dijawab oleh hakim " it is not releven ", semua soalan yang diajukan tidak " sesuai " jadi apa yang sesuai ialah menahan DSAI dalam penjara selama 6 tahun.

Trik dan strategi ini telah di bau oleh kumpulan hakim DSAI. Untuk itu mereka akan berhati-hati dan berhujjah dengan penoh rasa bertanggong jawab terhadap memastikan DSAI di gugurkan dari pertuduhan tersebut. Sebelum pergi jauh dengan hujah yang memastikan " saiful " ternganga dengan soalan pembelaan jadi hakim perlu di perbetulkan dahulu.

Tahniah para perjuang pembelaan, terus dan pastikan DSAI tidak di simpang di Sungai Buloh sekali lagi.

Sunday, February 7, 2010

UMAT ISLAM MULA KELIRU


Hari kelepasan dan hari-hari yang perlu dingati oleh umat Islam adalah seperti Hari Raya Adil fitri selepas menunaikan kemenangan berpuasa sebulan, kemudian di ikuti dengan Hari Raya Aidil Adha atau Raya Qurban semperna juga Umat Islam menunaikan Rukan Ke5. Selain itu Umat islam juga menyambut ulang tahun Tahun Hijrah serta hari kelahiran junjungan besar nabi Muhammad.

Hari-hari cuti ini penoh di isi dengan aktiviti keagamaan untuk kepentingan juga sebagai peringatan sejarah perkembangan islam.

Tapi ini rakyat telah berfikiran terbuka dan sentiasa mengisi cuti-cuti Malaysia dengan aktiviti riadah yang mungkin memberikan kepuasan kepada generasi waktu ini. Lihat saja poster di atas, ianya diadakan semperna dengan Maulidul Rasul yang insyallah akan diadakan pada 26 Februari ini. Apakah ianya menepati sasaran cuti dan pengisiannya tepat dengan cuti yang diberikan.

Saturday, February 6, 2010

GURU - MANAGE YOURSELF 13 - JAGA KESIHATAN DI TAHAP YANG TERBAIK


Tidak ada siapa pun yang dapat menyangkalkan betapa pentingnya kita sentiasa dalam keadaan "fit", ini kerana dengan tidak " fit " kita pasti tidak dapat melakukan segala kegiatan, aktiviti, daya fikir serta bertindak di tahap kebaikan yang paling maksima. Jika kesihatan diri di tahap yang terbaik, sudah tentu semua kegaitan dapat dilaksanakan dengan penoh keseronokan. Setiap individu dapat mengawal emosi untuk berfikir dan bertindak dengan lebih baik. rintangan seperti, selsema, batuk, sakit kepada ( migran ) keletehan dapat dihindarkan untuk memastikan diri dalam keadaan terbaik " top form ". Dengan kesihatan yang baik, diri kita juga tidak terlalu memikirkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, gaut dan sebagainya.

" He who has health has hope, and he who has hope has everything " An Arabian Proverbs.

Beberapa cara untuk memastikan kita sentiasa " top form ":

1- pastikan diri kita dapat rehat secukupnya dan tidur adalah rehat yang paling sesuai, bagi orang dewan tidur yang cukup lebih kurang 6 jam sehari. Atau pun kita mengamalkan " lelep " beberapa minit di waktu tengahari " Sleep must not be scarificed as lack of sleep impairs memory and inhabits creativity. It enhances your control over your emotions and prevents mood swing. Without sufficient sleep, you are more prone to accidents " . adopted from The principal Factor, Making an Impact in Developing Effective Shcool - Sharifah Madinah.

2- Mengamalkan budaya minat kepada " exercise " ini dapat memastikan badan dan tubuh sentiasa sihat, dalam keadaan kita setiasa sibok dengan kerja luangkan masa di hujung minggu untuk mengadakan riadah tersebut. Aktiviti seperti berbasikal, berenang, jogging adalah antara aktiviti yang menyeronokkan. budaya dan amalkan selalu untuk kepentingan kesihatan kita.

3- Pemakanan juga perlu di jaga dan sentiasa mengambil makanan pada tahap yang secukupnya agar ianya tidak membebankan diri sendiri, juga perlu mengambil pemakanan secara berterisan dan sarapan adalah penting, kerana tenaga diperlukan di awal pagi untuk tugasan, walaubagaimana pun elakan dari " overeat ". Pakar pemakanan juga mencadangkan agar mendapatkan susu setiap hari dan elakan mengambil makanan ringan.

Walaubagaimana pun kadang kala kita juga tidak mengetahui sama ada pemakanan yang diambil seimbang atau sebaliknya dengan itu juga dicadangkan kita mengambil " healtih supplements " secara berterusan. akhirnya elakan mengambil gula yang tinggi, makanan ringan, juga kurangkan kopi dan tea.

4- Banyakan meminum air masak.

5- Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berterusan. Dicadangkan jika anda pegawai kakitangan yang bawah 50 tahun setahun sekali dan 50 tahun keatas 2 kali setahun.

PERHIMPUNAN SETAHUN PERAK DK BAWAH DRL. ZAMBRY

YB penasihat DAP, Encik Lim Kit Siang sedan menyampaian ucapan, dan bertanyakan apakah kerajaan Perak yang ada kini " kerajaan halal atau haram " soalan di sambut dengan Perak kini di perintah oleh sebuah Kerajaan yang haram.

Peminat dan pengundi yang hadir dan mendengar ucapan dari pemimpin ulung negara, YB DSAI, YB Nge, YB Nga, YB Nizar juga YB Lim Kit Siang.

YAB Pakatan Rakyat Ir. Nizar bin Jamaluddin sedang berucap dengan penoh semangat dan meyakinkan untuk terus menerajui kepimpinan Perak.

Suasana di luar dewan, kelihatan mereka peminat dan pencinta keadilan menyerbu dewan ini sehinggakan melimpah ke luar dewan

Pemandangan dalam dewan di mana YAB Niza sedang berucap.

Ini adalah "plug " perasmian Dewwan Persatuan Kutien Daerah Manjung di mana perhimpunan memperingatai 1 tahun Perak DK di bawah pimpinan Rampasan Kuasa.

Thursday, February 4, 2010

PROFESIONAL, RASIONAL & EMOSIONAL

Kalau kita perhatikan keadaan negara masa kini amat memalukan rakyatnya, apakah ini cara, gaya dan sistem pemerintahan yang melayakkan Malaysia menjadikan Islam sebagai sistem pemerintahannya? Perkataan Allah di perjuangkan habis-habisan, melaksanakan hukum yang di anjurkan oleh Allah diketepikan. 50 tahun lebih negera di perintah oleh UMNO ( parti tunjung ) dan sudah pasti UMNO ( itu Melayu dan Melayu itu Muslim - hanya kini apakala UMNO mengembangkan sayap ke Sabah dah ada ahlinya dari penganut Kristian ).

Semasa di sekolah kita di war-warkan semua kepimpinan perlu mengamalkan budaya " profesional " bertindak secara " rasional " dan cuba elakan membuat keputusan berdasarkan " emosional " Perilaku ini juga jelas di muatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ). Yang mana Malaysia akan melahirkan rakyat yang berkembang secara seimbang dari segi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani ( JERI ).

Tapi malang seribu kali malang, kelahiran manusia yang dihasilkan dari FPK tidak menurus ke arah keseimbangan tersebut. Mereka hilang arah, hilang pedoman, hilang daya fikir serta bertindak mengikut emosi dan arahan. Sudah langsung tidak bersikap berkecuali dalam hal-hal perundang, sudah hilang kerohanian dalam batang tubuh, yang masih ada mungkin peningkatan pengurusan jasmani sahaja.

Kita lihat peranan sistem kehakiman, jelas ianya menggunakan sistem " pilih kasih ", di mana letakan akauntabiliti para hakim, di mana simpinan rasa pertanggongjawaban terhadap sesama manusia dan di mana letaknya ' JUSTICE ' yang perlu diamalkan. Yang salah tapi berkuasa perlu di lindungi dan yang bersalah tapi tiada kuasa perlu dihakimi. Tambahan pula kalau mereka yang bersalah itu dari kalangan " penentang " kerajaan. cukup cepat di ambil tidakan.

Hampir semua penguat kuasa undang-undang sudah tidak amanah, tidak adil, berat sebelah, bertindak secara pilih kasih. Walau pun telah banyak di laporkan tapi tindakan tidak diambil, seperti kes Khir Toyo, ( banyak lagi ) langsung pihak SPRM tidak mengindahkan apa yang canangkan oleh pembangkang, mereka meraung untuk menambah baikan sistem pemerintahan negera agar kekayaan negara di nikmat oleh rakyat.

Cuba kita fikir cara profesional bagaimana ingin F5E boleh hilang? siapa yang curi, siapa yang luluskan penghantara ke luar negara. Mengapa pihak berwajib tidak bersedia untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk siasatan. Ini terbukti apabila Suruhanjaya Bebas di bentuk untuk menyiasat " mata lebam DSAI " sah ianya dipukul, walaupun peringkat awal ada hujah yang mengatakan lebam tersebut tindakan sendiri. Seperti kes PKFZ - rakyat memerlukan siasatan dan umumkan kepada rakyat.

Kes Liwat 2 DSAI, tidak kah kita ( pemberita ) merasa malu untuk menyiarkan berbicaraan secara detail ( semua sebut ) kalan dalam Liwat 1 tilam pun diangguk di usung kesana kesini sebagai bahan bukti. Tidakkan ianya memalukan?.

Nampaknya, kepimpinan negara yang kita sayangi ini bertindak atas dasar " emosi " dan mereka sudah hilang pertimbangan untuk bertindak secara profesional dan rasional. Jadinya pembentukan FPK yang ingin melahirkan rakyat yang " JERI " pada ketika ini di anggap sebagai gagal.

Wednesday, February 3, 2010

KANAK-KANAK KINI MENJADI MANGSA

Mereka kini menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman pemerintah, kini sistem pemerintahan lebih kepada memastikan kepimpinan menjadi hak milik orang tertentu. Mereka sentiasa memastikan mereka terus memimpin, terus berkuasa, terus menikmati kekayaan negera serta di kongsikan dengan sanak saudara dan sahabat handai saja.

Generasi akan datang mungkin kurang dari 10 tahun pasti akan berhadapan dengan masalah kekurangan daya juang, kekurangan daya fikir, kukurang daya kekitaan dan mungkin juga mereka akan mengamalkan apa yang dilakukan oleh pemimpin yang ada kini. Mereka perlu menghadapi rintangan untuk terus belajar, kerana dari satu dasar ke satu dasar yang masih belum memastikan kejayaannya.

Kita lihat sahaja sistem PPSMI yang cuba memastikan setiap individu di negara ini dapat menguasai Bahasa Inggeris, kekelamkabutannya masih berterusan, persiapan kearah untuk lebih cemerlang sentiasa di ganggu, yang penting bagaimana pihak tertentu berjaya menggunakan semua peruntukan untuk program tersebut. Anak didik menjadi mangsa.

Dari sistem pendidikan, kita lihat pula bagaimana rakyat negera ini di hidangkan dengan perkara yang mengaibkan, sistem mahkamah berterusan tidak berminat untuk meneruskan amalan dan sikap " berkecuali " sebaliknya mereka walaupun " merdeka " tapi bertindak seperti orang yang masih di kongkong daya fikirnya. Amalan berbohong sudah menjadi perkara biasa, pecah amanah jadi mainan dan entah apa lagi buruk laku yang menjadi intaian para remaja kini.

Kemana agaknya arah tuju anak-anak masa kini pada masa 5 atau 10 tahun lagi? apakah mereka akan meneruskan apa yang ada kini atau pun mereka boleh berubah tingkah laku dari berperangai " buruk laku " ke berkelakuan yang baik. Sama-samalah kita memainkan peranan untuk kepentingan generarsi akan datang.

SARJAN - BERJAYA MENJUAL INJIN JET

Isu hilangnya injin jet F5E terus menjadi bualan di mana-mana, dan ada kalanya perbualan menjadi hangat kerana masih ada pihak yang ingin menyatakan apa yang di baca pada akhbar perdana, di mana kehilanganya di sebabkan atau di " master mindkan " oleh hanya seorang yang berpangkat sarjan. Baik dari cara hilangnya mau pun dari kadar harganya.

Seorang bekas tentera tapi bergiat dan aktiv dengan perjaungan UMNO, sanggup menjual maruah sebagai tentera dan terus mengiakan apa yang dikatakan oleh Menteri Pertahanan, ia kata memang ada kalangan pegawai peringkat rendah yang berbaik dengan pegawai atas dan diberikan kemudahan untuk menerima dan menjual keperluan ATM. Sebab itu beliau mengatakan memang senang untuk mendapat baju celorong celoreng - pakaian tentera, amat mudah untuk mendapat berey, amat mudah untuk mendapat " benet ", dan cara tak langsung beliau juga mengatakan begitu juga mudahnya mengeluarkan C4 dari simpanan. kalau gitu ada juga logiknya.

Seorang bekas kakitangan kerajaan dan pernah mentadbir sebuah sekolah, juga pada masa kini sedang bergiat aktif dengan UMNO dan beliau juga bergerak dan bertindak sebagai agen perik UMNO, juga sependapat dengan bekas anggota ATM tadi, berkemungkinan sikap dan saling percaya mempercayaai telah menyebabkan mudahnya belaku kehilangan satu-satu keperluan yang masih tersimpan. " Lu percaya gua dan gua juga caya sama lu ". Apakah ini daya menteliti kedua-dua " pesuruh " UMNO ini menyimpan amanah negera untuk kepentingan rakyat? jika inilah menteliti mereka memang patutlah budaya rasuah, korupsi, neopatisma, kronisma berluasan di negera kita waktu ini.

Mereka juga tidak sanggup menjaga amanah, tidak sanggup menyetakan kebenaran dan kadang kala menerima saja andaian yang dibuat oleh pemimpin mereka. Apakah mereka tidak membaca, tidak mengikut perkembangan dunia, tidak boleh berfikir secara waras malahan dari segi penetapan harga juga boleh dipertikaikan. Agaknya ada kewarasan apa yang dikatankan oleh KP PAS Pusat, kalau lah harga injin tersebut pada kadar kurang 300K semua orang sanggup dan mampu untuk memilik sebuah jet.

Inilah lambang kepada seseorang yang sudah berkarat daya fikrinya, sudah tidak mampu untuk mengasingkan yang mana betul dan yang mana salah. cuba kita fikirkan teori kes DSAI kedua ni, adakah terdapat mani DSAI pada dalam dubur Shaiful sedangkan keadaan duburnya tidak di tujuk oleh sebarang benda sama ada tajam mau pun tumbul.

FIKIR-FIKRIKAN LAH. SAHABAT OI....

DSAI - DI MAHKAMAH

Akhirnya DSAI singgah juga ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan kali kedua kes LIWATnya. Nampaknya pihak yang menentang DSAI akan terus menerus dan mencuba bagaimana untuk memastikan beliau terus bermastautin di Sungai Buluh. Mungkinkah kali ini adalah kali terakhir DSAI menginap di Sungai Buluh. Ini disebabkan usia beliau sudah pun ke angka 63, kalau di sabitkan kesalahannya beliau akan kena 6 tahun seperti Tun Mahathir dulu bermakna usia beliau 69 semasa meninggalkan Sungai Buluh itu nanti. Apakah masih ada sinar untuk beliau bersama-sama kawan-kawan bertahta di Putra Jaya? Allah sahaja yang mengetahui, kita merancang, Allah juga merancangan, dan rancangan Allah adalah yang tepat sekali.

Kita berdoa agar kali ini, Najib dan Rosmah menjadi saksi, kalau pertuduhan pertama dulu Mahathir dapat mengelak tapi kali ini apakah PM dan isteri juga akan mengunjungi mahkamah, kita tunggu dan lihat sejauh mana janji Karpal Singh untuk memastikan DSAI tidak bersalah.

LAWAN TETAP LAWAN

Tuesday, February 2, 2010

KEM. PELAJARAN BERTAMBAH CELARU

Dunia pendidikan di Malaysia sekali lagi menempuhi dan mencipta sejarah di mana lahir lagi satu aliran pendidikan untuk memastikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, selepas melahirkan sekolah " kluster " kini sekolah yang sama ( bukan semua dari 20 ) terlibat pula dengan Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ), tak sampai seminggu SBT diumumkan kini satu lagi pengumuman iaitu untuk memastikan semua pelajar mesti lulus Bahasa Inggeris dan berhak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dan juga dalam kajian untuk menempatkan kanak-kanak berusia 6 tahun di tahun satu.

Apakah kini K Pelajaran sedang berusaha untuk memastikan menterinya terkehadapan daripada menteri-menteri lain termasuk Menteri kewangan dalam urus tadbir negara. Juga mungkinkah Menteri Pelajaran akan menamatkan khidmat baktinya kepada negara dalam masa terdekat ini, atau pun sudah mula nampak riak akan diadakan pilihanraya pusat dan ada kalangan menteri kanan yang akan digugurkan. Semuanya tidak mustahil, politik di Malaysia ini memang sentiasa hangat. Penduduknya sudah faham bahawa Politik perlu bergerak sepanjang tahun.

Semua menteri pelajaran menjadikan kementerian ini sebagai sebuah makmal untuk uji kaji demi survival masa depan politik mereka, percubaan demi percubaan, pertukaran demi pertukaran yang dilakukan tapi yang jadi mangsa ialah pelajara itu sendiri dan kakitangan kementerian termasuklah guru itu sendiri. Kita lihat belum pun kering " rubber stamp " PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) kini ianya sudah hilang dari ingauan gulongan pendidik. Baru lagi kita di hebohkah dengan sekolah Kluster yang dijamin setiap tahun akan bertambah bilangan sekolah terlibat, kini sudah terhenti, digantikan dengan SBT.

Dalam keujudan sama ada Sekolah Kluster mau pun SBT, hanya sekolah tertentu sahaja yang mendapat nikmatnya. cuba kita lihat SBT yang diumumkan 10 sekolah SBP ( sekolah berasrama Penoh ) 4 SM harian dan 6 sekolah rendah. Bukankah kecemerlangan di SBP adalah pelajar dari sekolah rendah? SBP menerima mereka yang telah menerima asas pendidikan di sekolah rendah, tapi nikmatnya mereka di SBP.

Kalau kita ambil contoh, SBP Tengku Kurshiah di Seremban, semua kelengakap telah ada, sekolah ini mampu bergerak dengan jaya dan cemerlangnya, pelajar yang dimasukan ke sekolah ini adalah pelajar yang terpilih, terpilih dari semua aspek, akademik, sahsiah, kokurikulum yang hanya tinggal ialah meneruskan budaya kecemerlangan personal sahaja. Tidak seperti sekolah harian, pelajar yang diterima adalah sebaliknya, untuk sudah tentulah sukar bagi sekolah harian untuk mengatasi " kehebatan " SBP ini.

Harap dapat kiranya pihak di Parcel E blok 8 di Putra jaya memikirkan untuk kesamarataan untuk semua sekolah dan semua gulongan pendidik.

Monday, February 1, 2010

NEGERI BAWAH PR AKAN MERDEKA

Pakatan Rakyat di belenggu dengan kerenah antara pemimpin sama ada antara parti gagasanya mau pun antara mereka sendiri. Yang jelas kini, ramai dari ADUN, MP dari PKR telah menampakkan belang masing-masing, di Pulau Pinang bekas Pengerusi PKRnya sendiri menempelak Ketua Umum parti, juga menempelak Ketua Menteri. Dalam Pas pergesaran juga berlaku antara MP dari Shah Alam dengan Ketua Perhubungan PAS Selangor. Dua-dua kena hukum tapi biasale ketua mesti ringan dari pengikut.

Yang peliknya UMNO / BN sungguh gembira atas pergeseran tersebut, terus mempelawa mereka yang berminat untuk besama-sama dengan UMNO / BN, kata ketua penerangannya " kecil tapak tangan nyiru ditadahkan " Apakah beliau sedar apa yang berlaku dalam komponon BN itu sendiri dengan MCAnya, MIC juga dan PPP masih belum selesai lagi. UMNO tak berkrisis tapi kepimpinannya main tarikh dalam selimut sahaja. Sebab itulah Menteri Pertahanan membongkar kisah kehilangan injin jet, kerana pada ketika itu Najib yang menjadi menterinya.

Kini isu baru pula timbul, Ku Li dengan nada yang bersungguh-sungguh menyarankan agar kedudukan negeri Kelantan di kaji semula dalam Malaysia, bukan kerana apa hanya kerana Kuala Lumpur langsung tidak amanah dengan negeri-negeri di bawah PR, semua peruntukan tidak diberikan kepada kerajaan negeri sebaliknya kepada JPP yang di ketuai oleh UMNO / BN. Yang anehnya, semua negeri bawah pemerintahan PR juga turut membayar semua cukai yang diperlukan, juga membayar hutang peninggalan UMNO / BN. Tapi untuk peruntukan " Perkapita " di lambatkan dan menyiksa sekali.

Atas cadangan Ku Li tadi patut disambut baik oleh semua Negeri bawah PR, setelah merdeka nanti sudah tentu minyak yang ada di perairan Kelantan akan menjadi hak kelantan dan semua pemimpin UMNO / BN boleh pindah ke KL.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA