Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, February 16, 2010

MAULIDUL RASUL - RAKYAT TERUS KELIRU

Kini isu Sambutan Maulidul Rasul pula menjadi isu yang cukup di minati, ini lah " feel " pemimpin negaraku Malaysia. Selepas PRU12 sebagaimana yang biasa di khabarkan memang keadaan negara menjadi kucar kacir, apa tidaknya 5 pada asalnya dan kini cuma tinggal 4 negeri yang masih di bawah pentadbiran PR menjadi duri dalam daging untuk kepimpinan UMNO / BN. Yang aneh dan ajaibnya, bukan pemimpin parti saja yang melihatkan " kebangangan " mereka dalam kepimpinan, tapi yang sedihnya mengapa mereka yang menjadi pelindung dengan di lengkapi ilmu pengetahuan keagamaan juga turut membantu dan memihak kepada UMNO / BN

Cuba kita lihat - apa dah jadi dengan peristiwa di mana satu tuduhan rasuah oleh YAB Menteri Besar Selangor yang dituduh memalsukan sumbangan lembu untuk tujuan qurban, akhirnya Istana selangor bersetuju dengan YAB menteri besar, dan SPRM tutup kes salah laku tersebut, pemimpin menyumbang perkara biasa. Tambahan pula sumbangan haiwan ternakan untuk qurban.

Terjadi pula kisah, dimana sebilangan pemuda pembawa kepala lembu ke perkarangan SUK Selangor, seolah-olah memberikan amaran kepada kerajaan PR Selangor untuk bersedian satu rampasan kuasa sedang di rancang, tapi akhirnya penunjuk perasaan itu dari gulongan yang sama dengan tragedi di atas.

Kemudian berlaku pula insiden di mana ada kalangan pemuda yang bersedia dengan upahan untuk membakar gereja, kononnya penyalahgunaan " God " sama juga dengan " Allah " oleh pihak Kristian. Tapi apabila ada kalangan kepimpinan PR mengatakan pemuda terlibat dari ahli pemuda UMNO, terus lenyap kes tersebut, yang anehnya ramai kalangan ahli agama dari UMNO juga mengambil kesempatan mengatakan tindakan dan sokongan penggunaan " Allah " itu seperti menjual agama.

Tapi kenapa UMNO / BN, dan akhbar pedana tidak mengkritik YAB Haram Perak yang menganjurkan rumah terbuka Tahun Baru Cina? bukankah ini pelik, selalunya pemimpin UMNO / BN bersama-sama di majlis tersebut tapi kali ini Pemimpin Melayu pula yang menjadi tuan rumah, Nasih baik yang buat Dr. Zambry terus di diamkan oleh akhbar tapi apa kata kalau ianya dilakukan oleh pemimpin PR? sendiri tahu leh jawapannya.

Kini nampaknya peranan alim ulama UMNO bukan lagi untuk membimbing dan memperbaikai akhlak pengikutnya tapi malang alim ulama ini juga bersama-sama kearah memporak perandakan keimanan tipis yang ada pada mereka. Ahli agama dalam UMNO kini sudah hilang taring, sudah hilang hala tuju dan seolah-olah " cakap tak serupa bikin " pengetahuan keagamaan tidak di dahulukan tapi kepentingan peribadi diutamakan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA