Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, February 18, 2010

Gambar Hiasan - perarakan maulidul Rasul

Kini jelas isu sambutan maulidul rasul dengan acara perarakan telah menikam sendiri gulongan yang menentang tindakan kerajaan Pulau pinang tidak mengadakannya. Semua pihak baik orang politik, NGO menuduh kerajaan Pulau Mutiara ini sudah di kongkong oleh orang bukan islam dan habislah keistemewaan Melayu.

Dimana maruah Pemuda UMNO, Perkasa apabila 3 negeri yang diperintah oleh UMNO / BN juga tidak mengadakan aktiviti tersebut. Negeri Perlis, Pahang dan Johor mengesahkan semua aktiviti adalah bercorak keagamaan, memang terlah diadakan aktiviti sedemikian sebagai pengisian pertandingan Nasyid, Pertandingan Marhaban, pertandingan azan ( untuk kanak-kanak ) dan lain-lain.

Hari ini dilaporkan 3 buah negeri bawah pimpinan UMNO / BN membatalkan terus perarakan Maulud. Johor, Pahang dan Perlis. Apa kata juak-juak UMNO / BN. Mungkinkah mereka akan mengadakan tunjuk perasaan. We wait and C. Ibarat kata pepetah " tepuk air dalam dulang akhirnya mercik ke muka sendiri - padan muka.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA