Kini jelas Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negera yang penoh dengan tipu helah atau tipu belit semata-mata untuk menjaga kepentingan diri sendiri. Kita imbas kembali bagaimana agen pemerintah - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - bagaimana mereka bekerja, siapa yang di berikan perlindungan dan penjagaan ? Apakah mereka kini benar-benar bertugas atau berkhidmat untuk negera atau mereka bertugas dan berkhidmat untuk memastikan gulongan tertentu sentiasa di bela?
Kalau kita perhatikan bukan SPRM saja, kita beralih pula kepada PDRM, kemana arah tuju mereka, keselamatan siaapa dan gulongan mana yang mereka pastikan agar tidak terganggu gugat, kita lihat kumpulan ini boleh dan diberikan kerjasama tapi kumpulan ini tidak, kumpulan ini kalau mengadakan perhimpunan perlu mendapatkan sijil sah untuk mengadakannya tapi kumpulan dari kayangan pula perhimpunan mereka yang awasi. Kalau kumpulan ini di adukan report tangkapan dan soalan siasat cukup cepat tapi tidak pada kumpulan sebaliknya. Bagaimana dengan peristiwa Beng Hock, siasatan sampai mengambil nyawa, tapi ada kalangan yang mengsonglap lebih dari itu langsong tidak diapa-apakan.
kalau kita beralih ke mahkamah pula, sendiri sudah tau apa peranan mereka waktu ini, apa yang para hakim buat, kadang-kadang kanak-kanak pun tahu itu semua salah tapi pada para hakim itu adalah benar. Kita perhatikan kes siri 2 DSAI, para doktor dari klinik Swasta dan Klinik kerajaan telah mengesahkan tidak berlaku tusukan ke dubuh shaiful, tapi pendakwa mendesak perlu juga di hakimi dan para hakim mencari " ayat " untuk memastikan pertuduhan perlu dihakimi. Apakah kini para hakim juga memiliki skrip yang disediakan oleh majikan mereka?
Peristiwa rampasan kuasa di Perak, kalau di teliti memang sangat memilukan. Kini siapa salahkan siapa dalam memberikan kerjasama untuk negeri perak, PR kata BN tak mau, dan BN kata PR yang degil dan bodoh sombong. kenapa agaknya PR bertindak sedemikian? agaknya PR bergerak atas " keluhuran perlembangaan ", sebaliknya UMNO / BN bergerak atas dasar keragusan kepimpinan. Ini kerana semua apa yang berlaku sudah tidak mengikut dasar dan garis panduan serta membelakangi perlembagaan.
PR menjukkan bukti di mana UMNO / BN langsung tidak berminat untuk bersama-sama dengan PR semasa pemerintahan PR selama 11 bulan tempoh hari, tapi Bagi Hamidah kenapa PR tak boleh terima Ganesan sebagai speaker, untuk Hamidah, perlantikan Ganesan adalah tidak sah, dan semua orang tau apa yang terjadi.
Jadi kini, negara kita sedang melalui satu proses transformasi dari baik ke buruk, dari negara maju kepada sebuah negara yang mengamalkan sistem feudal. Apa yang penting bagaimana kuasa pemerintahan sentiasa di kuasai.
No comments:
Post a Comment